Bismillahirramanirrahim


Teaser Majlis Perkahwinan semalam, Dewan Merak Kayangan


Rasanya ramai yang telah maklum perselisihan antara photographer2 yang terkenal itu. Bagi aku kalau pun kita tak mampu nak membantu meredakan keadaan, seeloknya kita membantu dengan mengawal diri dari keluarkan kenyataan atau komen yang tidak manis dan tidak molek didengar yang boleh mengeruhkan lagi keadaan sedia ada.

Kekadang kita kerap membuat penilaian dan menghukum individu terhadap sesuatu perkara walaupun kita tak mendapat maklumat yang cukup. Bagi aku kekadang kita kena bertanya pada diri sendiri “Patutkah aku berkata2 dalam hal ini?”, “Haruskah aku terikut2 beri penilaian padahal kita tak tahu permasalahan yg sebenar?” Kalau hanya sekadar berkata2, padahal kita sendiri tidak tahu sama ada ia membawa manfaat atau tidak maka sebaiknya kita diam sahaja..

Kalaupun kita memandang perlu untuk berkata2, maka sebaiknya berikan yang terbaik kepada orang yg mendengarnya dengan kata2 paling tulus, paling bersih dari segala niat yang tidak elok. Usahakanlah kata2 yang keluar dari mulut kita kemas sedemikian rupa hingga membawa manfaat dan faedah bagi diri sendiri dan orang lain. Berusahalah sentiasa agar kata-kata yg kita ucapkan benar2 bersih dari penambahan-penambahan dan rekaan-rekaan yang tiada ertinya.

Nantikan full entry majlis perkahwinan Sobrina & Fairuz yang aku shoot semalam. Aku follow sahabat baik aku, Kerul Shukor selaku OP kedua majlis tersebut.


Nota kaki : Cuba beri gambaran camne aku hasilkan gambar kat atas ni? Takde olahan PS dilakukan, hanya enhance kaler je :)

Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Tel : +60122767662
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

48 Comments

  1. SisHoney Reply

    salam caii,

    sis sememangnya dah agak hari ni entri cai pasti akan berkenaan kes photographer tersohor kita.dan sis sememangnya setuju dgn kenyataan caii.kadangkala sedih tgk ramai yg cuba menangguk di air keruh.meeletakkan cuka di atas luka maka ia akan lebih parah.sebagai org luar,kita tidak tahun apa sebenarnya masalah dalaman yg berlaku.cukuplah setakat memberi semangat kepada ketiga2nya.sebab suatu waktu dulu mereka saling memerlukan.best juga bila baca komen wantai dlm blog sn.apa2pun kita semua doakan mereka akan berbaik kembali even tak sebumbung seperti dulu.insyaAllah.

  2. SisHoney Reply

    gambaran photo kat atas:

    hurm..pengantin tu ekceli ada depan kan caii..tapi ni bukan guna cermin tapi teknik *xtau nama* yg sll cai buat kat cincin kan…*betul ke*

  3. Mr Fathi Reply

    aku rasa ko mungkin baring kat lantai pastu snap la gambar…lens guna fish eye…agaknyala…

    jangan tulis bahasa jawa kerana ada orang dah marah aku speaking jawa lebey2…siap menyumpah aku lagi

  4. faisalhjrahim Reply

    Sis Honey – Salam sis, betul tu sis..industri photography kita ni bukanlah besar mana..balik2 pusing2 kat kita gak..semua mereka adalah idola acai..kalau boleh taknak masuk campur hal mereka..sebab acai nak tengok dan belajar dari skill photography mereka je,hehe..

    Tapi mmg lumrah manusia suka masuk campur dan beri pendapat.Masing2 nak tunjukkan kebolehan mereka beri pendapat tanpa sedar ia boleh keruhkan lagi keadaan..minta kita dijauhkan dari camtu,amin..

    Tekaan sis salah, cuba lagik,hahaha

  5. nanba Reply

    Acaii Claire… aku kagum ngan hasil kerja kau.. 2 thumbs up.

  6. najmi Reply

    owh pasal keluhan tu ker?
    teknik gambar tu rasanya abg acai terbalik kan kamera then snap. rasanye ler.

  7. faisalhjrahim Reply

    Mr Fathi – Salam, hahaha pandai ko..tak camne pengantin tu boleh masuk dalam frame? pastu dia kecik je? hehe..lor, awat camtu..nanti aku reply kat fb..

    nanba- wakakakkaa, siot jelah ko nanba..semalan tiba2 ko dah takde, semua mencari ko..balik diam2..thanks nanba..

  8. Kak Azieazah Reply

    Salam Dindaku ESAL…

    honestly, Kak Azie berada jauh.. jauh dari lingkup dunia fotografi ni.. mengakui memang pengetahuan sangat zero dlm bidang ini.. tetapi bidang apa pun yang kita ceburi, cabaran dan kontroversi seiring usaha kita untuk belajar..

    semakin banyak yang kita ingin belajar, semakin kuat dugaan (samada dari dalam diri sendiri atau dari luar), tetapi seseorang itu harus berpijak di bumi nyata, harus yakin dan mengunci diri dengan motivasi bahawa tanpa orang lain membantu kita tidak mungkin berjaya dengan sendirinya..

    Selain orang2 terdekat dan tersayang, rakan-rakan seperjuangan yang seminat dan sealiran pasti memberi impak yang kuat dan mendorong utk kita sama berjaya, dalam persaingan yang sihat dan DIHORMATI..

    lalu bila ada perselisihan faham dan percakaran, di mana untungnya?

    Semoga segala kekeruhan berakhir dengan kejernihan.. Aminnnn…

    **Memang Kak Azie pun dok sangka ESAL dok baring kat lantai depan awek(s) tu.. zoom dari bawah…

    hehehehe naif punya pendapat nihh…

  9. yonna Reply

    tgk tajuk entry ni pon yonna dah dpt agak :)

    anw,utk yonna sendiri yang mengikuti jugak both of their side punya ‘story’, i think benda2 dalaman ni patutnya dibiarkan dalaman. bukan dengan sindir2 di status FB,bukan jugak dengan menciptakan poll yg dianggap TIBA-TIBA

    bila dah keluar mcm2 cerita, mula lah semua org turun padang bagi pendapat. ada yg burukkan SN,ada yg burukkan UI&ML.mulalah keluar segala pekung2 lama padahal kita sendiri taktau the main reason.

    bg kita yang melihat,better senyap.bg yang mengalami baiknya duduk lah sekali berbincang. tp mungkin ada yg LEBIH kenal salah satu side,sebab tu diorang pandai mengutarakan pendapat.

    and really hope both of them akan baik balik even bukan dah bawah 1 bumbung :)

  10. cot Reply

    abam acaii..sy mmg admire la kt gmbr² abam…terbaik…
    kekekekkeke..

    ala…gmbr ni ko baring kn…
    pengantin duk ats stage..
    yg baling bunge plk duk bwh…
    ko baring tgh² kn..
    antara pengantin ngn kwn²..
    hehehhe

  11. faisalhjrahim Reply

    Najmi – terbalikkan kamera camne nak snap gambar diaorang najmi?hehe

    Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, sy selalu tunggu komen2 bernas dan kata2 nasihat dari kak zie tau..dan sekali lagi sy suka sangat baca komen kak zie ni..:) terima kasih atas peringatan dan teguran tersebut kak zie ye..memang betul, semakin byk kita belajar sebenarnya semakin banyak kita diuji dan semakin banyak yang kita tak tahu..

    macam kak zie cakap semua semuanya berakhir dengan kejernihan..kita yang diluar ni cubalah elakkan dari mengeruhkan benda yang terjadi kan kak zie..:) Saya tak zoom kak, sy baring bawah diaorang ni,hehe

  12. Mr Fathi Reply

    hmmm takpun ko mencangkung tujukan kamera and snap…gitu la…sori tak pro pasal photographing ni…aparture,iso…whatever tetap tak pass lagi…

  13. faisalhjrahim Reply

    yonna – Salam yonna, betullah tu. biarlah mereka selesaikan antara mereka dahulu. Sementara tu kita yang kat luar kena elakkan dari memburukkan keadaan. KAlau nak diikutkan yang beri pendapat kekadang bukannya tahu sangat masalahnya walaupun member..sbb acaipun kenal gak diaorang suma..pernah minum sama2..cukuplah jadi neutral dalam hal ni..:)

    Cot – wakakakka, siot je..nilah sebab tak jadi naik broga tu..kerul call aku ajak shoot sama2 dia..lenkalilah naik sama ngan ko,hehe..kalau dah namanya photographer memang tau je, ciss

    Mr FAthi – hehehe…jawapan cot tu yang betul..pengantin duk atas stage,hehe

  14. Kak Azieazah Reply

    Hikhikhik… laju plak dak ESAL ni respons… kau tak tidor ker aper ni.. hehehe..

    Yang benornya, Kak Azie tak tau pun korang dok cakap pasal apa, pasal sapa… sepatah sebaris pun tak faham.. (I better keep it that way, right?)

    Kadang2 tengok gaya dan teknik jurugambar ni amik angle, memang kelakar.. diaorang selamber jer buat2 macam2 gaya sbb nak puas dapat angle cantik, tapi dalam masa yg sama, depa tak sedar, orang perati depa jugak.. Kak Azie suka perati gaya photgrapher nih.. lucu pun ada…

    hahahahaha.. jangan marah ekkk…

    As usual ALL the BEST to U all…

  15. Mr Fathi Reply

    cis kawe saloh pulok…hmm maroh kawe…kadak idak kadak idak…saku kadak pandai handak komen pasal photo2…(kelantan+banjar amatur)

  16. as Reply

    jika hati kita luhur, cai..
    inshaAllah…mudah laluan jalan bagi rezeki kita..urusan kita..
    ameen…

  17. najmi Reply

    salah ler ni ek? tak pun ni gambar reflecton ari tudung tempat buffet.

  18. shairulfaiz Reply

    kikikik..senang jer mau dpt angle camtue..hehehe..apa2 pon nice capture acai..wei..tanya2kan laa si kerul tue nk tolak tak fish eyes dia..hehhee

  19. queenlyana Reply

    Yuhuuuu.
    Ni first time nak drop komen. Wuuhhh… Er.. just nak cakap. I ada dalam gambar tu. Hoyeh Hoyeh Hoyeh..! Thanks for the upload.

  20. ViniL Reply

    salam..hahaha abam acai.. cakap la gamba tuh disnap sambil baring.. ekekee

  21. Masy Reply

    dewan merak kayangan tu kat kiara ke? akak pon mcm kene g situ nanti, kakak ipar nyer adik kawen. errrkkk (lari tajuk)

    btw, pening paler tgk pic tu hahahah nice~

  22. akulensa Reply

    mata ikan yg cukup cantik..tangkap dr bwh kan?

  23. syafirol Reply

    wahlah. angle ko mmg menariklah cai. seronok ada extra lense utk mempelbagaikan atau memberi keunikan kompo dan angle. aku pun terasa nak tambah, dgn seketul lense aku hanya bermaian dengan otak kecil aku ja. aku nak menuntut ilmu ngan hglah.

  24. Kak Azieazah Reply

    Dewan Merak Kayangan kat Kiara? hmmmm jap, kot salah baca…

    Setahu Akak, Merak Kayangan tu kat Jalan Semarak (dewan Felda)..hhhmmm…

  25. kui Reply

    pening pale aku nak teleng2 tengok gambo ni..hahah. kenapa aku nampak objek kat kiri tu? misteri nusantara ke? hehehe.. aku terbayang ada cermin kat lantai.. tapi kang nampak plak orang2 yang pakai kain tu..hehehe…

    bagi jawapan je la caiiiiiiiii…

  26. Fairuz Ismail Reply

    aku dah agak ko upkan ini gambar…haha mmg confius la ini gambar

  27. faisalhjrahim Reply

    Kak Azieazah- Salam kak zie, hehe..takde apalah ni kak zie..mcam perselisihan dalam company photogrpaher lah,hehe..biasalah benda2 camni mmg berlaku kat mana2..bila dah terkenal memang macam2 dugaan :) kak, sypun kalau tak amik gambar memang suka tengok telatah jurugambar ni..memang lawak..kekadang gambar sy yang diaorg amikpun lawak,haha

    Mr Fathi – hahahahha, siot je..mentang2 reti bahasa banjar..boleh bersurah banjar..aku enggak reti langsung,hehe

    as – salam as, terima kasih as atas peringatan tersebut..:) betul tu, niat kena baik..

  28. faisalhjrahim Reply

    najmi – hahahah, salah2..tu gambar guna fish eye..:) kena susun elok2 nak dapat camtu..

    shairulfaiz – hahaha, photog hebat camko memanglah senang wei,hehe..paiz, dia guna tokina jelah..ko nak ke tokina? kata aritu nak amik nikkor punye?

    queenlyana – salam, thanks sudi singgah sini ye..:) tak sempat tegur semalam,hehe..tunggu upload gambar2 seterusnya ye..

  29. faisalhjrahim Reply

    Vinil – hahahahaa, memang kena baringpun sebab orang tu kat ats,keke..nasib tak kena pijak ngan high hill,huhu

    Kak Masy – thanks kak ye..:) dewan merak kayangan tu kat area jalan semarak tu kak..area2 bangunan felda tu,hehe..

    akulensa – salam bro, ya betull..aku tangkap dari bawah..:)thanks..

    syafirol – salam bro..alaa, ko dha lebih dari mampu nak tambah lens lagi..job dah kencang..angle2 ko memang terbaik dan aku suka semua..!! byk aku belajar dari gambar ko..lagipun style aku mmg wide skit,hehe

  30. faisalhjrahim Reply

    Kak Azieazah – salam kak zie, ya betul..:) memang kat area situ kak..betullah tu..ada lagi satu dewan besar yang jadi idaman sy tapi masih lum dapat customer buat kat situ..dewan perdana felda yang besa gila tu,hehe

    kui – salam kui, erkk, objek kiri ada apa? photographer lain ker?hehe..ni amik guna lens fish eye..baring kat lantai.pastu pengantin baling bunga dari atas pentas ke bawah pentas,hehe.

    fairuz ismail – salam fairuz, waaaaa suka gila aku ko singgah dan komen kat sini..aku kagum betullah ko boleh beralih arah ke canon dan amik fully dslr video dengan sanagat baik..gambar nikah ko tu mmg superb..macam bukan kali pertama siot..terbaiklah fairuz!!

  31. one Reply

    ni berfoto style tido mengireng pah tu snap.(memang yg pro2 even thp ulra suka tido amik foto kan?)
    impresifnya buat org pening boleh kasi pusing 180′ hahhhaha

  32. Firdaus™ Reply

    Mantap acai….boleh tergolek nak tgk, aku penah jgak shoot camni tp utk landscape je la…dah tu je yg aku layan…hehe

    apepun, dgn ‘kata’ lah boleh binasa segalanya…oleh itu, diamlah yg sebaiknya, assukut alamatul ridha, tapi yang paling baik adalah menyelesaikannya, dgn apa cara sekalipun selagi ianya berlandaskan pd agama ;)

  33. faisalhjrahim Reply

    Khairul Faizin aka SulaimanAkhlaken – Salam bro, terima kasih..waaa mesti masyuk ni bulan 12,hehe..good luck bro, sama2 kita buat yang terbaik untuk client2 kita..chaiyok!!

    one – hahah..takdenya nak mengiring wak..ni baring betul2 pastu ngadap atas..:)

    Firdaus – Salam bro, terima kasih ustz :) member aku ada yang guna Fx bodypun (faidimaktu) tak dapat masukkan pengantin tu sbb dia guna 17mm.Nasib ada fish eye nih,hehe..betul tu dengan katalah selalunya manusia binasa..diam bererti redha tu kalau kita berada dalam situasi tersebut..tapi sekarang kita berada diluar, seeloknya kita beri peluang pihak2 terbabit selesaikan masalah sesama mereka. Tanpa ada tekanan atau batu api dari orang2 luar seperti kita..:) dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan..

  34. awe Reply

    Untuk komen tajuk ko..Never Walk Alone…tiba2. Tapi dalam makna tu Cai..wpun ko D’blur..ehhh..ehh D’Blues.

    Mano ko tak turun Jumaat hari tu..pincang kita John Terry tak de..

    Apa2 pun guna ‘mata ikan’ ko tu macam2 boleh berlaku..ada masa aku nak test lagi boleh??

  35. kak qaseh Reply

    ni le gambaunye yek…
    akk ingat korang jatuh tergoleh kat tangga tuh….ghupernye ngah maik gambau…. hik..
    nice pic.

  36. shaifulsafar Reply

    salam cai… mula2 aku tgk gambar ni konfius jugak…. bila dah baca komen kawan2 baru perasan… hehehehe…

    cubaan yg baik caii….

    :-)

  37. rosli Reply

    pergh!!! baring abis ko kat tgh2 tu bro…

    apapun aku setuju bro..berdiam tu lbh baik.

  38. faisalhjrahim Reply

    awe – salam awe, hahahaha siot je..ape cerita liverpool dah out UCL?hahahah..jumaat tu aku ada hal lah awe..tak dapat nak turun,huhu..mata ikan tu boleh je untuk dipinjam,hehe

    kak qaseh – salam kak, hahahaa..memang nampak nak tergolek kan kak..:) kak, selamat raya qurban ye..

  39. faisalhjrahim Reply

    shaifulsafar – salam pul, hehehe..akukan memang suka nak cuba kelainan walaupun tak elok kekadang..bleh jadi satu proses aku belajar..:) thanks pul..

    rosli – salam bro, terima kasih sudi singgah sini danberi komen..salam kenalan..:) aah betul tu..lebih baiklah kita diam dari cakap tapi sakitkan hati orang lain..:)

    Kerul Shukor – salam kerul, terima kasih sudi ajak aku untuk majlis ni..nanti jumpa aku trasfer gambar..:)

  40. sitizya Reply

    haaaa… terlambat nk teka jawapan.. dah ramai bagi. muehehehe.

    caii, mmg sesuai la name Acaii Claire. Adik bradik JC ke?

  41. zenn Reply

    aku dengar gitu2 je citer tu..xnak ambik tau sgt pun sbb x best la bile gaduh2 ni..nk citer pun xtau citer sebenar cmne so, baik diam je..

    gambar siut je..mmg besh..x penah lagi aku tgk gambar cmni..syabas bro..mcm teracun je aku dgn mata ikan ni isk..isk..

  42. asrar fiza Reply

    berdiam lebih baik dari berkata-kata, sangat setuju…baaaikkkk

    *abg kan mmg suka baring, kat mana2 pun dia suka baring, hehehe…sbb tu gamba tu jd camtu:)

  43. faisalhjrahim Reply

    sitizya – salam ti, hahaha..siot je lah ko ti..:) thanks ti..selamat menyambut aidiladha ti ye..:)

    zenn – salam, aah samalah..walaupun yang dua orang tu member aku gak tapi takmolah masuk campur sangat..biarlah diaorang settle sesama diaorang tanpa pengaruh luar..:) belilah bro mata ikan..bleh dapat angle best,hehehe

    asrar fiza- salam yang :) baaaiiikkk!! kalau nak cari angle kreatif kena sedia nak buat benda2 baru,ceewahh.

  44. kay Reply

    acai baring Ataupun acai letak je kamera then click..tapi aku yakin betul acai baringgggg..betul ?? ke salah? heheheh

  45. Rara Reply

    baju pink tersebut adalah saya. boleh saya ambil gambar ni kan? i will give u credit. thanks! =D

  46. faisalhjrahim Reply

    kay – hahahahaha, memang betullah tu aku baring..ada kat facebook BTSnya,hehe…

    Rara – salam rara, thanks sudi singgah sini ye..takpe, amiklah..:) tunggu nanti full upload entry ni ye..thanks rara..

Leave a reply