Bismillahirrahmanirrahim


Teaser Fathiyyah & Umair, Gombak


Alhamdulillah, Ramadhan hampir tiba. Ramai juga antara kita yang menyambut Ramadhan pertama kali bersama insan baru dalam hidupnya tahun ni. Termasuklah sahabat yang aku shoot minggu lepas ni :) Ada juga yang menyambut Ramadhan dan Syawal terakhir sebagai ‘orang bujang’ sebelum mendirikan rumah tangga selepas ini. Itulah antara saat-saat yang akan dikenang sepanjang hidup kita.

Biasanya pada bulan inilah timbul keinginan untuk kembali kepada sifat hamba yang menjadi fitrah kita semua. Ustaz aku dulu cakap ada 2 cara kita nak jadikan bulan Tarbiyyah ini sebagai bulan memperbaiki diri. Pertama dengan ilmu dan kedua dengan bermujahadah (melawan nafsu). Masa ni lah kita dapat nilai betapa besar nafsu kita tanpa kehadiran faktor ketiga iaitu syaitan. Insyaallah minggu ni merupakan minggu terakhir aku shoot majlis walimah sebelum berehat panjang sempena Ramadhan. Lepas raya nanti baru sambung ambil gambar kahwin :)


Wallahua’lam.



Nota kaki : Aku cuba style baru plak display gambar dalam blog ni. Kalau tak ok bagitau ye sahabat2 :)

Wassalam.



Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

24 Comments

  1. Masy Reply

    selamat berpuasa acaii :)

  2. faisalhjrahim Reply

    Kak Masy – selamat berpuasa kak ye..:) dah abis ganti pose lum?keke

  3. xora Reply

    A.Acai, abg dah tak letak ke watermark kat gambar abg?

  4. aida Reply

    salam acai,
    lama tak jenguk acai kat sini. moga bisnes makin maju. cantik la gambar2 acai amek skrg ni. rasa mcm nak kawen semula nak suruh acai amek plak.. hahaha!
    Selamat berpuasa acai! :)

  5. faisalhjrahim Reply

    xora – salam ixa, hehehehe. dah lama tak letak sebab rasa semak skit. Lagipun sapalah nak amik gambar saya,hehe. Nape ixa?

    aida – salam aida, waaaa lama tak nampak,heheh..:) moga keluarga semua sihat2 ye aida..terima kasih aida ye, selamat menyambut ramadhan juga :)

  6. awe Reply

    Sensei, canvas putih tu tak berape jelas la. Kalu clear lagi cun rasanya. Pandai je aku ni komen…

    Selamat menyambut puasa.Aku tahun lepas 4 orang tahun ni 5 orang. Makin meriah la meja makan rumah aku nanti…

  7. Helmi Reply

    dah lama tak melawat lama sesawang acai… Selamat berpuasa.. jangan lupa ganti puasa tahun lepas…hhehehehe

  8. faisalhjrahim Reply

    awe – thanks awe..:) tapi memang tujuan aku nak taruk putih sebagai frame..cuma macam tak ‘in’ sangatlah,hehe..tengoklah nanti,hehe..aku nak buka puasa kat rumahko bleh awe tahun ni?hehe

    helmi – salam sifuuu, lama menghilang di Jepun,hehe. rindu aku nak tengok gambar2 ko nanba..:)

  9. sha Reply

    thn ni jugak sy 1st tyme smbut raye lps jd istri org~~ :D
    dan klu bby nk kua b4 raye,raye btiga la plak thn ni…hehee~~~ **tp due ps raye sbnanye…ekeke**

  10. cot Reply

    background + frame kaler same…
    so xbrp into sgt…
    kekekke…
    slmt pose caii..
    jgn lupe buat buke pose kt rmh ko..
    aku nk dtg ni…
    lauk ikan stim jgn lupe r…..
    wakakakaka

  11. Mr Fathi Reply

    makin lama makin best masuk blog Acaii ni…walaupun sekadar frame gambar teaser je tapi best…hehe.Ditambahkan dgn lagu UNIC ni…bertambah menghayati la baca entri terbaru ni…

    selamat berpuasa

  12. ainul arina Reply

    tak sabar nak tngok gambar wedding fathiyyah. ^_^

  13. faisalhjrahim Reply

    sha – salam sha, waa lama tak nampak kat sini :P bestnya terus beraya bertiga tahun ni :P tapi mintak2 lepas rayalah sebab sian nanti tak beraya plak,haha :) semoga semuanya selamat sha ye.

    cot – haha, itulah pasal cot..akupun rasa camtu..sebab tu aku add frame garisan tu,ceeewahh..boleh je cot..nanti aku buat yang besar punya,hahaha

  14. faisalhjrahim Reply

    Mr Fathi – salam bro fathi, hahaha siot je..:) terima kasih dan selamat berpuasa fathi..jangan ponteng pose ye,hahaha

    ainul arina – salam ainul, terima kasih sudi singgah sini ye. insyaallah minggu depan saya upload full entry majlis dia ye..:) kena minta kebenaran dia nak upload gambar2 tu..:)

  15. amor_mie Reply

    Selamat b’pose n jg kaunter zakat juga… :)

  16. faisalhjrahim Reply

    amor_mie – salam kak..:) Selamat menyambut ramadhan juga kak..jaga kaunter tahun tak banyak sebab bizi,hehe

  17. sha Reply

    salam cai~~ :D
    aah…lame da x msuk blog ni…bz sket~~ huhu..
    2la psl..hrp2 lps raye la bby kua…krg nanges plak tgk org mkn rendang same ketupat T_T
    pujuk2 bby soh kua ps raye…t bby pown dpt mkn rendang jugak dlm perut…hehehehe~~~
    tenkiu ea…mudah2an slmt sumenye..ameen~~

  18. Bro Fisol Reply

    salam…

    Selamat menyambut Ramadhan Acai…samalah kita mempertingkatkan amal ibadat kita.

  19. asyila Reply

    wuuu.. tak sabaq jugak nak tgok gambar wedding thia! :D

    Cepat2 upload ok!

    1st time tinggal jejak :)

  20. fathiyyah Reply

    salam bro

    baru balik gombak n buka tenet

    me n umair menunggu2 jugak gamba dr bro. akan ada pemilihan gamba ke? tak saba mahu tgk. mesti cantik :D

  21. faisalhjrahim Reply

    sha – salam sha, hehe takpe memang masing2 bizi..:) semoga semuanya selamat nanti ye. betul tu, kalau dah keluar sebelum raya, kena ganti puasa lagi, kena tahan makan lagi,hihi..:) semoga dapat jadi ibu mithali yang diredhai Allah ye,amin.

    bro fisol – salam bro fisol..:) terima kasih. selamat menyambut ramadhan juga!! :)

  22. faisalhjrahim Reply

    asyila – salam asyila, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye..:) hehe, ni member thia tu kan :P orait, insyaallah minggu depan upload full entry diaorang berdua :)

    fathiyyah – waaaa pengantin,hehe..salam thia, insyaallah saya upload minggu depan ye. pape saya email nanti. jumpa esok ye,hehe

  23. Faiz Faiza Reply

    Salam Acai,

    lama xtinggal jejak kt sini.

    oh, nak kongsi boleh? terasa sayang pulak kalau tak dikongsi =)

    Kata Hubabah Halimah al-`Aydrus,
    “Org yg tidak bisa mndapatkan air segelas di musim ujan, akankah dia bisa mendapatkn air di musim kemarau? Ke mana sahaja ni orang? Seperti itu jugalah jika ada seseorang tidak mndapatkan Rahmat ALLAH سبحانه وتعالى di bulan Ramadhan, jgn pernah berharap Rahmat ALLAH di bulan-bulan yg lain. Kerana ini adalah bulan selama 30 hari penuh, turun cucuran hujan rahmat dari ALLAH سبحانه وتعالى”

    Kuliah tersebut boleh dimuat turun di ukhti27

    Ahlan wa sahlan ya Ramadhan Kareem

  24. faisalhjrahim Reply

    faiz faiza – salam awak, waaaa patut lama tak nampak kat sini..:) moga sihat2 hendaknya ye..:) terima kasih atas perkongsian yang sangat bermakna itu ye..:) sangat2 hargainya..

Leave a reply