Bismillahirrahmanirrahim,

Tak lama selepas aku amik gambar pertunangan Dhia aku dapat pula job untuk amik gambar pernikahan Amie. Sebenarnya seorang sahabat blogger aku, nadia yang perkenalkan aku kat dia. Majlis diadakan di Perkampungan Pengantin, Ampang. Satu perkara yang best amik gambar si Amie ni ialah dia ngan kengkawan dia semuanya jenis suka mengambil gambar,hehe. Aku tak payah susah2 fikirkan pose apa sebab diaorg sendiri yang buat pose dan suh aku amik,hehe. Apapun aku enjoy amik gambar diaorg ni. Semoga jodoh mereka kekal ke akhir hayat,amin.


Masa balik dari job ni aku lalu Highway baru KL-Putrajaya tu. Sekali tu minyak motor aku boleh abis,bengong betul aku. Aku salah budget panjang highway tu,hehe. Memang salah aku sendiri. Pastu kena tolak motor dekat 5km,huhu. Rasa macam nak tercabut je lutut aku. Tapi aku selalu fikir apa yang berlaku tu ada hikmahnya. Yang aku dapat fikir masa tu mybe dengan cara tu aku dapat kuruskan badan skit sebab aku dah malas bersenam sekarang,hahaha..

Wassalam

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

1 Comment

  1. irengmanis Reply

    salam~

    cai, masa tgk2 gmbr nie, tibe2 sy prasan akak nie mak saya solekkan masa dia bersanding dekat johor, ulu tiram. tp time nikah bkn mak saya yg buat lah.. hehehee.. ptt mcm ku kenal~

Leave a reply