Bismillahirrahmanirrahim.
Bila aku start amik gambar orang kahwin ni aku ada satu matlamat sebenarnya. Aku berazam nak pastikan orang2 veteran/ibu bapa supaya pandai menilai gambar dari pelbagai sudut yang subjektif sesuai dengan peredaran zaman sekarang. Memahami moments, angles, seni dan lain-lain. Sebab biasanya hanya golongan muda yang berminat dengan style gambar seperti ini.
Tapi ada gaklah orang muda yang tak terdedah dengan perkembangan fotografi berfikiran camtu gak,huhu. Memang bukan tugas mudah. Aku pernah jumpa sorang pakcik yang komen gambar kahwin anaknya yang gelap dan tak cantik katanya. Padahal pada mata aku gambar tersebut sangat cantik sebab OP mengambil gambar guna available light siap ada ray light original lagi. Dah macam gambar majalahpun ada,serius aku cakap..
Gambar aku amik kat Sungai Kelambu, Banting
Dia juga komen gambar candid dan gambar orang ketawa yang katanya ‘entah apa-apa’. Sebenarnya kalau orang-orang bandar yang terdedah tentang semua ni memang takde masalah. Tetapi biasanya kat kampung memang kurang pendedahan seperti itu termasuklah kat tempat aku. Lagi satu aku akan cuba wujudkan pemahaman tentang aturcara majlis yang sebenar dan sepatutnya. Pernah aku jumpa photographer yang ‘bising‘ sebab asyik diganggu kawan2 ketika dia sedang pose amik gambar. Kalau aku lagi suka sebab bleh capture moment diaorg ngan kengkawan secara neutral,hehe.
Job minggu lepas, tuan punye badan tak bagi publish gambar dia,hihi.
Bagi aku, gambar tipikal pose tu memang perlu. Tetapi gambar ketawa, gurau senda dan moment yang tak dapat diulang biasanya memberi impak yang lebih besar kalau dilihat 10-15 tahun akan datang. Kita boleh terbayang suasana majlis yang meriah, kehadiran kawan2 dan sebagainya yang biasanya jarang diperolehi kalau semuanya gambar-gambar ‘kaku’ je.
Kalaulah suami isteri sedang bergaduh, pastu tengok gambar mula2 kahwin dulu mybe boleh cepat baik-baik kembali,ceewaahhh. Tapi kalau tengok gambar kahwin muka ketat je atas pelamin mybe lambat sikitlah baiknya, hahahaha. Memandai je aku :) Lenkali aku cerita pulak tentang pentingnya memilih photographer kawin yang sesuai dan bagus. Bukan memilih yang paling murah dipasaran :)
Wassalam.
p
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
diya
“Kalaulah suami isteri sedang bergaduh, pastu tengok gambar mula2 kahwin dulu mybe boleh cepat baik-baik kembali,ceewaahhh. Tapi kalau tengok gambar kahwin muka ketat je atas pelamin mybe lambat sikitlah baiknya, hahahaha. Memandai je aku :)”
hahaha. tergelak diya baca part ni. ada betulnya jugak apa yang acai cakap tu. gambar2 masa kawen ni lah yang hidup abadi sampai bila2. cewah.
owh. diya langsung takde masalah dengan gambar “entah apa-apa” acai. maybe sebab diya dah biasa tengok gambar gitu kan. jadi, gambar “entah apa2” tu lah yang sbnrnya lain dari yang lain.
p/s-kalau lah ditakdirkan acai ambil gambar kawen diya, tolong la jangan publish kat mana2. hahaha. dah warning awal2 ni =P
cot
konpem ko jd idola aku…kekekekkekeke…bile la blh blja ngn ko ni caii…
Sarah
Salam Acai.
Eh, betul sangat apa yang awak cakapkan ni Acai. Biasanya golongan umur yang sebaya mak ayah kita ni kurang mahir lagi untuk menafsirkan apa itu seni yang ada pada gambar. Tu sebab sampai ada yang kata gambar gelap dan sebagainya. Saya teringat gambar kawin kawan saya. Toknya yang tanya ni: Kenapa amik gambar cincinnya? Mukanya kelabu2 je. Hehe. Sebenarnya gambar tu bokeh la lebih kurang (awak mesti faham apa yang saya maksudkan ni kan). Nak gelak kat situ, tak baik. Simpan gelak bawak balik rumah je la.
Susah kan jadi photographer ni. Sebab kena pandai nak didik orang menilai apa itu seni melalui lensa dia. Dan kena pandai cari the best moment untuk diabadikan dalam gambar.
p/s: Saya suka gambar2 yang guna available light dan diambil ketika sedang bersahaja (bulan posing) sebab nilai gambar tu lebih berharga :)
Sarah
Eh terlupa. Header blog ni buat saya tersengih je. Mencanak naik saham Acai!
kak ila
Betul2!!!kata Acai…mmg ada betulnyaaa…
Acai ni masih muda trang..tang2…
tapi jiwanya..bagai orang tua..:D
ksimpulannya..dirimu dah matured memahami kehendak orang lain;)
faisalhjrahim
diya – slm diya,hehehe..itu kira acai bayangkanlah pada masa hadapan diya..tak semestinye betul,kekekek..itulah, kalau muda2 macam diya memanglah takde masalah sebab kita dah biasa tengok gambar camtu..kalau orang dulu diaorg manalah penah nampak pengantin melompatlah dsb..tak sopan katanya,hehe..
cot – kekekek, ko belajar ngan zayd lagi terer beb..ngan aku yang baru setahun jagung ni mana de ilmu byk lagi,hehe..tapi mana yang aku tahu dengan senang hati aku bleh kongsi..:)
Sarah – slm sarah, aah sarah..diaorg biasanya memang begitu sebab tak brape terdedah ngan style camtu..tapi tak bleh salahkan diaorg..sebab tu kita kena didik or biasakan mereka ngan gambar2 seperti itu..:) mak sy sendiri ckp gambar sy gelap,hahahahahah..tang bokeh tu mak sy juga tegur ” ni kenapa nampak kerisnya je, mukanya tak nampak?”hihi..sy bagitaulah tu style baru..pastu dia cakap ” kalau style baru takkan tak nampak muka..”hahahahaha…tang header tu nak kena betul awk sarah..cubit kang!!!
kak ila – slm kak ila, hahahaha..jgnlah cakap camtu kak ila..nanti orang ingat sy orang tua,kekek..apa kata sy amik gambar akk sefamily..sy masukkan dalam album,hehe..cara jugak tu,ceewaahh..:) thanks kak..
otosan
wslm bro faisalhjrahim
ko best… penerangan ko best… persembahan ko best.. blog ko pon best… ko bg aku idea sket nak ngubah blog hampeh aku tuh..
aku pon belajar2 dari gambar orang gak…wahaha…
meh la lepak. aku ingat ko acai commercial photog ngan mezzaforte (mr.jeff) yg aku kenal dulu..tu aku segan2 nak komen kat ko..rupenye pelanduk 8 serupa…hahaha
as
yeah, sangat setuju dengan entry inih.
masih ramai (even orang muda pun) tak faham nilai estestika sesuatu gambar, terutama yang unik dan laen dr yang laen. Haiseh, rugi beb rugi.
aim acai untuk mereka2 faham dan dapat menilai sekeping gambar secara subjektif itu as suka..
supaya tak lekap di takuk lama..
p/s: penat wei fikir angle best untuk capture gambar :D
as
owh sorry maen redah je tinggal komen..
tertarik menarik dengan blog ni sebab pasal photography :D
and paling penting, the way u express the ideas ;)
shairul
wahhh…..abg acai sudah ada domain sendiri…camner nak beli bro?kasi2 laaaa sikit tips k…aku igt nak jumpa ko laa…ajak lepak2 tp ko selalu lepak ngan otai2…segan aku nk join
mikemurano
pekoba jang..timo ksh singgah pondok den
nk buek domain tuh cemano..den baghu laie bab blog2 neh
ado joki kito jumpo k
sis
salam cai,
betul apa yg cai tue.sis setuju sgt.kadang2 org gelak tgk aksi kita ngalahkan pengantin kan.tapi itulah.bukan senang nak shoot moment.bagi photog baru macam kita ni,moment la yg paling best sekali kan.kita yg terlebih senyum puas *smile*
ejal@jai
salam bro,
setuju bebenor dgn ape yg ko tulis tu…mgkin kat bandar kebanyakan org dah blh terima stail2 candid ni..tp kat kg mmg t’sgt la sshnya org nak terima..bg diorg nak tgk gambar pengantin btl2 depan kamera..biar jelas mukanya.klu x rugi amk gamabr katanya…mak andam pun sama..nk tgk btl2 makeup diorg meletup ker x..cmne la gayanya nak ubah pemikiran diaorg..
ehem2…bl nak ajk aku shot skali bro..aku pun nk belajo gak ni..hehehehe…
faisalhjrahim
otosan – waaa, otai dah masuk sini segan aku,heheh..:) thanks bro..aku memang masih belajar lagi..salah satu rujukannya gambar2 ko lah,hehe..hish acai aka brian stoner tu dah tahap sifu tu,hehe..tapi aku bukan nak tiru nama dia..sebab aku dah guna nama ni sejak kecik lagi,hehe..ada masa jomlah lepak sesama..
as – slm as, thanks sudi singgah sini ye..betul tu, kekadang kita buat sesuatu kena ada matlamat..supaya apa yang kita buat tu jelas hala tujunya..: ia juga dapat elakkan kita menyeleweng dari niat asal..mybe tu sumbangan kecil yg sy nak buat..kalau tak semua mybe kat kampung sy je,hehe..
shairul – slm rul, hahahahaha..jomlah bekpes ke, lunch sesama wei..bleh aku tunjukkan..siot je aku jumpe otai..ko memanglah tak jumpa diaorg sebab ko pun dah otai siot,hahaha…
mikemurano – slm mike otai, waaaaa timo kasih sudi singgah sini jang..den suko ekau cakap negori nih,hehe..wei, turunlah Futsal Bangi kalau free..yang lopaih mayon je ado..ekau pi mano tah..nanti kalo jumpo den kabo kat ekaulah camno nak buek..:)
sis – slm sis, hehe..itulah kekadang orang memandang photographer ni tugas yang mudah..sebenarnya sangat susah sebab byk benda kena rancang, sentiasa sedia nak shoot, stamina kena tinggi dan korbankan masa untuk family dan sebagainya..:) acaia memang suka amik moment2 gak..
faisalhjrahim
ejal@jai – slm ejal, siot je tak tinggal link,hehe..aah, sebenarnya kat tpt akupun masih berfikiran camtu gak..kalau boleh gambar tu kena terang, jelas dan nampak muka besar2..mak andampun suka camtu sebab dapat tengok make-up yang depa buat,hehehe..tapi at least ada usaha nak bawak pembaharuan kat kampung2 cam kita ni,ceewahhh…minggu depan aku shoot kat kuala selangor..ajey ikut sekali kot..jomlah,hehe..
kerulshukor
betul apa yg ko ckap cai..aku sokong..
sitizya
salam caii. haah, lame tak jumpe. hehe
mlm ni ade art event kt galeri shah alam. mai la join kalo free. bley lyn ‘selulit’ ke.. rim light ke..
azizil sedek
setuju cai! semua yg berlaku ade sebab…
pizza & roti canai bnyk perbezaannya walaupun asasnya tepung…
hanya jauhari yg mengenal manikam… =)
helmi aka nanba
Setuju….. bukan senang nak ‘sekolah’ kan orang2 lama ni..so buat je apa yg ko rasa betul dan ko suka. Komen azizil pun boleh pakai gak..bole la belanja roti canai mlm TT nnt ek acaii..
kak ret
ooo dah ada blog gambar2 ye.. nice ;-)
anakcemut
wahwahwahwah sedapnye die kata kita cam mak budak..hahahaha…die tu mcm atok budak ;p hehe nak jugak..
eh ayah cemut die tau komen sal mekap jee :))
Kujie
dua tiga kali jengok blog baru acai ni..tapi segan nk display..rasa kecik je
tengok komen2 org2 hebat2 kt sini
btw…tahniah…dah tukar url pun kak jie tatau lagi
aman
hoho…aku pun lagi suka kalo orang tangkap gambar secara neutral..malas nak posing-posing..haha
KNizam
mmg class la angle bilik tidur tuh
cun !
kasih
acai…
kalo saya kawen, awak jadi photographer saya bleh? ;) kih..kih…
tapi tatau biler la… yg penting saya book awak dulu ek… :P
saya nak ngan video skali tau… muahaha!
farhana
salam…
sy sokong setiap butiran dlm entry ni..
penilaian setiap org terhadap gambar yg mereka lihat berbeza..
ada yg ckp cantiiiik dan ade juga yg cakap sebaliknya..
hnya jauhari yg mengenal manikam =)
nadia
salam singgah jap :) rasa macam pernah jumpa link ni from diya..
baru belajar photography ke? ur ways nampak macam dah pro..
neway, saya pernah try2 amik gambar macam photographer2 sekarang ni (guna phone je pun). Emak tengok dan komplen dan cakap “Apasal tak nampak muka?” hahaha..Betul la semua ur opinion dalam entry ni. Moment dan angle gambar memang sangat valueble dan bermakna.Lebih baik daripada gambar style dulu2 yang nampak macam kaku je..Tapi kan, style macam ni belum popular di kalangan orang chinese kan? Most of their pict nampak macam ‘kaku’ dan takde apa2 makna.hoho :)
faisalhjrahim
kerulshukor – yaaaa, sangat setuju kerul,hehehe..thanks for drop by..
sitizya – slm ti, sory lambar reply..malam tu aku bizi lah..ada kenduri kahwin member,hehe..thanks ajak aku ti..aku tak reti amik gambar2 camtulah,huhu..
azizil sedek – slm bro, waaaaa siap ebrmadah lagi tu,hehe..betul ti bro, aku setuju sangat ngan ko..
nanba – wakakakaka..siot je..sepatutnya orang yang besdaynya paling dekat kena blanje,si kerul,hehee..:)
faisalhjrahim
kak ret – slm kak ret,hehe..blaja2 berblog lagi ni..sambil buat online profile,ceewaahh..
anakcemut – hahahhahaa..biasalah cemut, kan memang dah nak jadi isteri orang..mestilah kena sedia jadi mak budak,hehe..biasalah tu cemut..orang2 tua memang begitu..:)
Kujie – slm kak kujie yang dihormati, waaa lamanya tak dengar khabar akk,huhu..moga akk sihat2 hendaknya ye..alaa, ni gantikan fotopages lama sy tu kak yang kena tutup sebab boikot israel,hehee..:)
aman – slm bro, lamanya tak bertanya khabar ngan bro ni..:) thanks sudi singgah sini ye..aah, sebenarnya akupun jenis yang malas nak posing2 nih,ehhehe..:)
Knizam – slm bro, thanks sudi singgah sini ye..aah, akupun suka gak bilik tidur tu,hehee..aku masih belajar lagi ni bro..sila tunjuk ajar ye..
faisalhjrahim
kasih – slm cik kasih,kena tempahlah dilu kasih,hahaha..sy tak pandai lagi..baru belajar2 amik gambar ni..:) kalau ada salah tolong betulkan ye..camno nak pegang video ngan kamera sekaligus?
farhana – slm farhana,thanks sudi singgah sini ye..betul tu..setiap orang pandang sesuatu pada pandangan berbeza..cuma sy kalau boleh nak pastikan orang2 yg suka style lama terdedah ngan style sekarang juga..:)
nadia – slm nadia, waa, dari diya? aah dia memang sahabat sy..:)sy masih belajar lagi..baru je pun beli kamera,hehe..walaupun sy lum kahwin tapi sy tetap suka tengok gambar kahwin yang gelak2 dan sy pasti benda tu akan jadi sesuatu yang berharga bila kita tengok masa dah jadi atuk dan nenek,hihi..:) thanks sudi singgah nadia ye..
Zizei Wenger
salam caii –
aku suka apa yg ko tulis. sememangan photog keje dia tangkap gambar je and bagi sikit direction utk dapatkan moment yg baik. yg nak dok marah2 org/budak2 yg mengganggu tu apa hal. betul itu semua aset tu.. kipidap bro. ko sekarang ni mmg tengah terhangat di pasaran hehe
faisalhjrahim
Zizei – slm bro zizei..:) yup, aku setuju ngan ko..kekadang kita kena keluar dari kebiasaan kan..:) cissss siot je ko..aku bukan artis,hahahahha….wei, sejak bila ko jadi adik beradik wenger nih?hahhaa
one
candid adalah natural dan real..cik fesal kena terer amik baru mengesankan sepanjang zaman dan pelabagai usia
:)
cik serama
salamz…
betul tu, best kalo org2 veteran ni faham apa yang selalunya fotografer inginkan dalam setiap foto2 yang diambil…
tapi masih ada jugak yang seusia kita2 semua yang tak faham langsung dan fikiran diorang tu sama je macam org2 lama yang tatau pasal seni fotografi.
sy ingat lagi ada sorg client tu tak kisah langsung pasal editing fotografer pada wajah2 dia tapi yang dia pentingkan cuma chandelier kat pelamin dia…
hoooo, buek apo la bayar mahal2 tapi…(lu pklah sendiri)…
mass
itu la…masa memula tgk pic knp la diaorang nie amik gambo pelik2…biasa nyer gambo kaku jerk dok tengok.
Sejak2 kenai bang acai nih baru la taw skit2 bab bgambo nih… :)
awang
samekom acai…
erm aku dak br lagu la dlm dunia photographer neh… tp aku da mula nk jinak2 ngan kamera. so aku harap ko dpt tunjuk kn kat aku gmbr2 shot yg ok tok aku blaja. terutama angel yg cantik r. klu sudi kongsi r ngan aku k.