Bismillahirrahmanirrahim



Bertemu lagi kita di ruangan tips minggu ini, haha. Kali ni aku nak sambung Tips Memilih Photographer Wedding yang aku pernah tulis sebelum ni. Cuma aku nak khususkan kepada style photographer sebab ada sahabat aku minta jelaskan tentang itu lagi. Tujuan aku tulis ni supaya korang dapat sedikit idea tentang beberapa genres photography wedding yang ada kat negara kita :)

Teaser Hani & Zairy , Putrajaya :)



Sekali lagi, ini semua berdasarkan pandangan aku sahaja. Walaupun mungkin banyak kategori dan sub-kategori nak klasifikasikan tapi aku cuba jelaskan dalam lingkungan pengetahuan aku supaya korang dapat sedikit gambaran.

  1. Klasik – Sebenarnya berdasarkan pemerhatian aku tak ramai photographer wedding kat sini yang guna style ni. Biasanya angle mereka simple, pose mereka neutral dan romantik. Ada unsur ‘elegan’ dalam gambar. Tak ada ketawa berdekah2 dan gaya luar biasa. Editing mereka minimum. Mereka tak tekankan sangat persekitaran tetapi memang pandai berikan emosi dalam gambar. Banyak photographer luar negara guna style ni. Aku memang minat gila style ni sebab dekat kat hati aku :) Insyaallah aku memang ke arah itu.
  2. Photojournalism – Asalnya kategori ini tidak berkaitan dengan wedding. Tetapi ia semakin diterima bila telah meluas digunakan di seluruh dunia. Malah ada beberapa photographer Malaysia yang mendapat pengiktirafan WPJA antarabangsa. Mereka hampir tidak langsung mengarahkan pengantin untuk pose. Kebanyakkan gambarnya adalah candid dengan cerita di sebalik gambar tersebut.
  3. Photografik – Photographer genre ni memang menekankan editing dalam gambar mereka. Hampir semua gambar mereka akan edit mengikut pelbagai jenis editing yang ada. Bagi mereka yang pro biasanya gambar tersebut akan berikan impak yang lebih kuat. Tetapi boleh juga menjadi nightmare bagi yang kurang ilmu tentang perkara ini. Oleh kerana aku jenis suka warna neutral, aku tak masuk sangat dalam line ni. Aku pun tak suka kalau kaler baju aku jadi lain dari warna sebenar bila dalam gambar. Tapi semua itu personal preferences lah :)
  4. Mix – Photographer genre ni pula jenis campur2 :) Ambil sini sikit, sana sikit dan gabungkan. Ada yang suka guna lighting semasa outdoor dan ada yang tidak. Ada shoot yang ceria ada shoot yang skema. Aku rasa ramai yang masuk dalam kategori ini termasuklah aku, hehe. Sebab tu susah nak kategorikan mereka. Tetapi kalau selalu lihat gambar yang dihasilkan, tanpa disedari sebenarnya mereka juga mempunyai identiti sendiri.

Kesimpulannya cuba tanya diri sendiri suka konsep camne dalam wedding korang nanti. Baru cari photographer dalam genre tersebut. Lebih mudah kalau kita dah tahu style dan genres yang kita suka. Sebagai rules of thumb pilih yang paling dekat di hati kita dan yang penting dalam lingkungan budget kita. Perlu diingat sekali lagi photographer mempunyai teknik shoot, kemahiran editing, kreativiti, specialty serta equipment yang berbeza.

Namun sebagai orang yang bertamadun, kita kena belajar hormati hasil kerja orang lain walaupun ia tidak berkenan di hati kita. Sama seperti kita hormati pemilihan warna tema dan baju sahabat kita yang berkahwin :) Sebab tanpa sedar mungkin ramai juga yang tak suka pilihan kita walaupun kita rasa ia yang paling terbaik. Kerana cantik itu merupakan sesuatu yang subjektif. Wallahua’lam.



Nota kaki : Sebenarnya aku malu sebab hanya mampu doakan keselamatan konvoi bantuan ke Gaza yang diserang tentera Israel semalam tanpa terlibat secara langsung dengan mereka. Kematian dilaporkan seramai 9 orang. Lagi sedih bila ada yang langsung tidak ambil kisah tentang tu kat sini. Tolonglah umat Islam menentang musuh kami Ya Allah.

Nota kaki : Nantikan full entry majlis kat atas ni selepas ni :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

22 Comments

  1. SisHoney Reply

    salam caii.

    thanks atas perkongsian tips diatas :).semoga semua mendapat gambaran.ye caii,sis pun sedey dgn apa yg terjadi kepada kapal sukarelawan.semoga semua rakyat malaysia selamat.sama-samalah kita berdoa cai

  2. faisalhjrahim Reply

    Salam sis :) sama2..saje nak kongsi dah lama tak tulis pasal ni,hehehe. Semoga rakyat Malaysia dan mereka semua tak menjadi tawanan di Israel sana,amin..

  3. Xora Reply

    Thanks for the tips! nak tanya, adakah boleh kalau kita request kat OP nak kurangkan editing ke apa ke? pasal setiap OP kan ada citarasa sendiri cam A.Acai kata tadi kan. is it ok to make such request?

  4. Xora Reply

    Thanks for the tips! nak tanya, adakah boleh kalau kita request kat OP nak kurangkan editing ke apa ke? pasal setiap OP kan ada citarasa sendiri cam A.Acai kata tadi kan. is it ok to make such request?

  5. faisalhjrahim Reply

    Xora – Salam xora, Haaa soalan yang sangat bagus:) Sebenarnya memang boleh sangat nak request kepada photographer kalau ada citarasa sendiri atau ada special request semasa majlis tersebut. Kena bagitau photographer supaya diaorang aware benda2 camtu. Lagipun kita kan bos kepada mereka sebab dah hire mereka dengan bayaran yang mahal,hehe.

    Kalau tak bagitau memang diaorang akan buat seperti biasa lah. Tak tahu orang lain tapi kalau saya memang suka client bagitau camtu..:) Hope membantu skit ye.

  6. hesrey Reply

    Salam acai,

    TQ sudi berkongsi ilmu laie. Nak minta kebenaran copy perenggan yang ke4 kat atas utk simpanan n d tujukan pd yg patut d tujukan. Ianya sgt berkait buat aku masa skrg ni, org mule mempertikaikan “ala tone, ala pose ni, cubalah cr yg lain..” Agak pedih gak bile kene, huhu. Tapi kalau xlalui proses tu sumer, mcm mane ler nak menambah n memahami kelebihan n yg penting skali style tersendiri. Tak cube tak tahu, dah cube baru lah ngam, x gitu. Hehe, ape2 pun teruskan berkongsi ilmu bro. Hanya Illahi sahaja yg dapat membalasnya. TQ!`~

    p/s: Aku type MIX, sbb aku tgh mencuba semua, huhu. Masih mencari identiti :) `~

  7. nona Reply

    dh pilih penulis entry sbgai OP nnti.hee

  8. faisalhjrahim Reply

    hasrey – salam bro hasrey, orait takde masalah..:) copy je,hehe..alaa, biasalah tu, kekadang kita memang tak dapat memuaskan hati semua orang..:) yang penting kita cuba didik mereka yang masih tak faham dan tak tahu :) ni aku buat sebenarnya salah satu usaha ke arah itulah..

    nona – salam nona, waaaaa ada blog lah,hehe..thanks ye.

  9. Masy Reply

    akak suka no 1 n 2. gitu. so acai, blajau tau, nanti senang bile akak kawen sok. hahahahhahahaa

  10. cot Reply

    salam caii..
    nk tny..
    blh x bgtaw mcm mane nk hasilkn gmbr yg lawa…
    kehkehkeh..
    info yg b’guna caii..

    *mggu ni ko shoot ktne…

  11. Mak Su Reply

    terima kasih dgn tips yang diberikan

  12. nona Reply

    hee.same2..ade gembar gembur pasal encik acai cket2..brtmbhlah cust nnti.=)

  13. faisalhjrahim Reply

    Kak MAsy – Salam kak masy, terima kasih kak ye..:) hahahahahhaha, siot je lah akk ni..terima kasih kak ye.

    cot – salam cot, hampeh ko cot..:) minggu ni aku kat klang..mau follow ke? jom cot,hehe..

  14. faisalhjrahim Reply

    Mak Su – Salam mak su, waaaa dah lama tak bertegur sapa. Moga sihat2 hendaknya mak su ye..:) terima kasih kembalik kepada mak su sudi singgah sini.

    Nona – hehehe :) saya hargai sangat2 nona. Terharu nih,hehe..

  15. amyn Reply

    salam encik acai.
    ehem,kat Klang?kat ner?

  16. din Reply

    Salam acai..
    ~ akhirnya dpt gak ak buka blog ko. thanks to Kerul Shukor kerana update status di FB beliau. hehee..
    ~ tips yg sgt berguna.. thanks caii.. ak dah pilih sape OP ak nt. dan ak sangat yakin & sgt suka ngn hasil kerjanya.. =D
    ~ syukor Alhamdulillah 12 sukarelawan Malaysia dah selamat pulang..

  17. shasha Reply

    Acai…aku dlm kategori MIX beb..masih dlm pencarian lagi..bagus gak ko buat entry mcm nie…sekurangnya Client tau memilih, ini tidak asyik nk mintak Quotation lepastu diam jer kalau harganya mahal or murah ..fuhhh penat la mcm nie, lepastu yg tension last2 minit baru nak? ada akal tak? skrg nie mcm nk buat walk in jer…buat deal trus on or tak…senang..huhuhu

  18. faisalhjrahim Reply

    amyn – salam min. Alahai tak sempat nak reply komen ni aritu dah down website,huhu..aku kat kampung idaman klang..:)

    din – salam din, terima kasih din..:) itulah pasal..tensen betul tak dapat update blog..banyak aku nak update sebenarnya dah terlepas,huhu..:) hahaha, siot je din..calon sapa weh?hihi

    shasha – hampeh ko paiz, dari dulu guna nick ni,hehehe..:) hahahaha, meluahkan perasaan nmpak paiz..biasalah tu paiz..adat orang berniaga, kekadang tak dpat puaskan hati semua pihak,hehe..:) kena banyak sabar..walk-in ?hahaha..idea bernas..

  19. xora Reply

    A.Acai! iye info tu membantu banyak! thanks! doakan dengan cara abg bantu kawan2 lain, rezeki abang semakin sukses!

  20. faisalhjrahim Reply

    xora – sama2 xora, alaaa mana yang tahu boleh je nak kongsi sama..:) xorapun banyak gak kongsi macam2 kat blog tu untuk kawan2 semua,hehe..:)

  21. one Reply

    salam.. oh,i’m all for the mix style..candid,emosi,alam sekitar,edit (yg tak keterlaluan)
    entri ni cam banyak words of experience & something deep inside..
    may be saya je yg terasa gitu ehheheh

  22. irengmanis Reply

    hehe.. thanx for da info acai.. i prefer yg no 1 dan no 2.. dua2 kena seimbang.. and i like natural light colour too.. nmpak gmbr tu lbh hidup dan menggmbrkan situasi sbnr majlis tu.. huhhuhu..

Leave a reply