Bismillahirramanirrahim



Weekend lepas aku sempat balik ke kampung untuk hadir majlis hari jadi anak buah aku sorang tu, Nur Amni Nabihah. Kejap je dah setahun budak kecik tu :) Selain tu ada majlis doa selamat sempena rumah baru adik aku dah siap sebelum raya,hehe. Kitorang sekeluarga berbuka puasa bersama-sama dan sambut besday tu di rumah baru adik aku tu.

Sebenarnya sejak aku kecik kitorang adik beradik mana pernah sambut-sambut besday semua ni. Aku rasa orang tua jawe dulu2 memang tak buat camtu kot, tak tahulah kat tempat lain. Yela, nak makan nasipun kekadang susah inikan pula nak beli kek. Dari beli kek baik aku mintak mainan ke, jajan ke,hehe

Tapi biasalah, peredaran zaman mengubah semua tu. Ia dah dijadikan satu bentuk penghargaan dan tanda kesyukuran setelah meningkat umur seseorang. Cuma kalau boleh elakkan dari pembaziranlah :) Gambar2 ni aku amik guna lens aku yang dah tak berapa pakai kalau time amik wedding sekarang, 17-50mm tamron :)

Amni Nabihah sebelum mandi :)

Dah mandi dan wangi dah.Rambut macam nak tiru rambut aku je,haha

Salah satu perkara yang aku rasa lawak si kecik Amni Nabihah ni ialah dia takut ngan kek besday dia sendiri. Akupun pelik sebab budak2 kan selalu teruja tengok benda pelik camtu. Mungkin lenkali kena buat kek yang nampak cam anak patung kot,hehe. Korang tengoklah sendiri batapa takutnya dia ngan kek :P

Muka ketakutan nampak kek *pelik2 budak zaman sekarang ni.

Lagi satu gaya takut,hehe

Amni bersama ibu dan ayahnya.


Kalau nak amik gambar2 santai camni biasanya aku gunakan satu setting je. Kita tetapkan siap2 White Balance, ISO, guna manual Shutter dan Aperture sampai dapat exposure yang betul. Jadi selagi tak kuar dari ruang tu memang guna setting tu jelah sampai abis. Jadi korang bolehlah suruh sapa2 je amikkan gambar dan guna kamera kita :)

Semoga si kecik Nur Amni Nabihah terus membesar jadi anak yang solehah,amin. Memang membesarkan anak pada zaman sekarang satu kerja yang mencabar. Didikan asas agama yang betul akan dapat jadi benteng menghadapi cabaran tersebut. Tidak sekadar memberikan makan, minum dan tempat tinggal je :)


Nota kaki : Aku ada kat Kaunter Zakat Kajang sampailah raya nanti untuk kutip zakat. Takde banyak masa berada atas talian sesawang :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

36 Comments

  1. dyla Reply

    happy 1st birthday amni nabihah!

    acai, gmbr yg ko kata mcm nak tiru rambut ko tu, mmg ada iras ko la..

    anak buah dah setahun, anak sendri mcm ne acai?

  2. nano Reply

    jap2 nk bayangkan muke ank acai
    *wink wink*

  3. SisHoney Reply

    salam cai,

    wah.kejap je dah setahun kan cai.skang ni masa mmg cepat berlalu kan.anak buah sis pun dah nak masuk 4 bulan.itulah satu2nya pengubat hati kami sekeluarga.selamat hari lahir buat amni nabihah…cepat besar kawen then paklong leh amik gambo :)

  4. awe Reply

    Acai-ko masukkan lagu sudirman ayah dan ibu baru kena ngan tema gambar ni..
    teringat arwah mak aku sambut best day cucu pertamanya…itulah satu-satunya cucu yang sempat arwah mak aku tatap..al fatihah untuk arwah mak aku yang pergi pada 4 Ramadhan 1995.

  5. nasazfrog Reply

    ha setahun dah dia,,, cutenya,,, cai wife dah ada isi lom… tak sabar rasanya nak dgr kabar itu.. :)

  6. airizz Reply

    salam acai..
    wah tak sangka dah setahun si amni ni yer.. rasa mcm baru je semalam baca cerita acai baru dpt anak buah.. ni tup2 dia dah setahun ek.. dah besar dah dia.. bertambah comey jer tgk.. huhuh…
    Hepi Bday Amni :)

  7. zam Reply

    ~ selamat hari lahir amni
    ~ anak sedara hang lebih kurang sama umur dgn anak aku, tapi sama juga masih takut2 nak bertakteh:)

  8. sha Reply

    comeynye amni…smoge mmbesar jd anak yg solehah dan bjaye dunia akhirat…ameen~~~ ;)

  9. megat Reply

    salam acai,

    selamat ulangtahun amni!

    tak sabar nak tunggu anak ko sendiri pula bro he3.

    ps – ajarlah aku teknik compose atau apa teknik mudah yg mungkin kamera digicam pun perlu tahu he3 ;)

  10. one Reply

    salam..
    selamat ulang tahun pertama buat si puteri..alalalalhaii
    bukan sahaja comel, manisnya ketara sekali…nanti abe one kim duit raye spoh ingget kat amni ya,wakil kat ayh long tokey …

  11. najmi Reply

    comel comel. mana tumpahnya gel rambut kalau tak ke rambut hehehe…

  12. faisalhjrahim Reply

    dyla – terima kasih dyla :) kalau dia lelaki mesti aku dah suruh buat rambut cam aku je,hahaha..:)

    nano – kekekeke, camne bayangannya wak? :P

    SisHoney – Slm Sis, aah sis rasa cepat je dia membesar. Rasanya baru je lagi dia lahir,hehe..tahun lepas dia baru lahir masa raya tu. Tahun ni dapatlah dia kutip duit raya,hehe.

  13. faisalhjrahim Reply

    awe – Salam we, Alfathihah untuk arwah mak ko awe. Sedih plak aku dengar. Alhamdulillah, at least sempatlah arwah mak ko rasa ada cucu tu. Semoga roh arwah tenang di sana,amin.

    nasazfrog – slm kak, mesti tahun anak2 akkpun banyak dapat duit raya,hehehe..:) insyaallah kalau ada sy bagitau.

    airiz – slm aida, terima kasih aida..:) budak2 ni memang terasa cepatkan membesar,hehe..:) masih lum lupapun masa dia kecik2 baru lahir dulu,hehe..raya datanglah umah aida:)

    zam – salam bro zam, alhamdulillah :) smoga ank ko pun sihat2 ye..itulah, ada yang cukup setahun dah reti jalan sikit2pun,hehe..takpelah, kejap lagi jalanlah tu kan bro..:) mesti tak larat nak kejar dia plak,haha

  14. faisalhjrahim Reply

    sha – terima kasih ye sha, amin atas doa tersebut..:)

    megat – salam bro megat :) terima kasih ye. nanti kalau ada aku umumkanlah ye,hehe..Insyaallah nanti kalau berkesempatan aku akan rajinkan diri tulis tips2 berguna untuk semua..:) terima kasih bro..appreciate that so much!!

    one – salam awk,hehehe..aii takkanlah dia je dapat..sypun nak lah gak duit raya tu,hahaha..thanks ye wak.

    najmi – slm najmi, terima kasih..gel rambut kalau dapat kat dia bukan taruk kat rambut, mau di makan benda alah tu,hehe

  15. nurads Reply

    salam bro acai..
    nak tanya ckit,set per setting utk pict kat atas tu? kita baru pakai tammy 17-50 ni, but tak dapat sharp sgt..

  16. najmi Reply

    salam. abg acai, kalau tak keberatan boleh tak toleng kritik gambar sy kar blog sy?

  17. najmi Reply

    silap taip plak. mintak tolong kritik gambar sy ek.

  18. faisalhjrahim Reply

    nurads – slm bro nurads, waaa lens yang sama ek? sebenarnya byk benda nak tengok kalau gambar tak sharp ni..shutter speed, cahaya kurang ataupun settingl ain dalam kamera..guna flash tak? kalau tak pakai amik gambar dalam rumah cuba pakai flash, nanti akan dapat tengok perbezaannya. guna kamera apa? biasa dalam kamerapun ada setting untuk tambah sharpness gambar yang kita amik..tapi jangan tinggi sangat sebab nanti gambar jadi tak real,hehe.

    najmi – slm najmi, orait..sy dah tinggal komen,hehe..:) thanks.

  19. nurads Reply

    tima kasih for replay.. ada pakai flash bila take indoor..x sharp gak. masalahnya (@sy yg tak pandai), bila pakai outdoor, lighting ok, pun nampak cam tak sharp.. ada baca lam forum2, Tammy 1750 ni mmg sesuai utk potret n event. But kena dapat setting aperature & focal length yg tepat, utk sharp.. betul ek? sy pakai nikon d60. maaf banyak tanya.. sy tak tau sgt..

  20. aizm Reply

    sebiji cam rambut ko cai.. tp kat mata yg mahal tu, genetik jawa tu mesti adanya la.. :)

    aku dah ikut ckp ko cai.. tiap2 bln buat potongan gaji byr zakat.. hjg thn senang kalau dtg surat lhdn.. thx

  21. kak qaseh Reply

    dah setahun….
    bila nak dapat adik sepupu nih?…

  22. ila nursalida Reply

    comeynye amni. gambar lepas mandi tuh mmg comel. gambar fokus dekat kek tu cantik.

  23. sil Reply

    wah, macam kenal je bb dlm gmbr tu. ntah2 jln2 kat banting prnh tserempak kot..saudara acaii, knal x cikgu samttar dulu nama dia cikgu zaleha? ddk rtb ke bc xsure lak.

  24. Kak Azieazah Reply

    Salam ESAL…
    Selamat Ulangtahun Kelahiran to AMNI.. nama sedap.. Moga menjadi anak yang solehah dan cemerlang….

    Kak Z sendiri pun jarang bebenor ler sambut besday anak2 ni… Macam ESAL cakap ler, tak mampu gak ler…:D kadang2 buat tu, 1 kek kongsi 3,4 orang bunya tarikh…:D

    4,5 kali pi Kajang, terlupa plak nak pi terjah ESAL kat Kaunter Zakat tu.. hehehe…

    *Soklan yang mesti dijawab: Bila agaknya ESAL sendiri nak menimang cahaya mata? Ahaks!

  25. ila nursalida Reply

    saya rasa macam dah tinggal komen tadik..aikkk tade plak.
    gambar naihah yg dah mandi tu cantik. gambar fokus dekat kek pun bes. kenapa kek tu mcm ade lubang2 kat tepi? mmg paten ek?

  26. faisalhjrahim Reply

    nurads – slm bro, ooo kalau pakai flash dan masih tak sharp cuba tengok shutter speed plak. Pastikan shutter speed tak kurang dari 1/30 saat. Kalau kurang dari tu biasanya akan terdapat gegaran bergantung kepada kestabilan tangan,hehe. Kalau nak play safe biasanya orang taruk 1/60 saat dan setting lain kat flash (guna manual).

    Pastu jangan taruk aperture kat f2.8 sepanjang masa melainkan bila low light dan betul2 perlukan. Sy biasanya kalau potrait guna aperture f5 – f5.6. Kalau cahaya cukup guna f8 pun ok.Selalu masalah yang biasa tengok newbie yang beli lens 2.8 sepanjang masa nak guna aperture paling besau tu je. Ia akan sebabkan DOF kecik dan gambar tak sharp. Kalau nak main bokeh tu bolehlah..:)

    Oh ya lagi satu masalah selalu berlaku kat tammy 17-50 ni ialah back fokus. Kalau rajin buat test bleh tahu. Kalau jadi camtu, bleh calibrate lens tu:)

    tammy 17-50 ni all rounder lens :) bleh shoot apa2 je sbnrnya.

  27. faisalhjrahim Reply

    azim – hahahahah, kalau dah namanya orang jawe mesti ada punyelah muka jawe tu,kekeke..waaa bagus2 zim, semoga rezeki ko dimurahkan lagi selepas ni dan mendapat keberkatan untuk ko sekeluarga ye..:)

    kak qaseh – hahahaha, nak kena betul akku korang nih..

    ila nursalida – thanks ila :) alaa, biasalah budak2 memang comel, sy dulu masa kecik lagi comel dari dia tau,hahahaa

  28. faisalhjrahim Reply

    sil – waaa, diaorg memang rajin pi banting tu,hehe..cikgu zaleha tu mestilah kenal..kenal dia gak ke? dia duduk bukit changgang..:) tapi dah tak pernah raya umah dia..last masa sekolah menengah dulu kot,eheh

    Kak Azieazah – slm kak zie yang dihormati, terima kasih kak zie atas ucapan tu dan amin atas doa akk tu. Semoga dia jadi seorang ank yang solehah,amin. Aah, kalau anak dah ramai ke kak zie mana larat nak sambut semuanya..biasa memang jamakkan je 2-3 orang yang dekat2 tarikh lahirnya,hehe. Alaaa kak zie, dah alang2 sampai kajang mailah kaunter zakat tu..blehlah bagi sampul raya,hehe..kak zie doakan lah tau..:)

    ila nursalida – slm ila, sy moderate komenlah ila,hehe..kek tu ada lubang sebab style dia kot,hihi..thanks ye

  29. ajey Reply

    kapan arek entok anak sal??? wes eneng isi ke orong?? eheheh..

  30. nurads Reply

    thankss so much bro acai..
    very usefull maklumat.. will practice n improve more..
    SALAM AIDILFITRI dr sy…

  31. kasih Reply

    Happy bestday!!!

    hihi..mmg rambut dia mcm acai.. :P

    huhu..tunggu dia dah setaun lebih sket, dia dah lasak, haa.. tak larat nak jaga.. :)
    kasih dah kuyus jaga anak buah ni(girl)..
    walaupun baru setahun 4 bulan tapi lasaknya… fuhhh!!
    kalah abg dia masa kecik2 dulu..
    tapi dia lah yang slalu sambut kasih balik keje (selain kucen kasih, si kompot tu..) hihi..

  32. wirdad qistina Reply

    slm.nk tya awk nie jawa mana ye?patutlaa baca blog awk nie mcm de aura jawa jee.im also javaness.heheh

  33. faisalhjrahim Reply

    ajey – wakakakaka, siot je ko wak..:) mengkolah..ngah berusaha nih,ehhe

    nurads – orait, takde masalah..selamat mencuba ye..:)

    kasih – salam kasih, terima kasih tau,hehe..itulah, hanya orang yang ada anak buah je tahu camne lasaknya diaorg ni,ekkeke..:) aikkk kucin je? ehem2 bila lagik kasih,keke..

    wirdad qistina – salam awk, terima kasih sudi singgah sini ye..:) waaa, jawe gak ek..kenek ngomong jowo porak kie?hehe..sy jowo banting..:)

  34. wirdad qistina Reply

    hehheh.isolaa ngomong jowo..riko jowo tg karang.ngomah mak ku nang sg buloh wae.kue waras?

  35. wanita tabah Reply

    smoga jadi anak yang solehah Amni.awak kalau ada masa bacalah blog mia lak.tq

  36. watie Reply

    happy birthday girl….alahai comel nye mcm baby untie arissa.25 hb 4 ni genap 1 tahun baby untie..nak celebrate arissa ta ta ta ta

Leave a reply