Bismillahirramanirrahim
Alhamdulillah, aku dapat kembali bekerja arini walaupun badan rasa tak berapa sihat. Sebenarnya aku rasa sedikit rugi sebab raya haji ni tak dapat nak melapah lembu korban seperti tahun2 lepas. Oleh kerana kebanyakkan tempat buat korban pada hari Sabtu maka aku tak dapat join sebab dah berada di Johor Bahru untuk majlis perkahwinan client aku. Rindu plak dengan bau hanyir darah lembu, bau daging segar dan suasana gotong royong tersebut :)
Teaser Majlis Perkahwinan Ahad lepas di Johor Bahru
Sekarang ni tiap-malam aku terpaksa tidur lewat menyiapkan album-album customer. Memang itulah lumrah hidup photographer picisan cam aku ni. Ketika orang lain berehat2 bersama keluarga menonton TV, melayari internet, dinner diluar dsb aku terpaksa bersengkang mata hingga 2-3 pagi siapkan kerja dan terpaksa bangun awal untuk kerja pada keesokkan harinya.
Orang diluar nampak kerja photographer selesai selepas habis majlis perkahwinan. Tetapi sebenarnya ia baru separuh dari tugas photographer tersebut. Proses memilih gambar, design layout album dan editing gambar kekadang memakan masa jauh lagi lama dari proses shoot gambar tu. Aku ada ramai member photographer berkeluarga yang terpaksa korbankan masa bersama anak-anak dan keluarga untuk laksanakan tanggungjawab terhadap tugas yang diterimanya.
Ada masa nanti aku akan cerita lebih lanjut tugas belakang tabir seorang wedding photographer yang kebanyakkan orang tak tahu termasuklah aku masa mula2 masuk bidang ni dulu. Camna rasanya kerja setiap malam dari 9 malam sampai 2 pagi selama berminggu-minggu tapi benda tu jarang diketahui orang lain. Camne pula rasanya berhadapan dengan customer yang demand macam2 tapi sangat liat nak bayar dan sebagainya..:) tunggu deh..
Nota kaki : Aku kena tunggu OP majlis Sobrina & Fairuz upload entry majlis mereka terlebih dahulu sebelum aku boleh publish kat sini.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : admin@faisalrahim.com
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
cot
betul kate ko tu caii….
org nmpk sng je kje photog ni kan..
tp dorg xtau betapa tugas disebalik tabir nk menyiapkan album²..
kekeke…
gambo mmg superb lah…
tp aku rase kn, kalu kain pompuan² nmpk full lagi superb kot…
rasenye la ;)
faisalhjrahim
cot – salam cot, weii, uploadlah gambar korban aritu..aku dahlah tak sempat amik gambar korban,hehe..:) itulah, kalau dah rasa sendiri baru tau camne rasanya nak siapkan album,hehe..:) aku ada version yang full gak, tapi aku rasa camni lagi better,hehe..
awe
Salam sahabat…tu yang dinamakan ber’korban’ ya tak? Apa-apapun aku selalu doakan ko sihat dlm berkerjaya. Kalu tak sihat nak wat keje sampai 2-3 pagi camna kan??
Ada masa tu bawak la org tersayang gi makan angin jauh2 sikit..balas sikit pengorbanan dia…nanti dah mcm aku lagi banyak kene ‘korban’…hee.hee
-nak belajar wat design album pulok ni..leh deh.
-aku ada gambar korban lembu melompat mcm koboi rider tu…apa ntah namannya…
ejal@jai
salam bro,mmg mantop la raya2 haji pung ada job gak eh..itu pun berkorban gak namanya..jgn terkorban dah ler..hahaha..
p/s:jgn lupa weh,jemput dtg umh aku 12/12 klu berkelapangan..hehhehehe
faisalhjrahim
awe – salam awe, thanks awe..itulah pengorbanan aku tahun ni awe,hehehe..:) thanks awe..sian kat ko kena drive sampai 15 jam dari pantai timur..bilalah nak buat highway 6 lorong ke kelate kan,hehe..:) nanti aku ajar ko buat custom album plak ye,hehe..:)
ejal – salam pengantin, waaa berdarah manislah skrg ni jal,haha..:) ejal, rumah ko tu aku tak dapat datanglah..sorrylah ye..belah perempuan tu kat mana? manalah tau aku bleh join,hehe..aku doakan yang terbaik jal..aku ada hal masa tu..
Masy
di hari raya korban, acai mengorbankan hasrat utk mengorbankan lembu hehheh
takpe2.. muda2 ni je penat, insyaallah da tua2 sok leh rilek2 hehehhehh
farah
salam..berat mate memandang berat lg bahu memikul..pengorbanan sorang OP
**dan sy jtuh hati dgn gmbr diats tu..superb, mahu hired kamu tp seperti tidak mampu**
cikpingu
btul 2.. xpsl2 kne tggu lg lme..
adehhh…
SisHoney
salam caii,
ms sis mula2 shoot dulu.ada satu pak andam tu ckp.senang je kan keja photoq ni.just tunggu je.(ms tu sis tunggu sambil shoot make up session),sis senyum je.sbb xreti nak jawab.maklumlah.first job :)
tapi sesungguhnya duit yang kita dapat ni sesungguhnya berbaloi dgn penat ms shoot,kebarangkalian makin naik power spec,elektricity kos..so mmg banyak aspek yang kita pertimbangkan sebelum charge.kalau nak tunjuk satu2.rasanya ramai pengantin nak bayar lebih kot kat kita~hahahahaha.
cai..cepat2 upload photo.tak sabaq nak tgk :)
ikhwanmuda
Salam acai. thanx:)
faisalhjrahim
kak masy – salam kak, hahahahaha..siot je akk ni..mengorbankan hasrat eh..:)berapa kilo daging kak dapat tahun ni?hehe
farah – salam farah, terima kasih sudi singgah sini ye..:) terima kasih ye..alahai, takpe farah..mmg banyak lagi photographer yang jauh lagi bagus dari saya kat luar sana..:) terima kasih atas sokongan ye.
faisalhjrahim
cikpingu – salam cik pingu, hehehe..betul betul..:) memang camtulah lumrahnya..kalau nak hasil terbaik mmg kenalah bersabar,ceewahh..
sis honey – salam sis, memang sangat setujulah ngan sis..:) kekadang orang tak nampak sangat belakang tabir..dia hanya nampak masa kita jalankan tugas kat majlis tu je..:) insyaallah nanti acai buat entry khas pasal tu,hehe..bukan apa supaya memberi kesedaran betapa besar tugas photography ni..bukan untuk mengambil gambar je..:)
ikhwanmuda – salam bro, terima kasih kembali bro :)
azieazah
Salam dindaku ESAL..
alaaaaaaaaa Akak rindu dengan story dan gambar raya, gambar lembu korban dsb..
memang rasa sayang dan rindu dengan suasana sebegitu kerana sejak bertahun sudah menjadi rutin tahunan dan sebati dengan jiwa insan kampung, kan?
Kak Azie ni lagi laaa.. dah bertahun tidak dapat sertai suasana indah tu. Menyertai gotoong royong melapah, berhimpun beramai dengan jiran dan teman sekampung lebih bermakna dari makan daging segar atau menghirup sup tulang lembu…
hmmmm… nostalgia betul.. tapi adakala bila tiba masa yang lain, kita terpaksa juga berkorban, wpun dalam bentuk yang berbeza..kan?
azieazah
Kalu dah minat, walaupun tugas kecil dan dirasakan sebagai part time, tapi menentukan kualiti terbaik untuk clients (yg mana mereka tu kawan2 kita juga) tentulah menjadi keutamaan, kan?
Berkorban, bersekang mata dan memerah idea tu sebahagian dari komitment yang harus dibanggakan. Suatu kepuasan yang mungkin orang lain tidak memahaminya..
Asal tidak lupa atau terlalai kepada perkara-perkara utama dan orang-orang penting dalam hidup.. walau sekecil perkara (mungkin besar bagi orang lain) seperti, makan bersama isteri, memuji masakan isteri…
Kadang2 bila dah letih ngantuk, ilang lak selera makan. Sian si dia, penat dia masak.Hehehe..
As usual, All the Best to ESAL..
Khairul Faizin aka SulaimanAkhlaken
Aku sokong ko Acaii, sepatutnya hasil kerja kita lebih dihargai client. Sebab… kerja kita tidak akan selesai selagi album belum sampai ke tangan client.
Mr Fathi
cantik gambar…good job…kecian tido lewat ye…
faisalhjrahim
kak azieazah – salam kak zie, waaa lamanya tak baca komen akk panjang2 kat sini,hehe..:) itulah kak, kalau dulu mesti blog sy penuh ngan gambar2 korban kan kak,hehe..:) camtulah kak jiwa kampung kita ni..kalau takde rasa macam ada kekurangan je..
Sebenarnya bukan makanan tu yang menarik sangat tapi sbnrnya berkumpul bersama orang kampung dan bergotong royong tu lah yang lebh bereerti..:)
Itulah nampaknya korban saya pada tahun ni kak,hehe..Terpaksa beraya di perantauan,ceeewahh..thanks kak ye sebab selalu doakan sy..semoga yang terbaik juga mengiringi akk sekeluarga,amin.
faisalhjrahim
Khairul Faizin aka SulaimanAkhlaken – Salam bro, yaa betul tu..sebab tu kita sebagai photographer kalau boleh kena bagi pendidikan dan pengetahuan kepada mereka semua :) biasanya benda tu hanya photographer je yang rasa sorang2,hehe
Mr Fathi – Salam bro, terima kasih..tidur lewat tu takde masalah..yang penting dapat siapkan kerja,hehe
ViniL
yeay.. cepat2.. nak tgk gaya photog.. ekekek
but mmg penat.. balik umah dah sengal badan… nak amik mood nak edit gambo lagi..
ngan anak bini lagi ( kpd yang kwen je la) eekekek
pastuh tambah2 event hari yang berturut2.. perghh…
kena beli minyat urat la nampak nya.. ekekek
faisalhjrahim
Vinil – Salam bro, hahaha..betul tu..nak amik mood tu yang kekadang makan masa,kekeke..:) kalau event tiap2 minggu lagilah boleh muntah tengok laptop,hahahaha
zenn
Salam bro..selamat hari raye aidiladha..aku pun mcm ko gak, tak dpt berhari raye korban spt taun lepas sbb aku “terambik” job..dh comfirm br sedar yang hari tu hari raye kikikiki..nasib2..
faisalhjrahim
zenn – salam bro, hahaha boleh plak camtu ek..:) takpelah nak buat camne..dah janji awal nak shoot kan..:) semoga semuanya dapat dilakukan dengan baik ye..tahniah bro!!
corneamelayu
sbb tu aku x amik job..lagipon aku newbie, gambar2 x cun..hehe..
p/s: senang2 singgah la tinggal komen/kritik gambar2 yg aku amik kat http://corneaphotozone.blogspot.com
aku upload kat situ sbg salah satu cara aku backup semua gambar2 yang aku snap..hehehe..
faisalhjrahim
corneamelayu – salam bro, alaa gambar ko memang dah cunlah..kena ada keyakinan je nak amik gambar orang lain,hehe..:) orait backuplah banyak2 kat situ..bleh kongsi sama2 tengok nanti..