Bismillahirrahmanirrahim

Aku bernasib baik kerana dalam keadaan aku masih belajar, aku telah diberi kepercayaan untuk abadikan kenangan seseorang dihari bahagia mereka. Job kali ni adalah pasangan Ridzuan & Azmah yang melansungkan perkahwinan mereka di Vista Angkasa, Petaling Jaya. Sebenarnya job ni diberikan oleh sahabat forum aku Zizei Photo Design, terima kasih tak terhingga kepada beliau yang percayakan orang baru cam aku ni,huhu. Aku sangat hargainya.

Sebenarnya ni kali pertama aku amik gambar wedding sengsorang. Rasa cuak dan risaupun ada,huhu. Yela takut ada benda yang tak tercover ke or benda tak dijangka berlaku. Manalah tau aku pengsan ke,haha. Tapi tu semua tak melemahkan semangat aku nak amik gambar diaorog. Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun hujan turut dengan lebat selepas berarak (nasib baik). Salah satu cabaran aku ialah mengambil gambar dibawah tempat parking yang gelap dan banyak alang2 di atasnya. Aku pasti belajar sesuatu dari situasi tersebut.


Sebenarnya jadi photographer kahwin ni tak semudah yang disangka. Mereka kena pastikan tak terlepas detik2 berharga/moment yang takkan berulang lagi. Selain kena kreatif dan bertindak cepat mereka juga perlukan tenaga banyak berkejar ke sana sini. Sebab tu aku kena pastikan aku sentiasa fit dan cergas sebelum amik gambar orang pada masa akan datang :) chaiyok2 !!!

Wassalam

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

1 Comment

  1. buzzybug Reply

    sebenarnya, jadi photographer apa2 majlis pun mmg x mudah. kena kreatif. kena peka. hehe…

Leave a reply