Bismillahirramanirrahim



Alhamdulillah, blog aku dah kembali pulih setelah lebih 2 minggu down. Dapat juga aku restore entry-entry lama sejak 2 tahun lepas. Rasa rugi plak kalau aku nak start balik dari mula. Sebenarnya kalau korang seorang blogger, berblog ni jauh lebih best dan menjadi keutamaan berbanding medium sosial lain seperti facebook, twitter dsb. Hanya blogger yang tahu rasa tu, hehe.

Di kesempatan ini aku nak mengucapkan Salam Lebaran 1431H kepada semua pengunjung blog aku ni terutamanya kepada ex-client, bakal client serta sahabat-sahabat yang mengenali aku selama ini. Mohon maaf sekiranya terdapat kata-kata dan perbuatan aku yang menyinggung perasaan semua sama ada aku sedari atau tidak. Aku masih berusaha perbaiki diri aku dari masa ke semasa. Aku tak pernah dan takkan menjadi sempurna sampai bila-bila.

Janganlah beraya depan TV atau depan komputer menghadap facebook je. Cubalah belajar eratkan ukhuwah sesama jiran, sahabat handai dengan mengunjungi mereka. Kukuhkan lagi silaturrahim sesama keluarga dan saudara mara yang jauh dengan mengenali mereka. Jaga solat walaupun sibuk beraya. Jaga batas aurat terutamanya ketika bersalam dengan orang bukan muhrim. Semoga perjalanan sepanjang beraya nanti selamat dan dilindungi Allah hendaknya. Wallahua’lam.



Nota kaki : Tahun ni balik beraya di Bagan Dato’, Perak :)


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

4 Comments

  1. amyn Reply

    selamat hari raya chai,
    minta ampun maaf.

  2. faisalhjrahim Reply

    amyn – salam myn, lamanya tak jumpa minum2 kat rahimah,hehe.. selamat hari raya juga ye. Maaf Zahir dan batin..

  3. ikhwanmuda Reply

    Selamat Hari Raya ke-10 en. Acaii (masa aku tilis komen ni).

  4. faisalhjrahim Reply

    ikhwanmuda – salam kang, selamat hari raya kembali..:) maaf zahir dna batin ye.

Leave a reply