Bismillahirramanirrahim
Mengucap panjang aku bila dengar kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara, sepanjang tahun 2009 lepas, terdapat lebih 17,000 anak luar nikah dilahirkan di negara kita ni. Jumlah tu mungkin lebih besar sebab tak semua mendaftarkan bayi mereka. Maka tidak hairanlah ada beberapa orang yang di luar batasan akal membuang dan membunuh bayi yang tak berdosa tu. Terfikir sejenak bagaimana generasi tersebut membesar dan menghadapi masa depan mereka tanpa institusi keluarga sebenar.
Ustaz aku dulu pernah bagitau, orang yang sering lakukan dosa ‘nur’ kat wajahnya akan hilang. Sebab tu kita sendiri boleh tiba2 rasa benci atau tidak suka melihat wajah seseorang walaupun tidak pernah mengenali mereka. Dan kadangkala berasa tenang bila lihat wajah2 orang yang baik, alim dan berilmu. Aura positif sentiasa ada bila berada di samping mereka dan hati lebih tenang dan gembira bersahabat dengannya. Sungguhpun wajahnya gelap tapi redup dan tenang mata kita memandang mereka.
Teaser majlis Aqiqah, Kapar Klang
Sebab tu juga kita rasa lebih tenang melihat wajah bayi yang baru lahir. Mereka masih suci dari melakukan sebarang dosa seperti kita semua. Ibu bapa merekalah yang bentuk cara berfikir, akhlak dan cara hidup mereka melalui didikan agama yang betul. Jika baik didikan dan persekitarannya, maka dengan izin Allah baik jugalah kesudahan hidup mereka nanti. Kat sinilah anak luar nikah tu hadapi masalah bila tiada siapa didik mereka dengan cara yang sepatutnya.
Kita hidup tak lama di dunia ni. Mungkin minggu depan giliran kita pula di jemput Allah dan meninggalkan dunia yang kita kejar sekarang. Kawan-kawan, tak kisahlah berapa besar dosa yang telah kita lakukan sebelum ni, cubalah tarik kembali diri kita ke arah fitrah kebaikan. Usaha sungguh2 jauhi apa yang dilarang dan laksanakan apa yang dituntut agama kita. Mudah-mudahan amalan kita yang sikit tu diterima Allah dan mengurangkan pertimbangan dosa-doa kita yang lepas. Wallahua’lam.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
zool
Betul tu.. semoga dapat bermuhasabah diri..
AMIN..
sil
Anak-anak tu ibarat kain putih. Ibu bapa yang patut corakkan. Kalau camnila statistik bayi luar nikah kat malaysia, haru jadinya!
p/s : maybe terlalu moden kot sampai jadi cam gitu?
arman
as usual..good thought bro..tersentap sejenak..thank u..
faisalhjrahim
bro zool – terima kasih zool..yup, sama2 kita bermuhasabah dan beringat walaupun sedikit..:)
sil – salam sil, betul tu..memang menakutkan melihat statistik tu..benda tu dalam kenyataan akhbar aritu..:)
arman – salam bro, terima kasih..sama2 kita saling mengingati bila sama2 lalai..mudah2an..
Kak Azieazah
Salam dindaku ESAL..
sejuk hati, sejuk mata membaca entri kali ini.
Terimakasih berpesan-pesan. Semoga ada yang terkesan di hati kita semua..
Aminnnn….
faisalhjrahim
Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, terima kasih zie ye..:) sama2 kita saling berpesan kak kan..
din
Salam cai..
mengucap gak aku cai bile tau smpai lebih 17,000 ank luar nikah. kenape sampai macam tu skali?? sedih aku cai..
fairuz
takut betul aku kalau kalau nur itu dicabut dari wajah kita….
faisalhjrahim
bahdin – salam din, itulah pasal..akupun terkejut..lagi dia bagitau dari 2004-2008 jumlah orang melayu dekat 15000..bayangkan kalau ada yang perempuan..camne nak cari wali dia kalau lelaki tu lari camtu je:( manalah masyarakat kita makin lama makin rosak..budak2 makin degil..sebab kita makin jauh dari agama..:(
abusyakir
http://tukartyre.blogspot.com/
abusyakir
tahniah acaii kerana mengetengahkan isu ini demi kesedaran bersama…
p/s; sori double paste plak..
faisalhjrahim
abusyakir – salam, terima kasih..sama2 kita ambil ikhtibar darinya..:)
faisalhjrahim
fairuz – salam ustaz, tak perasan komen..itulah yang kita takut kan..benda tu terjadi tanpa kita sedar..nauzubillah..
cot
salam ustaz..
satu lagi entry yang cukup enak untuk dibaca…
disamping menghidangkan gambar² yang cantik, ko juge menghidangkan pembaca dgn karangan² yang bermanfaat…
Tq ustaz… ;)
faisalhjrahim
cot – salam cot, hahhaa siot jelah ko ni..:) saje je aku nak bagi teringatan untuk aku gak sbnrnya..:) thanks cot..
kasih
kasih paling x sampai ati tgk diorg buang2 anak…
kalau la letak kat depan umah kasih, mau jer kasih bela.. :(
cian baby2 tu.. siap ada yg bakar, kena hurung semut.. ermm..
mana la diorg letak harga diri diorang tu.. xde perasaan lgsg!
sob..sob..sob..
faisalhjrahim
salam cik kasih – itulah pasal..padahal sanggup ngandungkan 9 bulan,huhu..kalau taknak ramai lagi orang kat luar sana yang boleh jaga rasanya..dah makin jauh dari agamalah tu wak..
FM
Salam ziarah acai, terima kasih di atas perkongsian, semoga tulisan acai ni dibaca oleh semua dan dpt disampaikan antara satu dengan yg lain, barakallhu fik ;) sama-samalah kita menginsafi diri dan mengambil iktibar darinya….
faisalhjrahim
FM – Salam ssahabat, terima kasih atas ziarah..insyaallah mana yang boleh berkongsi akan cuba disampaikan..walaupun sedar diri bukanlah baik, tapi dengan tulis benda2 camni at least dapat sematkan dalam hati dan simpan azam memperbaiki diri dari masa ke semasa dan tak makin lalai..terima kasih ustaz..
amyn
ya Allah.
ramainya.terima kasih atas entri ni cai.
faisalhjrahim
amyn – thanks myn, sama2 kita saling ingat mengingati ye..
President
-blog walking-
sy pernah menaiki penerbangan MAS ke kuantan thn lps.
xtau knp rasa x suka tgk sorang pramugara lelaki tu wlpn x pernah knl dia or dia x buat apa2 pun. bukan sy sorang berperasaan mcm tu. adik lelaki saya pun sama.
kasihan lelaki tu.
faisalhjrahim
President – salam awak, terima kasih sudi singgah sini dan meninggalkan komen yang baik..:) yup, ustaz saya memang cakap camtu, dia cakap ada sesetengah roh tidak sesuai dengan sesetengah yang lain..itu juga tanda orang2 yang kurang nur dalam wajahnya.
Faiz Faiza
“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, (segera) mengingat Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa (lagi) yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan dosa itu, sedang mereka mengetahui.” Ali-Imran 3:135
faisalhjrahim
faiz faiza – salam awak, terima kasih atas perkongsin tersebut ye..:)