Bismillahirrahmanirrahim
Teaser wedding Halim & Isma, Kuala Selangor
Hari minggu lepas adalah hari yang produktif bagi aku. Dapat gi balik kampung jumpa mak ngan abah. Dapat melawat sahabat bernikah. Dapat selesaikan tugasan majlis perkahwinan dengan sahabat baik dan dapat pusing2 naik kereta ngan wife :) Hidup lebih bermakna di luar sana berbanding duduk depan komputer melayari internet ataupun tengok TV sepanjang hari :P
Hari Sabtu aku sempat melawat seorang blogger, Ixa Ixora dalam majlis pernikahan beliau di Serdang. Beliau terkenal dikalangan B2B yang ingin mendirikan rumah tangga. Banyak tips dan panduan yang ditulis di blog beliau tentang persiapan majlis perkahwinan beliau yang secara tidak langsung memberikan inspirasi kepada sahabat2 lain yang ingin melangsungkan perkahwinan juga.
Majlis Pernikahan Ixa & Dzulq, Serdang
Aku datang sebagai tetamu. Bawa 2 ketul lens kecik je. Tapi sebenarnya yang paling best aku dapat ‘dendeng’ sedap gila dari majlis beliau, hehe. Terima kasih dan tahniah untuk Ixa dan Zul :) Semoga ikatan yang terbina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Nak tengok gambar dia tunggu gambar dari Official Photographer beliau, Rashdi Amin (Peveyhack).
Nota kaki : Tunggu aku update full entry majlis perkahwinan kat atas ni :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/
SisHoney
salam cai,
-acai dan fisheye mmg tidak dpt dipisahkan :-)
– best kan dpt buat banyak benda dihujung minggu mcm ni
– sis pun habiskan cuti hujung minggu sis semalam tanpa internet dan hp.what a good rest i had :-)
– rindu cerita2 kampung cai…cacing cai..buah naga dan sewaktu dgnnya
faisalhjrahim
Sishoney – Salam sis..:) hehe, itulah sis, memang tak dapat dipisahkan lagi..:) alhamdulillah semuanya berjalan lancar je weekend lepas ni..:) aahlah sis, baru perasan dah lama tak cerita pasal semua tu,hehe. nantilah sis, insyaallah :)
awe
Duduk umah hujung minggu berdua2 mmg bosan. Tu tandanya ko cepat kena tambah sorang lagi kat umah ko. Baru hujung minggu ko riuh rendah macam umah aku.
Aku doakan ko moga cepat2 tambah sorang dua lagi kat umah.Hee..hee.
Nice outdoor Halim n Isma kali ni.
faisalhjrahim
Awe – salam awe, hehehe..aminnn..:) ko pergi mana weekend lepas ni awe? kalau ko ada kan best,hehe..
cot
ko best la jalan berdua…aku nak jalan ngn sape weh…wakakkakaka…wekend lps aku duk rumah setelkan album…minggu ni 3 hari cuti…tgh plan nak buat ape…kekekkeke….mcm dah sampai mase u tukar ‘wife’ baru je… :)
faisalhjrahim
cot – salam cot, hahahaha..itulah pasal. aku suruh ko carik cepat ko kata tunggu dulu,kekeke..:) aku ada cadangan cot, apa kata ko tolong buatkan album aku?kekeke..hish, belum lagi. tak mampu lagi aku cot,haha
cot
wakakaka…
bkn xnk cari..
aku dgr ckp wife ko aritu..
dia ckp sabar dulu..
2 3 thn lg bru go on..
whoahahaha….
*aku kate akulah,..bkn ko..ko bukan blh tukar sbb wife ko mrh..hahaha..’wife’ aku skrg ni dh mula slow..hehehe
faisalhjrahim
cot – wakakakaka, siot je..:) betullah tu cot,jangan tergesa2. mula slow? abislah, ko pun dah terpengaruh gak ke?hehe
cot
ha’ah…
shutter dh tggi sgt kot..
tp xdel pegi kpd ff..
hehehe..
*buat album ko??? mane layak..ko terer siot..wakakkakaka
faisalhjrahim
cot – hahahaha, itulah pasal. takpe cot. utamakan dulu mana yang lebih penting..:) benda tu boleh diservice,hehehe. Alaaa album ko pun lawalah cot..:)
awe
Hah..cots dah nak ada wife baru?? Bilo? di mano? ok lah tu cots..boleh lah tuh kironyoo..
Sensei aku weekend lepas kan hari sabtu ada final bola. Aku sibuk sejak malam jumaat lagi prepared nak sambut ‘wira merah’…
Hari ahad aku pun sibuk gak meraikan kejayaan yg julung2 kali nih…kalu ‘red giant’ dah biasa sangat dah cium piala ni.
faisalhjrahim
awe – hahahah, siot je. tahniahlah awe atas kejayaan pertama kali kelate menang piala malaysia. smoga berkekalan competitive. Kalau Selangor menang akupun dah bosan,hahahah..:) cot tak lama lagi awe. tunggulah, dia simpan gambar aweknya dalam wallet dia,kekeke
din
Salam acai – cot skrg ada bnyk gmbr awek tp xtau nk pilih nk msukkan dlm wallet dia. ekekee.. mak abah ko sihat cai?? dendeng tu ape cai?? huhuhuu..
Mr Fathi
teringat kat cacing acai…hehe…ntah2 dah mati ke cacing tu buat umpan memancing…hehe
faisalhjrahim
din – salam din..:) hahahaha, cot memang. kang diam2 je sampai kad kahwin dia,hehe..:) alhamdulillah mak ngan abah aku sihat2 je. dendeng tu cam rendang skit din :) tapi cara masak dia lain skit. mungkin kat tempat ko panggil lain kot.
Mr Fathi – Salam fathi, hahahahaha..:) ikan sekarang tak makan cacing,hehe
siti
taylor swift lagi..suke !! :)
faisalhjrahim
siti – salam awak,hehe..ni mesti minat dia ni..:) samalah,keke
K Nida
Seronok ek shoot atas sampan.. selamat berjaya.