Bismillahirrahmanirrahim



Fuh lama betul rasanya tak update entry kat sini. Ni semua gara-gara World Cup lah ni. Dengan kerja ofis yang banyak dan tak cukup tidur tengok bola adalah satu alasan yang kukuh tak update blog ni, haha. Team favorite aku pun dah kalah. Ni semua gara2 Paul si sotong tu lah. Aku rasa Paul tu saja nak bagi orang makin syirik sebab percaya sotong dalam ramalan keputusan bola tu :) Apalah rasa Paul tu kalau masak sambal dan makan dengan nasi lemak.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Marena & Zulefry yang berlangsung di Putrajaya. Aku cover dari majlis nikah, malam berinai sampailah majlis persandingan. Terima kasih kepada sahabat aku Zakuan dan Echik kerana follow aku dalam majlis ni. Layan dulu majlis perkahwinan diaorang ni.


Apa yang menarik kat majlis perkahwinan Marena ialah mereka buat majlis ni secara bergotong royong macam kat kampung tu. Pertama kali aku tengok buat rewang kat Putrajaya ni, hehe. Marena ni anak sulung dan adik beradiknya semua perempuan. Jadi memang penat gaklah dia nak uruskan semuanya sendiri. Tapi alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.


Sebenarnya Zul ni memang susah nak senyum. Memang penatlah nak suruh dia senyum, hehe. Kitorang keluar outdoor awal pada hari tersebut. Sebenarnya nak elakkan hujan sebab setiap petang hujan ketika itu. Seboleh2nya aku nak elak berada di bawah terik matahari sebab nanti mata pengantin sepet. Lelagi kalau yang memang sedia sepet cam aku, terus tak nampak apa2, haha.

Tapi itulah antara cabaran photographer wedding di negara kita:) Sebab kita bukan mengambil gambar dalam suasana terkawal (dalam studio). Keadaan pencahayaan berubah2 walaupun berada di tempat yang sama. Selain itu, kita juga mengejar masa sebelum menjelang waktu maghrib. Kalau bernasib baik barulah dapat cuaca yang ideal dengan langit yang biru, cahaya matahari yang tak redup dan tak terlalu cerah.


Untuk akhirnya terima kasih kepada keluarga Marena atas layanan dan kerjasama yang sangat baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga rumahtangga yang dibina sentiasa mendapat berkat dari Allah dan berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Mohon maaf sekiranya terdapat kesilapan tutur kata dan perbuatan sepanjang berada di sana :)


Nota kaki : Sedar tak sedar dah bulan Sya’ban sekarang. Kejap lagi Ramadhan menjelang, tak sabarnya sampai bulan tersebut.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

23 Comments

  1. sham Reply

    mcm biasa la acai.. mmg suprb… tapi ada sorang minah tu pakai tudung sebijik mcm masy.. tak caya ko tgk wall profile masy dkt FB

  2. faisalhjrahim Reply

    shama- hahahahahha, baru aku perasanlah,kekeke..:) sedara dia kot,hihi

  3. sham Reply

    hahahah…. sure pi beli skali

  4. faisalhjrahim Reply

    hahahah, syyy nanti kak masy marah kita cakap pasal dia,hihi :P

  5. cot Reply

    aku vote pic yg tgh smayang n yg tgh baring kt rumput dpn picc tu…
    cun melecun…
    hahahha

    *minggu ni kt mane plk sifoo…

  6. Masy Reply

    heppppp ade plak org ngumpat den dlm ni hahah. yelahhh.. akak pon pasan, tp dia nye lagi vibrant kalernye.. ai punye lembut je – selembut hatiku. hahahahaha

    nak like kat pic xleh la plk. tp akak suke yg.. err….yg dorg gelak skali tu, comel je hehe.

  7. sham Reply

    ala… kompem jap lagi dia sampai dkt blog ni

  8. faisalhjrahim Reply

    cot – hahaha, thanks cot..minggu ni takde aku berehat :) ada doa selamat kat rumah aku. Minggu depan free, jom cot..:)

    Kak Masy – yaaaaa itu dia dah datang,kekeke..:) cewwaahhh, vibrant lagi tu,hahaha..:) thanks kak ye.

    sham – dia dam sampaipun masa ko tulis ni sham,hihi..

  9. sham Reply

    hahaha… aku dah akak… dia tu boleh bau kalau org tgh ngumpat…
    masy… ala vibrant tu boleh edit dlm lightroom… huhuhu

  10. SisHoney Reply

    salam cai,

    finally update juga ye cai.dgn tone yg baru plak tu.best2…semua gambaq guna mata ikan cai tu mmg best.suka betui la sis.nasib kita xsama company,kalau tak sis nak pinjam mata ikan cai.hahahahaha.pasni kita gadoh balik dalam EPL ye cai :p

  11. faisalhjrahim Reply

    sham – kekekek..betul gak tu..:) kaler ni dah dinaikkan contrast dia,hehe

    sishoney – salam sis, itulah sis bizi sampai tak update2,hehe..tapi kalau boleh dalam seminggu tu mesti ada benda update,heheh..:) kalau sis pakai mata ikan mesti lagi gempaklah gambar sis..:)

  12. xora Reply

    saya suka tgk gambar cam yg gambar yg ke 3 tu. nampak separuh aje, kepala pengantin kena potong. jadi fokus saya kat baju n bunga dia :D

  13. Masy Reply

    tudung tu ade different colour ler.. dat girl mmg amek kaler yg vibrant..

    dah tu je bicara arinie hehe

  14. ejal Reply

    salam wak acai…semua besh la..menarik..lagi2 yang tgh smbhyg tu..mantap wak…rugi nya x dapat ikut…aku penah gak amik kat putrajaya diorg buat rewang2 gak..kat presint 9..ntah2 area sama kot…yg pasti mmg penduduk area blok tu masih mengamalkan tradisi rewang2 mcm kat kg…tak rasa mcm kat putrajaya..hahahah..

  15. faisalhjrahim Reply

    xora – waaa thanks xora ye..:) lupa nak cakap yang semua baju dia ni dari majlis nikah, tukar2 baju, malam berinai dan bersanding semuanya dia beli dan buat sendiri,hehe..:)

    Kak Masy – hahahhahahahah, ye kak, saya percaya :)

    ejal – salam jal, ooooo aku bukan kat precint 9, dia jalan terus lagi. Precint 11 tak silap aku,hehehe..:) baguslah camtu kan. cuma pelik aku tengok sebab jarang nampak,hehe

  16. awe Reply

    Ada story back scene kat gambar second last tu….haa..haaa.

    Gambar baring atas rumput tu mmg terbaik la sensei..

    Next week tu free ada plan bagitahu la sensei…

  17. fathiyyah Reply

    cantek cantek cantek!!!!!!!

    p.s: cm pelik pulak bila bro panggil ‘fath’ :D

  18. sham Reply

    hhehehe… masy.. ye la.. pecaya jugak

  19. hesrey Reply

    Salam acai`~

    Fuhh, pic tgh sujud semb n pic baring atas rumput menjadi pujaan hatiku!`~

    Thumbs up! Keep it up`~

  20. Mr Fathi Reply

    tentu jenuh nk pujuk pengantin suruh senyum.mungkin ada emas dlm mulut kot…hehe

    Tgk saya ni.Saya keturunan yg murah dgn senyuman..hahaha

    Apa2 hal gambar memang smart.lebih2 yg gambar pengantin dkt air tu dgn fisheye kat padang…

  21. faisalhjrahim Reply

    awe – hahaha, betul tu..ada cwerita di sebaliknya..terima kasih awe kerana kuat mengangkat aku yang berat gila ni,hahahaha

    fathiyyah – hehehe, ooo silap panggil tu..sebab ada nama sama ngan thia tapi panggil fath, hahaha..:)

  22. faisalhjrahim Reply

    kak masy – wakakakkaak..:) dia merajuk nanti sham,hehe

    hasrey – salam bro..:) terima kasih ye bro hasrey..:)

    Mr Fathi – salam kang, hehehe..ceewwaah tengok nanti kalau kahwin camne, senyum ke tak,hahaha..:) thanks bro..

  23. asrar fiza Reply

    sian kat bro awe, risau je nengok, heheheh

Leave a reply