Bismillahirrahmanirrahim
Teaser Dr Mastura & Dr Akasyah, Kuala Lumpur
Jika ada yang bilang ku lupa kau
Jangan kau dengar
Jika ada yang bilang ku tak setia
Jangan kau dengar
Banyak cinta yang datang mendekat
Ku menolak
Semua itu karena ku cinta kau
Perasaan cinta itu memang merupakan satu fitrah manusia. Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi dialami oleh setiap insan baik muda mahupun tua. Allah telah menganugerahkan manusia naluri tersebut untuk meneruskan keturunan manusia. Malangnya ramai remaja sekarang hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang cinta tersebut.
Sebenarnya cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah. Sebab itu Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan. Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan untuk mengejar kebahagiaan abadi di akhirat kelak.
Kalau konsep mudah ini difahami oleh semua, insyaallah gejala pembuangan bayi dan perkara tidak baik dalam masyarakat tidak berlaku. Walaupun nafsu kadangkala menguasai diri tatkala iman sangat nipis di dada, tetapi dengan sedikit ilmu dalam diri kita akan cepat sedar perkara yang dilakukan betul ataupun tidak. Sebab tu kita kena sentiasa mohon keampuanan dari Allah sepanjang masa. Manalah tahu hari ini merupakan hari terakhir kita hidup di dunia.
Wallahua’lam.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com
Masy
ada yg buta disebabkan cinta, ada yg matang disebabkan cinta.
hrap2 apa yg ada pd kita mmbawa kita ke jln yg benar n baik2 saje :)
faisalhjrahim
kak masy – ya betul tu kak..:) sebab tu kena ada matlamat, baru tak buta insyaallah..
namida
salam tokey..hehe..
sbb tu dlm Islam digariskan panduan jgnlah berdua2an,kerana ia blh membawa kepada zina..tambah lagi zaman skrg,serba serbi mencabar…
dah nama pon akhir zaman, perkara begini akan berlaku jua..cuma kita yg ada ini,sentiasa mengingatkan pada yg muda kan..kan..kan..
faisalhjrahim
namida – salam kak, waaaa lamanya tak nampak kat sini,hehe. Mudah2an kita semua dipelihara oleh Allah dari melakukan perkara2 seperti itu dan diampunkan oleh Allah sekiranya pernah melakukan perkara seperti itu. Yang penting kita saling mengingat ke arah kebaikan kan kak..:)
atong
peh acaii dah ada trademark..acai jawe photogrphy..tapi memamng betul zaman sekarang nie org macam dah tak tau yang mana baik dan yang maner buruk,yang mane dosa yang mane tidak.
faisalhjrahim
atong – salam tong, wes suie orak weroh dok? yup, aku setuju..:) sebab tu lah makin susah nak mendidik anak pada zaman sekarang ni tong..anak ko waras?
shasha
fuhhyoooo….acai sejak bila ko pandai jiwang2 nie…ehem2..ada lebih meh la satu kikikik
azieazah
Salam dindaku ESAL…
cinta itu anugerah.
Menghargai pemberi anugerah itu cinta yang paling bernilai..
Semoga kita semua saling cinta mencintai tanpa prasangka.
GLizZY
~ Lawa watermark terbaru ni, teaser anda sgt mengancam yer..
(,”) Merci..
ataong
aku enek tapi sibok sitik lar caii.anak ku waras tpi meneh rak reti meneng usil wayer..meneh rep dadi kakak west kie.caii kapang arep ngajar aku caii..
faisalhjrahim
shasha – hahahaha, mana da jiwanglah paiz..:) laaa, aritu aku nampak ko dating tu ngan sapa paiz?hihi..
kak azieazah – salam kak zie, waaaaaaaaaaaa lamanya tak dengar khabar kak zie. Moga kak zie sekeluarga sihat2 hendaknya ye..:) terima kasih atas ingatan tersebut ye kak zie..:)
faisalhjrahim
glizzy – salam bro..:) weh, lama gila menghilang? dalam forumpun tak nampak,hehe..:) thanks ye..
atong- hahaha, biosolah tu tong bocah memang kayo kuie lah..:) alaaa, kapan sih arek ketemu riko?hehe
bibimie
pergghh… bleh bukak kelas bahasa jawa…
gambar terbaeekk…
kasih
:) alhamdulillah….
kasih da jumpa ‘cinta’ yg acai maksudkan…
cinta sesama manusia tapi semuanya mengarah kepada DIA…
syukur sgt2…
faisalhjrahim
bibimie – salam kak :) hehe, terima kasih kak ye..
kasih – salam puan tinie, hehe..waaa sukanya dia dah jumpa cik abg dia,keke..:) selamat menyambut ramadhan wak!!