Bismillahirramanirrahim
Kali ni aku nak update Majlis Perkahwinan pasangan Ikhwan & Emma yang di adakan di Pelabuhan Klang. Job ni aku shoot untuk sifu aku Peveyhack.com. Ikhwan ni kerja kat Pelabuhan Barat Klang dan Emma merupakan seorang jururawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bahagian ICU kanak-kanak. Kalau korang pi sana jumpa dia tegur2lah ye, hehe *mandai2 je aku. Sama cantik dan sama padan kedua mempelai ni.
Ada satu kejadian tak diingini berlaku kat aku masa ngah shoot majlis diaorang ni. Speedlight aku tiba-tiba tak menyala. Biru gaklah muka aku masa tu. Nasib baik masa tu majlis dah selesai. Aku rasa jangka hayat speedlight SB600 tu dah nak berakhir lah. Itulah satu-satunya speedlight yang aku pakai sejak setahun lepas, dah fully utilized kemampuannya. Aku rasa sudah tiba masanya aku bertukar ke Canon, eh eh silap!! beli speedlight baru bagi menggantikan yang telah rosak itu, haha. Layanlah sikit gambar diaorang ni.
Majlis berlangsung dengan meriah walaupun hujan gerimis turun membasahi bumi klang, cewaahh. Masa outdoor tu Peveyhack sempat turun untuk shoot bersama-sama. Yela, bukan senang nak buat outdoor kat West Port tu. Sampai 3 helai borang kena isi nak masuk sana. Pastu kena tulis nombor siri kamera semua, hoho. Rasa macam nak amik gambar dalam White House je.
Bukan tu je, sepanjang kitorang tangkap gambar tu kitorang ditemani oleh seorang polis pelabuhan sampailah selesai outdoor tu. Dia takut aku bawak balik gerabak kontena tu agaknya, kekeke. Tapi memang takjublah tengok dalam tu semua besar2. Tak semua tempat kitorang boleh shoot sebab takut kena langgar kapal laut atau ditindih kontena, hahaha.
Masa shoot tu aku rasa tak best sebab tak dapat main CLS sebab speedlight dah kong, huhu. Jeles je tengok si pevey bersama kamera barunya itu, hehe. Kalau difikirkan memang berbelah bahagi hati aku ni nak berhijrah ke tak, wakakakaka. Layanlah sikit gambar outdoor yang sempat aku shoot.
Masa mula-mula amik gambar dulu aku belajar dari Pevey ni dengan cara melihat dia bekerja. Bila dah banyak gak amik gambar kahwin ni dan tengok dia kerja sekali lagi memang masih banyak aku kena perbaiki. Perjalanan aku masih jauh lagi. Aku perlu perbaiki kemahiran mengambil gambar lagi supaya aku dapat hasilkan yang terbaik untuk bakal pelanggan aku pada masa akan datang. Doakan yang terbaik untuk aku!!
Nota kaki 1 : Aku benci betul hackers yang rosakkan database zakat nih. Menyusahkan semua orang kat ofis ni. Carilah organisasi yang buat perjudian ke, arak ke. Inikan badan kebajikan yang uruskan rukun Islam supaya tertegak di muka bumi malaysia ni. Jadi aku mmg agak bizi minggu ni settlekan benda tu.
Nota kaki 2 : Kesian peminat Manutd malam tadi, kalah ngan Chelsea, wakakaka. Tak pasal-pasal mengantuk aku hari ni.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
Firdaus™
Salam acaii, smart gambar² kat port tuh…jeles aku weh….hehe
sudah sampai masa dah ko pakai sb900, 2 bijik terus, 1 spare…hehe…aiii…takkan dah teracun dgn 7d kot, sabar acai, kuatkan iman, ingatlah, hidup kita ni mmg selalu diuji….hehe
shairulfaiz
terbaik acai…aku suka gmbr baring atas raill tue…demn…aku skrg kena dek rahcun nie selamatkan aku wahai acai
faisalhjrahim
Firdaus- Salam bro, thanks bro..:) hahahah, aku kalaulah dah mampu memang aku angkat je SB900 tu. Masih lum mampu lagilah,hihi..ni baru angkat SB800 2ndpun, nak beli lagi satu rasanya..memang betul tu, tpai ujian ni amat besar sekali bro,hahah
shairulfaiz – salam paiz, weii, ko janganlah termakan racun diaorg semua tu..kena percaya kitapun boleh!!! hahahahaa…demm!!
ikhwanmuda
Aku paling takut bila dapat job dgn klien tak bertudung… mujur belum pernah dapat:)
Kak Azieazah
Salam dindaku ESAL..
wowww…! dasat aaarrrr… terkedu tak tau nak komen aper… lawo gilossss…
faisalhjrahim
ikhwanmuda – hahaha, biasalah tu bro..yang penting kita kena buat yang terbaiklah sebab dah jadi kerja kita..:) serupalah kalau kita dapat bos yang tak bertudung atupun lecturer yang begitu juga..:)
Kak Azieazah – Salam kak zie, terima kasih ye..:) kalau ada pape yang tak berkenan akk tegur2 ye untuk improve lagi,hehe..
cot
terbaik boss…
aku suke gmbr baring ats rail²…
superb…
ko jgn caii…
bak kate engku & napie, awl² ni je duk rachun..
lame² syp r..kekekkekeke
*aku pn byk tgk cara ko wt kje.. :D & aku benci nota kaki ko yg kedua…wakakakkakakakaka
faisalhjrahim
cot – muahahahahahahhaa, takziahlah untuk mu fan ye..cuba lagi tahun depan,kekekkee..itulah, aku ngah menahan racun yang sangat banyak ni..kalau aku nak terjerumus ko cepat2lah ingatkan aku cot,hahahahaha
ejal@jai
abam acai,mantap sungguh gambar mu..gila babas la..teruja aku tgk weh..aku rasa speedlite ko tu dah x blh pki dah..ko kn tukar yg 580EX 2 la..bagus skit..x pun dpt 430ex pun dah ok..nak lagi best tkr jer body terus..macam pevey..sng weh..blh tkr2 lens..pinjam2…sng hidup weh..
p/s: kad aku dah pas kad atong weh..ada kelapangan datangla..
awe
Makin best skill mcm drogba la ko punya gambar ‘sensei’…aku pun cam cots gak…jgn teracun bro…sabar!! banyakl lagi ilmu nak tuntut ni.
Lain kali apa kata wat outdorr kat railway komuter pulok…kasi lagi mencabar bro..haa..haaa..bakar!!bakar!! jgn jadi mcm penyokong kelate kawan2..w’pun MU kalah..
faisalhjrahim
ejal – salam jal yang ngah berdarah manis,ceewahh..nanti aku mintak kat atong..:) thanks jal..hahaha, siott je..speedlight canon mahallah..tak jadilah aku nak tukar canon,wakakkakakakakaka
awe – hahaha, MU kalah tak bakarpun bangku stadium tu kan awe?keke..aku masih bersabar lagi ni awe, lagipun kedudukan kewangan belum mengizinkan kalau nak berhijrah,hahaha..:) takpe, mana yang aku tahu aku bleh je ajarkan we..kko pun aku tengok dah banyak peningkatan..dah bleh guna photoshop,hehe..nanti aku ajar lagi skill2 sditing,hehe
peveyhack photography
terbaik bro… lakukan tugas dengan sempurana….. tak sia2 aku rekmen nama ko pada diorang…
muiz
salam bro… cun tahap gaban gambo bro ni.. haiii bile la aku sempat nk menuntut ngan sifoo ni.. sempat bro bertukar kaknon kot br dpt.wakaka
faisalhjrahim
peveyhack – salam sifu pevey, thanks aritu gak dapat shoot sama2..:) banyak aku dapat belajar hanya dengan tengok ko kerja,hehe..:)
muiz – salam muiz, thanks muiz..hahahaha, siot je ko muiz..jangan risau, kalau aku nak tukarpun lama lagilah kot,kekekkee
Diya
1st time nih tgk outdorr photoshoot dekat tempat2 kapal gitu. Jangan kena tindih dgn benda besra gedabak tu sudah la ye. Acai, nak tanya sket. Salu kalau posing2 tuh, Acai suruh ke diorang suka rela posing gitu? Kalau Acai yg suruh baring atas rel ketapi tu, memang ah …
Kak Azieazah
Tumpang simpati dgn apa yg berlaku pada database Pusat Zakat tempat kerja awak tu… memang tak patut…
Tapi itu lah dugaan kepada orang2 yang berbuat kebaikan.
Hmmm.. nak tegur apa ek.. So far takda apa yang perlu ditegur sangat, sbb kerja dgn penuh minat dan komitment, jarang berlaku kesilapan tetapi jangan terlalu yakin… Semakin banyak yang dipelajari, semakin banyak yang kita tidak tahuu.. Am I right, dik?
ViniL
huhu nice picture… nice view.. nice angle…
waduh… awan lak santik time tuh,,, mmg kena la….
p/s : pegangan kena kuat nih abam acai… heheheh kemenangan psti milik kuning… ekekeke
Zizei
acaii set ni lain macamla, serius aku kagumm..
gambar baring atas railketapi tu mmg WOW… kipidap bro kalo aku jadi pengantin aku tido sekali ngan album kawin ni.. mmg smart… :D:D
faisalhjrahim
Diya – Salam diya :) aah diya, acaipun pertama kali gak dapat masuk sini dan pertama kali amik gambar kat sini..sebelum ni pun memang takde nampak gambar2 kat port lagi,hehe.tapi kitorang kesuntukan masa aritu..sampai dah nak 6:30,huhu..kalau tak mesti lagi banyak masa kat sana..pose2 outdoor biasanya memang photographer yang suruh diya,hehe..kekadang boleh tau pasangan yang sporting dan malu2,ceewahh..kita buat yang paling diaorang selesalah..
Kak Azieazah – Salam kak zie, yaa betul..:) semakin banyak kita belajar sepatutnya tak jadikan kita lebih pandai dalam semua perkara..:) makin byk kita tak tahu adalah,hehe..thanks kak atas nasihat ye..
itulah kak, database penting kitorang boleh orang tu delete..kalau nak berniagapun patut2lah jangan sampai menjejaskan kutipan dan agihan zakat..kalaulah benda tu boleh buat org nak bayar zakat terhalang dosa besar orang tu.
faisalhjrahim
Vinil – Salam bro, thanks bro..awan tu mmg original takde tambah,hehe..kebetulan petang tu awan cantik je..:) hahaha, kemenangan tu..mestilah milik kuning dan biru (chelsea)hahahaha
Zizei – Salam zei, terima kasih sifu..kali ni ada start banyak guna D90..alaa, ko mesti perasan punya mana yang guna d80 ngan d90,hehe..:) banyak lagi angle kat landasan tu tapi cukuplah tu je,hehe..:) thanks zei..
as
salam acai…sorry lama as tak ziarah blog acai ni, tp hr ni tetibe rindu la plak nak baca celoteh acai ;)
mcm biasa, as akan ckap..idea fotografi acai sentiasa berbeza dari orang lain…u make it the boom ;)
hehe..
MohdIkhwanMalik
salams bRo acai…nice job..keep it up bRo to the MAX..
to Pevey…thanks bRo…it shall be the most valuable picture for Us to share with our kids in future…
last word…MEMANG TERBAIK..!!!
Yes..yeS..YES…!!!
faisalhjrahim
as – salam as, terima kasih ye sudi singgah sini..:) sy budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan ye..:) memang nak cari kelainan tapi benda tu bergantung kepada mood gak,hehe..kekadang ada kekadang mmg blank jugak,haha
Mohd Ikhwan Malik – Waaaaaaaa pengantin..:) salam wan, terima kasih ye. Aku mintak maaf bebanyak kalau sepanjang aku shoot korang berdua terdapat gurauan atau kata2 yang menyinggung perasaan korang..aku tak sempat nak minta maaf aritu sebab kereta semua dah berpecah pas outdoor tu,hehe..:) kim salam kat emma, semoga rumahtangga yang dibina kekal hingga ke syurga,amin.
one
weh,macam masuk white house mana neh,banyak la..tu la kena escort,takut seludup pengantin lah tu…hahahh.. rasanya ni entri terlucu dan the most hillarious pic adalah…sampai baring atas rel?
(gelak sorang2 kat ofis)
but seni punya pasal kan..pengantin pun kelihatan menyelami sesi fotoshut tu,natural..
ni pun ngantuk..semalam match sampai 1st half je,cnfem la.. anyway,banyak gambar yg marvellous bila melibatkan langit,indah dan bebas..(khayalkan sidia di foto itu)
azieazah
Salam.. masuk lagi sekali sebelah malam lak.. heeee macam banyak free lak rini..
saja jer nak ucap Selamat Pengantin Baru tu Mohd Ikhwan (yg juga masuk mengomen) dan isteri yang cun tuu..
Moga jodoh berkekalan.. memang lawo.. sesuai buat kenangan sampai anak cucu cicit..:D senyummmmm….
Mr Fathi
kang,ajarkan photoshop n photoshoot…iso orak???(dslr ‘colong’ paman punya D80)
kang ei wong apik2…ilmu sitik2 pun orak opo la…
harap iso ngajar nyong yo!!!
fathiyyah
bro!! sukaaa sgt2 album kali ni
speedlight yg baru ni mmg WOW skali.
suka suka!(nnt nak yg ni!) :D
p.s: lagi suka chelsea menang kat MU
caya la chelsea :D
silent reader
lama giler usha2 blog ni. Setiap kali keluar gambar kawen, memang terbaik ah. Dalam banyak2 photographer kawen, blog ni je yg lekat lama. Apasal la saya belum kawen lagi ni? Nak cepat2 book acai amik gmbr kawen saya ni lepas tu tak sabar nak tengok hasilnya.ngahahah :D..
p/s: Nanti saya kawen, saya pasti akan panggil acai jadi my OP. 1 tahun sebelum kawen dah book awal2 (ahahah, over pulak :P )
akulensa
salam cai,
gerun tgk pic ko..lawa sgt..tabik sama kamu bro..
faisalhjrahim
one – salam awk, memang wak kawasan pelabuhan dan airport memang diaorg threat macam sebuah negara..kalau perang benda tulah yang akan dipertahankan oleh sesebuah negara. Sebab tu dalam tu siap ada polis khas yang mengawal. Macam kawasan laranganlah..:)gambar cantik juga dipengaruhi oleh persekitaran yang best juga,hehe
azieazah – salam kak zie, waaa banyak masa free kak ye,hehe..amin atas doa kak zie tu..semoga rumahtangga yang dibina berkekalan hingga akhir hayat,amin.
Mr Fathi – Salam bro, waaa gambar nang dowor kie ngenggo d80 gaklah kang..:) arek ajar ke opo sih? orak enek soklan ne,hehe
najmi
tu dia abg acai speedlight kong pun gambar masyuk tuuu…
faisalhjrahim
fathiyyah – Salam thia, terima kasih thia ye..sabar ye thia, sabar tau,hahaha..pasal chelsea tu memang tak boleh nafikan lagilah sebab mmg chelsea lagi best dari MU,keke..mesti ramai peminat MU bising nih,hihi
silent reader – Salam, terima kasih sudi singgah blog ni dan tinggalkan komen ye. Sbnrnya masih banyak lagi sy kena belajar ni, ni dalam proses belajar. Kalau ada kekurangan atau apa2 yang perlu diperbaiki boleh lah bagitau ye..kalau nak kahwin book awal2 senang,hehe..sy dah ada customer yang book satu tahun lebih awal dari tarikh majlisnya tau,hehe..thanks ye.
akulensa – salam bro, hahahaa..thanks bro..takde apa lah, ko pun boleh buat gak punye..aku yakin:)
najmi – salam bro najmi,speedlight kong tu time dah abis majlis..tak sempat nak buat gambar dalam bilik,huhu..outdoor tu kurang cahaya lagi rasanya..:( thanks..
shaifulsafar
salam caii…
nicely done!… gambar pun dah bagus macam sifu jugak… :-D
sb600 tu dah jahanam erk?… hmmm kiranya lifetime sb600 tu bertahan lebih kurang 3 tahun je yer?…. mmg betul2 fully utilized tu… tak apalah, masyuk banyak…. setakat 580EX II 2 bijik ape ade hal kan?…. :-D
faisalhjrahim
shaifulsafar – salam pul, hahahahah siot je ko pun nak meracun aku wei..kita kena kuat pul!!!jangan cepat terpengaruh,hahahah
Aku rasa bulb dia terbakar pul sebab speedlight tu masih boleh hidup. Kalau letak kat shoe atas kamera tupun dia boleh detect lagi takde masalah ..gantikan mentol dia je lah,pastu boleh buat backup sbb aku dah beli SB800 aritu,hehe..tapi memang dah fully utilize SB600 ko tu,byk berjasa kat aku,hehe..
Masy
suke pic yg last :) ala klu kene tindih kontena pon apedehal. janji puas hahahaha
atong
peh cai kacak giler.macam nak nangis aku nengok,huhuhu.tak per caii kalu nak berubah arah jgn lupe bagi tau,maner tau nak tolak barang.huhuhuuhu.
Mr Fathi
kang,nyapo koe panggil aku ‘kang’???aku cilik lagi la…17 tahun(nak masuk 18 thn)…
aku je yg komen dlm boso jowo selain kang acai jowo tok tok???
tak besh tol…mungkin yg lain tak faham kot…
Aku muda lagi.lagi muda dari u’ol…hehe
sil
nak book gak boley untuk tarikh yg xtau lagi bile? heheh..cantik gmbr2 ni, slalu dah saya promote kat member2 opis pasal blog acaii nih..sume dok puji..okeh, jgn kembang ye..siap ade sorg kakak tu tny, kalo nak ambik gmbr ala-ala romantis 18SX dia n husband, acaii ambik tak..haha, siap sampai camtu sx trpikat ngan style fotografi acaii..
p/s : seronok bukak blog ni di kala tension n stress ngan krja opis. bole r diskaun kalo ambik acaii as photographer? harge orang kampung gitu. heheh
din
Salam acai
~ pergh acai… kalo ak la ada album cm gmbr di atas, sure aku akan tgk berulang kali smbil trsnyum2 smpai tido agknye. suke sesgt.. =D
~ hacker tu buat lg cai?? ape nk jd la diaorg ni??!!
~ thniah buat chelsea yea. ak sokong chelsea dpd mu mlm tu walaupn chelsea semakin mnjrkan mata.. =)
faisalhjrahim
kak masy – salam kak, muahahahaha..kalau photographer yang kena tindih kontena sapa plak nak amik gambar pengantinnya kak,hehe
atong – hahahaha, siot je ko tong..langsung tak halang aku nak bertukar,kekeke..kalau aku nak bertukar aku nak letgo barang nanti aku buat garage sale lah,hahaha
Mr Fathi – hahahaha, alaa podo waelah..wong seng tuek nang kampung ku pun kadang2 panggil kang karo ku,hehe..wong jowo kan memang kayo kuie,hehe
faisalhjrahim
sil – salam nur, hahaha boleh nak nak book dulu..lagipun dekat je kan kampung,hehe..:) rega wong kampung dewek,hehe..thanks nur tolong promote kat ofis..boleh je sbnrnya nak amik gambar papepun,asalkan sangguplah terima arahan untuk berposing,kekeke..
din – salam din, hahahaha..ko bila lagi wei din? book aku tau..bleh aku gi umah ko kat johor nanti,kekeke…aah dia buat untuk kali ke brape tah..kitorang suspek kerja kontraktor nih,huhu…itulah, aku lagi suka arsenal kat atas MU sbnrnya,hahaha
fairuz
canon? alaa..ape la sgt kan…nikon lagi best…heheheheh
gamba ko byk bg idea ….:)
kpd hackers zakat tu.terima kasih atas usaha anda.atas usaha nak merosakkan institusi zakat selangor. ni mesti jenis takpena bayar zakat.
faisalhjrahim
fairuz – Salam bro, hahaha..itulah bahananya kalau berkawan ngan ramai orang yang dah teracun dan racun yang kuat dikalangan pengguna strap merah,hehe..
Pasal hakers tu aku rasa dia mmg tak belajar agamalah..akupun tak tahulah apa hukumnya bila kita menghalang orang ramai dari bayar zakat?!! camne nak bayar zakat kalau sistem tu rosak atau tak boleh digunakan..semua kerja2 kutipan zakat melalui portal tu dah tak boleh pakai hinggalah nak dibetulkan semula yang mungkin mengambil masa..
Aku rasa ni style orang2 yang jual security server yang ramai propose kat kitorang baru2 ni pastu kitorang tolak dan diaorg konon nak tunjuklah kesan tak amik produk mereka..manalah zakat mampu nak bayar beratus2 ribu untuk benda yang depa jual tu,huhu..macam2 hal orang kat dunia nih..
atong
Aku bukan taknak halang ko caii tapi aku tengok banyak sangat yang meracun ko.macam2 jenis racun ada.sedih gak aku…ko tak nampak ker ake sedih nie..huhuh.walau apepun hidup nikon.utk nikon
SisHoney
salam cai,
baru sempat singgah sini sbb audit pertama dah lepas.hujung bulan ni sis ada audit ISO plak.asyik kena audit je.hahahaha.pergh.photo2 acaii mmg xpernah mengecewakan.sll akan hasilkan yg lain darai yg lain.mcm biasa,cai mst akan berusaha bersungguh2 dlm apa jua projek yg acaii buat.rindu dgn cerita cacing,lembu,pokok naga dan kg acai.nnt cerita la balik kisah2 tu ek :)
ehem2.wpun MU kalah.dia ttp dihati.sokongan padu yg xberbelah lagi.masih ada chance nak jadi juara…
din
Salam acai
~ bile lg tu xtau bile cai. bile dh smpai msenye la. hu3… ko book ak ke cai?? wah brtuahnye ak. luar biase ni. *perasan.. he3.. weh cai, itu sudah smstinye. bukan ke ak dh lama ak book ko. cume xrsmi je sbb xtau bile. hu3..
~ kontraktor?? ish3.. diaorg ni. bikin bisnes mmg xkire tpt. nk ak ak roger horatio tak cai tuk settle kes hacker ni?? heheee..
~ lg suke arsenal kat ats MU ngn chelsea?? pergh.. cylah acai. hahahaa..
faisalhjrahim
atong – salam atong, hahahahahaa, siot je..aku sbnrnya tak fanatik sangat kat brand ni..mana yang dapat bagi aku kemudahan yang lebih baik aku akan pilih,hehe…
Sis Honey – Salam sis, alahai siannya dia..mesti bizi gila sis sekarang,samalah ngan budak2 kewangan kat ofis acai..:) terima kasih sis atas segala sokongan terhadap acai selama ini ye..kat sini acai tak cerita sangat pasal tu sis, nanti tu lagi terkenal dari acai punye gambar,hahahah
din – salam din,hehehe..insyaallah nanti kalau ko kahwin aku mesti cuba datang..sebab aritu ko datang rumah aku walaupun banjir,hehehe..:) itulah din,aku harap diaorg sedarlah rezeki yang diaorg dapat tu tak berkat kalau diperolehi dengan cara camtu..err, aku ngah tunggu chelsea beat arsenal lagi cam tahun lepas,haha
zenn
mmg superb la caii..sume2 aku suke. lg 1 aku tak kisah kalau ko nak berhijrah pun tapi mata ikan tu reserved kat aku yekk..kikikiki…
Akekun
Bro! Entry ko yg nih memang da bOmb la!!!! Untung betul ko dpt masuk Port shoot kat situ.
nanba
Pengantin pompuan cun…
sha
mmg terbaek gambar2 ni sume…congratz cai!!!