Bismillahirramanirrahim



Masa job wedding haritu, ada sorang saudara pengantin tanya aku tentang photography ni. Aku nak kongsi skit kat sini. Lebih kurang camnilah perbualan kitorang ;

Adik manis : “Abang punye style photography camne ye? Boleh tak buat seperti (menyebut beberapa nama besar dalam industri ni) hasilnya? ”
Aku : “Err susahlah sebab sayapun baru je amik gambar ni. Nape tak amik je photographer2 tu?”
Adik manis : “Dah tanya, tapi mahal sangatlah. Tak sangka wedding photographer mahal sampai camtu sekali. Macam tak berbaloi je tapi suka hasil mereka..”
Aku : *bagi syarahan percuma, hahaha..

Teaser wedding kat Bukit Kapar, Klang :)


Sebenarnya apa juga benda dalam dunia ni ada nilainya sendiri. Walaupun tak semua tapi biasanya benda yang baik tu nilainya lebih tinggi sesuai dengan kualitinya. Tidak wajar kita harapkan keselesaan dan ciri2 kereta seperti BMW kalau kita hanya membayar harga sebuah kereta kancil. Sama je dalam bidang photography ni.

Kita tak boleh harapkan hasil hebat seperti photographer full timer tetapi cuma hire photographer yang harga murah-murah. Ini tak adil buat mereka sebab pengalaman, skill dan equipment mereka jauh berbeza. Setiap photographer juga biasanya mempunyai style mereka sendiri. Janganlah pula menyuruh mereka mengubah style untuk ikut style photographer lain. Memang boleh tapi mungkin mereka tak dapat buat sebaik orang itu :) Ia macam suruh Cristiano Ronaldo main badminton lah, bolehlah main tapi macam bengonglah nampaknya kalau lawan Lee Chong Wei, haha.

Kesimpulannya kalau kita bijak memilih mungkin kita dapat hire photographer yang baik dengan harga yang berpatutan. Tapi kena sentiasa ingat kemampuan dan kemahiran setiap orang berbeza. Kita akan dapat hasil dari apa yang kita bayar :) Mungkin ia satu bonus kalau kita dapat hasil lebih baik dari jangkaan kita. Itulah azam aku tahun ni, Wallahua’lam.


Nota kaki : Weekend ni aku kat Serting 2 hari, tumpang lalu ye orang-orang Seremban :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

33 Comments

  1. cot Reply

    aku suke entry ni…
    hahaha…
    aku pn baru je kena isnin baru ni…
    nnti aku citer kt ko..
    cayalah…dah ade galeri sndri..
    bile mau siap galeri2..
    kekeke..

    *lps satu-satu negeri ko jajah..pasni ngri mane plk caii..kekekekke

  2. faisalhjrahim Reply

    cot – hahhahaa, galeri abendanya? nantilah aku buat,hehe..:) bulan 3 plak kat Ipoh cot..sementara aku kuat bolehlah buat..:) mintak2 semuanya ok..

  3. shaifulsafar Reply

    bagus tulisan ko caii… :-)

    p/s: takkan lalu jer caii… kalau on the way balik serting tu… agak2 haus.. nak minum singgah la rumah aku… ko tak pernah sampai lagi kan umah aku…. hahaha

  4. faisalhjrahim Reply

    shaifulsafar – salam pul..:) thanks..baru aku nak tanya ko pul,hehe..aku memang tak pernah ke umh ko kat mantin tu,hehe..pul, kalau dari kampung kita lalu jalan mana paling dekat ?takkan lalu bukit putus tu? malaslah, jalan kecik..dah lama gila aku tak pergi area sana,huhu

  5. awe Reply

    Salam sensei, best tul entry ni..aku pun baru lagi bab harga n quality ni. Mesti tak tahu nak jawab kalau ada orang tanya. Nanti aku bagi hujah ikut buku rujukan ko lah untuk diaorang dapat jawapan. Boleh??

    felda Serting aku pernah la sampai. Ko leh ambik gambar kat litar motorcross Serting…mesti deboom..x pun ada satu air terjun kecik tapi klasik kat sana.Air dia slow2 tapi menarik… Entah apa ntah namanya…mesti orang sana tahu.

    Selamat bro..hati2 masa drive..

  6. Kak Azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL.

    kata orang, “ada rupa ada harga” Sebab tu harga maskahwin pun naekkkkk… (ops! menyimpang plak..)

    Sekali-kali teringin nak tengok sendiri budak ESAL ni tertungging-tungging, terjengok terintai amik gambar orang kahwin.. heheheh..

    bila agaknya dapat TERJAH ekkk… > nak buat azam tahun ni bleh? hahahaha!

  7. shaifulsafar Reply

    salam caii…

    aku masih ambik gambar kat mana2 saje caii… alhamdulillah jugak ramai client yg dtg dari negeri sembilan…. dekat dan tak letih drive.. :-)

    jalan bukit putus dah tak ramai org guna sekarang… sebab ade highway baru gantikan bukit putus… sekejap je nak sampai ulu bendul…. boleh kurangkan masa +- 1 lebih jam gak tu…

    on the way balik nanti ko tak yah la naik highway kat seremban… lalu jalan lama seremban – mantin – pajam – nilai…. kang boleh la singgah umah aku… :-)

  8. ATONG Reply

    salam entry yng menarik.woi bukit putus org tak layan lar dah caaii betul kata sahiful safar tue jln baru dah siap.ko boleh tkan sampai dinding lar meter ferio kotue(klu ko tak tukar kete lagi lar).aku selalu balik kg bini aku lalu situ

  9. Zana Reply

    salam..
    haah, btol tuh…saya budak yg maasih belajar lag..ada soklan lg..:p

    selain dari fisheye, apa lg lense yg awk guna??saya suka gambar yg pengantin duduk juntai kaki kat jambatan..tu pakai lens ape ek??sgt cantik & saya sgt suka…

    tq…

  10. Mr Fathi Reply

    bagi saya la,dua2 memainkan peranan penting…pelanggan perlukan kepuasan dlm apa yg dibyr…memang btul bayar harga berpatutan tapi hasilnya memang lebih drpd yg difikirkan…

    Selingan:kang,saya secara tak rasminya nak booking kang sbg OP…tapi tunggu 10 thn lagi la…lalala…

  11. ViniL Reply

    hehe betul abam acai…
    takkan nak samakan hasil kita ngan orang lain kan?
    mata n idea lain lain… so hasil dia akan lain2 la…

    tak sabar tunggu hasil abam acai lagi… huhuuu~~

  12. faisalhjrahim Reply

    awe – salam awe, nanti kalau sampai serting aku servey tempat2 bestlah nak buat outdoor,hehe..:) tapi mintak2 tak ujanlah kat sana,hehe..boleh je awe, nanti kita boleh bincang pasal harga tu ye..

    Kak Azieazah – salam kak zie, hahahah..mas kahwin sekarang dah tak RM80 lagi..sekarang hantaran tu lah dah jadi mas kahwin..kalau RM8000 memang mas kahwin RM8000 gaklah,hehe..:) alaaa, kalau tengok blog kawan2 memang byk gak diaorang tangkap gamabr sy amik gambar kak zie,hehe..:)

  13. faisalhjrahim Reply

    shaifulsafar – salam pul, baguslah pul :) sebab takdelah jauh sangat nak kena travel..pul, nak masuk highway tu camne? aku tak reti lah..nak kena masuk dari highway plus tu ke? insyaallah kalau sempat mmg aku nak singgahlah umah ko,hehe..ko ada no aku kan pul?

    Atong – salam tong..aku manalah selalu ke sana..aku masih pakai ferio buruk aku tu,hehe…tak tahupun ada jalan baru,hehe..nanti kalau aku tak jumpa aku call ko lah tong,keke

  14. faisalhjrahim Reply

    Zana – Salam zana, sbnrnya sekarang sy dah byk gak lens..:) tapi kalau outdoor biasa sy guna 2 lens je..sebab ada 2 body,hehe..satu tele 80-200 2.8 dan satu lagi fisheye 10.5mm 2.8.gambar yang kat jambatan yang awk cakap tu guna fish eyelah tu..:)

    Mr Fathi – salam fathi, thanks bro..memang benda tu berkait rapat..kalau nak hasil terbaik pilihlah OP yang bagus2 juga yang sudah tentu dengan harga yang berpatutan..:) kekke, lamanya nak kahwin tu..entah2 2-3 tahun dah kahwin,hehe

    Vinil- salam vinil, hehe..betul tu..lain orang lain caranya..:) benda tu boleh di improve hari demi hari berdasarkan pengalaman..:)

  15. SisHoney Reply

    salam jumaat caii,

    even busy menggiler tapi sis tetap mau masuk kesini tglkan jejak :),betul cai.bagus la ada entri mcm ni.sbb bukan mudah nak memahamkan client dan bakal client.so PR mmg penting nak explain pada mereka kan.sis pun sll cdgkan nama org yg lebih baik dr sis kalau ada yg punya bajet lebih.yelah.sis sendiri masih baru dalam bidang ni…

  16. Firdaus™ Reply

    Salam acai, ya betul, bagi aku, masing² ada point of view dan sense of arts masing² dalam fotografi ni, tak semestinya wedding, yang lain² cabang pun sama…itulah namanya kemahiran, dan akan menjadi satu kreativiti, dan itulah yang membezakan individu itu dengan orang yang lain, jadi mmg tak perlulah client atau sesiapa cuba membandingkan antara hasil kerja kita dengan orang lain, sudah memadai kita sedar dan berbangga dengan apa yang kita hasilkan dan mampu melakukannya dengan baik, bagi seorang individu yang buat kerja secara part time, mmg kemajuan sgt lah, otak belah kreatif berfungsi penuh….kalau mcm ko mmg dua² belah otak jalan seiring…eh ape aku merepek ni…hehehe

    oh acai, semoga lebih sukses 2010 nih, tak sabar jugak nak tgk gallery ko nih…mantap-mantapkan :)

  17. shasha Reply

    terbaiklah acai…stlye tilt punyer efek..kikkkiki…acai website cun..kasi buat cepat2 sikit…huhuhu

  18. atong Reply

    ala merendah diri konon.aku rasa ko tak rendah sngt pu lebih kurang aku jew..ko nak tepon aku ker.ko save ker no aku caii,saperlar aku kan…
    *nota sekel-ko out door kat ulu bedul dok..

  19. najmi Reply

    biasa ler tu abg acai ramai lagi org tak faham kenapa perlu byr byk untuk OP. tak semua org tau kerja OP ni. kalau boleh dpt free lagi bagus bagi diorg. bulan 3 ni abg acai ada job kat ipoh ek? boleh ar jumpa kalau sy balik perak time tu.

  20. Masy Reply

    sibbaik akak x harapkan kancil akak cam swift, klu tak mesti kene sekeh hehehe

    takpe laa dorg tanye tu kerana tak paham. klu paham pastu wat2 x paham, itu wajarlah mendapat sekeping pelempang percuma dari acai yg rupawan hahahaaha

  21. zam Reply

    ~ entry yg menarik kali ini acai. sama jgk org nak beli tanah. kalau boleh nak harga murah, nak yg tepi jalan besar pastu yg dah boleh tuai hasil. Mana nak cari nie…hehehe apa aku merepek nie..
    ~ serting kat bandar baru serting ke acai? kira dkt dah tu dgn tempat aku..

  22. faisalhjrahim Reply

    sishoney – salam sis, terima kasih sis ye sebab selalu singgah sini..:) betul tu sis, sbnrnya kitapun ada target customer yang camne kan..kalau dia punye expectation tu terlalu tinggi dan ada budget memang kita bagi je kawan2 bagus dari kita..:)

    Firdaus – Betul tu, sangat setuju kang!! dalam apa juga bendalah..benda art ni kekadang memang susah nak nilai..asalkan apa yang kita hasilkan tu dibuaat dengan sebaik mungkin dan dihargai pelanggan itu sudah memadai sbnrnya..haha, siot je pasal otak tu..satu hari nanti aku nak belajar khat dari hang gaklah,hehe..boleh ye sifuu..

  23. faisalhjrahim Reply

    shasha – hahaha, siotlah ko paiz guna nama ni je..aku saje try style editing camtu plak,kekeke..aku ngah berusaha siapkanlah ni,haha

    atong – wakakakaka, siot betullah ko atong..no k oaku save dalam hp lama aku yan rosak tu..dah tak boleh buka..minggu depan nanti aku bagitau lagi ye:) boleh je follow..:)

  24. faisalhjrahim Reply

    najmi – aah, bulan 3 ada kat ipoh..duduk sana ek? bolehlah jumpa kenal2 nanti,hehe..:)

    Kak Masy – wakakakakakak, siot je akk ni..maksud sy secara general tu camtulah,hehe..jangan expect terlalu tinggi dan anggap semua orang sama,hehe

    zam – hahaha, perumpamaan yang ko bagi tu zam cam ko dah beli tanah je,hehe…:) aahlah tu, dah kat area situ gak..akupun tak tahulah sbnrnya area sana..dah dekat ngan pahang ye?hehe

  25. atong Reply

    tq wahai bakal guruku ….woi no rxz ko yg ilang tue ape..sajer tanya.jgn pikir negetif
    *nota sekel-nape ko tak nak taruk gambar motor cai asyik basikal jew.heheh

  26. faisalhjrahim Reply

    atong – no RXz aku dulu? NAW 4030..:) haaaa, ko nak wat pe atong? hhahaha..motor aku sekarang tak laju cam RXZ dulu..standard je,hehehe..tapi setakat LC 135 tu sayurlah diaorang semua,hahaha..siap tunduk2pun tak bleh potong 125Z aku tu,hehe

  27. one Reply

    haha..mmg cite2 hire cik fesal nanti(woh cite2 tuh) kalu bleh nak jd yg 1st a yg import cik fesal ke negri cik ct one kembang..kiranya join idea lah nk yg shot cam gitu,cam gini ke (ini angan2 yg harapnya direalitikan)

  28. najmi Reply

    takde ar duduk kat ipoh tapi slalu gak turun ipoh. kalau kena time boleh ar jumpa2 borak2.

  29. atong Reply

    ok lar tue 125z.mantop dah tue…kene cam aku naik nouvo dah tunduk pun 120km jer hahaha..ko bese g job bini ko ikut sekali kew..(mam besar)

  30. corneamelayu Reply

    susah kalau org x paham ni Cai…pada aku mudah je, SENI mempunyai nilai yg tggi. Aku ckp mcm tu, dari sudut penilaian Seni. AKu tak nak nilaikan kenapa photographer nye charge mahal, sbb aku x amik job…aku buat hanya sebab aku Fakir Seni….& Fotografi adalah salah satu cabang seni jugak…tu je…

  31. adnen Reply

    kalau datang lagi bukit kapar,
    singgahla rumah.
    haha

  32. faisalhjrahim Reply

    one – hehehe, aah tak pernah lagi shoot kat negeri tu :) insyaallah kalau ada rezeki bolehje shoot ke sana satu hari nanti..

    najmi – ooo, kalau camtu bolehlah jumpa nanti..nak shoot sama2pun ok je..:)

    Atong – hahahaha, motor tu dah lamapun..dah overhaul 2 kali,hehe..nouvo 4 lejang ma..memanglah camtu je kelajuannya..mem jarang ikut tong,hehe

  33. faisalhjrahim Reply

    corneamelayu – salam bro, betul tu..:) kekadang orang lebih nak lihat kos material semata2..kos tu murah kenapa nak cas mahal? kenapa orang tu cas rendah pakej yang sama dsb,hehe..kalau semua orang cam ko senang hidup dunia ni,hehe..

    adnen – waaaa, duduk bukit kapar ke? insyaallah ada lagi nanti..dah 3 orang pengantin shoot kat sana setakat ni,hehe

Leave a reply