Bismillahirrahmanirrahim,

Salah satu cara paling berkesan bagi photographer yang baru berjinak2 dengan wedding photographer ialah dengan cara “Tag Along” dengan photographer yang lebih berpengalaman. Bila ada kesempatan aku memang tak lepaskan peluang seperti itu. Dengan cara tu kita dapat belajar flow diaorang cover majlis, cara PR diarog, dan setting2 kamera yang biasa diaorg pakai.

Selepas sebulan aku beli beli kamera, baru aku dapat beli flash SB600. Pastu aku terus ikut Janiee shoot pasangan pengantin kat Simpang Balak, Kajang. Satu perkara yang menarik perhatian aku ialah budaya angkat pengantin kat majlis tersebut. Kat tempat aku memang tak pernah jumpa camtu. Jadi aku agak jakun skitlah,hahaha. Pastu kitorang shoot outdoor pasangan tu kat putrajaya. Aku tak dapat amik gambar byk sebab aku takde lens yang sesuai cam diaorg,huhu..aku cuma ada 50mm je masa tu..:P


Sehari sebelum tu aku follow sifu aku Peveyhack kat Sungai Manggis, Banting. Dia seorang yang berbakat dalam photography dan aku memang minat style dia amik gambar :) mybe aku kahwin nnti nak amik dia,hehe. Lagipun setiap minggu aku jumpa dia kat TT Bangi. Aku harap satu hari nanti dapat hasilkan gambar2 berkualiti cam dia..


Satu perkara yang kena jaga bila tag along ni ialah menghormati Official Photographer (OP) yang cover majlis tu. Sebab mereka menjalankan tugas dan dibayar untuk itu. Sebab tu aku selalu hati2 bila nak amik gambar supaya aku tak menghalang laluan OP dan aku utamakan dia dulu amik gambar2 majlis. Dengan tag along ni aku dapat jimatkan dan skip beberapa tahun belajar shoot gambar pengantin sebab aku bleh terus apply cara diarog dalam majlis yang aku cover. Kalau aku dah terer sok aku akan cuba bawak tag along utk newbie2 plak,hehe..

Wassalam.

p

p

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

3 Comments

  1. Sarah Reply

    Salam Acai. Sebelum awak terima offer pertama, berapa kali tag along OP lain ye? Sebab saya rasa kualiti gambar2 awak sangat bagus kalau nak dibandingkan dengan kesetahunan-jagungan awak dalam bidang ni. Saya tak cakap ni sebab memuji kawan sendiri. Bukan. Tapi sebab awak memang ada standard awak yang tersendiri. Saya suka belek2 gambar kawin orang (hohoho), tengok hasil kerja wedding OP yang hebat2. Awak ni kira sangat cepat membentuk standard awak sendiri tau.

  2. faisalhjrahim Reply

    Salam sarah, emm sebelum sy jadi OP tu sy buat Tag Along 3 kali je sarah,hehe..terima kasih sarah, awk buat sy nak belajar lebih lagi selepas ni..mybe sy ada kelebihan guna photoshop yang bleh jadikan gambar tu lebih menarik sarah..:) tang amik gambar masih byk lagi sy kena belajar..:)

    dan sy memang suka cuba sesuatu yang baru dan elak dari terikut2 dengan gaya orang lain,ceewahh..:) thanks atas sokongan awk sarah..nnti kahwin jangan lupe, sy nak amik gak gambar awk walau atak tak bagi,kekeke..

  3. nurul aini Reply

    cantik nyer dia edit gmbr kawin akak nie. nak lagi laa bole?

Leave a reply