Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dah setahun aku amik gambar wedding ni. Teringat kali pertama dapat job berbayar untuk majlis bertunang setahun yang lepas. Walaupun perasaan gementar tu sangat kuat tapi aku kuatkan semangat sebab nak mencuba sesuatu yang baru. Berbekalkan kamera D80 yang baru beli beberapa bulan, kit lens dan speedlight pinjam aku beranikan diri shoot majlis tersebut.

Masa tu aku nekad kalaulah customer pertama aku ni tak puas hati dengan hasil kerja aku memang itu merupakan kali terakhir aku amik gambar wedding. Bukan apa, kalau boleh aku taknak rosakkan hari bahagia orang lain semata-mata nak cari duit lebih. Seminggu sebelum tarikh majlis aku dah berdebar-debar gila. Hari2 tengok website photographer yang bagus-bagus nak cari idea, hehe.

Sebenarnya walaupun bersahabat lama tapi aku tak pernah jumpa client aku ni. Tapi alhamdulillah, aku rasa selesa bekerjasama ngan dia hingga majlis tu selesai. Kalau korang selalu pergi Mesin ATM Maybank mesti korang perasan dia ni tau, hehe.

Inilah client aku yang pertama, Dhia yang aku shoot semasa majlis beliau bertunang :



Sebenarnya aku terhutang budi kat dia. Ketika orang lain menolak pelawaaan aku shoot mereka secara free, ketika aku takde pengalaman langsung mengambil gambar dan ketika aku dipandang rendah oleh photographer yang tak bagi aku follow mereka, Dhia ni sanggup hire dan membayar hasil kerja aku. Sebab tu sampai sekarang aku ingat dan hargainya :)

Satu perkara yang buat aku terharu bila aku dibayar lebih banyak dari yang sepatutnya sebab dia puas hati ngan hasil kerja aku :) Itulah yang buat aku bersemangat untuk cuba masuk dalam industri ni walaupun persaingannya sangat banyak. Aku percaya Allah akan beri kita rezeki kalau kita berusaha.

Jujur aku katakan aku bukanlah mengejar duit jadi photographer ni, jauh sekali nak jadi popular spt rakan-rakan photographer yang cukup terkenal dalam industri ni. Cukuplah client puas hati dengan hasil kerja aku dan sedikit sebanyak dapat tingkatkan pendapatan keluarga aku. Terima kasih kepada semua kengkawan yang sering bagi sokongan kat aku dari dulu sampai sekarang. Aku sangat2 hargainya.


Nota kaki : Sebelum ni aku malu kalau orang tanya dah berapa lama amik gambar sebab asyik cakap bulan2 je,hehe. Pasni aku dah boleh cakap “Saya dah setahun amik gambar!!”, whoahahahah

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

64 Comments

  1. Azman Reply

    Salam,

    Gambau2 dalam ni semuanya cantik2 belaka… Tahniah kerja anda boleh dikategorikan Profesional.

    Izinkan saya guna blog En Acaii ni sebagai sumber rujukan yer.. Saya budak baru dalam dunia fotografi ni.

  2. Kak Azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL…

    walau apapun yang ESAL nak sebutkan, jujur dari hati kecil Esal sekalipun, Kak Azie tetap yakin.. sebab Kak Azie dah follow blog Esal ni pun dah lebih setahun…

    Dah ‘kenal” Esal sejak Esal sibuk dgn futsal dulu, sibuk dgn projek baja cacing, kebun naga dll.. Semua masih ingat..

    Dan sejak awal penglibatan Esal dlm bidang fotografer ni, Kak Azie memang yakin tentang optimis dan positifnya Esal menghadapi kerjaya baru.. sanggup belajar (wpun tak banyak yang Esal cerita tentang kesusahan dan cabarannya) tetapi dari mata Kak Azie, sentiasa percaya Esal mesti akan berjaya..

    Kak Azie, jujur… tidak pernah jumpa Esal tetapi Esal sudah seperti adik yang sangat Kak Azie sayang, sanjungi dan hormati..

    Belajarlah terus dan usah bongkak dgn kelebihan dgn kita ada.. Bersyukur selalu..

    Yang pasti: Restu Allah dan restu ibubapa memang memberi kesan yg sangat ketara.

    I proud of you, dik.. really proud..!!

  3. ejal@jai Reply

    bro,walaupun baru setahun tapi macam dah bertahun-tahun la..mantap bro..ada masa,ada kesempatan aku nak belajar gak ler dgn ko..akhir kata majulah orang jawa dihadapan..yeeeha…

  4. yuddin Reply

    yup,.. walau x pernah jumpa..tapi aku tahu hasil kerja kau memang baik..selamat maju jaya bro….kau nak tukar canon.ke..!.hehehhe…aku plak teracun ngan A850…hehehehe….jumpa lagi…

  5. faisalhjrahim Reply

    peveyhack – salam pevey, thanks bebanyak pevey..sbnrnya aku memang banyak sangat belajar dari ko selama ni..dari mula2 ko amik gamabr wedding adik aku dulu dan aku tak kenal ko sampailah sekarang,hehehe..thanks atas segala tunjuk ajar bro!! terus maju kedepan..

    Azman – Salam bro azman, terima kasih ye..Sayapun masih baru dalam bidang ni, moh kita sama2 belajar,hehe..

  6. faisalhjrahim Reply

    Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, terima kasih kak..akk antara orang yang selalu beri saya kata semangat dalam setiap apa yang saya lakukan..:) terima kasih kak!! jasa akk tak terbalas..memang terasa rapat je ngan akk ni walaupun kita masih tak pernah berjumpa..Insyaallah satu hari nanti kalau diizinkan kita boleh bersua muka kak ye..:) Terima kasih juga atas ingatan tersebut..insyaallah sy takkan lupa asal usul saya kak..thanks banyak2 kak ye..saya hargai sesangat.

    ejal – salam ejal, hehe..ko kena fikir kahwin dulu jal ye..:) pastu baru fikir nak amik gamabr kahwin,hahahahah…ayuh maju kedepan wong jowo,hehe..

    yuddin – terima kasih banyak bro..gambar ko adalah antara rujukan aku sampailah sekarang..kagum ngan editing yang bro buat sbnrnya..semoga kita sama2 terus maju kedepan..aku belum nak tukar lagik,hehe..waa, lum rasa penangan sony ni sebab belum ada member pakai sekeliling ni,hehe..ada masa nanti bolehlah cuba,hehe

  7. Zizei Wenger Reply

    kalo aku tengok gambar dhia ni kat atm maybank mesti aku teringat kat ko, lepas tu aku bagi tau kat semua org yang aku jumpa “photog utk model dalam atm mesin tu kawan aku” hahahah…

    all the best bro to u..

  8. faisalhjrahim Reply

    Azmi kota damansara – Salam bro azmi, terima kasih sudi singgah sini ye..:) waaa, aku bukan sifu lah..tapi kalau nak belajar sama2 boleh je..mana yang aku tahu boleh je aku kongsi ngan bro..:) kalau ada apa2 persolan just tanya je, insyaallah aku cuba jawab mana yang dalam lingkungan ilmu aku..thanks bro ye sudi kongsi link tu..bro sbnrnya dah berbakatlah..gambarpun dah banyak ok cuma kena beli speedlight je,hehe..dah ada lum?

    Zizei Wenger – Salam Zei, hahaha..akupun selalu ingat kat dia setiap kali pi maybank atm tu,hehe..:) dia sekarang ngah tak sihat, majlis kahwin pun terpaksa ditangguh sebab kesihatan dia tak mengizinkan..doakan dia cepat sembuh ye..thanks zizei!!

  9. zam Reply

    ~ Kalau dalam buku rekod pelajar sekolah, cikgu akan tulis gred A.
    ~ ” Tahniah satu pencapaian yang membanggakan dlm subjek fotografi, Teruskan usaha anda”. hehehe :)

  10. azmi kota damansara Reply

    thanks bro;
    leh tau tak gadget apa yang bro ada skang?

    selalu wedding shoot berapa item basic yg ko selalu bawak?

  11. faisalhjrahim Reply

    zam – salam cikgu zam..:) waaaa, terima kasih cikgu..wife sy selalu bagi dugi imbuhan kat anak murid dia kalau lulus cemerlang..nak mintak dari cikgu zam bleh?hehe

    azmi kota damansara – Ooo,selama ni memang aku guna D80 je..Cuma baru2 ni je aku baru mampu nak sambar D90,hehe..speedlight selama ni aku guna SB600 je..lens tu ada tele, UWA dan 50mm..tu je yang selalu aku pakai dalam wedding..:)

  12. najmi Reply

    memula kenal abg acai sebab follow blog budak jawe yg dulu. time abg acai duk sibuk dgn cacing, buah naga, kete, bola pastu ada gak abg acai selit sikit2 gambar. even pakai handphone pun gambar tetap gempak.pastu kan abg acai tutup blog tu, then satu hari tgk cikgu nurul tgk blog budak jawe. dari situ follow balik blog then tengok gambar2 abg acai. mmg kagum tgk gmbar kawin yg abg acai ambik. teringin nak tag along dgn abg acai tapi baca kat photoskool abg acai tak bukak tag along untuk newbie tapi takpe kat sini pun saya banyak blajar.

    congrats bro!!!

  13. faisalhjrahim Reply

    najmi – Salam najmi, waaaa dah lamalah follow blog aku dari sblm ni ye..thanks ye najmi:) ingat takdelah orang baca aku mengarut2 dalam blog nih,hehe..sbnrnya apa bendapun kalau kita buat dengan minat dan sungguh2 insyaallah boleh berjaya..:) kat photskool tu memang tak open tag tapi kalau ada masa nak ikut boleh je..:) kekadang memang ajak je 2-3 orang newbie yangn ak belajar..tapi takdelah buka open kat forum,heheh..segan sebab lum terer lagik..:) apapun, thanks najmi..

  14. cot Reply

    caii…gambar² ko bukan mcm stahun punye pengalaman…kalu zmn skolah rendah dulu..kat buku latihan, cikgu bg A tambah lagi bintang 3 bijik tanda dgn pen merah..kekeke..GUD LUCK….

  15. awe Reply

    DAh setahun kawan aku ni ambik gambar…tak sia-sia niat ko dulu sejak ko mula pegang cemera canon kecik ko tu..masa tu ko selalu ambik gambar kawan2 wat aktiviti(gua tempurung, lata kijang, bukit cerakah dll)…TAHNIAH bro…aku selalu doakan ko sihat untuk meneruskan kerjaya ni…I FOLLOW…

  16. fathiyyah Reply

    bro! kak dhia ni dh kawen ke belum?
    dia ada blog kan? teringin nak baca :D

  17. Mr Fathi Reply

    wahh wes siji tahun kang snap gambar yo…huhh wes suwi…hehe..
    kang,iso orak gawe tutorial about photoshop neng blog kang.iso la…
    nyong pun arek tahu about photoshop…alaa mcm gambar kat atas tu…iso kan????

    Selingan:bojo kang wong Perak kan???dio wong opo??jowo??banjar???kampar????Melayu asli??

  18. ady laynany Reply

    Tahniah Caii..dh stahun rupenyer, sok futsal leh la celebrate..pstue kire ko la menang cabutan bertuah hadiah towel spt cdngan awe tue.. bole la wt lap2 peluh time jd photographer..hehe. next year awe plak anniversary die sbg photographer.. aku plak ko tunggu je la suatu hari nnti..hahah

  19. kui Reply

    tahniah acaii!!!!

    cikgu bagi bintang 5, ngan bulan skali (dan dan jadi cikgu)…

    smoga bakat yg ko ada menjadi pencetus semangat kepada semua yang memandang hasil seni fotografi ko.. go go caiyok!

  20. DHIA Reply

    salam dindakusss ;)
    alahai terharu baca entri dinda ni. bergenang mata kanda. pejam celik xsedar setahun dah usia gambar kanda yg dinda ambik ni. n dh setahun dh usia pertunangan kanda…. sygnya xkesampaian majlis tu berlansung 1muharram nanti :( gara2 operation hr tu. xpe la yg penting kanda da mkin sihat taw :)

    hmm.. bila kenang2kan balik, nk je patah ke masa tu. manis sgt. nk2 bila 1st time kena raging ngn dinda posing smpai 1jam :P letih kena paksa senyum nmpak gg taw. isk2.. dinda nih mmg kanda salute la msa tu sbb PR bgus tul. xde la main snap je cm sesetengah photog smpaikan gambar sekeluarga dgn pengantin satupun xada smpai selesai majlis. reason – family pengantin bz nk uruskan majlis. padahal blh pause kejap kan kalo ada permintaan dr photog sndiri. xkn la pengantin yg nk terjerit2 pggil org tu org ni tuk amik gambo ngn diorg. kesal betul kalo ending mcm tu..

    moga pengalaman xmenenggelamkan dinda dgn pujian n hrp2 dinda igt lg komen kanda psl kesilapan msa album tu dh siap ;) sbb silap tu yg akan buat dinda lbh n lbh n lbh berkualiti dr setahun lalu ;)

    maaf ye kalo kanda terlebih komen.. bkn slalu kanda nk ckp byk cmni tul x ;P lgpun da lama xmenulis nih. lps geram kt sini leh eh dinda? mis u dindakusss.. take care n gud luck :) n jgn lupa utk sentiasa kekal berkualiti ;)

  21. DHIA Reply

    opss.. nk kena nih xmintak izin bgitau public psl gambo kanda kt machine maybank tu. pecah rahsia low profile kanda.. kejarrrrrrrrrrr!!……….

  22. Diya Reply

    Tahniah Acai. Walaupun baru setahun karot acai ambik gambar orang kawen, tapi dalam masa setahun ni diya perhati acai baaaaaanyaaaakkkkkkk sangat improve nya. Keep it up yeh. All the best selalu =)

  23. sofia Reply

    Tahniah…

    Dah lama follow abg acai nye blog.. Dah setahun ye.. Kejap je..nnt boleh le nk invite jd photographer sy..

    Teruskan usaha!

  24. bukan cemut sbenar Reply

    tahniah bro..mesti rugi kan sape2 yg tolak nk shoot free tu..tp nape xpenah pelawa kat cemut pun.grrrrrrrrrrrrr keke.kiding.
    cemut mmg suka tgk hasil kerja bro..nak2 kalao yg outdoor punyaa..gila gempak..woaaa sejuk mata memandang..sejuk lagi perot ibu ngandungkan bro.ha kesitu plak.bro pandai maen sudut.maen kaler..mcm2 maen laa ;)) terre,

  25. najmi Reply

    lama tak lama ler, ada ler dari mula hujung form five time tu. kan awal tahun ni ada budak call abg acai pasal nak buat research kaum jawa saya ler tu.

  26. azieazah Reply

    Salam DHIA..

    semoga segera sembuh.. dan semoga selamat naik jinjang pelamin nanti..

    btw… ATM Maybank mana yang ada gambar DHIA ni..? Akak tak perasan pun..wpun memang akaun Maybank gak (nampak sangat jarang pi ATM mesin, sbb tak berduit) hahahaha…

  27. faisalhjrahim Reply

    cot – hahaha, tiba2 aku teringat dulu kat sekolah bagi bintang2 tu..memang memberi inspirasi sungguh kan kalau dapat bntang tu,kekeke

    Awe – thanks awe, ingat lagi ko kamera bapak aku tu,hehe..ada lagi kamera canon cybershoot tu,hehe..apapun terima kasih atas sokongan kawan2 semua..aku masih byk lagi lah kena belajar ni..semoga satu hari nanti aku jadi lagi best,hahaha..

    fathiyyah – Salam thia, kak dhia ni lum kahwin lagi thia. Kesihatannya tak berapa baik aritu sebab tu di tangguhkan. Blog dia masih ada lagi thia tapi di privatekan buat masa ni:)

  28. faisalhjrahim Reply

    Mr Fathi – Salam fathi, thanks bro..mengkolah angger enek masa ne aku gawe tutorial pasal photoshop nih :) orak sempet lah arek gawe,hehe..bojon ne wong banjar,hehe..

    ady laynan – waaa, lain nama ko zaidi,hehe..haha, nak celebrate apa di, bukan berkaitan ngan futsalpun,hehe..:) jumpa arini kat gelanggang seksyen 16..dah lama tak main kat situ..:) tunggu awe plak anniversary,hehe.

    kui – salam kui, hahahahaha..siap dapat bulan..kalau bulan tu kalau dapat markah kosong ke?hehe..thanks kui ye..:)

  29. faisalhjrahim Reply

    Dhia – Salam kanda, waaaa orang yang diceritakan beri komenlah,hihi..Alhamdulillah dah setahun berlalu, rasanya macam baru kejap je kan..:) terima kasih kat kanda gak sebab beri sokongan dan percayakan dinda untuk rakamkan hari tersebut untuk kanda.

    Memang betul kata kanda, setiap majlis yang dinda cover akan ada satu pelajaran yang boleh dibelajar. Dari situlah kita boleh belajar memperbaiki kelemahan-kelemahan yang ada supaya dpat berikan yang terbaik untuk pelanggang-pelanggan yang akan datang..

    Insyaallah, dinda takkan lupa diri :) sebab masih banyak lagi yang perlu dipelajari. Errr pasal gambar kat mesin ATM tu ingat kanda tak kisah?hehe.. alaaa, dah ramaipun member2 tahulah kanda,hahaha..thanks kanda atas segalanya..

    Diya – Salam diya, waaa terima kasih ye diya atas kata2 semangat tu..insyaallah pasni acai akan lebih improve lagi supaya nanti kalau amik gmbar diya acai dah bertambah terer,hehe.

  30. faisalhjrahim Reply

    sofia – salam sofia, terima kasih sudi singgah sini ye..terima kasih atas sokongan..waa, dah nak kahwin ye? bila tu? tahniah tau..

    bukan cemut sebenar – hahahaa, apa punya namalah ni cemut,keke..alaa, masa acai start aritukan cemut dah nak kahwin,acai lum terer lagik,ekkeek..thanks cemut atas sokongan selama ni..acai byk belajar dari sifu2 yang terer2 pastu cuba aplikasikan dalam gambar yang diambil..semoga nanti jadi lagi terer dari sekarang,hehe..

    najmi – Salam najmi, Ya Allah yang tu ke? yang asyik tak dapat jumpa je tu ek? alahai, siannye bro..takpelah, insyaallah kalau ada kesempatan satu hari nanti mesti boleh jumpa punye..:)

    kak azieazah – Salam kak zie, amin atas doa akk tu ye..:) kak zie, gambar dia dah ada kat semua mesin atm maybank seluruh malaysia dari tahun lepas rasanya,hehe..taktaulah sekarang sebab sypun dah lama tak kuarkan kat maybank..takde akaun kat situ,hehe..

  31. din Reply

    Salam acai
    ~ seingt ak dh nk msuk tahun ke 2 ak knl ko cai. rs cm rugi xkenal ko dr awal. bukan setakat bidang photograper ak kagum, segale2nye. kalo la ak perempuan sure ak dh ngurat ko. ekekekee.. blog ko antara blog yg ak suke follow cai. tahniah cai, smg dprmudahkan segala urusan dan brtmbh2 maju dlm kerjaya yg ko ceburi. *sentiasa cemburu ngn dirimu bro..

  32. Mr Fathi Reply

    owh,bini urang banjar ye…kang reti tak surahik banjar????aku paham je apa urang banjar surahik…saya takde susur galur banjar pun.hehe.tapi saku nak balajar surahik banjar ni…(betul ke banjar aku ni)

  33. atong Reply

    salm acaii tahniah wat ko sbb dah setahu bergelar wedding photografer walaupun karya ko macam dah lebih dari tarikh itu..Firs time aku jumpe ko aku tak sangke ko nie seorang yg agak kretif n berjiwa seni aku ngat ko seorang mat rempit yang berilmu dan rock jer.kan time first aku jumpe ko masih stdy kat utm lg.dngn rxz biru ko tue.huhu jgn marah..apepun skrg dah buktikan yg ko boleh.huhuh..idup wong jowo untuk .
    *bila nak wat persatuan jawe photographer..

  34. rusdi Reply

    yo.. acai aa….. tahniah.. doakan satu hari nnti aku akan jadi terbaek cam ko.. aku nak tau rate tuk pakej kawen ko..

  35. one Reply

    Mungkin, kerana cik fesal (dan juga ANTM hehehhe), saya berjaya menjadi pengomen berkenaan gambar. Dulu,gambar2 yg cantik hanya dikagumi sendiri,yg kurang berkenaan dicebik di hati.apa yg diekspresi fotog sekadar2 sahaja tanpa diamati dan dihayati,walhal betapa teknik dan skil penghasilan gambar bukan setakat “say cheese-&- snap!”. Tidak dinafikan, aura kesungguhan dan minat cik fesal berkongsi sangat menarik2 jemari ini berturut serta. Tahniah dan syabas diiringi terima kasih utk cik fesal.

  36. as Reply

    congrats acai….tingat lg tgk gambar kak dhia neh dulu :)
    senyuman paling manis ^^

    hehe

    yang penting start off with a spirit and believe that you can~
    go go acai~!

  37. zenn Reply

    kalau tgk gambar, mcm dh btahun2 amik gambar..caya la bro..Otai generasi baru..semoga ko sentiase dimurahkan rezeki dan dpt terus berkarya.. nk berguru pun jauh sgt..aku berguru dgn gambar2 ko je la..

  38. Broyoes Reply

    Salam pesal…wah!tahniah atas pengalaman ko selama setahun dalam bidang ni…aku pun rasa mcm nk berjinak2 dgn photography…sebab ko kan tau, aku pun ada jiwa seni jgk…cuma tak dapt nk apply kt tempat kerja aku sekarang…apa yg aku blh buat ialah aku edit gambar kwn2, company secara free…and then diorang cuci sendiri….haa…nnt kalau ada kelapangan, jgn lupa dtg kenduri aku pada 26 Disember 2009 nnt…jgn lupa check email, aku hantar kad tu…nnt jemput wak sekali ok….wassalam…

  39. Firdaus™ Reply

    Slaam ustaz acai…tahniah…ko baru setahun mmg dah mcm 5 tahun bak kata pevey…blehla aku jadikan ko sbg idola…sbb ko mmg luarbiasa :) apepun, ma’at taufik binnajah…semoga terus success selalu acai…mabruuuuk! ;)

    ko takleh tag along org masa 1st dulu, jgnla sampai aku pulak takleh tag along dgn ko, aku kan nubis…hehe

  40. meen Reply

    salam acai..

    waaah dah setahun ek acai..congrats! moga terus sukses dalam bidang fotografi ni. Actually..walaupun meen jarang tinggal komen kat sini tapi mmg selalu follow jgk gambar2 yg acai amik tu..mmg cantik dan tersendiri..I like!hehe *puji lebih2 ni kot2 nak hire acai ke nanti2 kan…hehehe mana lah tahu..*

  41. Salam,

    Hamba dah dekat 2 tahun ambik gambar, tapi tak pandai2 lagi. Bolehkah hamba berguru dengan tuan hamba. Sudikah kiranya tuan hamba menjadi guru hamba.

  42. faisalhjrahim Reply

    bahdin – salam din, thanks din atas support selama ni..hish ko ni janganlah cakap camtu, segan aku..akupun byk lagi kena blajo nih..thanks selalu singgah sini, aku hargai sesangat din..:) hidup jawe!!! hahaha

    Mr Fathi – waaa, pandai bersurah banjar ye? aku tak retilah bro,hehe..selalu dengar diaorang cakap je..tapi dalam proses belajar ni..nanti kalau dah terer boleh bersurah banjar sama2,hehe..

    atong – salam atong,hahaha..thanks atong ye..:) aah, masa tu aku naik rxz lagi pergi tanjung sana tu,hehe..motor rxz tu dah hilang kat skudai johor sana,huhu..hidup photographer wong jowo kang,hehe..thanks atas support selama ni atong..:)

    rusdi – terima kasih bro, masih byk lagi aku ketinggalan sbnrnya ngan photographer2 yang hebat..sama2 kita belajar ye..nak tau pakej aku emaillah aku bro ye..thanks..

  43. faisalhjrahim Reply

    one – salam awk, terima kasih atas support selama ini juga ye..sy masih perlukan teguran dan nasihat untuk perbaiki dari segala segi..sbnrnya kalau nak rasa susahnya jadi wedding photographer ni kena cuba sendiri tau,hehe..baru ada feel camne diaorang bekerja,ceewahh..

    as – terima kasih as ye..waaaa, lama tu masih ingat lagi,hehe..dah setahun tu..terima kasih as sebab bagi sokongan ye..

    zenn – salam zenn, terima kasih byk bro..perjalanan aku masih jauh lagi, sama2 kita belajar tingkatkan skill kita..bukan hanya untuk client kita tapi untuk kepuasan diri juga sbnrnya..:) mana yang aku kurang tu tegur2lah ye..

  44. faisalhjrahim Reply

    Broyoes – Salam yoes, waaaa lama tak singgah sini yoes..moga ko sihat2 hendaknya..yoes, aku sokong sangat ko beli dslr beb..ko pun berjiwa seni gak,ceewahh..dulu masa aku masih bengong lagi ko dah buat poster masa kat utm tu,hehe..aku tahu ko memang berbakat beb..orait, nanti aku check ye yoes..insyaallah nanti kalau berkelapangan aku akan sampai..:)

    Firdaus – Salam ustaz firdaus, terima kasih ya ustaz..:) jazakallah khir..masih terlalu byk kelemahan diri aku ni..kalau nak shoot sama2 belajar tu boleh je nak follow..lagipun seganlah orang terer2 cam bro ni nak join budak nubis cam sy nih,kekeke..

    meen – salam meen, waaa lamanya tak dengar khabar meen..terima kasih meen atas sokongan terhadap acai selama ini ye..:) tak sempat lagi nak jumpa meen,keke..nanti kalau meen dah sampai masa jangan lupa bagitau acai tau..blehlah acai shoot cikgu sorang nih,hehe..thanks meen ye..

    Khairul Faizin aka SulaimanAkhlake – Salam bro, lama tak nampak bro..:) alaa, sbnrnya aku masih mentah lagi..seganlah nak mengajar orang lain dengan ilmu yang sedikit ni..tapi kalau untuk belajar sama2 tu memang bolehlah..gambar2 bropun memang dah sedia mantap tau..tahniah bro!!

  45. Masy Reply

    bila nk wat upacara potong kek ni acai? ;)

  46. Zana Reply

    salam…
    tahniah..sy nak tnya soklan je..:)
    f no. kt camera tu plg bsr 3.5,tapi nape bila sy msk speedlight, yg f no tu kdg2 x lei adjust, smpai 4 je trus x nak turun 3.5???ke sy yg salah a.k.a x pandai???tq..

  47. shaifulsafar Reply

    salam caii…

    sekejap je rasanya dah setahun… tapi apa2 pun aku tabik spring la kat ko… dalam masa setahun ko dah bleh capai tahap sekarang ni…. teruskan berkarya… GOOD LUCK!

  48. sil Reply

    tahniah2! saya tumpang bangga jadi orang banting. ces, xpasal-pasal lak. hehehe

  49. Zana Reply

    sori, lg skali nak tanye..2 hr lps pengalaman saya..sy amik gmbr kwn nikah kt masjid, waktu ptg+hujan(cuaca gelap),lighting dlm masjid flourescent jer, dlm angle yg sama, bila tekan shutter 3,4 kali ade gmbar glap ade yg cerah..nape ye??tq

  50. faisalhjrahim Reply

    kak masy – salam kak, hehehe..kek sikret resepi ke kak?hahahahha

    Zana – Salam zana, terima kasih..emm, rasanya aperture tak berubah kalau masukkan speedlight..awk guna mode apa? guna try mode manual..manually adjust aperture tu..yang sy boleh confirm kalau taruk je speedlight mmg shutter tu maksimum 1/250 saat..sbb lebih laju dari tu, cahaya tak sempat nak sampai..:) mungkin masa tu awk guna mode P ataupun mode A.

  51. faisalhjrahim Reply

    shaifulsafar – salam pul, itulah rasa kejap je kan pul..:) terima kasih pul..hasil dari sb600 tu lah aku berjaya sampai tahap ni,hehe..:)

    sil – salam sil, hahahahaha…banggalah gak, satu sekolah dulu,keke…

    Zana – Zana, emm masa tu awk pakai shutter burst ke? maksudnya sekali tekan boleh tangkap 3-4 frame sekaligus..sbnrnya kekadang kalau dalam angle yang sama tapi gambar gelap sebab flash tu tak menyala dalam shoot yang gelap tu..biasa kalau guna sb600 selalu jadi camtu lelagi kalau bateri tak cukup..sbb dia punye recycle tak laju cam sb800 or sb900..:)

    Kalau nak elak camtu, kena pastikan bateri penuh atau tunggu lampu merah kat speedlight tu berkelip baru tembak flash supaya dia ada masa untuk recycle..kalau guna berterusan mmg kepanasan sangat speedlight tu..:) dan memang boleh tak menyala..

  52. Broyoes Reply

    Salam sal, ko sebut pasal poster masa aku buat kat utm dulu, baru aku teringat…hahaha, “Malam Pra Graduan”, guna powerpoint buat poster tu….oklah kawan, jg diri ok…see ya!

  53. alhena Reply

    Congrats Acai!since blog lama tu ilang, tk tahu pun acai dh buat blog baru n dh jadi photograper yg sukses! kipidap!! :)

  54. faisalhjrahim Reply

    Broyoes – salam yoes, hehe..itulah..malam pro graduan tu ko yang buat tu,hehe..bangga aku walaupun masa tu kitakan baru tahun satu,hehe

    alhena – salam alhena, waaa baca gak ek blog lama tu..:) terima kasih..saje je mencuba bidang baru ni..alhamdulillah bertambah baik sekarang..mana jumpa blog nih?

  55. Zana Reply

    salam…
    time tu sy mmg pakai mode A, single frame..yg glap dlm angle yg = tu btol la,sbb saya tekan cpt2,speedlite x smpt recycle.oo k,byk ilmu yg sy dapat rini..tq2..nak tanye lg,kalo awk amik gmbr wedding indoor salu pakai mode manual ek??tqvm

  56. eyba Reply

    congrats sal..pasni amik gambo Nany plak..kwin xdpt,anak kene dpt…

  57. Azman Reply

    Salam, Mr Acai!

    Nak tanya ar mcm mana Mr Acai bleh dapat gambar yang sharp n kaler yang terang? Tq, bro!

  58. faisalhjrahim Reply

    Zana – Salam zana, yup, mungkin itulah sebabnya sebab awk guna mode A :) kalau ambil gambar indoor seeloknya kita guna manual supaya kita boleh kawal aperture dan shutter..sebab kalau guna mode lain, contohnya aperture, maka dia akan sebabkan shutter tu terlalu perlahan (below 1/30) sebab keadaan cahaya dalam tu yang agak gelap..Ia boleh sebabkan gambar kita gegar even guna speedlight..:) Kalau outdoor boleh je guna P or A..

    eyba – salam eba, waaa dah pandai komen nampak,hahahaha…thanks eba..bila masa weh aku nak shoot anak ko..

    Azman – Salam bro, terima kasih sudi singgah ye..:) gambar sharp tu byk faktor gak kena tengok spt shutter speed kena betul (>1/40 saat),keadaan cahaya keliling dan penggunaan aperture yang sesuai..kalau guna f2.8 mmg gambar susah nak sharp sbb DOF kecik sangat..try guna F5 keatas..:) kaler terang tupun bergantung kepada exposure yang sesuai ketika amik gambar tersebut..:)

  59. mohdisa Reply

    biasalah tu, bila kita baru nak menceburi sesuatu pasti ada rintangannya. apa-apa pun tahniah bro. good luck always.

  60. alhena Reply

    lama dh sy jadi silent reader awak :p.Baca blog lama tu. jumpa blog ni pasal terfikir, takkan awak tk buat blog baru. so.. i just google ur name. n luckily i found u!.waa.. hepi betul tgk kehidupan awak sekarang. semoga sentiasa bertambah rezeki dan sentiasa bahagia :)

  61. sha Reply

    congratz cai…bru sthn tp hasil kje mmg cntek… :D

  62. lee Reply

    antik aper…aku pun nak blaja ngan hang

Leave a reply