Nostalgia sekolah rendah:)

Bismillahirrahmanirrahim



Kali ni aku nak bernostalgia tentang zaman sekolah rendah. Zaman aku mula-mula masuk sekolah rendah tahun 1980an dulu ketika semua masih pakai seluar pendek ke sekolah. Murid2 perempuan pun pakai skirt je. Sekolah rendah aku terletak kat sebelah kampung. Jadi setiap pagi abah hantar naik motor sejauh 6km. Sejuknya memang tak boleh cakaplah. Dahlah pakai seluar pendek pagi2, sampai sekolah kebas je tangan ngan semua badan kesejukan. Masa kecik2 dulu mana ada pakai seluar dalam!! keke.

Aku tak tahulah sekarang camna tapi zaman aku sekolah rendah dulu memang masih ada budak2 yang berak dalam seluar. Budak darjah 4 pun ada lagi, hehe. Tu belum kes anak manja yang mak dia teman sampai habis sekolah. Maknya tunggu kat luar kelas sepanjang hari. Menangis jangan cakaplah. Duit hilang menangis, gaduh menangis, kena marah menangis, tak mahu kawan menangis, main pastu kalah menangis, kena ejek menangis. Semua nak menangis.

Aku pun pernah menangis gak, haha. Tapi sebenarnya aku tak nangis kalau cikgu tarik side burn ke, cubit perut ke, ketuk jari pakai pembaris kuning ke. Cuma kalau kawan2 ejek barulah berkaca2 mata aku, haha. Sensitip betul masa kecik2 :)

Papan tanda camni biasa kat sekolah rendah :)


Lagi satu perangai budak2 sekolah rendah ialah suka berlari. Nak kemana-mana mesti berlari. Ke tandas kalau tak nampak cikgu pun berlari padahal nak basuh tangan je. Ingat lagi block kelas aku kena merentas padang nak ke kantin. Bila bunyi loceng rehat je, kitorang lari tak ingat dunia menuju kantin. Siap ada yang tackle2 dan jatuh terguling2 atas padang. Lelaki perempuan sama je. Tu belum tolak menolak time beratur kat kantin. Dah dapat makanan, makan dengan tercungap2 sebab penat belum hilang, hahahaha. Kata2 cikgu paling popular masa tu “Jangan Berlari!!”

Zaman-zaman tu juga ramai cikgu garang. Aku ingat lagi masa darjah 3 aku tumbuk perut budak sampai budak tu menangis. Pastu ada cikgu tu lempang aku. Sampai 2-3 jam berdesing je telinga aku. Tapi bagi budak2 degil benda tu dah biasa. Balik sekolah dah lupa pastu esok buat lagi. Tak macam budak sekarang muka brutal, rambut cacak2 warna perang tapi kena rotan sikit ngadu kat mak bapak. Pastu report polis. Hati tisu betul. Tak lasak langsung.

Cinta monyet pun boleh tahan time sekolah rendah ni. Tapi setakat suka-suka gitu lah. Tak pernah bagitau pun suka kat dia. Suka tengok dia je. Pastu kalau dengar lagu Isabella kat radio ingat kat dia, wakakaka. Mana reti nak bercinta, akupun tak tau apa benda tu. Duit pun abah yang bagi ada hati nak bercinta. Tapi budak2 sekarang memang advance, sekolah rendah dah dating kat KFC, huhu.

Banyak sebenarnya boleh diceritakan. Kenangan suka duka ketawa tangis semuanya adalah pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Mungkin ada antara cikgu-cikgu yang telah kembali kerahmatullah. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas semua pendidik yang mendidik kita semua hingga pandai membaca, mengira dan mengeja dulu. Terima kasih cikgu.



Nota kaki : Aku jarang update sekarang sebab sibuk ngan kerja-kerja ofis :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Pertunangan Farah & Adnan

Bismillahirrahmanirrahim



Terima kasih kepada semua yang masih sudi singgah kat blog aku ni :) Aku hargai sesangat. Rasa terharu plak bila ada orang tanya kenapa dah jarang update blog, ceewahh. Tanggungjawab kepada kerja-kerja di ofis semakin besar dan beban kerja pun bertambah banyak. Jadi aku kena selesaikan dulu mana yang lebih utama barulah boleh layan benda ni.

Kali ni aku nak update majlis pertunangan Farah & Adnan di Ampang, Kuala Lumpur. Sebenarnya Adnan ni adalah adik kepada sahabat baik aku Dr Sarah. Jadi kali ni aku upload gambar banyak sikit untuk diaorang, hehe. Lagipun aku dah lama tak update gambar wedding kat sini :) Aku belajar main gradient dalam editing kali ni. Kalau tak kena sila bagitau ek. Layan gambar dulu ye.



Rombongan belah lelaki tiba dari Temerloh, Pahang. Aku suka dengar loghat temerloh ni :) Mungkin sebab jarang dengar. Koi rase cam nak aok cakap temerloh ngan koi je Sarah pasni, hehe. Sebenarnya member dari Temerloh boleh tahan ramai kat sini tapi semua cakap KL je terutama Kerul Shukor, hehe.



Alhamdulillah, majlis berjalan lancar. Walaupun shoot sorang2 aku rasa semangat buat kerja sebab keluarga Farah memberikan layanan dan kerjasama yang sangat baik. Farahpun memang gila2 orangnya. Memang jenis suka bergambar, tak payah posepun dia dah pandai pose sendiri, hehe. Terima kasih untuk Dato’ dan Datin sekeluarga.

Oh ya, gambar last tu memang farah pandai main gitar tau :) Kat bilik diapun ada gitar lain. Aku cuba sedaya upaya nak ingat alat muzik apa yang aku boleh main. Baru aku teringat dulu masa kecik2 masa memikat burung puyuh kat kebun kelapa sawit. Alatnya dibuat dari buluh untuk mimik bunyi burung puyuh betina. Jadi yang jantan tertarik dan masuk racik yang aku pasang. Akupun tak tahu benda tu diiktiraf alat muzik ke tak, hahaha.

Untuk makluman lagi sekali, aku dah tak terima tempahan untuk bulan Mei dan Jun 2010. Terima kasih kepada yang bertanya ye. Aku juga dah mula terima tempahan untuk akhir tahun 2010 dan awal tahun 2011. Beberapa tarikh telah diisi setakat ini, alhamdulillah. Boleh email aku untuk quotation ye. Terima kasih.




Nota kaki : Aku menaruh keyakinan penuh Chelsea akan jadi Champion EPL dan Juara Piala FA musim ini. Piala Dunia tahun ni aku sokong Italy dan Argentina :)


Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Report Outing amik gambar

Bismillahirrahmanirrahim



Waduh waduh, aku bizi banget minggu ni. Sampai tak sempat nak update blog ni. Kerja-kerja ofis makin banyak dan dalam masa sama aku kena uruskan kejohanan Futsal dan Bola Jaring untuk ofis aku Sabtu ni. Kejohanan tu melibatkan semua staff di seluruh Selangor di Ekstreme Park, Shah Alam. Kaki dah tak sabar nak sepak bola ni.

Aku nak cerita sikit tentang Outing yang kitorang buat di area Bukit Bintang, KL weekend lepas. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan penyertaan sangat menggalakkan. Sebenarnya outing ni dianjurkan oleh sifu aku Peveyhack dan dibantu geng2 lepak kitorang kat Bangi. Aku bersama 4 orang sifu hebat jadi fasilitator untuk mengajar diaorang tentang basic photography. Kitorang dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan ada sorang model untuk mereka berlatih shoot dengan tema Urban. Layan gambar skit aku pakai topi gi kebun :)



Selain sama-sama dapat berkongsi ilmu dan merapatkan ukhuwah sesama peserta, ada beberapa perkara yang aku belajar. Antaranya belajar uruskan outing dengan baik dari segi promosi, makanan, model, lokasi dan perkara2 lain yang berkaitan. Semua tu mustahil dilaksanakan tanpa kerjasama yang baik dari semua kawan-kawan. Terima kasih kepada Pevey sebab beri kepercayaan kepada aku jadi fasilitator walaupun aku sangat baru dalam bidang ni.

Aku harap peserta outing ni dapat serba sedikit ilmu terutamanya pengalaman shoot dengan konsep urban dan fashion di kawasan seperti ini dengan menggunakan elemen dan asas photography yang betul. Terima kasih juga sebab support team kitorang. Insyaallah segala kekurangan akan diperbaiki selepas ini. Aku tak shoot langsung sebab pihak penganjur tak bagi bawak kamera langsung. Hp akupun takde kamera, haha.



Nota kaki : Apalah Manutd ngan Arsenal ni. Anti-klimaks betullah masing2 macam dah menyerah kalah. Dari manager, player sampailah penyokong pun sama. Semua redha Chelsea jadi juara, hahahaha.


Wassalam.

Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Photographer Kreatif?

Bismillahirrahmanirrahim



Kekadang bila lihat gambar-gambar cantik kat dalam dan di luar negara, aku sangat kagum dengan kreativiti photographer tersebut. Boleh lihat ‘passion’ dia bekerja hanya dengan melihat gambar yang dihasilkannya. Lebih-lebih lagi bila kita tahu karya tersebut terhasil dari ideanya dan bukan meniru idea orang lain. Aku tahu benda tu bukan sesuatu yang dapat diperolehi sekelip mata sebab ia perlukan kemahiran, pengalaman dan kesungguhan dalam bidang ni.

Teaser majlis pertunangan Farah & Nan, Ampang


Walaupun dengan perkembangan teknologi sekarang ni memudahkan kita memiliki peralatan yang sama tetapi kreativiti lah yang membezakan seseorang photographer itu dari yang lain. Seringkali kita lihat akibat terlalu ghairah untuk mendapatkan gambar yang cantik ramai photographer baru telah mengabaikan aspek asas dalam mengambil gambar.

Maka timbullah banyak gambar yang di edit secara keterlaluan sedangkan gambar tersebut menyalahi banyak aspek asas photography dan ‘kosong’ dari segi nilai seni. Ia dilakukan untuk menutup kelemahan mereka ketika mengambil gambar. Memang diakui kadangkala kita perlu juga buat begitu tapi ia bukanlah sampai menjadi matlamat utama kita dalam berkarya.

Fotografi yang baik biasanya boleh diterima oleh pelbagai lapisan umur, memberi kesan dalam jiwa orang yang lihat dan mempunyai nilai seni tersendiri. Kadangkala ia boleh hasilkan rasa “wow” bila melihatnya. Mari kita sama-sama tingkatkan mutu gambar yang kita hasilkan dengan ilmu photography yang betul dan bukan melalui jalan pintas tersebut :)



Nota kaki : “There is a vast difference between taking a picture and making a photograph.” – Robert Heinecken


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita tentang Majlis Akiqah

Bismillahirramanirrahim



Majlis Akiqah merupakan satu majlis yang sunat dilakukan pada hari ke tujuh selepas kelahiran bayi. Kat negara kita selalunya ia diiringi dengan majlis bacaan Rawi dan Marhaban. Rawi ialah bacaan berlagu yang menceritakan detik2 kelahiran Rasulullah hingga beliau membesar. Marhaban pula selawat ke atas junjungan besar Nabi kita Muhammad S.A.W. Selepas itu diiringi dengan majlis mencukur jambul. Menurut pendapat yang ashah, sunat mencukur rambut anak itu selepas menyembelih binatang aqiqah.

Sebenarnya walaupun bercukur tu sunat tapi kita dilarang melakukan qaza’ (قزع) iaitu mencukur sebahagian sahaja dari kepala bayi tersebut [Bujairimi ala al-Khatib: 4/437-438]. Ada hadis Rasulullah S.A.W dari Abdullah bin Umar yang maksudnya :

“Sesungguhnya Nabi S.A.W telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan Baginda bersabda: “Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya).”

(Hadis riwayat Abu Daud)

Jadi kalau kita melakukan majlis bercukur ni walaupun tidak bercukur sepenuhnya semasa majlis tersebut, kita masih boleh selesaikan selepas selesai majlis tersebut. Alang2 kita buat perkara yang disunatkan oleh Islam seelok2nya buatlah dengan sempurna. Layan sedikit Majlis Akiqah Nurhadirah Husna bt Muhammad Fuad yang aku shoot minggu lepas :)



Aku shoot untuk majlis Akiqah bukan baby potraiture. Jadi tak dapat habiskan masa lama sangat ngan baby sebab dia tidur dan mak ngan ayah diapun sibuk melayan tetamu yang hadir..:)

Manusia akhir zaman sekarang ni ramai yang akan cari agama bila ada kelahiran atau kematian je. Bila badan sihat tak pernah menjengah masjid dan surau, tak pernah solat berjemaah. Sibuk ngan kerja dan aktiviti sosial serta bangga dengan pencapaian diri dan usaha mencapai urusan dunia. Rasa dia boleh hidup sendiri tanpa bantuan orang lain. Lebih teruk suka pandang rendah kat orang-orang yang mengi’marahkan masjid dan surau.

Tapi bila dia atau ahli keluarga meninggal dunia, barulah sibuk mencari ‘orang-orang masjid’ untuk untuk uruskan jenazah seperti kafan, sembahyangkan dan tanam mereka dalam kubur. Orang2 tu juga yang banyak sedekahkan mereka al-fatihah dan doa kepadanya. Kawan2 yang selalu dibangga-banggakan tu mungkin hanya ingat dan bersedih paling lama seminggu je. Itupun belum tentu mendoakan atau sedekahkan kebaikan kepada si mati. Wallahu’alam..



Nota kaki : Manutd baru takde sorang player utama pun dah main entah apa2. Chelsea takde Cole, Bosingwa, Calvalho, Essien pun rileks je boleh menang lawan diaorang :) Kalau ada mau kena 5-0 MU, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com