Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas rahmatNya aku masih bernyawa untuk menulis kat sini. Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Mira & Faiz yang diadakan di Taiping, Perak. Taiping ni adalah antara tempat idaman aku nak shoot sejak amik gambar kahwin ni. Akhirnya dapat juga peluang dari Mira & Faiz ni. Senarai tempat idaman aku shoot dah berkurang lagi, hehe.
Mira & Faiz ni merupakan seorang jururawat tau. Mira tu aku tak kisahlah sebab memang selalu nampak nurse perempuan, hehe. Tapi Faiz ni kerja untuk tentera2 kita kat Sungai Besi sana. Aku teruja gaklah sebab first time ada member jururawat lelaki. Sebab selalu tengok dalam TV cerita ER, House dan lain-lain je :) Layanlah dulu gambar ni sebelum aku bagi ceramah pasal kesihatan pulak, haha.
Alhamdulillah majlis berjalan lancar walaupun majlis berlangsung agak lewat. Pada sebelah petang tu diaorang tukar baju untuk potong kek dan sesi outdoor. Baju yang ni pun cantik sangat macam baju sanding dia. Tujuan aku tulis perenggan ni sebenarnya nak bagitau mira ni sebenarnya adalah anak bongsu dan majlis ni merupakan majlis terakhir buat ayah dan ibunya sambut menantu :)
Jadi anak buah mira ni memang ramai lah. Hampir 20 orang tak silap aku. Dahlah orang utara ni memang petah2 bercakap. Memang penat nak layan diaorang, hehe. “Eii Mak Su cantiklah“, “Mak Su, nak makan kek“, “Mak Su, Mak Su dah kahwin ye?“. Macamlah lagi pertanyaan diaorang. Aku rasa sebab tu lah Mak Su ni selalu disukai ramai anak buah walaupun biasanya dia garang ngan mereka, keke.
Kitorang keluar Outdoor lewat sedikit aritu. Dekat pukul 6 petang baru sampai kat Taman Tasik Taiping tu. Memang ramai betul orang sebab hujung minggu. Aku dapat shoot kat satu lokasi je sebab hari dah lewat petang. Ada 2-3 lokasi lagi yang aku survey tak sempat shoot, huhu.
Sebenarnya kalau shoot outdoor ni, walaupun di lokasi yang sama tetapi banyak faktor lain yang menjadikan gambar kita berbeza dengan orang yang shoot sebelum ni. Selain faktor teknikal seperti kamera dan lens keadaan cahaya serta cuaca pada waktu tersebut memang memberikan kesan berbeza terhadap gambar yang diambil. Layan sikit outdoor diaorang ni.
Semasa sesi outdoor tu member2 mira dari KL datang. Jadi dalam kepala aku fikir camne nak buat kelainan bergambar ramai2 dengan pasangan pengantin. Akhirnya aku suruh diaorang panjat dahan pokok yang besar tu, haha. Memang nampak agak tinggi dan boleh terseliuh atau patah kakilah kalau salah jatuh dari atas tu.
Tapi diaorang semua memang cool!! Sanggup panjat walaupun ada yang gayat demi dapatkan gambar cantik bersama pengantin termasuk yang pakai baju kurung :) Aku memang kagum ngan kerjasama mereka semua. Untuk shoot ni memang amik masa dekat 20 minit untuk diaorang naik dan turun sorang2. Jadi tu antara sebab aku tak dapat shoot di lokasi lain :)
Untuk akhirnya, aku nak ucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga Mira di atas kerjasama yang baik sepanjang 2 hari aku berada di sana. Aku tak dapat shoot bertandang mereka di Serdang sebab diaorang lewat booking tarikh tersebut dan aku ada job di tempat lain.
Terima kasih juga kepada sahabat aku Sis Honey dan Yonna yang sanggup datang dari Penang untuk tag dengan aku. Aku hargai sangat2. Semoga rumahtangga yang dibina korang berdua berkekalan bahagia hingga ke syurga Allah di akhirat nanti, amin.
Nota kaki : Aku dah tak available untuk bulan Oktober, Disember dan Januari 2011. Terima kasih atas pertanyaan semua ye. Aku akan cuba jawab email2 korang secepat mungkin ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
SisHoney
salam acaii,
wah.finally dah update.yeahhh.tak sabaq nak tgk pokok2 besar ni.hahahaha.yup masa cai dok soh kawan2 si mira ni panjat.sis dan yonna sempat lagi merayau2 kat merata2 tempat sampai kena gigit dgn kerengga :)
mira ni mmg ramah tamah orgnya.sis pun suka shoot dia.sempoi.comel plak tu…si faiz senyum je tgk gelagat mira :).dah tu berkali2 dia akan mintak maaf bila kita soh buat aksi2 yg berbahaya :p
thanks sekali lagi ye caii.sbb bagi sis tag dgn acaii.lain kita ada kesempatan sis nak tag lagi dgn cai.sis paham bekerja sorang bukannya mudah.chaiyok2 cai.semoga terus dimurahkan rejeki
cot
best sifoo…
da xsbr nk tkr gear ke..
kekekeke
*ko dh ade topi bru ke..hihi
faisalhjrahim
Salam sis,
Hehehe, terima kasih juga kepada sis sebab sudi ikut acai ye pada hari kejadian…:) tak sempat nak amik gambar sis dan suruh sis amik gambar acai panjat pokok,hahahhaa…orait, lenkali bolehalh follow lagi ye sis..thanks..:)
cot
lupe satu lg..
bru nk book ko bln 12…
so xjd kawen la…
whoahahaha
Masy
best2 ai laikeeee
FM
Salam acai, aku tak tau nak kabo ape, tapi kali ni betul² superb, sblm ni sumenya pun superb…aku suka gila tang pokok tu, ahh..ngidam nak shoot kat tmpt camni…acai…bilala dpt tag sama master ni…memang kenangan terindah la kalau dpt tag ;)
re : terima kasih acai, sbb sudi lawat photoblog aku yg tak seberapa tu, tak sempat² nak update…nanti aku update la sekaligus…kasi peram bagi kaler naik dulu…hehe
halil
thumbs up 4 pesal.good job bro!tahniah..
faisalhjrahim
cot – salam cot, wakakaakkaa..kalau ikut hati memanglah dah tak sabar..tapi bila tengok duit terus jadi sabar cot,kekekek..
cot – hampeh ko cot,hahaha..kalau ko nak kahwin kena bagitau awal2 weh..aku nak shoot kat ganu plak..:)
faisalhjrahim
kak masy – salam kak masy, terima kasih..bila nak shoot kat malakau ni kak?hehe
FM – Salam sifoo, waaa janganlah cakap camtu..segan saya tau,kekeke..:) alaaa, kalau free boleh jelah nak tag sama..boleh sama2 belajar..cuma ada masa ke sifoo nak shoot sama2. kan job banyak?hehehe…kasi peram bagi kaler naik??!! wakakakaka, siot betullah..tak pernah terfikir aku,hehe…:) thanks bro..
Halil – waaaa, ko pun ada lil? bila nak beli kamera ni?hehe..tau aritu aku ajak ko gi taiping ni,huhu.
ejal@jai
terbaekkk..tu jer aku nak ckp..keterujaan yang teramat sangat la wak acai..mantap menyengat,padat,smbil plak dgr lagu lama..peh..meleleh..thumbs up la wak ….
faisalhjrahim
ejal – salam ejal, terima kasih dok..aku kan memang sukak lagu2 lama. Kalau lagu indon lama lagi best,wakakakaka
fathiyyah
salam bro,
lama tk komen.
kak mira ni sgt sgt cantik!
n tak kurang jugak gamba2 bro amik pon cantik.
nk tunggu gamba2 lain plak
p.s: bro, tkdak idea gombak ada tempat cntik ke tak. tgh pk. errrk EXAM final! :D
ariffinkamil
perghhh..mmg teringin sngt nk shoot kat sana…terbaik…
aku nk kredit kat penganti pompuan gak…baju potong kek dia tersngt la cantik
*acai, kete ko mcm dh lama xgerak je aku tgk
ViniL
nice la abam chot..
kipidap~~ love ur artwork~!
k.e.r.i.
mira nampak macam hannah montana sikit-sikit.
faisalhjrahim
fathiyyah – Salam thia..:) aahkan thia, dia dan baju dia memang padan,hehe. nanti nak tanya member2 photographer area sana tanya tempat yang nice kat area gombak sana,hehe..selamat menjalani final exam thia..:) dan selamat pulang ke malaysia nanti. Jumpa nanti..
ariffinkamil – salam pin, nanti akalu aku dapat job kat area sana aku ajak ko ye pin,hehe..haha, siot je ipin ko perasan..aku selalu panaskan enjin kereta tu..puchong ke shah alam memang tak sesuailah naik kereta:)
faisalhjrahim
vinil – salam bro, terima kasih..tapi aku bukan chotlah,kekekek…
keri – salam keri, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye..ni mesti peminat hanna montana ni,keke
hesrey
Seperti biasaa mantop! Keep it up bro! Kalau de shoot area2 jhr or melaka info2 la yerk, hehe`~
ViniL
hahaha silap2 abam acao.. time tuh terbuka 2 tab… nak komen abam acai nye.. hehehe silap daaa~~
kui3..
ajey
salam…
huhuhu… gila ah ding dong…
sgt suka la.. ni yg mcm nk beli gear & aksesori canggih sket nih…
pokok tu rendah je ke cai??
bila la nk jumpa ko ni… beguru x abes lg nih…
orang kata kalu beguru tak abes kang menyasor… huhuhu…
faisalhjrahim
hasrey – salam bro, thanks..:) waaa aku belum ada lagi belah melaka sana buat masa ni,hehe..kalau ada aku helo2..:)
Vinil – hahahaahha, takpelah..aku saje mengusik ko tu,hehehe..:)
ajey – salam wak, waaa ko pun dha kencang sekarang wak..:) pokok tu tak tinggi tak rendah sangat..kalau setakat nak panjat memang kena angkatlah,hehe..kalau yang ramai2 tu memang kena panjatlah, tak boleh naik dari bawah..:) ko bizi je wak nak jumpa aku,hahaa
din
Salam cai – kabare cai? ak bru nk tnye pngantin perempuan ada adik perempuan tak? heheee..
ak pun teringin nk brgmbr kat pokok cam kat atas tu la cai. lawa.. brtmbh lawa bile ko yg amik. suke sgt².. =)
rugi ler ko xde gmbr ngn pokok tu. cm ne la leh ter miss.. =)
awe
Rugi aku tak dapat ikut ari tu. Kalu tak mesti dapat banyak ilmu ngan sifuu..cara2 memanjat sambil ambik gambar yg terbaik…
cun la shot angle dik mira tu cai macam pelakon citer ‘mutiara hati’ indon tu….
faisalhjrahim
din -salam din, hahahahha siot je lah ko din..:) dia dah anak last dak,kekek..nanti kahwin carilah pokok yang besar2 ye din,hehe
awe – salam awe, itulah..kalau ko ikut mesti best..aritu aku cari tempat yang ko shoot family tu, rupanya dekat je,hehehe..:) aah, macam pelakon indon kan we,hehe
DHIA
nasib baik rambut pengantin xpanjang macam sleeping beauty ;)
kalau tak baru kena ngan feel epik kat pokok besar tu. so pengantin lelaki kena la kat bwh ala2 pungguk rindukan bulan. hihi
Mr Fathi
salam kang acaii…wingi orak keneng open blog iki…orak opo la…
fuhh cantik2 gambar nang duwor kuwi…ngantinan wedok pun perghh gojes…motonei cantik…lanang ei hmm not bad…kulitnei ‘ireng’ tapi legi…hehe ireng legi la…
faisalhjrahim
Dhia – Salam kandakus..:) hehe, kalau panjai macam tu memang ramailah yang lari ketakutan sebab mungkin disangkakan puntianak berkahwin,hihi…:)
Mr Fathi – Salam kang, itulah, kekadang memang problem lah hosting ni..kalau buat mproblem lagi memang aku tukar hostinglah gamaknya,hehehe..:) thanks bro..:)
faisal admar
cun la acai… aku tunjuk sekali je page ko kat member terus nak amik ko jd photographer…
:)
syabas!