Tips bekerjasama dgn photographer

Bismillahirrahmanirrahim


Kita kembali lagi dalam ruangan tips. Ruangan tips kat blog ni aku buat untuk sama-sama berkongsi serba sedikit pengalaman aku sebagai seorang photographer dan pernah jadi customer dulu. Kali ni aku nak cerita tentang perkara yang sepatutnya dilakukan oleh bakal pengantin untuk bekerjasama dengan photographer kahwin yang telah dipilih oleh mereka.


Teaser wedding Dr Ramzdhan & Anyra, Keramat


Cam biasa aku buat style point supaya lebih senang faham.

  1. INFO MAJLIS : Satu perkara yang selalu terlepas pandang ialah menyangka photographer tahu segala-galanya tentang majlis kita. Kita sangka mereka tahu perjalanan majlis, tetamu yang bakal datang, kenal ahli keluarga dsb. Walaupun kebanyakkan majlis kahwin hampir sama, tetapi adalah baik kalau kita terangkan secara ringkas perjalanan majlis kita, kenalkan dengan ahli keluarga termasuk saudara mara serta orang2 penting dalam majlis. Setiap majlis juga kadangkala mempunyai tradisi berbeza yang mungkin perlu penjelasan dari pengantin. Ia penting supaya mereka dapat rancang kedudukan dan timing mereka dalam majlis tersebut.
  2. PERSEDIAAN PENGANTIN : Persediaan pengantin merupakan perkara yang paling penting. Maksudnya persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi hari berbahagia mereka. Ada pengantin yang berhempas pulas siapkan majlis sampai muka mereka nampak letih semasa majlis persandingan. Mata mereka sembab dan merah sebab kekurangan tidur. Tenaga mereka juga tidak banyak ketika menghadapi hari yang penting tersebut. Bila badan dah letih sangat, mukapun dah tak ceria. Lebih-lebih lagi bila sesi outdoor pada sebelah petang. Secara tidak langsung ia menjejaskan gambar yang bakal diambil oleh photographer.
  3. PERSONALITI PENGANTIN : Satu perkara yang perlu diingat, photographer juga adalah seorang manusia biasa. Kalau mereka bekerja dengan ceria dan seronok dalam majlis kita mungkin idea mereka lebih banyak dan lebih kreatif. Jadi kalau pengantin masam dan garang je, tanya sepatah jawab sepatah. Mood mereka nak bekerja pun boleh terjejas. Bagaimana kalau bos tempat kita bekerja layan kita macam kuli dan tak hormat kita dengan alasan mereka bayar gaji kita? :)
  4. KERJASAMA : Ada photographer mempunyai style dan cara mereka tersendiri untuk mendapatkan hasil gambar yang baik untuk kita. Sekiranya ia tidak keterlaluan, berilah kerjasama yang baik kepada mereka. Sekiranya kita tidak selesa bagitau terus kepada mereka supaya mereka faham. Photographer yang bagus biasanya dapat sesuaikan cara pose pengantin berdasarkan karektor mereka. Cuba berbincang dengan photographer tentang ni sekiranya ada perkara yang tidak boleh dan tidak selesa untuk dibuat sepanjang majlis.
  5. LAIN-LAIN : Antara perkara lain yang nampak macam tak penting adalah seperti mempelawa photographer makan, hehe. Bukan apa, ada photographer yang jalankan tugas seawal 9 pagi. Jadi ada yang tidak sempat bersarapan pagi. Pastu mereka bertugas sampailah lewat petang tak sempat nak makan tengahari. Kalau photographer tu diet takpelah, tapi kalau jenis yang banyak makan mesti dia kelaparan sangat, haha. At least jemputlah sebab ramai sahabat-sahabat photographer yang aku kenal jenis malu-malu nak makan kalau tak dijemput. Lagipun kitorang dijemput untuk buat kerja bukan sebagai tetamu:)



Sebenarnya memang banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian, tapi cukuplah perkara penting tersebut buat masa ni. Bagi aku yang lebih penting, pengantin mesti cukup tenaga, tenang, selesa dan perlu menikmati hari berbahagia mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, kena belajar kawal emosi, confident dengan diri sendiri dan sentiasa tersenyum sepanjang majlis.

Banyak mata-mata yang melihat kita sepanjang majlis berlangsung (macam tak biasa plak pergi majlis kahwin). Kalau kita bermasam muka disebabkan masalah kecil dalam majlis, ia boleh dilihat oleh semua orang. Jangan sampai orang cakap kita kena paksa kahwin plak:) Untuk akhirnya, enjoy your big day!!



Nota kaki : Entry ini ditulis pada September 2010.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Outdoor Umair & Fathiyyah

Bismillahirrahmanirrahim



Oklah, dah tutup cerita pasal raya. Masing-masing dah mula tumpukan kepada kerja yang tertangguh dek kerana sambutan raya yang panjang :) Sebenarnya konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa aidilfitri adalah satu perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat.

Walaupun budaya kunjung mengunjung saudara mara dan bermaafan ketika hari raya tu tidak dilakukan pada zaman Rasulullah, tetapi budaya tersebut diharuskan dan digalakkan atas kebaikan yang terdapat dalam perkara tersebut. Semoga kemenangan kita selepas kembali kepada ‘fitrah’ dapat diteruskan pada bulan-bulan lain, insyaallah.

Aku upload sesi outdoor pasangan Umair & Fathiyyah yang diadakan beberapa hari sebelum Ramadhan lepas. Minta-minta tak down lagi blog aku ni :)



Alhamdulillah, walaupun tidak dikenali dalam industri wedding photography ni tapi rezeki tu tetap ada. Kalau boleh memang aku nak kekalkan low-profile dengan hasil kerja yang baik untuk client-client aku. Sebab tu dari masa ke semasa aku perbaiki kelemahan yang ada untuk jadi yang lebih baik. Ia merupakan satu proses panjang dan berterusan sampai bila-bila.

Untuk makluman semua, aku dah tak menerima tempahan menggunakan khidmat aku sehingga akhir bulan April 2011. Terima kasih kepada semua bakal pengantin yang booked awal untuk majlis korang:) Insyaallah aku akan buat yang terbaik untuk korang semua. Doakan kesihatan dan keselamatan aku sepanjang masa. Wallahua’lam.



Nota kaki : Entry akan datang, insyaallah aku nak tulis tips bagaimana pengantin nak bekerjasama dengan photographer :) tunggu ye.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Cerita beraya di kampung

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, kebanyakkan kita dah mula kerja hari ni setelah bercuti panjang untuk beraya. Masing-masing dengan cerita raya yang tersendiri :) Akupun tak tahu jin apa yang merasuk aku sampai makan tak ingat dunia masa raya kali ni. Sampai segan nak taruk gambar kat sini sebab dah gemuk, haha.

Tahun ni aku beraya di Kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Bila beraya kat sini teringat masa zaman membesar di kampung yang masih ‘suci’ lagi. Keadaan kampung yang hening dan sejuk ketika waktu pagi diselangi bunyi burung dan cengkerik, air parit yang jernih, masa berjalan perlahan, tiada bunyi kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Jangan kata broadband, telefonpun kekadang takde line :)

Dah lama juga aku tak jalan kat rumah atas, bila berjalan boleh bunyi papan berkeriuk satu rumah. Kalau budak2 berlari-lari memang almari lama yang ada cermin tu pun bergegar sama :) Teringat dulu semasa kecil, kena jalan jinjit masa jalan kat atas rumah sebab abah tidur. Kalau berlari memang alamat kena rotanlah sebab gangu abah tidur, hehe. Ni sedikit gambar tempat aku beraya :



Kat kampung belah sini memang ada majlis kenduri tahlil arwah pada hari raya kedua. Jadi persiapan menyediakan juadah tu memang meriahlah. Lelagi dengan kehadiran saudara mara dari seluruh negara. Dengan hari lebaran ini, hubungan silaturrahim dapat dieratkan dan dikukuhkan. Saudara mara yang jauh dapat didekatkan. Semoga tradisi ini dikekalkan.

Satu hari nanti, mungkin bila dah bersara aku cadang nak duduk kat kampung camni. Hidup bermasyarakat, berbakti kepada tanah, bersolat 5 waktu di masjid berhampiran dan habiskan sisa2 hidup dalam suasana tenang dan damai dari kesibukan kota. Entahlah, walaupun mungkin ramai yang tidak suka tapi mungkin jiwa aku memang begitu :)



Nota kaki : Beraya di Banting dipenuhi dengan cerita Sosilawati je:) Terkenal Banting di seluruh negara. Jemputlah datang ke Banting semua ye, hehe.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

Salam Lebaran 1431H

Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, blog aku dah kembali pulih setelah lebih 2 minggu down. Dapat juga aku restore entry-entry lama sejak 2 tahun lepas. Rasa rugi plak kalau aku nak start balik dari mula. Sebenarnya kalau korang seorang blogger, berblog ni jauh lebih best dan menjadi keutamaan berbanding medium sosial lain seperti facebook, twitter dsb. Hanya blogger yang tahu rasa tu, hehe.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Salam Lebaran 1431H kepada semua pengunjung blog aku ni terutamanya kepada ex-client, bakal client serta sahabat-sahabat yang mengenali aku selama ini. Mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata dan perbuatan aku yang menyinggung perasaan semua sama ada aku sedari atau tidak. Aku masih berusaha perbaiki diri aku dari masa ke semasa. Aku tak pernah dan takkan menjadi sempurna sampai bila-bila.

Janganlah beraya depan TV atau depan komputer menghadap facebook je. Cubalah belajar eratkan ukhuwah sesama jiran, sahabat handai dengan mengunjungi mereka. Kukuhkan lagi silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara yang jauh dengan mengenali mereka. Jaga solat walaupun sibuk beraya. Jaga batas aurat terutamanya ketika bersalam dengan orang bukan muhrim. Semoga perjalanan sepanjang beraya nanti selamat dan dilindungi Allah hendaknya. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tahun ni balik beraya di Bagan Dato’, Perak :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com