Bismillahirrahmanirrahim



Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, terdapat sahabat dan saudara mara aku yang telah kembali kerahmatullah. Baru 2 hari lepas aku melawat saudara wife yang meninggal dunia di Sungai Petani, Kedah. Perjalanan sepanjang malam tanpa tidur memang agak meletihkan. Tapi itulah putaran hidup. Kematian itu memang pasti. Tapi yang peliknya ramai orang yang nak merasai syurga tapi takut nak mati. Alasannya masih tidak bersedia menghadapi kematian tersebut. Ironi bukan.

Kali ni aku nak update majlis perkahwinan Najwa & Azrul yang diadakan di Banting. Ni kali kedua aku shoot majlis di ‘kampung halaman’ aku sendiri. Bapa Najwa ni merupakan ustaz aku masa sekolah agama dulu. Jadi memang aku panggil dia ustaz je walaupun orang lain panggil ‘wak’. Azrul ni muka memang garang tapi aku rasa comel je bila dia gelak sebab memang tak nampak mata langsung, hehe..:)

Layan sikit gambar majlis diaorang ni yang diadakan kat Kampung Kancong Darat, Banting.


Macam biasa kalau dah kat Banting memang Pantai Kelanang antara tempat kegemaran photographer nak buat outdoor. Ni kali kedua gak aku shoot pengantin kat sini, hehe. Aku tengok pantai ni dah banyak berubah. Pasir pantai dah diganti dengan cerucuk bakau. Bukan sebab pasir tu dicuri secara haram tapi sebab hakisan :)

Sebab nak cari kelainan punya pasal aku suruh pengantin pergi jauh sikit ke tengah laut. Nasib Najwa & Azrul sporting gila. Biarpun selut dah paras buku lali tapi kitorang gagah gak pergi pokok tunggul yang korang nampak kat bawah nanti, hehe. Dapat gak gambar yang aku nak. Tapi dalam hal ni aku kesian kat mak andam je sebanarnya, hehehe.


Aku ucapkan terima kasih kepada seluruh keluarga Najwa atas layanan yang baik sepanjang majlis berlangsung. Terima kasih juga kepada sahabat ‘sak kampung’ yang follow aku Halil Hayon, Qayyum Soberon, Shahfazie Miskon (semua nama jawa), haha. Kalau nak tengok gambar diaorang semua ada kat entry sebelum ni. Gambar tu pengantin lelaki yang amikkan. Kali ni aku nak interframe dalam gambar, hahahaha.

Pengantin dengan tukang amik gambarnya


Terima kasih kepada Qayyum yang shoot gambar atas ni semasa cari angle yang terbaik untuk pengantin, hehe. Aku doakan semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke akhir hayat, amin. Sampai jumpa lagi semua.


Nota kaki : Mari kita doa sama-sama supaya kita dipanjangkan umur dan dapat sampai ke Ramadhan tahun ini.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

34 Comments

  1. Masy Reply

    yg atas katil tu cekelat ka acaii?

  2. sham Reply

    superb!!! aku cukup berkenanla color dlam gambo2 ko ni… mmg cantik laaa

  3. faisalhjrahim Reply

    kak masy – aah cekelat, tempah khas punya. sayapun baru pertama kali nampak,hehe

    sham – thanks bro sham. Alaaa aku punya kaler guna kaler neutral jelah, takde yang pelik2, hehe..:)

  4. din Reply

    salam acai.
    ~ ye cai, mudah²an kita dapat sampai ke Ramadan tahun ini. Alfatihah untuk yang telah ‘pergi’.
    ~ lawa² belaka la gambar ko cai. memang terbaik!!.
    ~ elleh acai, ngata orang macam la kalo ko gelak nampak mata. ekekekee..
    ~ konco² mu seng jenengnge jowo iso ngmong jowo dak?? hehehee..

  5. faisalhjrahim Reply

    din – salam din, amin din..semoga mereka semua ditempatkan dikalangan orang yang beriman, amin. thanks din, bioso2 wae lah gambar ku din,hehe..kabeh seng melu kenek ngomong jowolah din. angger nang banting memang ramai seng iso ngomonglah,hehe

  6. Kerul Shukor Reply

    aku suka gmbar fish eye atas jmbatan tu cai..good framing n composition..terbaek

  7. alel Reply

    kangen karo pecel banteng!wargh…

  8. faisalhjrahim Reply

    Kerul – thanks kerul, ko tak tau kaki aku dah masuk dalam air tu sebab aku ingat masih kat tanah lagi tempat tu,hehehe..

    alel – lil, memang kempunan kita nak makan pecal ngan ayam goreng tu,huhu..sampai sekarang masih geton,hahaha

  9. Najwa Reply

    Salam a.cai…. wah, dh kuar entry sy nie ek… suka2…. gambo pon cantik2… copy msk fesbuk ea… hehe~

  10. faisalhjrahim Reply

    najwa – salam pengantin..:) silakan najwa. Ada banyak lagi dah edit tapi nantilah tambah lagi,hehe..thanks korang berdua ye.

  11. awe Reply

    Berbaloi..cantik. Mesti susah kan nak dapat pengantin yg sanggup redah lumpur mcm tu…tapi hasilnya..

    Din-aku sokong ko Mr Sensei pun bilo gelak bulu mata pun tak nampak….hooo..hooo

  12. Najwa Reply

    pengantin x kesah… tp kesian kat mak andam cam a. acai ckp tuh… kikiki~
    neway memang superb… berbaloi-baloi….. hehe..
    a.acai sory ea if lynan kurang memuaskan sepanjang majlis…

  13. cot Reply

    serius jeles dgn kaler gambar ko…
    gmbr ats jmbtn tu mmg cun…
    congratz caii..

  14. faisalhjrahim Reply

    awe – hehe, diaorang memang sportinglah awe. Sampai risau aku tengok baju diaorang kena lumpur,hahahhaa. siot jelah korang, aku lainlah,hahhaa

    Najwa – kekeke, itulah pasal. mesti baju tupun bau lumpur gamaknya,hehe..alaa, bukan diaorang yang basuhpun..diaorang mesti dry cleaning punya najwa,hehe..:) semua ok jelah najwa, terima kasih banyak ye.

  15. faisalhjrahim Reply

    cot – hehehe, kena pengeras ayam golek kalau nak tahu cot,kekeke..thanks cot..

  16. Mr Fathi Reply

    gambar paling cantik yg mula2 tu…coklat..ehh ehh eneng pecel yo???huhh enak ei…pastu yg outdoor tu.gambar first.cincin + shell = v-power racing..huhu

    kang acaii…nanti kalau ada rezeki,aku kawen pakai busana jawa…hehe…kang acaii dh ada tgkp gambar pengantin pkai busana jawa tak?

  17. syafirol Reply

    aku paling suka gambar last.. pasalnya ada gambar sifoo idola aku. org seni mmg suka silang jari dgn silang kaki.

    2nd last pic tu bestla..

  18. taqo Reply

    salam bro jawe.
    sangat suke dengan hasil kerja.
    anda. :) santek sungguh angle.

    outdoor kat mane ye?
    sy pon dok banting.leh pi tempat
    tu.share? :) hehe.

    p/s : sudikah angkat sy jadi anak muridmu. boleh ka? :D

  19. hesrey Reply

    Salam acaii`~

    Herm, idea yg menarik bwk cust ke tgh2 sket utk dptkan kelainan. Mesti PR power ni dpt convince cust redah lumpur, hehe Gud job!`~

    P/s : Bg la tips2 utk convince n yakinkan cust dlm hal2 nak suruh diorg posing ni, huhu`~

  20. Anis Reply

    Salam encek. :D

    amat la saye berkenan dgn hasil kerja encik!

    bole tak kalu encek buat workshop tangkap gambo ni + edittingnye?
    saye kepingin mawu menuntut ilmu dgn encek. :)

  21. wong jowo Reply

    faisal&Alil…yok golek pecel nang kampung baru….aku pun wes suwi orak mangan…

  22. fizz Reply

    acai…

    saya baru datang dari blog thia..pttla waktu mwalimah thia hari tu macam kenal…siap fikir lagi ‘aku mcm kenal salah sorg photographer ni’ rupanya awak eks…maaflah lama sangat tak ke sini, blog thia pn jarang2 dpt baca…bz sngt dngn keje* alasan…huhu :)

    gambar awak skrg memang dah mantap, bagus2..keep up the good work :D

  23. faisalhjrahim Reply

    Mr Fathi – Salam,hehehe.. thanks..:) waa nak pakai busana jawe ok je..rasanya ramaimak andam belah banting sana ada busana jawe,heheh

    syafirol – hahahahha, nak kena betullah sifoo ni..:) terima kasih ye piiown

  24. faisalhjrahim Reply

    taqo – salam taqo, terima kasih bro sebab sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye..:) ni kat pantai kelanang je lah..sepanjang tepi pantai yang panjang tu,hehe

    hasrey – hahaha, takdelah power mana. Cuma pujuk je nak dapat gambar lawa tak?hehehe. kalau cakap camtu biasanya pengantin mesti suka punya,hehe

  25. faisalhjrahim Reply

    anis – salam anis, terima kasih sudi singgah sini ye. terima kasih anis, tapi saya tak pandai lagilah nak buat sume tu..:) lagipun gambar saya takdelah buat editing yang luar biasa sangat, cuma enhancement skit je..

    cikpingu – terima kasih cik pingu yang dah terer amik gamabr sekarang,hehe

  26. faisalhjrahim Reply

    wong jowo – woit pi, mana menghilang ko? macam biskutlah ko,hehhe..kapan si arek medang kie? aku memang dah kangen makan pecal ni, halilpun sama,haha

    fizz – salam fizz, waaaaaaa datang jugak ye majlis thia aritu? tak tegurpun ye,huhu…:P lagipun ramai sangatlah sahabat2 dia yang datang sekali memang tak perasan, lagipun saya tak tengok orang sangat sebab segan, hahah..terima kasih fizz sahabat lama..:)

  27. edah Reply

    cantik beb gambo ko ambik kat pantai..suke3…

  28. Reen Reply

    suka post kat pantai klanang nie… agak2 esok nanti kat shah alam sempat tak nak g sini? hehehe

  29. azim Reply

    slm.. pandai ko cover strap camera ye acaii.. :)

  30. faisalhjrahim Reply

    edah – thanks da…:)

    Reen – waaaaa, jauh tu dari shah alam ke banting,hehee

    azim – ehehe, biasalah zim..:) thanks. lama tak dengar khabar, moga sihat2 zim..

  31. bani jamian Reply

    askum bro acai.Masih ingt sya bro ada shot kat umah saya masa wedding my sis.

  32. faisalhjrahim Reply

    bani – salam bro bani, mestilah ingat,hehe. kat sungai manggis tu kan. Masa tu akupun baru belajar pegang kamera lagi,hehe..:)

  33. matt Reply

    mmg power la gambor ko bro..angle,idea,kreativiti…paling best kaler dia..editing ko mmg power..pakai apa bro? PS..? layer by layer ke

Leave a reply