Bismillahirrahmanirrahim



Alhamdulillah dah 6 hari kita semua berpuasa di bulan Ramadhan. Semoga latihan Ramadhan kali ni mengubah diri kita menjadi seorang yang lebih baik. Lebih tinggi sifat sabarnya, lebih ikhlas menjalankan ibadah, lebih baik akhlak dan tutur kata, lebih hormat kepada orang lain serta lebih banyak sifat-sifat terpuji lain. Semua tu takkan berlaku kalau kita tidak berusaha mencapainya.

Kali ni aku nak update majlis persandingan pasangan Dr Mastura & Dr Akasyah yang diadakan di Wisma Sejarah. Kali pertama aku shoot kat sini. Mastura ni baru habis belajar di Ukraine. Akasyah plak memang bekas student sana gak tapi dah bekerja di hospital :) Walaupun Mastura baru balik ke tanah air tak lama sebelum majlis berlangsung tapi alhamdulillah majlis semua berjalan dengan lancar dan meriah.

Layan sedikit gambar sekitar majlis diaorang ni :



Masa sesi outdoor tu kitorang tak tau nak pergi mana, last-last buat keputusan pergi UPM. Walaupun agak jauh dari dewan tapi oleh kerana majlis selesai awal sempatlah shoot kat sana gak, hehe. Selepas habis guna baju pengantin diaorang request untuk shoot menggunakan jubah konvo kat Ukraine sana. Budak-budak dalam UPM tu pelik je tengok jubah diaorang, hehe.Layan sikit outdoor diaorang ni.


Aku ucapkan selamat pengantin baru untuk kedua-dua doktor muda ni :) Semoga dapat berkhidmat dengan sabar dan terbaik untuk masyarakat kita, ceewahh. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan bahagia hingga ke syurga, amin. Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang membantu sepanjang majlis berlangsung, Khairul Hafiz a.k.a Cot. Beliau juga sedang mencari pasangan hidup. Bolehlah kenal2 ngan dia, hehehe. *jadi blog cari jodoh plak blog aku ni, haha.


Nota kaki : Insyaallah lepas raya nanti aku keluar pakej baru. Jadi sapa2 yang nak book aku ikut harga lama boleh tanya melalui form blog ni atau pun email aku sebelum raya ni. Aku cuba jawab pertanyaan korang satu persatu ye. Terima kasih.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

24 Comments

  1. sil Reply

    dari dulu-dulu sampai sekarang saya sukaaaaa sangat tengok pics outdoor kat upm. (sambil imagine majlis diri sendiri kat situ teehee)
    two thumbs up! salam ramadhan yo.

  2. faisalhjrahim Reply

    sil – salam sil, terima kasih dan salam ramadhan kembali..:) alaaa, cepak waelah ladang kuie karo rumah ee mengko ngantinan,hehe…:P

  3. Kerul Shukor Reply

    Salam, waaa..ada outdoor pkai bju konvo tu..hehe, comel je korang berdua..btw cai..tetap jeles ngn edting ko..huuu..slmat berpose keenam..hehe

  4. faisalhjrahim Reply

    Kerul Shukor – Salam sahabat, terima kasih kerul..alaaa dengan ko lagilah banyak aku jeles,hehehe:) memang comel diaorang kan :) selamat berpuasa juga kerul. Nanti kita jumpa :)

  5. cot Reply

    salam caii…
    hampes sungguh..
    siap promot lagi kt bawah²..
    wakakakakakkaka..
    btw tq ajak aku shoot aritu…
    byk bnde yg dpt bljar..
    hehehe
    nnt aku bwk ayam golek sekor g rmh ko…
    ko nk ajar editing plk kn..
    wakakkakakaka

  6. faisalhjrahim Reply

    cot – salam cot, hahahaha..saje je nak promote kawan2..:) boleh jelah cot..aku bukan reti buat editingpun,nak ajar apanya,hehe..neutral kaler je maa…:) thanks cot follow aku ye hari tu.

  7. IntrigCinta Reply

    Salam Sahabat,
    Cantik pelamin dan cantik gambar2 yang faisal amik…amboi dah nak jadi matchmaker ye skrg?hehehe..tinggi la saham kwn faisal lepas nie :)

  8. Mr Fathi Reply

    dari pemerhatian saya,gambar2 kang acaii lebih hensem.lawa dan gojes time outdoor photoshoot je…indoor nampak mcm terlalu skema(mungkin ramai sgt fotografer kt M’sia ni)…apa2 hal memang terbaiK!!!

  9. ViniL Reply

    terbaek~~ salute la abam acai.. kipidap bro….

  10. awe Reply

    Nampaknya sensei dah mula banyakkan imej gambar2 group sebab kadang2 ramai jugak tetamu kat kat luar tu nak tengok gambar masa diaorang gi kenduri sedara dan kawan2…kalau pengantin nanti diaorang dpt album yg lengkap…tul tak sensei??

    Cots..seperkenalan aku dia ni..memang hensem member aku ni sorang..saper2 nak wat menantu bolehlah..dah lah baik pulok tu…beriman orang kata..haa.haa cabooottt!!!

  11. bibimie Reply

    aa… nak ikut cik acai jugak pas nih… hehehe…

    p/s nak bayar zakat kat acai… kaunter kat ner?

  12. faisalhjrahim Reply

    Intrigcinta – Salam sahabat, terima kasih..:) hehe, kawan tu asyik komplain je takde makwe jadi saya jadi tukang hebah2 kan je,hehe..selamat menyambut ramadhan cinta :)

    Mr Fathi – Salam bro, waa ni komen yang aku nak dengar,hehe..sebenarnya memang sengaja aku buat camtu, nak buat ke arah style korporat selepas ni :) lagipun wedding ni yang boleh nak kreatif biasanya tang make-up, detail ngan outdoor je. yang lain semuanya sama,hehe. Sebab tu ada photographer yang cuma taruk gambar make-up dan outdoor je dalam blog/website diaorang :) Aku taruk benda ni sebab biasanya itu yang pengantin nak tengok dalam blog ni :)

  13. faisalhjrahim Reply

    Vinil – hehe, thanks bro..:)

    Awe – salam awe, hehe betul2 awe. Kalau boleh aku memang nak banyakkan group foto ni. sebab pengantin suka ada gambar family diaorang dalam blog,hehe. Kalau hanya taruk gambar cincin, keris, make-up je dalam album kahwin tu macam bukan kahwin je,hihi..cot memang hensem, baik hati, baik budi pekerti dan penyayang tau,hahahha

    bibimie – salam kak, waaa nak ikut gi mana kak?amik gambar?hehe. saya jaga kaunter kajang kak..:)

  14. Masy Reply

    cantek kaler baju dorg! ai laikeeee~

    gmbr acai amek pon cantek gak :) penat nk puji hihihi

  15. cot Reply

    patut la t’gerak hati aku nak bukak entry ni skali lagi arini…
    ade org duk sbut psl aku rupenye…
    wakakkaka…
    acaii & awe, hampes korang…hahahahha…tq la tlg promot ye…
    dah dpt calon t aku jemput knduri ye…
    wakakakakkakakkaka

  16. asrar fiza Reply

    apa?????
    cot nak bawak ayam golek?

    buat susah2 jer…hehehe
    bawak lah sekali air sirap bandung eaaaa….:) heheheh

  17. Mak Su Reply

    salam ramadhan acai…. nice pictures, serious… buatkan maksu rasa nak berfoto shoot pulak :)

  18. faisalhjrahim Reply

    Masy – hehe, cantik kan kak..akk nak pakaipun bolehlah :P tapi peliklah orang tengok,hahaha.. thanks kak ye.

    cot – hahahahaha, boleh dengar gak ek ko orang ngumpat,hihi..:) insyaallah tak lama lagi dapatlah cot,hehe..

  19. faisalhjrahim Reply

    asrar fiza – tak abis2 ngan air bandung dia tu,hehe

    Mak Su – Waaaaa mak su..:) salam ramadhan..:) terima kasih mak su..saya menyokong penuh mak su berfoto shoot!!hehe

  20. CM Reply

    Acai.. terlalu banyak sangat gambar potong kepala lah :D

  21. faisalhjrahim Reply

    CM – kekekeke, siot je..tu nak tunjukkan baju+emosi sebenarnya, kalau tunjuk muka nanti orang tengok muka,ceewwahh..thanks bro..:)

  22. fathiyyah Reply

    kak fiza suka air bandung? ..
    oooooh ooooohh

    tantek tantek album ni

  23. taqo Reply

    Salam bro jawe.
    nyong asik banget jelok gamber2 nye. hoho~ terbaik.
    terus ye,hope sukses. insyaAllah.

  24. faisalhjrahim Reply

    thia – salam thia :) aah kak fiza tu memang suka air bandung,hehe. semoga baik2 kat sana thia. dah balik nanti bagitau ye. Thanks.

    taqo – Salam bro, waaaa jowo jugak yo kang,hehehe..:) thanks..sama2 kita belajar. salah silap tolong tunjukan :)

Leave a reply