Bismillahirramanirrahim
Beberapa hari lepas masa ngah makan kat sebuah kedai aku dikejutkan dengan tindakan seorang pelanggan yang pecahkan cawan (hempas ke lantai) yang diberikan pelayan tu. Kemudian dengan suara kuat dia memarahi pelayan tersebut dihadapan orang ramai. Dari apa yang aku dengar dia memesan air lain tapi sampai air yang lain. Subhanallah, dimanakah akhlak dan adab kita zaman sekarang. Orang yang begitu muda memarahi orang yang jauh lebih tua :(
Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Begitulah sabda Nabi kita yang mulia. Rasulullah begitu berhati-hati dalam setiap tutur kata dan perbuatannya. Teringat kisah Saidatina Aisyah yang berasa sangat bersalah sebab tertidur semasa menunggu kepulangan Rasulullah. Semasa beliau bangun pada waktu subuh dilihat Rasulullah hanya tidur diluar pintu rumah dalam kesejukan. Menangis Saidatina Aisyah bila Rasulullah beritahu tidak mahu mengganggu isterinya yang sedang tidur. Itu akhlak Rasulullah!
Sayangnya dengan kemajuan teknologi sekarang menjadikan umat yang kaya dengan luhur budi dan adab kepada umat yang ‘semborono‘. Elemen peduli ditolak tepi bahkan budaya ‘peduli apa aku‘ dijunjung tinggi. Sering berasa megah dengan pencapaian diri sama ada dalam bentuk ilmu ataupun harta. Orang lain yang kurang dari kita dianggap tidak perlu dihormati dan wajar diingatkan bahawa kita mempunyai hak untuk buat begitu kepada sesiapa. Itulah akhlak kebanyakkan kita sekarang.
Layan dulu sedikit gambar dari majlis perkahwinan Islah & Suraya weekend lepas. Islah ni sepupu wife aku :) Majlis diadakan di Dewan Presint 8, Putrajaya.
Selepas selesai majlis tersebut aku pergi rumah terbuka sahabat ofis aku. Terima kasih atas jemputan Paie dan isteri :) Ni 2 keping gambar anak korang, Imran. Nak gambar lagi datang jumpa aku ye, hehe. Sapa ajak aku gi makan2 kat rumahnya aku bleh shoot anak korang free :)
Akhir kata, sebenarnya banyak kebaikan kalau kita merendah diri dan menghormati orang lain. Kita akan disenangi oleh ramai orang dan kurang musuh yang membenci kita. Sekali kita tidak hormat orang lain dari situlah bermula rantaian permusuhan yang menjadikan hidup kita tak tenteram dan menyebabkan kita kehilangan ramai kawan.
Renungi pantun lama orang dulu-dulu yang mungkin boleh dijadikan peringatan untuk kita bersama.
Tingkap papan kayu bersegi,
Sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana bahasa.Padi muda jangan dilurut,
Kalau dilurut pecah batangnya;
Hati muda jangan diturut,
Kalau diturut salah datangnya.Anak dara menumbuk pandan,
Membuat kuih hidangan kenduri;
Ilmu yang baik jadikan teladan,
Segala yang buruk letak ke tepi.Halia ini tanam-tanaman,
Ke barat juga akan condongnya;
Dunia ini pinjam-pinjaman,
Akhirat juga akan sungguhnya.
Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi ngan kerja-kerja ofis. Maaf atas kelewatan membalas email korang ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
cot
salam caii..
biadap giler org²…
kalau ye pun, bgtau la baik²..ye x..
“org kite mudah lupe” kn caii..
hehehe…
ko jadi pemantun skolah ke caii..
kekekkekekeke
*biz² pun smpt update blog..cisss :P
faisalhjrahim
cot – hahaha, aku bizi editing video nih..ngah render memang kena tunggu lama..:) jadi blehlah update blog ni sat..mmg kurang ajar budak tu.budak universiti je pun aku rasa tapi belagak gila..
weh, aku pernah wakil kelas aku masuk pertandingan pantun tau,hahaha
cot
lor..budak u ke..
giler r…
alaaa..ko kan serba boleh…
kalu ko kate ko wakil sekolah untuk pertandingan bola jaring pun aku caye….
whoahahahahahaa
faisalhjrahim
cot – aku rasalah sebab aku kat area seksyen 7 tu, pastu budak2 tu bawak laptop ngan buju bagai,budak uitmlah kot,whoahahaha..ciss, siot je ko cots,hahahaha..jumpa weekend nih cots..
Masy
bdk2 skrg ni darah cpt panas, salah pemakanan kot hehe
acai! bile nk melanje akak ni?>?? *sambil hempas kamera acai hahahah*
azizee
tetiba aku jadi sedih…
org sekarang..haish…
faisalhjrahim
Kak Masy – aah, salah pemakanan lah kak agaknye,hehe..hahahah, nak kena betul akk nih..aah, dah lama tak melanje2 lagi akk kan,huhu
azizee – slm bro, yup itulah akhlak ramai orang kita..tak tahu plak camni pada masa akan datang..sekarang, budak kecikpun dah cakap kurang ajar kat orang lebih besar..nak marah tapi mak bapak diaorgpun selamba je bila anaknya cakap bodoh kat orang tua,huh..
shairulfaiz
acai ahad nie aku nk ikut gak …tak kira apa nak jadi..hehehe aku nk test shoot pakai ” mata ikan ” tak kira2 nak gak ikut…huhuhu
Kak Azieazah
Salam ESAL…
Cukup sayu bila baca kisah insiden tersebut. Memang sungguh menyedihkan..
Budi bahasa yang sangat mahal tetapi sering diperlekehkan oleh kebanyakan orang sekarang..
Akhlak bermula dari rumah, jika kita bercakap bahasa kasar atau menjerit-jerit, tak heran anak-anak pun ikut sama.. Betul tak?
Cuma, bila hanya kita yang cukup menjaga, tetapi pergaulan anak-anak di luar rumah sudah terlalu banyak pengaruh, sejauh mana pula kita hendak mengawal? aduhhh..
Contoh, anak2 cakap bahasa tertentu kerana kawan2 pun guna ayat itu… well? Selagi terdaya, tanggungjawab kita adalah memastikan akhlak generasi kita terjaga..
Ibu bapa Kak AZIE dulu, nak sebut “bodoh” pun kene cubit, apalagi nak sebut bahasa yang lebih teruk dari itu..
sama-sama kita renungkan…
Ehhh… nak jemput ESAL mai makan di rumah? uishhh.. segan lahhh… :P
faisalhjrahim
shairulfaiz – hahahaha, orait bro..:) nanti pape aku calling2 ko..haaa, bleh ko layan fish eye aku tu..aku bleh concentrate guna lens lain,whoahahaha..
Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, sangat setuju ngan pandangan kak zie. Akhlak tu memang bermula dari rumah. Kanak2 ni dia akan tiru apa je yang dilakukan oleh orang yang lebih dewasa. Sy pernah jumpa budak baru 2-3 tahun dah cakap mencarut dan tunjuk isyarat lucah. Sekali jumpa bapanya memang patutlah dia jadi camtu. Dengan rambut merah dan pakai rantai di leher yang tu cakap kasar ngan anak dia..
Selagi terdaya kita ubahlah mana yang kita mampu..Ia lebih baik dari tak berbuat apa2 kan kak..:) waaaa, nak wat rumah terbuka ke kak? blehlah ajak sy kak..bleh kenal2an..:) insyaallah kalau lapang sy cuba hadirkan diri..thanks kak ye..
awe
Salam bro..dengan x segan nya aku pun nak ikut ko ngan pro2 ko tu blaja cara korang ambik gambar weekend ni…
benar apa yg ko cakap tu…jgn lupa petang ni sesi turun kan lomak kat perut…
faisalhjrahim
awe – salam awe, hahaha..orait je..bleh belajar nanti dari otai2 yang follow aku gak tu,hehe..tak sabau nak sepak bola nih,hehe..
Diya
Huuu. Terkesan dgn cite acai tuh. Diya pun ada gak jumpa pelanggan berperangai tak berapa sehat dekat pelayan. Tapi yg pelanggan lagi tua lah pd pelayan. Dengar pakcik tu mem-fire gitu gini dekat akak tu, dengan diya2 rasa nak penampor dia. Nasib orang tua, so diamkan jelah. Tak tahu le kalau diya kat tempat akak tu. Mahunya kena buang keje teros. Huhu
faisalhjrahim
Diya – Salam diya, waaa ganasnya diya nak tampar orang,hehehe..:) itulah, kekadang tak kisahlah tua atau muda rasanya kita tak lepas dari beradab dan berakhlak. Kalau kita tak hormati orang lain camne kita boleh harapkan orang sekeliling menaruh hormat kepada kita..betul tak? Pelayan tu mungkin dari india (kedai mamak) sana tapi tak bermakna kita boleh buat camtu macam mereka takde perasaan dan terlalu mulia. menjadi pelanggan tak semestinya kita boleh buat camtu..
one
yg kuat dialah
yg mampu mengongkong amarah,sengsara bertahan2 letusan keberangan,demi kepercayaan berlawan tanpa menyerah,….bak naruto semasa dirasuk si9-ekor
..oh,baru lepas layan,tu yg terbawa2 cik fesal q:
Firdaus™
ish ish…kalau depan aku mmg nak je seligi skali…tarbiyah skit, mmg tak dinafikanlah…perangai remaja skrg, aku pun takut tgk, takut dgn diri sendiri, semoga kita semua dijauhi dari bersikap sedemikian, na’uzubillahi min zalik…apepun, marilah kita sandarkan pada hadis nabi خير الناس انفعهم للناس, orang yang baik adalah yang memberi manfaat kepada orang lain, semoga kita mencapai maqam itu sekarang dan selamanya, biiznillah ;)
apepun acai, ko bz ke tak, tetap rawks…hehe
Broyoes
Salam pesal…wah, apa cer sekarang? dah makin mantop dah….rezeki makin murah bila dah kahwin ni kan…bila dah ada anak nanti lagi murah rezeki…insyaAllah…aku ada kat ofis lagi kul 10.30mlm ni…minggu depan ada audit dari Kementerian…oklah, kalau free, singgahlah blog aku ni (http://yusfeeny.multiply.com/)…nnt boleh share pendapat ok…wassalam…
namida
salam Acai
akak sbg ckgu pon slalu pening dan tertnya2 kenapa org melayu terutama yg beragama Islam perangai lagi teruk dari yg bukan islam tu…mana silapnya yer? mgkin dari rumah,pengaruh kawan,pengaruh media yg dok hari citer tahapahapa dan juga persekitaran…
So,peranan kita ..didiklah mana yg mampu terutama yg ada anak2 buah/sedara/sepupu yg masih boleh dilentur kan..
faisalhjrahim
one – hahahaha, ya Allah awk ni, ingatkan apalah siap ada 9tail tu,heheh..:) memang kalau orang tu rasa dia dah kuat dan memiliki segalanya dia akan demand untuk dihormati..sedangkan dia belum tentu nak hormat orang lain:)
Firdaus – Salam bro, memang rasa nak seligi gak bro tapi kang tak pasal2 masuk mahkamah,hehe..budak2 zaman sekarang bukan boleh..nampak je muka ganas dan cam samseng tapi baru kena rotan dah report polis,hahaha..dah lama tak dengar tu..orang yang lebih baik adalah orang yang memberi manfaat kepada orang lain..terima kasih bro ingatkan..:) walaupun mungkin kita tak boleh jadi yang terbaik dan memberi manfaat setiap masa at least ada usaha untuk kita menuju ke arah itu..:)
faisalhjrahim
Broyoes – Salam yoes, waaa lama ko menghilang yoes,hehe..:) wehh, dah ada tarikh lum? cepatlah bagitau aku, nanti aku dah kena book tak dapat datang ko kahwin,huhuhu..orati, nanti aku singgah blog ko ek..:) thanks yoes..
namida – salam kak, sangat betul apa yang akk cakapkan tu..orang kita yang beragama Islam lagi teruk akhlak dan perangainya..Ini bukan salah agama kak, tapi mungkin masalah bangsa kita seperti cara didikan, cara berfikir dan motivasi hidup..manusia ni kalau tertekan baru akan menunjukkan sifat2 survival yang baik seperti rajin, bijak dsb..mungkin kita terlalu selesa ngan semua kemudahan dan kesenangan yang ada kat negara kita ni yang buat kita jadi camtu..
nasazfrog
sebenarnya kebanyakan hal seperti itu berlaku disebabkan kurangnya didikan dari peringkat awal… yer mmg betul sifat merendahkan diri lebih baik dari yang suka meninggi diri,,
zenn
Salam acaii.. blog ko ni sentiase ade citer & tazkirah cmni hehehe..mmg beshhhh.. gambar pun besh2..dasat jugak penangan mata ikan ni isk..isk..teracun gak aku tp x mampu lagi hehe…
faisalhjrahim
nasazfrog – salam kak, waaa lama tak dengar khabar..:) dek nuri apa khabar kak? memang didikan awal tu sangat penting kan kak..sebelum dilepas kenalah ajar semua ilmu supaya tak sesat..:)
zenn – salam bro, hehe..aku just kongsi apa yang aku rasa je..:) alaa, kumpullah duit skit2, mesti bleh dapat punye satu hari nanti..:)