Bismillahirramanirrahim
Teaser wedding kat Felda Raja Alias, Serting Negeri Sembilan :)
Masa kecik dulu antara perkara yang aku suka kalau pergi kenduri kahwin ialah berebut bunga manggar. Ingat lagi selepas pengantin berarak tu budak2 semua kejar kepala betik yang taruk bunga manggar tu. Budak yang lari tu dahlah lari sungguh2 sebab kedekut takmo bagi orang lain. Kitorang ni yang kejar pun bersungguh gak, siap lompat parit dan lalu kebun kelapa sawit sampailah dapat budak tu, hehe.
Akhirnya dapatlah sorang satu atau dua bunga manggar. Kalau terer boleh dapat lagi banyaklah. Masa balik ngan abah naik motor tu kibar2 lah bunga manggar tu kat orang lain sebagai tanda aku yang dapat bunga tu, haha. Sekarang orang dah tak layanpun benda tu. Benda tu dibuang je selepas guna. Budak2 yang ikut rombongan pengantin kekadang siap main PSP lagi kat tangan.
Aku suka majlis kahwin yang masih mengekalkan adat melayu. Bagi aku asalkan ianya tidak menyusahkan atau menyalahi agama sewajarnya ia dipelihara untuk kekalkan warisan nenek moyang kita. Satu hari nanti, majlis kahwin orang melayu mungkin takde bezanya dengan majlis kahwin orang putih. Mungkin anak-anak kita kahwin nanti, kita hanya duduk di satu sudut melihat anak-anak muda berciuman menari2 kat majlis kahwin. Wallahua’lam.
Nota kaki : Tunggu full entry majlis kahwin kat Felda ni ye. Ada perkara menarik aku nak cerita nanti :) Aku sangat keletihan sekarang.
Nota kaki 2 : Aku dah reply semua email yang bertanya. Sapa2 yang aku masih belum reply bagitau ye. Aku takut masuk spam mail atau dah terdelete bersama spam mail tu. Terima kasih.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
cot
bile nk update smua ni..
wakakakaka
*testing komen
xora
skrang trend nikah, dah jadi style omputih gak. tetamu duduk diam2 dulu kat ruang tempat pernikahan. pengantin lelaki dah dok diam2 depan tok kadi. kemudian pengantin perempuan di arak masuk sambil dipimpin oleh ayah/ pakcik sedara. tapi saya rasa ni cam best gak pasal cam teratur dan semorang boleh lihat pengantin perempuan secara serentak. Kedudukan pengantin perempuan belakang pengantin lelaki, so lelaki tak leh nk curi2 tengok :P muahahahha.. saya nk buat camni, apa pendapat Acai?
faisalhjrahim
cot – thanks cot..pagi ni mercumaya mmg bengong ah..geram aku,hehe
xora – hehehe..:) tak pernah nampak lagi pengantin perempuan diarak masuk oleh ayah dia setakat ni..:) tapi rasanya tu tak salahlah wak..sebab aturan majlis nikah yang penting, khutbah nikah oleh imam tu di dengar oleh kedua2 pasangan pengantin..dan juga kepada orang sekeliling sebagai panduan..:)
Pasal cara nak masuk dan kedudukan tu tak jadi masalah nak buat camnepun,hehe..tapi seeloknya memang pengantin perempuan duduk belakang pengantin lelakilah dan jangan terlalu jauh dan ada penghalang antara dua2 tu (sebab ada gak pakcik2 yang tak faham suka sangat duduk sekeliling pengantin lelaki-selalu gak jumpa)..susah nak buat gambar,hehe
herni
serting ekkk?…dkt kg asben i tu :)
faisalhjrahim
herni – waaa, ramai sungguh orang N9 rupanya,hehee..:) serting kat mana? ni kat belah felda kat bandar baru serting tu,hehe
Kak Azieazah
Salam dindaku ESAL…
Dalam kebanyakan perkara adat Melayu, majlis kahwin adalah antara di mana paling jelas orang melihatnya, dan ruang paling luas untuk kita menunjukkan dan mengekalkan adat budaya.
Dari pakaian, cara penyediaan, cara meminang, bersanding dll yang berkaitan.
Benar, adat sebenarnya menyatukan kita kerana untuk melaksanakan adat itu sendiri, kita akan bergotong-royong dan sesuatu yang baik sudah terlaksana.
Teringat dolu2 masa kecik, di majlis kahwin dari hal yang kecil (seperti pengantin mandi di bawah kain jarang, kain basahan pengantin di baling ke bumbung) hingga perkara besar seperti persandingan, akad nikah, khatam Quran dsb.. Ada tatacara tertentu.
Jelas dilihat… Sekarang masih ada di kampung2. Best kan, bila berada dlm suasana begitu..
faisalhjrahim
Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, sangat betul dan setuju ngan kak zie..:) kekadang majli skeramaian camnilah yang menampakkan keunikan sesuatu bangsa tu..dan kita bangsa melayu..masih ingat tentang apa yang akk cakap tu, kain basahan pengantin..:P
Benda tu lah yang bezakan kita dari kaum lain..Walaupun tak buat semua sekarang at least kita berusaha kekalkan adat dan warisan yang baik supaya generasi akan datang dapat tengok kan kak..:) cuma kekadang sedih gaklah kak bila majlis kahwin melayu ada yang terlalu mewah dan saling tak tumpah dengan majlis orang2 barat sana..
Sebab tu sy masih suka duduk dikampung dan masih berjiwa kekampungan,hehe..:)
atong
peh meletop lar caii gambar nie..aku pun suka gak wat aktiviti tak senonoh mcm ko tue cai.lepas jer pngantin abis diarak aku pun serang ngan bebudak aku.kekangdang sampai hancur buah betik tue..siap ada yg nangis bil tak dapat.bukan rebut duit rebut bunga manggar jer.cian
awe
Gambar mcm kat tanah tinggi je..ada pokok2 pain tu…
Tapi gambar ko ken aada canvas lagi best nak tengok…itu identiti ko tu cai..yg tu aku suka tengok….
Aku tahu citer best ko tu..heeeye ke citer yg tu??
faisalhjrahim
atong – salam atong, thanks atong..waaaa ko pun lebih kurang aku je atong,kekeke..biasalah orang kampung kan,hehe..:) itulah pasal, tak layan sangat gula2 dan duit tu..tapi bunga manggar kena dapat,hehe
awe – salam awe, hehe..itulah pasal, akupun pelik boleh ada pokok tu kat taman tu,huhu..gambar teaaser memang jarang aku letak canvas awe,hehe..upload entyr nanti aku taruk canvas,hehe
muiz
salam kang.. betol la kalini ko wat aku teringat zaman berebut bunga manggar dulu.. dulu zaman aku masih budak masing2 berebut nk pegang bunga manggar sbb saper yg pegang leh bwk lari dulu dan kompem dpt lebih bunga manggar.. mmg seronok sgt time tu.. tp lani berbeza la.. budak2 dah x heran nk pegang bunga manggar… tradisi berebut pon x der.. aku igt lagi ms aku kawen.. budak2 d suh pegang bunga manggar pon x nk.. last2 paman aku yg pegang…
shasha
dulu lain sekarang lain…dulu sorang sekarang dah berdua..hahah kira macam tue gak la acai..zaman sentiasa berubah2…cuma adat persalinan tue naper laa tak di hapus2kan…bosan arrr…hahahaha
faisalhjrahim
muiz – salam kang, hahaha..itulah..dulu aku selalu kejar bunga manggar ni kat labohan daganglah..:) sekarang ni budak2 mana heran..aku pernah nampak bunga manggar yang ada batang lagi tu dicampak kat bakaran sampah,huhu..nak kejar kang orang cakap gila,hahahaha…
shasha – paiz, itulah..zaman memang sudah berubah..cuma harap adat melayu tu tak dilupa,hehhe…hahahha, aku memahami perasaan ko bro..akulah lagi tak de idea selalu,kekeke
yatt
ni misti taman tepi jln besar tuh kan.. tak saba nak nengok gambo lain nih..
atong
maner der caii aku baik sikit dari ko.hahhaa.tapi aku gula gula pun aku sapu gak.janji dan jer dulu.budak kan.ape orang jawe ckap rusuh…haaaa
faisalhjrahim
yatt – hehe, tahu aja si yatt ni..:) tunggu dalam minggu ni ye yatt..esok or lusa ke kalau rajin,keke
atong – hahahahah, siot je lah ko atong..:) podo waelah kito..menggerusuh, hahhaa
Masy
pasni acai try la buat balik kejar2 curi bunga manggar. mau kene piat dgn fiza hahahah
faisalhjrahim
kak masy – hahahahahha…:) kalau sy kejar nanti takde sapa nak amik gambar pengantin plak kak,hehe
Mr Fathi
betul2…
sebaik2nya dikekalkan adat2 tersebut mcm rewang,malam berinai,mbecek(tempat kang mungkin dipanggil sinoman ke kondangan),err… paluan kompang,silat pulut,photographer(kasi moden sitik…)doa slmt(sego ambeng…perghhh)
tahun lepas cuma kakak ipar aku jer buat kenduri kawen pakai catering…pasal umahnya kat kuarters polis…lainla ngomah kampung…
faisalhjrahim
Mr Fathi – salam bro, betul tu..kekadang benda2 camtu ada yang baik kita boleh ambil..sebab orang dulu2kan lebih kepada hidup bermasyarakat..tak spt orang sekarang yang suka hidup sendiri2..tapi kalau mati boleh plak nak suruh orang keliling bantu,huhu..smoga mengko riko ngantinan rewang gak yo,hehe
Mr Fathi
Wak Pesal— iyo la…wajib gawe rewang…nek orak gawe rewang,mbah wedok pasti njeplak endas aku..hehe…urong meneh wong kampung,mesti baling parang….