Bismillahirrahmanirrahim
Masa aku hadiri satu majlis kahwin sahabat aku baru-baru ini aku duduk semeja ngan seorang yang boleh aku gelarkan abang. Dalam borak2 tu dia ada sentuh pasal photografi kahwin :) dia bising katanya adiknya amik pakej kahwin sampai beribu2, membazir katanya!! Dia cakap sepatutnya RM500 je dah cukup, duit lebih boleh buat benda lain. Aku senyum je. Aku tak bagitau akupun wedding photographer,hehe.
Kali ni aku nak kongsi sebab kenapa perlu hire photographer yang baik dalam sesebuah majlis perkahwinan. Aku taknak berdebat ngan dia masa tu takut dia tumbuk aku plak, dahla badan dia besar gila,haha.
- Kalau tengok budget untuk kahwin secara kasar; catering RM20,000 , baju kahwin+mak andam+pelamin RM2,000 – RM5,000, brg hantaran RM3,000, goodies RM2,000 dll. Semua benda tu kalau korang perasan takde satupun yang kekal sampai seminggupun. Hanya gambar/video kahwinlah satu-satunya memori yang boleh ditatap sampai berpuluh tahun. Tetapi investment untuk itu selalu berada dalam list2 akhir dan dipandang remeh kebanyakkan pasangan.
- Aku pernah jumpa orang yang beli kek kahwin sampai harga RM500 bertingkat2, sewa gaun cantik gila dengan harga beribu2. Tapi bila tanya dia, photographer rasmi(OP) majlis tu pakcik dia yang sponsor. Dia tak bayar satu senpun sambil tersenyum bangga. Sekali tengok hasil sangat menyedihkan sampai diapun menangis depan OP tu. Pastu dia tak pernah tunjuk album tu kat sesapa lagi. Salah siapa?
- Perkahwinan ni banyak moment2 yang ceria. Sesuatu yang sangat indah untuk dikenang pada masa hadapan. Kalau pilih photographer yang baik, biasanya detik2 penting seperti itu dapat dirakam dengan baik. Hasil kerja dan bayaran setiap phographer ni berbeza mengikut kemahiran mereka. Sebab tu ada orang2 kaya sanggup bayar sampai puluhan ribu untuk servis photography hanya untuk dapatkan gambar yang berkualiti. Kenapa dia tak hire orang yang tawarkan pakej RM500 je. Kan lebih murah dan menjimatkan?
- 20 tahun lepas; pakej mak andam+pelamin cuma RM300 sekarang dah cecah RM2,000. belanja kahwin dulu RM500 sekarang dan lebih RM8,000, harga emas dulu RM20-RM30 je sekarang dah RM120 satu gram, 50 gram?. Untuk khidmat jurugambar plak dulu RM300, tupun jurugambar cina yang datang rumah bawak lampu besar gedabak dan amik gambar atas pelamin je. Sekarang dengan macam2 event (nikah+berinai+bersanding) sampai 2-3 hari siap outdoor lagi takkan cuma budget RM500 je?? Makin teruk dari zaman dulu nampaknya,huhu.
Kesimpulannya, bagi aku gambar kahwin ni juga adalah satu pelaburan. Baju pengantin yang lawa, makeup yang cantik serta persiapan majlis yang gempak pun tak memadai kalau takde siapa yang merakamkan detik2 penting tu. Sebab makin lama kenangan tu akan pudar ditelan masa.
Pernah bayangkan tak satu hari nanti, bila dah tua duduk kat kerusi malas. Anak-anak semua dah besar dan tinggal berdua ngan isteri, antara perkara berharga yang boleh dikenang bersama ialah mengimbas kenangan masa kahwin dulu sambil melihat album kahwin bersama-sama.
Masih boleh tergelak dengan peristiwa berpuluh2 tahun dulu ketika muda remaja. Ketika kulit masih licin, gigi masih ada, badan masih kuat dan masih kurus,hehe. Anak2 dan cucupun boleh mengusik kita dari gambar2 tu. Benda camtu adalah ‘precious moment’ yang takkan dapat diulang semula. Benda tu hanya boleh diperolehi dengan pelaburan sekali je seumur hidup yang masih ramai tak ambil peduli :)
Nota kaki : Nanti aku akan tulis tips cara terbaik pilih photographer kahwin plak :) stay tune!!
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
zahack
marbeles entry bro!
atong
salam..
aku setuju caii..
dulu masa aku kawin aku rase ambik2 gambar nie tak penting.pastu bile photografer suruh aku posing aku cakap “lebeh lar mamat nie”.n skrg bile dah berjinak2 dalm bidang nie baru aku rasa ape yg photografer aku dulu tue rasa.huhuuh..ok idup jowo
hafizally
salam…
acai, aku sokong seratus peratus..betul kate2 ko, foto2 tu la yg akan disimpan utk mase depan…
*best karangan ko…
Firdaus™
Salam acai, aku amat setuju dgn pernyataan panjang lebar yang ko ajukan ni…aku harap juga org diluar sana membacanya dengan tenang dan sambil tu muhasabah diri, fikir logik akal dan positif dgn keadaan skrg, mmg tak dinafikan itulah permasalahan masyarakat ‘melayu’ terutamanya, aku juga pernah berhadapan dengan perkara yang sama, dan apa tindakan aku…aku counter la semula, dan kita pun counter mestilah dengan cara yang berhemah, berbudi bahasa dan bersopan santun :) at last, bila penjelasan sudah diberi, mereka akan faham dgn jayanya…mudah-mudahan ianya akan berlaku juga pada org lain bila menghadapi situasi sebegini.
Khairun nas anfa’uhum linnas ;)
Diya
Okeh. Diya pening kepala tengok nombor ringgit malaysia yg banyak2 tu. Tak nak kahwin lg lah, huhu *-*
Tapi betul cakap Acai, gambar2 tu sume akan jadi benda berharga bila masa berlalu …
ayza
acai..wehuuu,mmg btol!photografer sgt penting woo dlm wedding..biar la mahal sket,lg2 sekali seumur hidup insyaALLAH..
well acai, sy mmg da janji kan anda akan menjadi OP sy?huhu..cewah,berangan lebih haku ni..
faisalhjrahim
zahack – salam bro, terima kasih sbb bersetuju ngan aku bro!! hehe..
atong – salam atong, hahaha..taupun..kita kat kampung mmglah camtu..lelagi kalau jumpa photographer kerek yang muka masam je..rasa nak gaduh pun ada,haha..tapi tulah, bila nampak muka ketat dalam album barulah menyesal kan atong,hehe..
hafizally – salam piz, ya ya kita kena sentiasa beri kesedaran kepada mereka semua..sebagai usaha martabatkan lagi industri photographer ni supaya tak dipandang lekeh oleh kebanyakkan orang spt sekarang..:)thanks piz..
ayza – salam ayza, yaaa betul tu..:) tu pelaburan sekali je seumur hidup..:) sbnrnya kalau mahal skitpun takpe sebab benda tulah yang akan dibawa sampailah kita tua nanti..kalau pakai baju cantik2 tapi takde orang amik gambar, tak bestlah jugak kan,hehe..nanti kahwin jangan lupa contact sy ye,hehe..
Zizei
bagus acaii, tepat dan padat. aku suka baca tips2 utk pengantin ni, sekurang2nya mereka tau betapa besarnya sebenarnya harga sekeping gambar. sekarang zaman digital suma malas print apatah lagi nak hire photog, at last menyesal lepas majlis. baru la sesal tak sudah, dan akan ber”kalau-kalau”.. “kalau la aku ada photographer”..
sebab tu aku selalu pesan kat customer aku gunakan khidmat photog anda sebaik mungkin sebab mungkin seumur hidup hanya sekali tu jela kita bayar photog. thanks for sharing bro ko mewakili kita2 ni…
bro nanti tulis la pasal “sukarnya menjadi jurugambar perkahwinan” mesti ko byk benda nak tulis hehehe
faisalhjrahim
firdaus – Salam bro, terima kasih atas sokongan ko..:) itulah, bila difikir balik mak andam dah ada butik dan kaya raya, katering dah jadi satu syarikat besar tapi photographer masih lagi ketinggalan dari dulu sampai sekarang..masih lagi pekerjaan part time yang kekadang sengkek,hahaha..:) sama2 kita usaha beri kesedahan kepada semua..:) betul tu sebaik2 manusia yang byk beri manfaat kepada manusia lain..
Diya – Salam diya,hehehe..memang belanja kahwin ni tinggi diya..tapi perempuan boleh cover kos dengan mintak hantaran dari lelaki,hehe..lelakilah yang selalunya kekeringan duit nak kahwin,hihi…:) kesimpulannya cerilah lelaki yang kaya,hahahahah..*kidding2!!
cot
salam..
nice entry caii…
mmg kebanyakan org kita abik mudah psl bnde ni..
bnde lain sanggup plk habiskan beriban²…
tp xleh nk slhkn mereka jugak kan caii..
contoh kalu org² x terdedah kpd dunia luar…
mmg ssh kan..hehehe
*agk² nati kalu aku kawen brp la plk ko nk caj kn..wakakakakkakaka
faisalhjrahim
Zizei – Salam zizei, thanks zei..akupun sangat setuju ngan ko..bila satu benda yang kita buat sekali seumur hidup biasanya kita akan belanja lebih sedikit supaya dapat hasil terbaik..itulah yang akan kita kenang lama kan..:) kalaulah dapat hasil yang mengecewakan mesti menyesal tak sudah..ooo yang tu memang ada dalam list kepala otak aku nih,hehe..nanti aku akan buat pasal benda tu plak…confirm!! hahahaha
cot – salam cot, terima kasih beb..itulah yang kita lakukan..at least kena bagi sedikit input supaya mereka boleh fikir..tapi semua terpulang kepada mereka sbnrnya..:) apaaaa?????? cot nak kahwin???? bilaaa cot??kekeke
shairulfaiz
terbaik laa acai…ko kena bagi contoh2 gak nanti k..heheh good idea.
GLizZY
~ Err, precious moment kena bahan dgn cucu tu x leh tahan la.. Mmg penuh dgn isi tersirat..
(,”) Merci..
faisalhjrahim
shairulfaiz – Salam paiz, aku sbnrnya byk nak tulis tapi takut panjang sangat takde orang baca,hahaha
Glizzy – Salam bro glizzy, lama tak nampak bro, kat forumpun dah kurang sekarang? hehe..ni salah satu usaha pendidikan kepada semua orang..untuk kebaikan kita juga..:) thanks sudi singgah..
kak qaseh
ermm betol tu acai…
gambar2 ni yg buat kita boleh kenangkan zaman2 cun2 dolu2 uhuhuhu
tapi video akk dah hilang kemana..dak dyna le asyik dok bukak masa dia x sekolah dulu….
y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1
btol jugak la kata awak tu acai..tak pernah terpikir pulak sebelum ni..huhu..sy dh emel quot kt emel..pls reply k.tq
megat
salam acai, wah semakin mantap dgn tip-tip photograpgy!
untuk pengguna sepatutnya mereka sedara akan rakaman gambar yang boleh meninggalkan kesan mendalam pada sejarah kehidupan mereka.
yalah sementara tengah cun dan hensem (kah3)
ps – tunggu tip-tip seterusnya ;)
awe
Betul2 kata upin & Ipin. Tapi potograpfer ni org pandang mcm ‘belakang tabir’ punya je. Tapi itu yg peling penting. Hasil pelaburannya kekal sampai ke tua.
AKu dulu yg ambik gambar kawin pun cina. Bayar untuk ambik gambar ngam2 untuk penuhkan album. Jarang aku nak tengok album tu. Berbanding album potrait terbaru aku ambik ngan acai. Hari2 rasa nak tengok. Sebab. Moment yg berjaya dihasilkan. So, korang kena percaya jika korang MAMPU bayar lebih untuk ini dan korang kisah bila foto adalah suatu seni. Cewahhh ..cam bagus pulok aku
Al Fatihah untuk sahabat aku. Korang leh baca kat blog aku…
muiz
salam bro.. menarik topik ko kalini.. mmg btl ape yg ko ckp tu.. klu nk murah mmg leh dapat lg sekarang ni tp igt lah.. “u get what u pay” btl ker spikang aku ni.. hehe bedal jerlah.. pada pengalaman aku mmg berbaloilah invest lebih kat op.. berbaloi-baloi..
din
Salam acai
~ ni la slh satu sbb ak suke bce blog ko cai. entri ko mmg best2. thanks cai kongsi tips2 yg ko ade. *xsbr nk tunggu tips akan dtg. kena bce xbole miss.
~ mmg tak dinafikan masih ada org yg xamik berat pasal bende ni, diaorg xkisah. tp aku pasti diaorg akan nyesal bile xde ape tuk dikenang.
~ dulu pun ak trmasuk dlm gol cm tu sbb ak bukan jenis yg suke amik gmbr sbb bile bile amik gmbr msti gmbr ak xbest, xlawa. tp bile tgk gmbr2 ko ak rs confident dan ak rs gmbr ak nt leh jd lawa setelah di edit oleh ko. =)
faisalhjrahim
kak qaseh – salam kak, aah kan kak..benda tu kalau tengok sorang2pun boleh tersenyum sendiri kan..:)laa mana plak pergi video akk tu? dah abis cari ke?hehe
y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1 – salam awk, terima kasih ye sudi singgah sini..insyaallah nanti sy reply email awk ye. terima kasih sudi bertanya..
bro megat – salam bro megat, terima bro sebab bagi sokongan gak,hehe..betul tu, hanya orang2 yang berpengalaman yang boleh bagi testimoni camni,kekeke..lelagi time kita dah tak fit dan segak cam dulu kan bro,hihi..
faisalhjrahim
awe – salam awe, ko bagi link blog ko salah lah we, aku dah betulkan link ke blog ko..:) thanks bro..yelah we lagipun photography digital ni tak lama sangatpun..sbb tu orang dulu2 masih guna cina nak amik gamabr sebab melayu tak mampu sebab kos mahal gila..tapi yang pelik tu harga tetap sama cam dulu gak,hehe…al-fatihah untuk sahabat ko gak..aku sedih betullah baca,huhu
muiz – salam kang,hahahaha..aah betul cakap ko..kopun dah rasa kan..:) bukan apa, kekadang benda tu akan dikenang lama..makin cantik gambar tu makin selalulah kita tengok,hahaha..pastu nanti kalau ada anak boleh tunjuk betapa mak ngan bapak dia gatal masa kahwin tu,kekekkeee…tahniah kang!! berjaya juga akhirnya,hehe..doakan aku plak..
bahdin – salam din, terima kasih din..pengalaman aku dah 2-3 kali jumpa sendiri dan dengar ada customer menangis depan OP tu,hehe..kekadang perbezaan 2-3 ratuspun diambil kira untuk risikokan gamabr kahwin kepada photographer yang tak pernah amik gambar..alasannya lebih murah..kalau nak murah, memang akan dapatlah hasil yang kekadang boleh menyesal..bukan boleh ulang lagi detik tu kan,hehe..hahaha, siot je ko din ek..thanks bebanyak din..:)
Kak Azieazah
Salam dindaku ESAL…
takdan nak komen.. nak balik dulu…
nanti malam komen dari rumah, baru best…
tunggu tauuuu…:D
Mr Fathi
perghh mahalnyer kos kawen…RM10,000 takleh ke???
alaa orak payah katering.Gawe rewang cukup…jimat n rapatkan silaturahim…tapi sesuai gawe neng kampung…neng bandar kalau gawe lagi bagus…
kang,rega photographer koe piro???aku mcm nak hire ko je…hehe…
makin malas aku nak tulis bahasa jawa…tak dapat perhatian dlm blog.hu huk huk(ciwek…)
cikpingu
btul2.. kdg2 nk trg kn kat custmer pun ssh.. huhu.. tp ok.. pengetahuan byk itu penting..
peace!!!
amir
Nice pnya entri bro.. sku setuju sgt.. pasni kalu org mula bertanya kenapa pakej photografi semakin mahal aku dah tau nak jawap apa.. hehe.. thanks beb..
azieazah
Salam..
eh nampaknya Kak Azie juga yang sambung semula komen di atas..
Jawapan kepada soalan Esal, memang perlu.
Dalam hidup kita ni, ada banyak perkara, ada banyak benda yang menjadi nilai berharga, samada sekarang atau di masa akan datang. Ramai suka pada sesuatu yg bernilai tinggi di sudut harga.. tetapi sentimental value yang ada pada sesuatu barang biasanya hanya jiwa sahaja yang memahami..
Kak Azie antara orang yang suka kenangan, sebab tu sejak sekolah suka benar tulis diari, suka tangkap gambar..
Utk pengetahuan Esal, baru setahun Kak Azie berenti guna kamera yg ada filem tu (nak citer pun malu) tapi dek kerana suka sangat ambik gambar, tetap nak guna kamera antik tu. Berenti sbb anak2 tak kuasa nak layan (beli filem dan cuci, btw cuma tinggal 1 jer lagi kedai yang ada khidmat camtu, itupun filem dah tinggal 3,4 kotak jer…takda pelanggan ler tuh. Ntah2 Kak Azie sorang jer pelanggan dia.. wakakaka)
then tukar ler ke kamera hp, and digital..
kenapa penting? sama seperti apa Esal sebut. Gambar akan menjadi kenangan sampai bila-bila. Memilih jurugambar yang berkebolehan sangat penting..
Tapi sekarang ni, ada suatu lagi yang menjadi trend, selain dari photo album mcm yg diusahakan oleh Esal ni.. Photo Book pun sekarang menjadi trend kan? Company Kak Azie sekarang dah banyak dapat tempahan untuk buat Photo Book dgn hard cover dan layout yang cantik… Rupanya ramai orang suka simpan kenangan dalam bentuk sebegitu…
ops… MAAF komen paling panjang dalam dunia… hehehehe tak hengat…
as usual, All the Best to U, Esal..
Khairul Faizin aka SulaimanAkhlaken
Kalau aku nak kawin lagi satu pastu aku nak hire bro, bleh? Muehehehe…….
ViniL
yee~~ go abam acai… all the best bro…
patut nya semua orang pikir macam tuh…
dia tak kire kos tenaga, masa, gadjet n sebagainya lagi kan…
hope semua orang akan berpikiran terbuka~~
fairuz
aku setuju coz aku pun shoot wedding..hi hi hi
papepun moment tu yg paling mahal consider to persiapan utk berkahwin pun mahal.so takkan nak bazir mcm tu je.even gamba pintu bilik pengantin pun leh buat kite senyum2 pas puluh2 tahun kite kahwin..:p *peace.
adil lah kan? :)
kalau nak murah2 meh shoot pakai kamera fon je .ke ke ke ke
faisalhjrahim
kak azeiazah – salam kak zie, hehehe..baikkk kakt zie..:) mesti dah sampai tpt kerja lagi nih,hehe
Mr Fathi – Salam kang,hahaha..angger nang kampung keneklah gawe rewang..wong kampung esek akeh seng arek rewang..angger nang pekan kabeh kerjo orak sido arek lungo rewang,hehe..alaa, asal wong reti riko wong jowo orak opolah,hehe
cikpingu – betul tu cik pingu..benda camni memang perlukan diberi kesedaran dari semasa ke semasa..:)thanks ye cik pingu..
amir – salam amir, thanks sudi singgah sini..nanti aku cerita plak kenapa pakej photography kahwin ni mahal,hehe..:) kita kena sama2 didik masyarakt baru diaorang tahu..:)
faisalhjrahim
Kak Azieazah – Salam kak zie,waaaa setiap kali kak zie tulis komen panjang2 memang suka sangat baca,hehe..:) thanks kak zie atas pendapat dan berkongsi pengalaman kat sini..:)
Zamanpun dah berubah kak zie, kebanyakkan benda dah makin mudah sebab kita boleh dapat sesuatu yang lebih baik dengan harga yang jauh lebih murah dari dulu..:) kalau dulu nak tunggu gambar mmg susah sebab nak tunggu habiskan filem..pastu hantar cucipun dah makan masa..:) sekarang amik gambar bawak kedai boleh dapat on the spot je,hehe..
Alhamdulillah, kalau ada ramai orang yang menghargai gambar yang memberi kenangan cam kak zie senang hidup,hehe..cuma sbnrnya masih ramai yang masih tak hargai kepentingan camni..bila tengok semua orang ada gambar2 lama barulah rasa menyesal sbb dulu tak suka atau malu nak amik gambar,hehe..
Oh ya kak zie, sbnrnya memang sayapun ada pakej photobook tu..:) cuma lum tunjuk lagi kat sini..insyaallah kalau berkesempatan nnti sy akan tunjuk kat sini dan promote,hehe..lagi senang dari custom album biasa..:)thanks kak zie..
faisalhjrahim
Khairul Faizin aka SulaimanAkhlaken – salam bro, hahahahahha..siot je lah ko nih bro..:) kang ada orang mengamuk nanti aku taknak tanggung jawab ek..awal2 aku dah larikan diri,kekeke….
Vinil – salam vinil, terima kasih..itulah, nanti ada masa akan buat tips lagi tentang semua tu..kena didik masyarakat sedikit demi sedikit,ceeewahh..
fairuz – salam kang jasman, eh silap, kang fairuz,hehe..betul tu, ada customer yang suka gila aku amik gambar bunga yang dipegang kat tangan tu..:) sbb bunga tu dia buat sendiri dan bila kita amik dia rasa dihargai,ceewahh..
kitapun tak tahu berapa byk usaha dan tenaga yang dicurahkan untuk buat sesuatu benda, bila ada gambar tentang itu mmg ia akan kembalikan memori tersebut. Walaupun benda tu dah berlalu lama dalam hidupnya..:) kalau nak murah sangat guna je kamera phone kan kang,hehe
Zana
tq sbb respon soklan sy tuh…tapi kalo indoor, lighting sume ok,siling rendah,x pe kan kalo guna mode A mcm nak amik gmbar family ramai2 kat hall rumah.ada soklan lg..hehehe..harap x jemu berkongsi ilmu ek..rase segan pon de, sy asik tanye soklan je..baru pgg dslr,kdg2 msk blog len, tanye soklan, derang x respon,rase rendah dri pon de.banyak menda basic x phm lg..nak pegi klas, kekangan masa & duit plak..blaja dr yg dah expert dulu la wat masa ni..
1) kalo guna manual mode,lei adjust shutter & apprture..kat spidlight pon kena adjust jgk ke???pe affect kalo just adjust apprtute & shutter, kat spidlight x usik pape??
2) pe makna 50mm,80mm, 1/4…yg de kt spidlight tuh??dlm keadaan macammana ke set/usik2 menda tuh??
tq…
irengmanis
yer,, sokong acai! hehehehhee..
acai skng photographer standard charge brape yer untuk nikah, sanding, outdoor…
Masy
ckp kat abg tu, nak murah pon bole gak bang – tp pakai digicam jelah, takpun kamera analog. lg murah, guna filim gulung leh cuci byk2 kali hehehe
*sambil lari sbb takot abg ngamok kt kenduri kawen hahaha*
Kak Azieazah
ESAL…
baik juga jika ESAL turut promotekan pakej PhotoBook tu.. sebab pakej gitu memang ada pasaran.
Mungkin leh mula dengan pakej mini, yang saiz kecil dan beberapa pages sahaja… juga buat pakej lain yang besar (sebesar A4 atau bigger) dengan pages yang lebih banyak..
Biasanya, our custmer suka PhotoBook yang hard cover dan penuh warnawarni dan font yang fancy..
Designer mesti ada banyak default dalam kepala, dan kreativity yang tiada limit..
All the Best, dinda..
shaifulsafar
salam caii…
bagus tulisan ko nih…. aku bersetuju.
harga RM500 tu hanya sesuai untuk orang yang betul2 ikhlas bagitau kemampuannya hanya RM500… dan pastinya majlis tu tak ada pelamin yang gah atau kek yang bertingkat2….
boleh terima ke caii?.. :-)
ranggie
ekekke….btul tu…ni soalan aku pada bakal pengantin….
pihak pengantin
—————-
berbaloi kah korang untuk berbelanja..beribu2 ringgit untuk hired seorang photographer yang dapat dan akan merakam..saat2 gembira yang akan di tatap sehingga ke anak cucu?
aku ada jawapan dari soalan di atas…dan kalo korang dah dapat jawap…so sila masuk plak kt blog aku…ada lagi satu jawapn yang sepatutnya…kenapa bakal pengantin tidak harus berkira terhadap future photographernya….so masuk blog aku then korang tahu jawapanya…ekek tapi kena rajin membaca..
zakiyah
saya berminat sgt dgn kerja awak..
boleh saya tau pakej awak mcm mane?
saya nak kawin bulan5 thun 2010.
nikah+malam berinai=ari sabtu.
qatam+sansing=ari ahad
saya tggal kat ampang
blh tolong buatkan quotation?
alhena
betul2! wedding photographer kena ada supaya dapat mengabadikan detik yg paling indah dalam hidup :).hurmm.. kalo sy kawin, saya nk banyak pic yg di ambil dr pelbagai angle.tp.. sekarang kena pi cr bakal laki dulu. kekeke
faisalhjrahim
Zana – Salam zana, sebbenarnya takde masalah kalau nak guna mode A tu, cuma kalau boleh kena pastikan shutter speed tu tak rendah dari 1/30 saat lah..sebab kalau rendah dari tu gambar akan blur even ada bantuan flash..:)
1)body dslr dan speedlight tu satu benda yang berbeza. Boleh je guna body secara manual dan speedlight tu auto (TTL/TTL-BL). Kalau guna TTL mode tu macam kita guna flash tu secara auto lah.
2)Oooo kalau 50mm,80mm dsb tu kira nak tunjuk focal lenght cahaya tu boleh sampailah sbg panduan.Kalau guna manual plak 1/1 tu menunjukkan full power, 1/2 tu separuh kekuatan cahaya dan seterusnya 1/4,1/8 dsb..:) sy biasa guna manual dan adjust mengikut keperluan cahaya tu..biasa start dari 1/8 kalau kurang baru tambah lagi 1/4 dan seterusnya..
irengmanis – Salam wak, terima kasih ye..kalaau nak tau harga pakej tu nanti sy boleh email ye..harga tu berbeza mengikut jenis album..:)
Zana
okeh..tq…
sam rais
salam..sngat menarik entri ni chaii
mcm nak copy & paste je masok blog aku..
biar future2 client baca he2..teruskan lg chai dgan penulisan yg hebat ni..
p/s :agah permadi datang kl..ko tak nak g ke :)
SisHoney
salam caii,
wah.dah banyak giler komen2 kat sini.dulu sis antara insan2 awal yg akan komen kat entri2 acaii,tapi bila dah hujung2 tahun ni.nak masuk pun xsempat,selain dr sibuk dgn calculator,angka,rm,sistem espkb,eperolehan,bajet tahun depan,sis juga agak sibuk dgn shutter :).bila kita kuat bekerja ni,stamina kita makin kuat kan cai.nak sakit pun tak sempat nak jengah.rasa selsema sikit terus telan panadol paling kuat.so tak sempat la demam nak singgah.
nak kata apa lagi.mmg setuju sgt la dgn entri caii ni.biasala cai.dorang spend yg lain dulu.pastu baru la photo.then kekadang bayaq jurumekap mahal2,pastu bagitau kita plak.nak make up nampak cantik.tlg adjust ,edit sana sini.adoi la.itukan keje jurumekap sebenarnya.tapi as a client mcm mana pon kita kena layangak kan.sis sll bgtau siap2.sis bukan photografik yg suka menukar bentuk,warna dan apa2 saja berkaitan wajah.kalau setakat caler boleh la
alamak.dah panjang.tq caii
p/s:selamat bekerja di musim cuti sekolah ni.kim salam cik isteri ye :)
kak qaseh
memang nengok gambar leh tersenyum sengsorang..
ape lagi mase tgh mode2 dan selim melim…hahha…
cd tu habis carik dah…dah x koser nk korek mana lagik… :P
faisalhjrahim
Kak Masy – Salam kak masy, sbnrnya sy pernah jumpa lagilah kak orang guna filem..:) sekarang kalau orang pakai filem tu otai tau kak,hehe
Kak Azieazah – Terima kasih kak atas sokongan ye. Sbnrnya memang ramai lagi tak tahu dan tak biasa buat photobook dalam album kahwin..orang fikir macam tak tahan dan cepat koyak..tapi sy lagi suka sbnrnya sebab lagi ringan dan menarik.muka suratpun lagi banyak berbanding custom album sedia ada..:) nanti kalau sempa shoot sample photobook sy akan publish kat sini kak ye..:)
shaifulsafar – salam pul, yup akupun sangat setuju pul..kalau dia memang betul2 takde budget memang bolehlah kira camtu..cuma kalau sampai 2 haripun mesti penat photographer tu kan pul,hehe
faisalhjrahim
ranggie – salam ranggie besday boy yang kena prank,keke..sedih gila aku baca cerita dalam blog ko tu wei,huhu..thanks ranggie.ko punye pr dari dulu memang terbaiklah, aku respek beb..
zakiyah – salam zakiyah, terima kasih ye sebba berminat dengan hasil kerja saya. Emm bulan 5 tu brapa hb ye zakiyah? sebab ada beberapa tempahan juga pada tarikh tersebut. Takut bertembung pula.Apapun nanti kita berhubung melalui mail ye,thanks.
alhena – salam alhena, terima kasih sudi singgah sini dan berikan komen ye..waaaa dah teringin nak kahwin ke?hehe..cepat2lah cari calon yang sesuai ye..cari yang beriman,ceewahh..:)
faisalhjrahim
Zana – orait, thanks zana
sam rais – salam sam, terima kasih bro:) alaaa, kalau nak copy paste silakan..sebab benda ni kita nak sama2 didik masyarakat kita supaya lebih hargai tugas photographer seperti kita ni..thanks sam ye..
sishoney – salam sis, terima kasih sis..acai tahu sekarang dah akhir tahun mesti bizi gila..lelagi time cuti ni mesti ramai yang dirikan rumahtangga..:) sangat setuju, kekadang diaorg macam expect kalau dunia digital semuanya boleh nampak cantik je..:) semoga sis dapat jalankan tugas dengan baik nanti ye..insyaallah tak lama lagi kita bleh jumpa,hehe..chaiyok2 sis!!
Kak Qaseh – salam hujung minggu kak..:) alahai siannya kak..tapi sayanglah kak kalau takde video tu..:) manalah tau nanti akk dah tua nak tengok lagi,hihi…have a nice weekend kak ye..:)
zool
Bila ko tulis pasal angka2 tu membuatkan aku semakin takut..
Adoyai .tambah duit blogging pun tak cukup ni..
Adn
Salam.1st, tade entri yg tak best dr faisalrahim.hehe 2nd, bgla tips pulak mcm mn nk b’guru dgn faisalrahim.haha
Radin Aminurasyid
re : thnx bro 4 ur concern… haha, aku dh pn spent beli mangga yg ‘baek; nya 4 safety.. ;) hopefully dpt brtahan, insyallah.. ;)
faisalhjrahim
zool – Salam bro zool :) alaa zool insyaallah kalau kita niat nak buat satu benda ibadah dan baik akan dimudhakan jalannya..:) yakin boleh zool!!
Adn – Salam bro, terima kasih sudi singgah sini bro..:) hahaha..nak berguru apanya..aku bukannya sifupun..:) mana yang aku tahu bleh je nak kongsi..:)
Radin Aminurasyid – Salam bro radin, alhamdulillah..semoga semuanya selamat pasni..anggaplah semua tu ujian Allah nak beri bagi menguji kita..semoga korang sekeluarga dimurahkan lagi rezeki pasni,amin.
azim
aku setuju sgt, sb aku pun wedding phtogrpaher.. hahaha.
sil
setuju gak. sebab seni ambik gambar ni, memang xsemua orang ade. so, logikla mahal. baru berbaloi-baloi.. yg penting, kualiti dan cerita d sebalik gmbr tu utk dkenang sepanjang zaman..keep up the gud work:)
faisalhjrahim
azim – cayalah zim, wedding photogrpahy!!hehe..
sil – salam wak..:) betul tu..terima kasih kerana support sy ye..:) chaiyok2!!
ms sz
Bro, entri ini menyokong pendapat saya yang bakal berkahwin lebih kurang 2 minggu lebih lagi. Untuk majlis saya banyaklah orang mengata itu ini, but for me, sy dah buat homework. Walaupun bukan profesional, tp sy boleh ckp apa sahaja untuk perkahwinan saya. Apa pendapat bro tentang studio photoshoot yang diambil sebelum pasangan berkahwin? Saya ada ambil studio photoshoot. Gambar digunakan untuk bunting. Selain daripada itu, saya dapat makluman bahawa mood yang ditimbulkan oleh pasangan adalah berbeza selepas berkahwin. Saya juga ambil studio photoshoot untuk persalinan kerana tak mahu ia diambil semasa hari majlis kami. Namun ada yang beri komen negatif. Apa pendapat bro? Jika tak kisah nak kongsi.
faisalhjrahim
mas sz – Salam awk, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye..waaaa, dah dekat sangatlah tu tarikh majlis..tahniah dari saya ye..
Alahai, oleh kerana majlis tersebut dah dekat rasanya tak perlulah terlalu fikirkan pendapat orang lain wak. Benda tu tak membantu dan buat awk lebih tertekan je..pedulikan apa org lain nak kata.
Honestly, sy rasa takde salahnya nak amik gambar kat studio tu asalkan kita tahu batas2nya. Kalau gambar untuk paparan kat bunting atau kad tu seeloknya biar sedap mata memandang dan orang2 tua yang tengokpun tak beri byk komen tak elok..sebab apa yang kita buat biasanya memberi impak kepada orang tua kita juga..
didiz
input yang bagus acai.
suka aku membacanya.
ahad aritu aku call ko sebab aku otw ke jb. tapi tak berjawab. tidak sempat jumpa.
arman
caii..aku suka entri ni..best! aku nak permission “pakai” tips ni untuk aku buleh ker?
faisalhjrahim
didiz- salam, tak perasan aku komen ko kat sini diz..:) thanks bro..alahai, masa tu akupun terlupa nak call back,huhu..lenkalilah kita jumpa didiz..sian plak kat ko selalu drive jauh2..
arman – salam bro arman, thanks..alaaa, belasah je..ni kira tanggung jawab kita sebagai photographer nak beri kesedaran kepada seramai orang yang boleh,hehe..
mass
a’ah…toi2…setuju 100% lah kata2 abg acai nih…
nazwal,nida-allmoments
class bro…bleh cut and paste to my fotopages ker…:–).BTW luv your work..awesome.
gja
sangat sangat setuju..
memori manis tu sume memang kekal dalam ingatan..tapi gambar dapat menterjemah perasaan :)
Ashikin Abdullah
Saya sangat setuju dengan pandangan saudara Faisal Rahim, bukan sebab saya photographer, tapi untuk kepentingan mereka yang kahwin tu gak, dan sapa2 saje yang nak abadikan diri mereka n saat indah dlm gambar.
If u dont mind, i will use this entry into my blog..
tuan salam
terbaik bro.. walau aku bukan photographer wedding tp aku suke menyimpan moment yg hanya dtg pada saat itu sahaja.. tiada sejarah yg sama akan berulang.. =D
faisalhjrahim
mass – terima kasih setuju mass..:)
nazwal – terima kasih bro, silakan..:)
gja – salam gja, betul tu. gambar dapat terjemahkan perasaan..:)
Ashikin – Salam ashikin, waaa lama tak jumpa,hehe..:) terima kasih sudi singgah sini. Entry ni dah setahun lepas. Camne boleh masuk sini?hehe.. silakan kalau nak copy paste..:)
tuan salam – salam tuan, terima kasih tuan. tiada sejarah yang akan berulang. Hanya boleh ambil pengajaran je kan..:)
Ashikin Abdullah
:D
Farahshila Nono yang post link entri ni kat fb. :)
thanks bro