Bismillahirrahmanirrahim
Malam tadi selepas solat Isyak, aku duduk makan dengan mak berdua kat dapur. Aku perasan rambut mak dah mula beruban keputihan. Sungguh, aku tak pernah sedar pun sebab jarang duduk rapat-rapat dengan mak begitu. Mak dah nampak berusia sekarang dengan garis-garis tua halus di mukanya.
Patutlah mak selalu mengadu keletihan skrang. Banyak berehat.
Masih ingat lagi semasa kecik dahulu, mak bersusah payah angkat air dari simpang depan kampung ke rumah semata-mata nak dapat bekalan air bersih masa kampung aku belum ada air.
Mak kuat. Masih ingat lagi mak tunggu aku ngan adik kat luar tadika sepanjang pagi sebab adik aku tak nak ditinggalkan. Aku tak pernah peduli beban kerja mak sebab tunggu kitorang, betapa bosan mak tunggu berseorangan, betapa dia mengantuk sebab bangun awal pagi dan kena siapkan makanan tengahari selepas tu.
p
p
Mak ketika masih muda bersama kawan-kawannya
p
p
Masih ingat lagi masa dah sekolah menengah campur dengan kawan-kawan, aku selalu anggap mak berfikiran mundur sebab tak dapat berfikir macam aku. Mak selalu mengalah bila bercakap dengan aku.
Alangkah bodohnya aku!
Aku lupa mak selalu bersusah payah masak masakan kegemaran aku setiap kali mak melawat aku kat asrama dengan abah naik motor je. Ayam masak kicap dalam bekas plastik sahaja. Aku lupa pakaian mak ala kadar je bila aku selalu merungut nak pakai baju lawa-lawa dan berjenama sebab terikut dengan kawan-kawan aku yang lain. Sampainya hati aku buat mak camtu.
Mak besarkan aku dengan sabar dan penuh kasih sayang walaupun hidup kitorang dalam kesusahan dan kekurangan sejak kecik. Air muka mak sudah menggambarkan kesusahan masa lalu. Aku lupa betapa susahnya mak nak masukkan benang dalam jarum malam-malam dengan lampu gasolin bila aku mengadu seluar sekolah aku koyak. Mak tak pernah merungutpun.
Tapi aku selalu je merungut bila mak nak minta tolong bila aku kepenatan ketika pulang dari kerja :’(
Bila aku tengok keadaan aku sekarang, baru aku sedar, mak yang aku anggap berfikiran kampung dan tak reti apa-apa dah berjaya membesarkan kami adik beradik dengan sempurna. Biarpun mak tidak berpelajaran tinggi tapi doanya setiap kali selepas solat dan kasih sayangnya melebihi segalanya.
Tanpa mak, aku takkan sampai mana-manapun.
p
p
Aku dibesarkan dengan lampu gasolin macam ni.
p
p
Setiap kali mak senyum, hati aku tenang dan sejuk sangat. Jauh lebih indah dari keindahan senyuman semua orang yang aku kenal dalam dunia ni.
Mak suka sangat bila kitorang adik beradik duduk berkumpul makan bersama-sama. Sungguh, aku sedar duit yang aku berikan setiap bulan tak bererti jika dibandingkan perhatian kitorang kepadanya.
Aku sayang mak, sayang sesangat. Aku takkan biar mak susah hati atau bersedih disebabkan aku. Aku cuba tak nak sakitkan hati mak lagi selagi mak masih hidup. Terima kasih mak kerana besarkan aku dengan sempurna. Terima kasih sebab layan aku dengan baik walaupun selalu buat mak kecik hati. Walaupun aku tak cakap sayang mak sempena hari ibu ini tapi semoga mak tahu tentang tu.
Wassalam
Sarah
Acai jahat. Awak buat saya menangis :'(
Saya menangis teruk ni…
faisalhjrahim
Slm sarah, maaf ye sy buat awk menangis,huhu..
baliklah malaysia sarah kalau rindu family,hihi..:P
diya
diya komen sambil pejam mata ni okeh. hahaha. acai memang jahat pun KS. tahu dah entri ni buat diya sebak bagai nak rak dulu, boleh pulak dia letak lagi. diya baca satu line ja, dah rasa something kat hidung. terus klik komen. hahaha.
p/s-yeah, acai dah ada domain sendiri. best2 =D
deen
good writing bro…..hang boleh buat novel ni…..aku terharu!!
dimebag
cantik ko nyer shoot acai…..congrat2….
Cinta
Salam,
Kenapa awak buat macam nie?huhuhu…dah la 2-3 hari ni , sekeliling saya asyik cerita bab nie..sangat-sangat mengacau
bilaukan perasaan pagi tadi pun saya dapat email berkenaan ibu bapa…tapi kan faisal..terima kasih kerana
mengingatkan saya, syurga itu di bawah telapak kaki ibu …dan saat ini saya ingin menangis…
azizil sedek
salam acai,
ko buat aku sedey pepagi bute ni… huhuh…
namun sesungguhnya pengorbanan seorang ibu mmg x terbalas…
mase aku tulis komen ni pon air mate dh begenang… (coverline skit)
congrats bro! aku suke gambar ko…
insyaAllah aku jd pembaca setia blog ko…
Selamat berjuang!!!
@mmw@t@n
Aku meninggalkan tapak tikusku di sini,
Salam Acai.. Lepas baca ni.. aku terus call mak aku.. cuti panjang CNY ni aku nak balik kG. dah lama rupanya aku tak balik.. Tq..
azim
aku syg dkt mak aku jgk.. kita serupa, kita serupa..
aku rasa baik ko letak gmbr mak ko zmn skg.. lg best aku rasa (tak elok letak gmbr buka orat)..:)
engku
Waaa.. terharu betol bila ada org citer pasal mak ni. Teringat kat Mak kat kampung. Tapi minggu depan Mak datang KL. :D
qaseh
dak acai tu memang…akk x…akk baik..(dlm hati nangis)….hehhe
sebab tu mak selalu mengalah ngan kita..sebab dia tau pikiran kita x matang lagi…
bila akk dah jadi ibu lagi x tahan..lagi terasa …. perasaan seorang ibu….. :(
snm
uuuuu :( saja je la abg faisal ni..
Masy
lalalala x baca.. tgk gmbr je lalalalaala
din
~ waa… mmg cite sedih. biase la cai. mase kecik2 xsah kalo xnakal. mcm ak gak dulu. mmg nakal.
mmg rs terkilan bile dh wat mak kite cam tu. tp ak rs happy sgt bile tgk muka mak ak betul2 happy mase ak konvo. jarang tgk muke mak ak cam tu. begitu juge dgn bp ak. tp jasa diaorg still xterbalas. bnyk tu.
skrg ni bile ada ngn diaorg mmg kena manfaatkan betul2… ak rs ko phm mksud tersirat ak ni. dan hasrat ak nak wat diaorg happy sokmo. sm2 la kite jd anak yg soleh. =)
~ psl kuar LZS tu nk wat cam ne, rezeki ak kt tpt lain cai. =)
~ bukan kalender online. yg real punye, cam ne ak nk minta kat zana ek. kalo ak minta agk2nye dia bg x? =)
sis
salam cai,
tahniah dah ada domain and hosting sendiri (eh ye ke)
wah entri ni,buatkan sis rindu kembali entri2 cai masa blog lama dulu.
cai..semoga sehat selalu yek.
faisalhjrahim
diya – hahaha, ada ke bleh tutup mata baca entry..:) kekadang bila ingat camni barulah dapat terasa pengorbanan mereka yang kekadang kita terlepas pandang kan diya..
deen – hehe, aku mana reti menulis deen..thanks sudi singah sini ye.
dimebag – slm bro, alaaa aku baru je belajar2 menembak ni..newbie lagi..sesama kita belajar k.
cinta – slm cinta, alahai minta maaf buat awkpun rasa camtu cinta ye..cinta minta maaf lewat membalas reply,huhu..ada masalah skit,nnti sy reply ek,hehe..yup, syurg aitu memang dibawah tapak kaki mereka..
faisalhjrahim
azizil sedek – thanks bro singgah blog buruk aku ni..thanks gak sudi baca aku mengarut tu,ehehe..aku bizi tadi tak dapat jalan2 kat facebook ngan blog korang,huhu..
ammw@t@n – slm bro, alhamdulillah dapat gak balik kekampung bro..smoga mak ko sihat2 di kampung sana..selamat pulang kekampung bro..
azim – ceeewahh, kita serupa, kita serupa,hehe..ok bro nnti aku try carik gambar2 lain..TQ.
Engku – slm engku..bila dah jadi ayah ni mesti dapat rasa pengorbanan orang tua masa kecil dulu kan engku,hehe..mak engku datang dari kampung tu..terbalik plak..:)
faisalhjrahim
qaseh – slm kakku, lamanya tak dengar khabar akk..smoga akk sekeluarga sihat2 hendaknye ye..betul kata akk tu..bila dah ada tanggungjawab camtu mesti kita lebih hargai pengorbanan orang tua kita masih kecik2 dulu kan kak..:) jaga anak akk supaya jadi seorang anak yang soleh dan solehah kak ye..
snm – slm falin,erkkk saje pe ni falin?hihi
kak masy – hahahahaha, tak aci akk,ehhe
din – slm din, apa yang ko cakap tu memang betul..kekadang kita memang rasa puas kalau dapat buat mereka gembira dan bangga ngan kita kan..:) akupun rasa camtu bila nampak mak aku ngangis masa aku konvo dulu,huhu..ok din, papehal aku inform..tang design tu nnti aku try tanyakan zana ye
sis – slm sis..waa, thanks ye..aah ni dah pakai hosting acai sendiri sis..jomlah bertukar macma acai sis,ceewaahh..moga sispun sihat gak ye..
faeizah
salam acai. sampai juga saya ke blog acai nie. pasni jgn pindah randah lagi la ye..hehe. jasa ibu mmg tak terbalas acai…
Fath
Salam acai,
Perkara biasalah masa kita muda, memang kita tak fikir semua tu.. memang kita tak nampak semua pengorbanan orang tua.. tapi bila semakin meningkat dewasa, baru kita sedar dan nampak pengorbanan mereka untuk kita.. Rasa menyesal tu memang ada, tapi bila kita ada kesedaran tu, itu dah cukup bagus sebab ada sesetengah manusia sampai ke tua pun tak sedar2 tentang tu… Jadi gunakanlah masa yang masih ada dan peluang yang masih diberikan untuk memberikan yang terbaik utk orang tua kita semasa mereka masih ada. :)
qaseh
InsyaAllah… idaman setiap ibu bapa dapat ank yg soleh dan solehah…kadang2 hangin gak peel derang ni….
bila akk marah anak…nampak sifat2 mak akk dlm diri akk..hahahaha cm same jerr care marah anak2 …. semoga mak acai sihat selalu yek.
yanizan
hi acai…senang2 jengah la blog akk yg tk seberapa tur…hehe
one
salam…
heheh
cuti2 ni tulong mak yea…
org takleh balik..tapi takpela..bajet bulan 2 kot..jumpa ummi tersayang dan budak kecik..
ha..ponakan camne,lincah cam pak long dia nih?
nadiah
Acaiii. Sedihnya. Isk. Tak tau nak cakap apa. Tersentuh sangat ni. Nadia.. humm.. tak terkata dah. sob sob sob..
sitizya
caii.. tros syahdu aku. :(
zool
Tapi sekarang ko dah berjaya.. Mungkin mak ko bangga dengan ko sekarang..
corneamelayu
arghhh…hang buat aku sedih la..kisah sikap hang lbhkurang sama dgn aku…yg beza mungkin hang tggl kat kg…aku plak..lahir & membesar kat kl…so mungkin sikap aku lebuh teruk dr hang…huwaaaaa…..:(
faisalhjrahim
faeizah – slm awk, hehe..insyaallah ada je kat sini..cuma kalau bizi tu memang kuranglah mengupdatenya,hehe
fath – slm fath, betul tu, jasa mereka memang tak terbalas..kekadang sedih je bila tengok orang yang abaikan ibu bapa yang besarkan mereka..alasan kerja dijadikan alasan,huhu..mintak2 kita dijauhkan dari perkara2 seperti itu.
qaseh – slm kak, smoga akk sekeluarga sihat2 hendaknya..Akk dah jadi ibu mesti lebih tahu kan camne susahnya besarkan seorang anak..dan lagi teruk kalau anak tu tak kenang jasa,huhu..alaa kak, kat mana tumpahnya kuah kalau tak kenasi..mesti akk garang macam mak akk kan,hehe..
yanizan – slm kak,errkk orang dah hilang link tu,huhu..nnti org cari ye..:)
one – slm awk, waaa lamanya tak dengar bite pasal awk,hehe..semoga dapat balik dan lepaskan rindu kat ummi bulan 2 nanti ye,hehee..
nadiah – slm nadia,emm jangan sedih2 nadia..kan sekarang ada kat umh kan?hehe..
sitizya – slm ti,waaaa lama gile tak dengar khabar ko..moga sihat2 hendaknya ye..lama tak join program kitorang ti?hehe
zool – slm bro, akupun harap camtu gak bro..aku lum berjaya lagi bro,hehe..akan datang..:)
corneamelayu – slm bro, thanks sudi singgah sini..aah, masing2 ada pengalaman tak best ngan ibu kan..semoga kita tak jadi anak derhaka,amin..kalau sarah, kita cepat2 minta maaf..
KNizam
bagus entyr mcm ni
begitu menyedarkan kita semua ….
Nurul Umira
bersyukur kerana mempunyai mak..http://kehidupanyangsemu.blogspot.com/2008/12/4-disember.html
azmi kota damansara
bro,
touching sei.. siut arr..
anyway.. itu semua lumrah manusia..
tahniah, anda berada dijalan yag benar. moga niat murni anda dirahmati ALLAH.
faisalhjrahim
KNizam – salam bro, terima kasih.
Nurul Umira – Sangat beruntung dan kena bersyukur sentiasa kan awak..:)
azmi – thanks bro..:)
Masy
patut laa mcm pnh baca hehe
faisalhjrahim
Kak Masy – hehe..:) aah tak sempat buat entry lagi buat masa ni..
FM
ibu permata dalam kehidupan anak-anak, begitu juga dengan ayah, kasih ibu tiada taranya, sama-samalah kita sedekah al-fatihah pada mereka sementa mereka masih ada lagi, dan doakanlah kesejahteraan mereka setiap kali lepas solat, doa anak-anak yang soleh adalah bekalan untuk mereka kelak di akhirat.
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: “Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)
faisalhjrahim
FM – Salam ya akhi firdaus, terima kasih atas ingatan. Itulah yang cuba diusahakan untuk istiqamah mendoakan mereka setiap kali selepas solat. Semoga kit amenjadi anak yang sentiasa menghargai pengorbanan dan kasih sayang mereka,amin.
zool
Yup.. ibu memang besar jasanya kepada kita.. takkan mampu membalasnya
Bro Fisol
selamat menyambut hari ibu..begitu besar pengorbanan seorang ibu..
alif
selamat hari ibu mak acai. sob sob lagu kau acai bikin aku homesick nk balik tgk mak :(
nouva nova
Huhu..syahdunyer entry ni… mula ingat biase2 je dh sampai perenggan yang tengah tu rase cam sedih pulak…tula mother is everything for everybody.. lame tak update…
awe
Dulu masa mak aku meninggal aku rasa aku lah orang paling kuat menangis. Dua minggu aku tak pegi sekolah masa tu. Kenapa? Sebab dia ‘mak’ aku. Dan aku tahu aku takkan dapat ‘mak’ yg macam tu lagi w’pun aku ada mak baru….tapi sekarang aku tak tahu aku mampu lagi tak menangis macam dulu lagi…):
faisalhjrahim
zool – betul tu zool..:) kita takkan pernah dapat membalasnya sampai bila2..
Bro Fisol – Selamat hari ibu kepada ibu bro juga ye..:) sangat besar pengorbanan mereka..
alif – salam alif. kampung kat mana? baliklah kampung jumpa mak,hehe
faisalhjrahim
nouza nova – alaaa, jangan lah sedih..kan mak ada kat depan je tu,hihi..:P bizi masuk unit baru nih,hehhe..:)
awe – salam awe, emm aku tka boleh bayangkanlah awe..lelagilah masa tu kecik lagi :( bila dah besar dan tanggungjawab dah banyak kekadang memang dah rasa kurang connection ngan famlily..tapi kita kena sentiasa kekalkan rasa tu lah kan awe..:)
amor_mie
patut la mcm pernah baca jerk ;)…
Bestnyer dh jd ibu…insaf x nk jd anak derhaka slps pnglmn melahirkan ;)
faisalhjrahim
amor_mie- salam kak, yaaa betul..:) dah jadi ibu barulah rasa camne besar kesusahan ketika mak lahirkan kita kan..:)
fatinhayyanimaohamadnajib
assalamualaikum…saya terbaca blog awak..menarik!!
then saya baca info mengenai diri awak….macam menepati ciri2 ex schoolmate sayer je…awak ex SAMTEN 3Bukhari kah??please email me back at fatinhayyani@yahoo.com if so….(just curious dan bangga)
thanx
– DR FATIN, HOSP KAJANG –
fatin hayyani mohamad najibah mad tuan hussein
assalamualaikum…
saya terbaca blog awak..menarik!!
then saya baca info mengenai diri awak….macam menepati ciri2 ex schoolmate sayer je…awak ex SAMTEN 3Bukhari kah??
please email me back at fatinhayyani@yahoo.com if so….(just curious dan bangga)
thanx
– DR FATIN, HOSP KAJANG –
faisalhjrahim
Waalaikumussalam fatin, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye. Saya dulu bukan Samten bt 10 tu tapi Samttar Sungai Manggis,hehe :) kita satu zon lah tu..Terima kasih ye.
norly
besarkan pengorbanan seorang mak…
kdg norly pun lupa jasa mak besarkan norly masa zaman susah dulu..
masa mak “ngangsu” air kt tepi jln, masa mak bgn wal pagi buat kuih tuk jualan…semata2 nak besarkn n sekolahkan anak2..
kdg kite lebih syg pasangan kite dr mak kite sendiri.tp, bile norly dah jd mama, br sedar betapa besarnya pengorbanan mak…
nuramirah az
assalamualaikum :)
saya minta izin untuk menjadikan cerita ini sebagai cerpen untuk exam saya :) jalan ceritanya amat menarik !! :D tapi saya akan ubahnya sedikit