Outing ke Bukit Lalang, Semenyih

Bismillahirramanirrahim


Sabtu lepas aku ikut Sifoo Adiman hensem gi panjat Bukit Lalang (Broga Hill), Semenyih. Sebelum ni jeles je tengok member2 lain panjat bukit ni. Mula2 aku ingat bukit ni rendahlah macam Bukit Tadum belakang kampung aku je. Tapi sekali panjat, mak aii. Rasa macam panjat Gunung Krakatoa kat Indonesia je,haha.

Kitorang berenam start naik dalam pukul 5 petang camtu. Perjalanan naik tu kalau orang yang selalu naik boleh amik masa dalam 20 minit je. Tapi kalau orang yang tak fit boleh makan masa sejam dan kalau orang yang last bersenam 8 tahun lepas mungkin amik masa setengah hari atau mungkin tak sampai langsung,haha. Aku yang selalu main bolapun hampir berputus asa baru 100 meter mendaki,wakakaka.


Kena lalu hutan nak naik ke atas puncak bukit


Tapi benda yang hangin bila kena pintas ngan warga emas yang rileks je mendaki tanpa rehat. Sangat tak cool ok, hahaha. Bila sampai ke puncak bukit memang segala penat setengah mati tu hilanglah. Walaupun keadaan berjerebu takde awan tapi aku tetap menikmati keindahan alam kat atas bukit tu. Korang bayangkanlah diri korang dalam gambar kat bawah ni dengan angin bertiup sepoi2 bahasa :)

Pandangan dari atas bukit. Rasa cam nak menari hindustan je,haha

Manusia yang berjaya landing :) blkg : ila, adiman, muiz, piiown, kenit lee


Sampai atas tu takde banyak aktiviti yang kitorang lakukan. Nak main CLS pun cam takde mood je. Sebab lebih best hayati keindahan pemandangan atas tu. Aku hanya amik gambar pemandangan dan gambar bukti aku dah sampai atas tu,haha. Lenkali kalau datang lagi bolehlah shoot cantik2,ceewahh. Ni ada sikit gambar-gambar kat atas tu.

Sifoo Adiman sedang termenung memikirkan gadis impiannya,wakaka

Berpura2 lihat ke atas sambil fikir tempat nak kencing,haha

Kanak2 riang yang melompat keriangan


Ni aku nak bagi tips sikit kepada sesiapa yang nak panjat Bukit Broga ni :

  1. Bawa peralatan atau kamera yang basic. Satu body, wide lens or flash (kalau perlu) sudah cukup. Tak payahlah bawak buku cerita, laptop, 2nd body, charger bagai. Ko nak cas pakai apa kat atas tu?
  2. Bawak air nak minum. Kat atas tu takde pokok kaktus yang boleh bekalkan air kalau korang mengalami dehydration. Pokok getah ada, tupun kalau nak matilah minum getah.
  3. Pakai kasut sukan. Jangan ngengada pakai seliparlah, high hill lah, terompahlah. Boleh nak pakai, tapi akan menyusahkan diri sendiri dan orang lain.
  4. Kalau turun lewat petang or malam kena bawak lampu suluh. Kang sesat dalam hutan, menyusahkan mak bapak dan pihak bomba nak carik korang dalam hutan tu.
  5. Makan dulu sebelum naik bukit untuk tenaga. Pastu buang air siap2 sebelum naik. Kang satu hal plak nak berak atas bukit,haha.

Cukuplah tips tu. bukan korang nak ikutpun,haha. Untuk akhirnya, tempat2 camtu kena bersopan. Maksudnya jangan takbur, cakap besar macam diva. Kang kena sambar petir, masuk plak Buletin Utama TV3. Buat malu ketua kampung korang je. Kalau perempuan at least adalah lelaki ikut. Untuk tujuan keselamatan. Takut kena serang ngan penduduk orang asli kat hutan tu,haha *ok, aku tipu.

Suparman nak terbang selamatkan bumi


Untuk akhirnya, akur lilit pinggang aku telah berkurangan 8 milimiter masa turun bukit tetapi telah bertambah 9 milimiter kembali setelah melantak tak ingat dunia selepas balik ke rumah,hahaha. Jangan tiru aku ya.


Nota kaki : Sabtu ni Sifoo Adiman ada buat outing kat situ lagi. Sapa berminat nak join? Kalau takde aral melintang insyaallah aku join gak.

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com