Bismillahirrahmanirrahim



Kekadang bila lihat gambar-gambar cantik kat dalam dan di luar negara, aku sangat kagum dengan kreativiti photographer tersebut. Boleh lihat ‘passion’ dia bekerja hanya dengan melihat gambar yang dihasilkannya. Lebih-lebih lagi bila kita tahu karya tersebut terhasil dari ideanya dan bukan meniru idea orang lain. Aku tahu benda tu bukan sesuatu yang dapat diperolehi sekelip mata sebab ia perlukan kemahiran, pengalaman dan kesungguhan dalam bidang ni.

Teaser majlis pertunangan Farah & Nan, Ampang


Walaupun dengan perkembangan teknologi sekarang ni memudahkan kita memiliki peralatan yang sama tetapi kreativiti lah yang membezakan seseorang photographer itu dari yang lain. Seringkali kita lihat akibat terlalu ghairah untuk mendapatkan gambar yang cantik ramai photographer baru telah mengabaikan aspek asas dalam mengambil gambar.

Maka timbullah banyak gambar yang di edit secara keterlaluan sedangkan gambar tersebut menyalahi banyak aspek asas photography dan ‘kosong’ dari segi nilai seni. Ia dilakukan untuk menutup kelemahan mereka ketika mengambil gambar. Memang diakui kadangkala kita perlu juga buat begitu tapi ia bukanlah sampai menjadi matlamat utama kita dalam berkarya.

Fotografi yang baik biasanya boleh diterima oleh pelbagai lapisan umur, memberi kesan dalam jiwa orang yang lihat dan mempunyai nilai seni tersendiri. Kadangkala ia boleh hasilkan rasa “wow” bila melihatnya. Mari kita sama-sama tingkatkan mutu gambar yang kita hasilkan dengan ilmu photography yang betul dan bukan melalui jalan pintas tersebut :)



Nota kaki : “There is a vast difference between taking a picture and making a photograph.” – Robert Heinecken


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

34 Comments

  1. faisalhjrahim Reply

    syafirol – thanks sifoo..:) projek basikal tua tak jadi ke sifoo? tak ajakpun?

  2. faisalhjrahim Reply

    Orait, cayalah sifoo..:) bukan apa sekarang ni lapang skit berbanding musim2 sibuk,hehe

  3. Masy Reply

    acai tgh lapang skrg? bole la akak kawen skrg hahahahha

    btw, klu gambar yg diedit keterlaluan pun bkn jadi cantek akhirnye, kadang2 jd lg buruk huhuh

  4. Kak Azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL…

    Orang yang berjaya dengan belajar bersungguh-sungguh, menggilap bakat yg ada (wpun polish dengan kapur kasut skulah jerrr…) lebih menghargai hasil karya.. berbanding yg mengikut jalan pintas..

    Kepuasan itu penting. Kreativiti bukan semua orang ada, malah tidak pernah sama.

    Berbuat sesuatu tanpa ilmu adalah sesuatu yang sia-sia..

    Ingat tu…

  5. Zizei Reply

    terbaek la acaii entri ni..
    aku baru belajar satu benda.
    “shoot lah sesuatu gambar itu dari hati bukan dari mata” hahaha.. amacam ok..??

  6. faisalhjrahim Reply

    Kak Masy – Salam kak yang baru suci hatinya,hihi..:) aminn kak, kalau kahwin sekrang confirm boleh pergi,hahahahah..:) gambar tu bergantung gak kalau tak pandai dan takde asas edit memang boleh jadi teruk gak,hehe

    Kak Azieazah – Salam kak zie yang dihormati, sangat sangat setuju ngan pernyataan kak zie tu..kalau kita belajar dari susah2 biasanya kita lebih hargai ilmu dan nilai karya yang kita hasilkan tu..berbanding sesuatu yang mudah kita lakukan dengan jalan pintas..:) thanks kak berkongsi pandangan ye..

    Zizei – Salam zei, yeaaa aku setuju ngan kata2 ko tu zei..:) dengan hati barulah kita ammik gambar dengan berhati2 dan berseni,heheh..zei, takziah ye,hihi..

  7. M-I-N Reply

    teaser yang …..WOW…. :)
    betul juga.tak salah kalau nak edit gambar tu bagi cantik,tapi kalau terlebih edit nanti,hilang keaslian gambar tu kan.tapi,itulah,a picture tells a thousand words kan.mungkin elok di mata kita,tidak di mata orang ye tak?

  8. faisalhjrahim Reply

    MIN – salam min, terima kasih ye..:) kekadang editing ni kalau buat dengan ilmu yang betul memang boleh jadikan gambar tu lagi cantik..:) tapi kalau ikut sesuka hati memang teruk gaklah hasilnya,hehe..dan gambar sblm edit tu kalau hancur memang tak boleh jadi masterpiece even dah buat heavy editing sekalinpun..:)

  9. M-I-N Reply

    betul tu.sebab tu pentingnya ilmu kan?

  10. ViniL Reply

    hehehe… mata ikan mmg mengasyikkan… wuhuhuu…
    kipidap abam acai….

  11. one Reply

    Let’s give some WOWS to the entry n the teaser as well.
    So far,most of the photos (in the sense of appreciating art and products)have been wowing and this entry reveals part of it’s phillosophy.
    Keep it up up & up (:
    Photography’s always about nice picture,after all.

  12. boss Reply

    wow.. boleh tahan.. cantik gambar ni..

  13. faisalhjrahim Reply

    Vinil – Salam bro, terima kasih..:)

    one – salam awak,hahahaha, thanks ye..:) speaking english plak dia,hehe..

    boss – salam kenalan..thanks sudi singgah sini..:) jarang ada member blogger fulltime ni,hehe

  14. 1LDK Reply

    bro, salute!
    saya suka karya anda!

    editing pun mantapp

  15. cot Reply

    ko xnk buat buku ke caii…
    dlm² ko himpun sume entry² yg penah ko tulis…
    wakakakkakaka

    *cun siot gmbr²…

  16. sil Reply

    lama tak jengah blog ni. saya nak cadangkan bro acaii ambikla gambar2 sekitar banting tu. boley mengenang nostalgia lama. hidup orang kampung!!!ehehe ;D

  17. Faiz Faiza Reply

    sokong 120% statement ni! -“gambar sblm edit tu kalau hancur memang tak boleh jadi masterpiece even dah buat heavy editing sekalipun”

    menarik gak cadangan brader cot tu…buat buku. 50-50 dgn brader cot =)

  18. fairuz Reply

    ape yang aku nampak ialah passion ko. tak payah tulis pun takpe dlm entri ko.letak je gambar.dah cukup sifat kejadian alam org kate. :)
    tunggu aku kawen nanti nak book ko :) :) :)

  19. kui Reply

    fuh aku layan gila lagu first cut is the deepest dulu2… heheheheh…

  20. one Reply

    betul3
    widen up horizon..
    kalu ADA yg bekenan nanti sy cilok dgn izin..wat walpape,ke,jual ke hihihi

  21. faisalhjrahim Reply

    1LDK – salam bro..terima kasih ye..work bropun dasyat2 jugalah..:) salam kenalan..

    cot – wakakakakaka, siot je..aku tulis time aku rasa camtu je,hehe..hope dapat bagi pengajaran untuk semua perbaiki diri kita..

  22. faisalhjrahim Reply

    sil – salam sil,heheh..wes suie orak lungo banting lor..:) sekarang dah duduk jauh..nanti kalau ada masa memang nak amik gambar banting,hehe

    faiz faiza – thanks awak,hehehe:) hish, lum sampai tahap nak buat buku lagilah..masih jauh perjalanan dan masih singkat pengalaman,huhu

    fairuz – salam sifu,hahahahha, siot je kang..:) insyaallah kalau wes tekan masa ne, keneklah jikuk gambar re riko kang..:)

  23. faisalhjrahim Reply

    kui – waaaaaa jiwang jugak ye,hihii…ada cerita ke?

    one – hahaha, orait wak ye..:)cilok je takpe..

  24. DHIA Reply

    Salam dinda,

    maaf xdapat balas mesej dinda semalam sebab hp kanda prob sampai hari ni.

    pasal gambar tu nanti kanda bagi link tuk view gambar2 majlis hari tu. sekarang kanda dalam kereta, on d way ke kedah untuk majlis di penang esok.

    Hmm.. warna ungu dalam gambar ni – bangkitkan suasana indah suram dalam linkungan aura emosi..

    tema majlis esok pun – hitam, putih, ungu instead of hitam, putih, merah sabtu lepas..

  25. irengmanis Reply

    Salam acai..
    yeay..saya sgt2 bersetuju dgn pendapat incik acai.. fotografi bukan tentang editing sahaja.. fotografi ialah passion..

    kemudahan photoshop sume skng dh sgt membantu photographer untuk menyerlahkan gmbr mereka.. sdgkn photographer dulu2 yg x ada teknologi nie bergantung spenuhnya kepada passion mereka dan moment2 yg mereka peka.. itu yg membezakan photographer passion dan photographer proffesion..

  26. Mr Fathi Reply

    cantiknyer gambar…
    warna ungu tu wat mood gambar ni suram2 ceria…

  27. faisalhjrahim Reply

    DHIA – Salam kanda, waaaaa dah ada gambar kat blog..:) oh takpe..saje nak wish tahniah hari tu..semoga berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat,amin..terima kasih ye atas komen atas gambar ni kanda..:)

    irengmanis – salam, yaa, ia juga melibatkan passion dalam setiap karya yang kita hasilkan..:) terima kasih atas perkongsian pendapat ye wak..

    Mr Fathi – thanks bro..:) appreciate it..:)

  28. ariffinkamil Reply

    mmg setuju sngt ngan ko acai..kadang2 kalu gmbr tu dah best xperlu lg dah nk edit kaw2 mgkn bleh buat simple editing utk composition shj.
    aku lebih suka simple coz xbnyk menghabiskan masa nk editing…tp kalu tau editing pon bagus gak itu sbg bonus utk dikiri kita.

  29. Aleeya Reply

    wahhh gilers ..cantek tol gamba ni, beseni….

  30. faisalhjrahim Reply

    Dhia – waaaaaaa, ada gambar..:) terima kasih kanda ye..sat lagi dinda tengok,hehe

    ipin – thanks pin..:) sebab tu akupun jarang edit sampai gmabar tu nampak bukan2,heheh..

    Aleeya – Thanks kak ye..:)

Leave a reply