Bismillahirramanirrahim
Alhamdulillah, aku dah selamat bekerja hari ni. Bila dah seminggu raya ni, badan semua dah rasa berat dan montel2 kembali termasuklah aku, hehe. Konon je nak diet sepanjang bulan puasa, makin berat adalah :P Sambutan raya tahun ni agak berbeza bagi aku kerana pertama kali beraya setelah bergelar suami. Jadi ada 2 tempat dan lebih banyak rumah saudara mara kena singgah :)
Tahun ni beraya kat kampung aku memang agak meriah. Selain aktiviti tahunan mengacau dodol beramai2 kitorang juga bersama-sama kumpul duit memasang pelita satu kampung!! lebih 400 pelita menerangi seluruh kampung aku tau. Kitorang ada group pasang pelita, masukkan minyak tanah dan pasang pelita pada malam tu.
Kacau dodol bersama budak2 kampung aku :)
gotong royong pacak pelita kat setiap jalan kampung
Pemandangan di salah satu jalan kampung aku di waktu malam :)
Seperti tahun-tahun sebelum ni, selepas bersalaman sesama ahli keluarga kitorang akan ke kubur untuk menziarahi arwah atuk dan nenek aku. Memang setiap kali ke sana kenangan membesar bersama mereka dulu-dulu akan datang tiba2. Teringat masa dapat duit raya dari mereka masa kecik2 dulu serta tahun-tahun terakhir bersama mereka. Terpaksa cakap kuat2 nak minta maaf sebab atuk tak berapa dengar:) Semoga roh arwah di tempatkan dikalangan orang-orang yang beriman,amin.
Selepas tu macam biasa aktiviti ziarah menziarahi, kunjung mengunjungi dan makan memakani berlangsung sepanjang hari :) Satu perkara yang aku nak kongsi tentang adat orang jawe yang agak unik ialah cara bersalaman untuk meminta maaf. Jarang sangat aku nampak orang2 tua bersalam sambil berdiri. Biasanya mereka akan duduk bersimpuh di depan yang lebih tua dan minta maaf dalam bahasa jawe halus :) Akupun tak hafal sebab panjang sangat,hehe.
Aku masih ada ‘boyot’ atau moyang dalam bahasa melayu :) gambar kat bawah tu adalah gambar dia yang masih sihat. Dia juga boleh mengacau dodol seorang diri sampai satu kawah. Sampai sekarang aku masih mencari panggilan yang sesuai untuk anak buah aku yang dah berpangkat piut nak panggil dia,hehe. Sapa tahu ek?
Orang jawe biasanya akan bersalaman camni :) *boyot aku tu.
Sehari selepas tu aku balik kampung ke kampung wife aku kat Bagan Dato’, Perak. Kampungnya masuk jauh ke dalam sampai takde jalan tar, cuma jalan tanah merah dan berbatu je. Walaupun aku duduk kampung gak tetapi beraya kat kampung camni memang seronok gak. Lelagi bila dapat kenal saudara mara yang jauh dari seluruh Malaysia yang turut pulang ke kampung.
Peluang beraya di kawasan seperti ini memberikan aku kesempatan merasa kembali suasana kampung dulu masa kecik2. Kampung yang gelap gelita dan sunyi sepi pada waktu malam, jiran terdekat 100 meter dari rumah, bilik mandi dan tandas kat luar rumah, parit yang masih bersih dan banyak ikan, pili air yang perlahan, bunyi cengkerik sepanjang malam dan kedinginan malam yang menusuk tulang setiap malam.
Ini kali pertama aku beraya kat sini. Jadi tahun ni aku macam orang barulah dalam keluarga diaorang semua. Tapi diaorang semua pelik sebab aku terlebih peramah dan ramai budak2 tu suka datang dekat2 ngan aku,hahaha. Yela, sebelum ni kalau menantu baru semuanya pendiam dan malu2 nak tegur saudara mara. Tapi aku macam dah beberapa tahun je kat situ :) Spesis terlebih hormon agaknya.
Sebenarnya banyak pengalaman baru aku beraya kali ni. Banyak sangat nak cerita sampai aku malas nak tulis,haha. Rumah saudara mara terlalu ramai dari kedua belah pihak nak dilawati. Sampai harini pun masih belum selesai. Insyaallah aku akan cuba habiskan pada setiap malam selepas balik kerja. Bukan apa, kekadang kita tak tahu bila kita akan kembali kepadaNya. Lebih banyak kita jalinkan ukhuwah, insyaallah lebih mudah urusan dan doa apabila kita telah tiada nanti. Wallahua’lam.
Nota kaki : Sapa nak buat rumah terbuka tu bagitaulah aku ye. Aku akan cuba datang sebab aku memang suka makan-makan ni,kekeke *gelojoh betul.
Nota kaki 2 : Hp maxis aku telah arwah sebab kecederaan yang dialami olehnya baru2 ini. Jadi sesiapa yang nak berhubung ngan aku boleh email ye sehinggalah aku dapat beli hp baru,hehe. Makasih ya bung.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
SisHoney
salam caii…
cantek sungguh la kampung cai ni…teringinnnyer nak raya kat sana.takdak ke sedara mara yg masih solo *kuikuikui*
Diya
Waaaaaa sampai 400 pelita pasang keliling kampung tuuuuu!!! Cantikkkk! Hehe. Tahun ni tema merah yek. Suka tengok family Acai pakai baju sedondeng tiap2 tahun =D
Orang jawe panggil moyang dengan nama “boyot” eh? Macam pelik bunyi nya. Pekata anak buah Acai panggil boyot dengan nama tok yang? [yang = singkatan moyang] Ngehehe
P/s-Acai memang terlebih hormon kemesraan pun =p
faisalhjrahim
SisHoney – Slm sis, hahaha…nantilah sis, acai tanye2kan orang kampung sana,hehe..tapi sanggup ke sis duduk tempat camtu lelama,ceewahh..
Diya – Salam diya, selamat hari raya :) aah, kalau jalan2 kampung acai malam2 tak payah naik motor..jalan kaki je sebab dah terang satu kampung..:) err tahun ni family diya pakai baju warna pe? ooo, bagus gak cadangan diya tu..tok yang..:) nnti akan diutarakan kepada ibunya,hehe..sbb dah ramaipun piut dia..:) abah acai pun cucu dia,hehe
zool
Best tul buat blog dengan byk gambar ni….
.. Memang seronok kalau gotong royong cam tu kan..
Kampung aku dah tinggal veteran sahaja.. jadi tak de cam ko..
Diya
Ohoo. Tok yang dah umo berapa sebnarnya Acai? *tetiba lak ber tok yang, miahaha* Nampak sihat lagi dia. Tahun ni, family diya bertemakan coklat tapi tak berapa coklat. Ngeh.
faisalhjrahim
zool – slm bro zool, selamat hari raya..:) aah, kalau bergotong royong camtu sebenarnya bukan seronok je tapi memang dapat rapatkan lagi ikatan persahabatan..:) keliling kampung aku masih byk peluang pekerjaan zool..mungkin sebab tu masih ramai anak muda yang tinggal kat sini..
Diya – hahahahaha, entahlah diya..rasanya dah dekat 90 kot..sebab anak2 dia (adik beradik nenek acai) dah ramai yang meninggal..emm, menarik tu warnanya..:) blehlah try tahun depan,hehe..diya, kedekut ar..buh ar satu gambar family nak tengok,hehehe..
kerul shukor
salam cai..mesti ko bertambah chuby kan..muehehe, ko kan kuat makan..meriah kampung ko weh, bekerjasama..wehhhh,nak dtg braya umah ko la cai..
kasih
best…best..
kasih teringin nak raya camni..
:) pasang pelita.. kacau dodol..
insya-Allah.. satu hari nanti..
walaupun umah kasih pun kawasan kampung gak tapi tak la meriah sgt sampai psg2 pelita.. huhu..
setakat main meriam buluh tu ada lagi la.. :P
shairulfaiz
endok..gmbr kat kubur tue sapa yg amek..ngeh2 seram2 wei..huhuhu merah makngah ko yerr acai…cabuts…nape bini ko tk buyut lagi nie….
faisalhjrahim
kerul shukor – slm kerul, hahahah..aku memang dah bertambah gemuk ni kerul..nak kena bersenamlah gamaknya pasni,hehe..wei, datanglah beraya umah aku..:)papehal calling2lah..guna no aku yang lagi satu,hehe
kasih – salam cik kasih :) selamat hari raya awak..:) ehem2, satu hari nanti tu maksudnya kat kampung bakal suamilah ye kasih?hihi…
shairulfaiz – slm bro, gambar kat kubur tu adik aku yang amik tak silap,hehe..:) penakut punya paiz,hehe..wei, bila nak beraya umh ko ni? aku nak datang..
airizz
salam acai.. salam aidilfitri..
wah meriah sungguh kg acai menyambut syawal yer.. siap 1 kg pasang pelita.. :)
acai, nak tanye la, dlm gambar kat kubur tu, perempuan mengandung kat belakang acai tu sape ek? your wife ker? ;)
inas
raya kat kg selangor memang mcm nie.. samala gn kg saya..memang meriah sungguh sepanjang jalan pasang pelita..niela nikmat kalau beraya kat kg kan..raya kali nie memang best..hu.hu
faisalhjrahim
airizz – slm aida, salam aidilfitri juga ye..:) ooo orang perempuan yang dalam kubur tu orang yang lalu lalang je cari kubur kat area situ..:) ramai sangat orang kat kubur sebenarnya..:) tak jemput pi rumah ke aida?hehe
inas – slm inas, terima kasih ye singgah sini..:) aah, tu belum cerita pasal baraan yang selawat ramai2 dari satu rumah ke satu rumah,hehe..:) memang meriah je kalau nampak pelita sambil dengar mercun berdentum dentum kat langit :P
sanchai
baca entry nih buat aku sebak dan nak nagis…betul teringat raya suasana banting..owh..i miss my famili..*sob sob ..
tgk gambar pun jadik syahdu…
megat
salam acai ;)
part yang paling aku suka ialah salam njaluk ngapuro oleh orang jawa. nampak dia punya keikhlasan sambil berbisik-bisik mohon keampunan.
tahun ni mmg lepak habis sebab ronda habis kampung orang rumah kat muar yang kebanyakkannya sedulur hu3
Fath
Salam acai..
Wah meriah betul :) Dan semua merah menyala.. haha..
Acai spesis terlebih hormon ke.. haha.. takpe, bagusla peramah camtu.. orang2 tua pun suka :)
cikpingu
jeles nye ngn gmbr2 bro jawe ku ini.. huh
amat cantek.. suke gmbr yg kat parit 2.. hijau je yee..
faisalhjrahim
sanchai – slm dong, mugo waras2 wae yo riko nang kono..alahai, melas se nyong kerungu,huhu. takpelah dong, insyaallah nanti kalau dah abis bleh puas2 beraya kat sini plak. Ko jadi syahdu sebab ko dengar lagu tu kot pastu kita punye rayakan lebih kurang sama je orang jawa..:) semoga update gambar aku tu bleh kurangkan rasa rindu kat kampung..
bro megat – slm bro megat, aah betul tu..tu juga salah satu cara nak tunjuk kita hormat kat orang tua..kekadang ada yang salam mintak maafpun tak pandang muka..:) waaa mesti meriah kat muar sana..
faisalhjrahim
Fath – Slm fath, hehe..aah tahun ni merah menyalalah plak..tahun depan cari yang cool skitlah,hehe..:) camne raya fath? kak ila dah gemuk skit lum?hahahaha *syyy jgn bagitau dia..
cikpingu – slm cik pingu, hehehe..alaa, ni semua snap shoot je :) selamat hari raya wak..:) parit tu bleh je nak terjun, best,haha
cot
salam caii..
ade ke ayat “makan memakani..”
hampeh tol..
mwahahahhaa..
slmt men’comel’kan bdn caii..
kekkekkekeke
akulensa
wife hang org bagan dato ye..patut la mcm pnh tgk je picture2 tu punye kawasan..kampung mak ayah aku kt situ..kg telok buloh
faisalhjrahim
cot – salam cots, perrghhh lama gila ko cuti raya,ekkeke..simpanlah cuti cots..nanti nak kahwin bleh cuti lama2,haha..:) aku kena berjogging je setiap petang ni,hehe..nak join ke?hehe
akulensa – waaaaa, kat situ gak ke bro? nanti blehlah jumpa kat sana kalau raya,hehe..kat jeti tu ke pekena soto,hehe..:) selamat hari raya bro ye.
cot
aku dh msuk kje arini..cuti kawen byk lagi la caii..
tp bile ntah aku nk kawen..
whoahahhaha..
aku mmg joging pon caii..
jom joging hjg mgu..
hehe
kasih
hemoh..hemoh..sejak dua menjak ni dah pandai yer mentafsirkan apa yg tersirat.. :P
insya-Allah..nanti2 bleh la gi beraya kat kg awak juga..
x jauh jer tu… hehe.. ;)
corneamelayu
kaler makin best la bro…paling best kaler api, dgn kaler air parit…hijau je
lampu minyak tanah tu kalau kau bsabar skit, pun bleh jadi best gak…
corneamelayu
kaler makin best la bro…paling best kaler api, dgn kaler air parit…hijau je
lampu minyak tanah tu kalau kau bsabar skit, pun bleh jadi best gak…
cmana pun slamat hari raya…
*aku x beraya tahun ni…so xde gambar raya kat blog aku…
kui
best giler projek psg pelita…
awe
Salam bro…wah meriah betul raya tahun pertama sebagai suami ni..tu baru satu bini..bayangkan orang yang ramai bini..mau 3 minggu beraya tak abis2. Kg tu kat bagan ya cai?? memang best kat sana..aku dulu 2 minggu duk sana wat program bakti siswa…senang2 baca lak cerita raya aku kat blog aku ni: karikaturhidup.blogspot.com
note: bro jadik ke nak wat konvoi zon klang tahun ni..?
kak qaseh
salam Acaii..
merah menyala pakngah ngan makngah hehhe.
wah bestnyer beraya erk…
memang seronok dapat beraya 2 kampungkan…ramai saudara mara yg nak kena ziarah…tahun depan bawak balik baby le plak erk.hehhe..
xora
Waaah.. iye ke salam bersimpuh sambil bisik bagai dalam kelambu tu, budaya orang Jawa??!! selama saya lahir, selalu nampak cam tu, jadi ingatkan memang semorang buat cam tu.. betul betul.. kita mesti akan duduk bersila kat lantai then beratur cam keretapi, sorang2 bisik kat celah telinga minta maaf bagai semua la.. tahap bisik smp org belakang takleh dengar :)
namida
salam acai
salam syawal..seronok kan beraya di kg,tambah2 penduduk yg masih sepakat bergotong royong..anyway,nice photoshot..tema merah menyala ek tahun ni..heheh..
ejal@jai
peh,mmg sehati sejiwa lagi bdk2 kg ko cai..siap blh gotong royong pasang sentir@pelita..kampung aku semua dah pupus..ramai dah kawen kot..ada komitmen dgn famili barangkali…huhuhuhu…apa pun selamat ari raya..maaf zahir & batin…
fea
lohhh..patut la bg sms acai x balas…wakakaka…
anyway dik,akak da tukar url baru yer…fealize1010.blogspot.com
wakakaka…terlebih hormon kah??wakakakakakakakakaka!
=))
faisalhjrahim
cot – slm cot, hahhaa..kalau cuti kahwin banyak lagi cuti honeymoon kena amik kira plak bro..:) ko jongging kat mana cots, tak payahlah, ko kan dah kurus,whoahahaha..
kasih – heheh, biasalah wak..sy kan ahli nujum sultan,keke..jangan lupa bagitau tarikh tau..nak datang ni,hehe
corneamelayu – slm bro, thanks bebanyak ye..:) salam aidilfitri bro..sbnrnya malas nak pegang kamera time raya tu,hehe..
faisalhjrahim
kui – hehehe, kat kampung johor sana takde ke buat camtu? :P
awe – kalau bini ramai tu emsti lagi pening nak bersikap adilkan,hehe..:) lenkali blehlah kita buat outing kat bagan ke we,hehe..amik gambar2 kat sana..:) insyaallah aku join sebagai OP majlis konvoi kita..
kak qaseh – Slm kak, hehe..baju tahun ni warna merah abah sponser kain,haha..tahun depan sy nak sponser plak insyaallah..:)insyaallah tahun depan kak, jumpa lagi ye :)
faisalhjrahim
xora – Aahlah wak, sepanjang pemerhatian member2 yang melayu diaorg kalau bersalam selalunya sambil berdiri je..:) xora, awk jawe gak ke? hehe..tapi memang best kalau bersalam camtu kan..nampak lebih hormat kat orang yang lebih tua..
namida – aah, memang seronok kalau bergotong royong camtu..:) mudah2an benda camtu berkekalan sampai bila2..:) selamat hari raya ye..
ejal – salam jal, selamat hari raya,hehe..jal, bukan sebab dah kahwin tapi sebab orang kampung ko byk yang duduk luar,hehe..yang buat semua tu ramai je yang dah kahwin,ehhee..:) jal, datanglah raya umah aku wei..
fea – waaaa, akk bagi msge ke?huhu..sorry kak ye..orait, nanti sy lawat akk ye..thanks for info kak..tunggu sy beli hp baru baru sy reply,hehe.
awe
canteek gak idea nak buat outing kat bagan tu sal…kebetulan family wife ko ada kat sana…family angkat aku pun ada kat sg tiang darat tu..view sana memang best, tu ko belum pegi area ladang kelapa yang digenangi air…leh la ajak cot ke..kawan2 lain..aku lepas ni bujang la pulok…
wong jowo
Salam kang….
Tahniah…wes eneng bojo…anak eh kapan maneng?….
Aku rasa mcm belom jalok ngapuro ngna ko…So jalok nagapuro seng akeh2x…
p/s: mcm ada gambar tahun lepas jer…
Kak Azieazah
Salam dindaku ESAL..
first sekali, nak ucap selamat bergembira di hari raya yg sungguh indah..
bersama keluarga tersayang dan keluarga isteri tercinta.
Aminnnn….doa buat semua insan-insan yg kita sayangi yang telah tiada.
Teringat, tahun lepas tema baju keluarga ESAL, kaler PURPLE, tahun ni merah lak…:D
juga kisah2 gotong royong yg masih kuat menjadi amalan masyarakat kampung ESAL. Kak AZIE sangat teruja dan sangat seronok baca… dan suka membayangkannya..
pasang pelita, masak ramai-ramai, berkunjung dan mengerat silaturrahim..
Pendapat PERIBADI Kak Azie bila lihat ESAL beraya di kampung mertua:
1. kadang2 kita rasa kita susah, sbb duk kampung, tp tengok kampung orang lebih kekurangan, tapi tetap kita suka, sbb? kita sudah sebati dgn jiwa kampung, lalu kita sentiasa menerima seadanya.. kan?
2. kita semakin yakin dgn diri sendiri bila orang2 baru di keliling kita menerima kita dgn tangan terbuka, so sudah tentu kita sangat menghormati mereka yang menghargai kita. Wpun cuma anak2 buah yg masih kecil..
3. Bila dah ramai saudaramara, kita semakin merasa bangga.. betul tak? mesti ler bangga sebab kita tidak merasa keseorangan atau terpinggir.. Nanti buat kenduri kecik pun, sedaramara jer dah cukup buatkan majlis kita macam besarrr…
last..
Alhamdulillah, syukur, melihat serba sedikit perjalanan hidup seorang adik bernama FAISAL..
Moga silaturahim kita berpanjangan.
*Patut pun Kak Azie sms jemputan beraya, takda respon.
**SORI BERLORI, komen kali ni panjang macam TRELER…
sha
salam acai..
slmt hari raye… :)
wife kamu org bagandatoh ea…kg ayah sy pown kt bagandatoh…thn dpn bleh serbu neh..hehe~~~
jivebumz
lawa la gambar kampung awak nie nak nak plak time pasang pelita raya..lawanyaaaaa
belom terlewat rasanya nak ucapkan selamat hari raya.. opss sori saya tak buat umah terbuka..hehehe
rais
acai…. ko keje kat pusat zakat kajang ker.. kenapa aku tak perasan ( aku salu g saner ) ..heheheh .. nanti kalau aku g saner kita ngeteh ye..hehehehe .. Aku ambik no fone ko tau…
faisalhjrahim
awe – cantiklah tu awe, bleh kita rancang bebaik nanti..tido sana sehari ke,heheh..:) nanti aku bleh ajak sesapa join outing ni..awe, semalam wife ko dah masuk hospital. Smoga semuanya selamat,amin.
wong jowo – woiiiitttt pi, siot je ko ni. Raay diam2 je..bukan nak calling2 ke,hehe..wei, jomlah raya sesama..aku ingat nak raya umh ko lah..:) akupun arek jaluk ngapuro ye pi..
faisalhjrahim
Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, semoga akk sekeluarga sihat2 hendaknya ye :) waaa, sebenarnya saya sangat suka baca komen kak zie panjang2 camne sekalipun :) boleh jadi pembakar semangat ataupun sebagai motivasi kepada saya tau.
Kak zie, terima kasih ye sebab sudi baca sy punye cerita kampung yang tah apa2 tu,hehe. Saya just ceritakan apa yang sy lalui di sekeliling sy je. Mungkin ada yang kurang berbanding tempat2 lain tapi sy tetap bangga dengan tempat sy tu :)
Betul cakap kak zie tu, kekadang tempat baru tu memang beri satu perasaan berlainan kepada kita. Kalau orang berjiwa kampung macam sy ni memang sukalah benda2 yang melibatkan kampung walaupun nampak macam terkebelakang :P
Alhamdulillah, setakat ni sy disenangi oleh semua saudara mara wife. Mungkin sy yang tak malu terlebih rajin menegur diaorg semua,hehe.
Semoga ikatan ukhuwah antara kita terus berkekalan kak zie ye. Saya doakan semoa kak zie sekeluarga diberikan kesihatan dan diberikan lindungan dan rahmat dariNya,amin.
faisalhjrahim
sha – slm sha, aah dia orang bagandato lah :) waaa orang sana gak ye,hehe..blehlah datang beraya tahun depan..kat sana pun tak byk sangat nak jalan2. boleh je singgah tahun depan,hehe..
jivebumz – slm awk, kampung kat ne? kalau malam2 pasang pelita camtu memang kampung mana2pun mesti nampak meriah,hehe..:) jemputlah datang umah beraya ye..
rais – slm bro, selamat hari raya ye..:) aku kerja kat Shah Alam bro. Kalau bulan ramadhan dan disember je aku di tempatkan kat sana..:) kalau time aku kat sana blehlah ngeteh,hehe..hp aku masih rosak..nanti aku tukar hp baru baru bleh calling2,hehe..
wong jowo
Ok datanglah royo…dah set progrm ngan bdk2 lain lom?
pepehal info..nnt aku on jer…
irengmanis
salam acai….
suma org puji kg acai…. sy pon nk puji jgk.. smngt mcm tu la yg kite cari.. dalam zaman skng nie mmg payah nk tgk smngt2 mcm tu.. (smngt jer kejer aku nie, hehe…
plg tertarik dgn adat minta maaf dalam kaum jawa… mmg unik kan.. masa kecil2 dulu pon blik kg kt bp msti orng2 nya mintak maaf dgn duduk… bisik2.. tunduk skit…. tk pon sisi ke sisi… mmg sopan sgt..
faisalhjrahim
wong jowo – aku tak set program ngan budak2 lainlah pi,diaorg sume ada plan masing2,huhu..alaa, aku memang nak mampir rumah ko nih..pape aku bagitau pi ye..
irengmanis – slm awk, terima kasih ye..ahamdulillah kat kampung sy tu masih kekalkan tradisi camtu lagi. Jadi sy saja nak kongsi ngan semua kat sini..:) aah, bab tunduk2 dan bisik2 tu memang sangat best..sebab dapat tengok camne orang yang lebih muda tu mintak maaf dari orang yang lebih tua dengan cara yang sopan :) tapi sayangnya kita semua dah tak buat camtu lagi,huhu
mas_perak
heloo..salam lebaran..
nice shot..rs cam tgk national geographic plak..yer ker banting tuh? apapun celeb rayer kat kg sel ttp lain x sama cm kat perak nih..aku rindu makan kupat di pagi rayer..deme makan lemang jerr..huhuhu, well tq dah smpi ke “site” aku..
indah
Salam,
Njalok ngapuro yo..er..ngomong2, ki kampung ne kue nang endi.
Er..nak tahu gak..kat parit jawa muar ke..
sorry bro i pun ni ckp jawa tak berapa nak fasih..yelah jawa celup…parents pun ckp jawa dgn jiran and sedara mara lebih tua jer..
Takder lah i ada kawan kat sana ..tu yang nak tanya kot u kenal…
dah lama lost contact dgn dia..
u tak kisah kan…tks