Bismillahirrahmanirrahim



Masa kecik-kecik dulu abah selalu bawak aku pergi stadium tengok bola. Ketika Highway Elite belum ada lagi jarak perjalanan dari rumah aku ke Stadium Shah Alam tu lebih dari 80km melalui pekan Klang. Biasa abah bawak kereta dan aku duduk belakang ngan adik aku pegang bendera Selangor yang sengaja dijulurkan keluar kereta :) Memang best bila dikenang semula.

Malam tadi aku gi tengok bola Selangor vs Kelantan dalam perlawanan suku akhir Piala Malaysia. Tiket aku ditaja oleh member aku, Atong :) Apa yang bestnya tengok bola kat stadium ni bukanlah tentang game tersebut, tapi lebih kepada suasana dalam stadium tu. Dengan mercunnya, gaduhnya, bisingnya dan jumpa ramai orang gila yang buat best gi stadium, hehe. Kalau nak kira game kat Malaysia ni sama je macam tengok bola petang-petang kat kampung. Bezanya kat kampung takde orang nak usung keluar kalau kita berlakon injured sebab kepenatan berlari di padang :P

Layan sikit suasana dalam stadium malam tadi. Aku guna D80 ngan lens fish eye aku je. Aku nak tengok bola, bukan nak amik gambar,haha.



Penyokong Selangor dan Kelantan memang terkenal dengan fanatiknya. Jadi seperti diduga memang berlaku kekecohan dan pergaduhan kecil. Aku dengar ada penyokong Kelantan meninggal akibat sesak nafas. Al-fatihah untuk arwah. Walaupun kadangkala aku pelik dengan sikap penyokong2 yang selalu buat kecoh ni tapi hakikatnya itulah penyokong bola sepak Malaysia. Datang stadium kalau team kita kuat, kalau asyik kalah nama player pun tak amik tahu.

Aku rasa dah ramai yang bercakap tentang mutu bola sepak negara. Seperti kebanyakkan orang, aku rasa selagi bola sepak ni dipegang oleh kerabat sultan dan ahli politik maka sampai bila2 tak kemana. Pemain bola kat Malaysia plak baru wakil negeri je dah jalan tak pijak bumi. Terasa diri hebat. Berkawan ngan artis dan masuk majalah bukak baju tunjuk badan kat kolam renang. Walaupun tak semua tapi itulah yang orang lain tengok di luar. Betul tak aku cakap?



Nota kaki : Pasni baru aku update full entry majlis Isma & Halim, hehe. Kat atas tu ada gambar diaorang tengok bola sama-sama,ceewahh..


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

22 Comments

  1. Masy Reply

    serius, peminat yg fanatik terlebih ni akak rasa sakit jiwa. minat dah la. yg sampai nk bergaduh pe sume. ingt pemain bola tu sume nk back up korang? kenal korang? mampuihhh la lu sume.. jaga diri jelah.

    akak teringin nk layan bola kt stadium. tp memandangkan ramai yg gila drpd yg waras, baik dok umah tgk tv jelah.

    tp tv1 mlm td tayang kedah vs ganu. cessss

  2. faisalhjrahim Reply

    Kak Masy – Salam kak, haha. Itulah kak, diaorang kekadang ni memang pelik skit perangainya. Kalau tak gaduh tak sah..:) Jumaat ni ada game Kelantan vs Selangor ni kat TV kak..:)

  3. SisHoney Reply

    salam caii,

    1)pasukan mana yang menang cai?

    2)sis dah bertahun tak tgk bola sepak malaysia.org cakap kita ni tak patriotik.yelah pemain malaysia lebih patrotik agaknya dari sis

    3)sis xpernah pergi stadium kalo pasukan negeri.sbb abg sis xpernah benarkan dulu tau.

    4)best je tgk EPL bila org2 tua selamber je dok tgk bola tak kira lelaki dan perempuan.org malaysia?mmg ajalnya.tapi…

    5)cai beckham pun bukak baju.ronaldo pun bukak baju.messi pun bukak baju.tapi mereka still best kan padang :-)

  4. SisHoney Reply

    p/s opsss lupa plak apsal pic dr atas cai…xnak menampakkan diri anda yg slim kah?

  5. din Reply

    game ok ke cai?? 0-0 cam xbest je. hehehee.. player nk main pun musti terganggu kan bila ada fan² fanatik cam ni. ish3..

  6. faisalhjrahim Reply

    sishoney – salam sis..:)
    1. malam tadi seri je sis,hehe. jumaat ni perlawanan kedua plak..

    2. Kekadang acai layan gak nak mengetahui perkembangan bola sepak negara. Bagi sokongan mana yang mampu,hehe

    3. hehehe, acai pernah pergi stadium batu kawan kat penang tu sis,hehehe.

    4. mentaliti kat sana ngan kat sini masih jauh berbeza sis,hehe. kat sini kalau tensen patahkan kerusi baling kat penyokong lawan,hehee.

    5. hahahahhaa, tu lain sis. kat malaysia ni buka maju kat tepi kolam renang ngan artis2 seksi. tak berkaitan langsung!! huhu

  7. faisalhjrahim Reply

    sishoney – hahahahahha, nak kena betul sis!!

    din – game biasa je. player berlari ke depan tapi player lain pasing ke belakang tu tetap ada,haha. tengok gelagat penyokong jelah. aku ingat nak ajak ko malam tadi din tapi takut ko bizi..:)

  8. suria Reply

    salam acai n semua.. minat gak bola..tp xberkesempatan nk g.. pernah g sekali kat stadium shah alam.. ramai gila org… takut kene raba jer.. asap rokok jgn ceta ar..berkepol2.. cam jerubu melanda…tp betul kata acai..suasana kat stadium memang best..ada gaduh2,ada suara anak menangis,suara2 xpuas hati,~cam dia bagus sgt main~he2..bunyi2 tepuk tangan n ketuk kerusi,tp yg paling best bila bola masuk gol..gggooollll!!!!… gamat beb.. yg paling best lg ada org buat wayang kt hujung penjuru..baik punye parking.. bila gol compom depa xperasan.. sape la tu..ish2..

  9. atong Reply

    salam acaaii.siap bg tau tiket atong sponser tak tahan.caii malam tadi aku ngan ajay tak dapat tngk bola dng tenang aku kene tngk atas jer sbb bnyk botol,batu kerusi,mercun,botol kaca dan bnyk lagi ler melayang2 kat udara.last2 aku lari dok kat tngh.klu kene tk berbaloi.aku memang tak paham ngan segelintir peminat bolasepak malaysia nie fanatik tahap dewa.apepun aku syukur sbb aku selamat malam tadi.go red giant go….

  10. enchik peshang Reply

    salam bro.kuciwa coz x dpt g stadium disebabkn hrnie ad test. huhu..tp dpt tgk gambar pn jd la.. hehe

    p/s:setuju ngn ayat dlm last paraghraph ko tuh..
    thumbs up!

  11. Xora Reply

    Cantik gak abang Acai amik gambar sukan! gambar last tu, yg angle dripada atas tu, a.acai nampak kurus :P

  12. arsaili Reply

    salam bro…lama tak ke sini…suka tengok gambor2..cantik..cam ne nak dapat effect yang cembung tu…rugged!

  13. faisalhjrahim Reply

    suria – salam awak, waaaaaaa ini macam banyak pengalaman masuk stadium je ni,hehhee..:) apa yang dicakap tu memang betul sangat dan hanya orang yang biasa pergi stadium tahu. Tapi tak pernah jumpa lagi pakwe makwe yang buat camtu dalam stadium,hehehe. tu mesti game yang tak best,haha

  14. faisalhjrahim Reply

    Atong – Salam atong, terima kasih banyak2 bagi aku tiket pergi perlawanan ni,ceeewahh. Nanti ari jumaat tengok kat tv jelah,hehe. Yang ko pergi tengok kat area sana buat pe? aku duduk kat pintu 7 rileks je, semua penyokong selangor kecuali budak kecik tu,kekekke..siot je ada ngan ajey tapi tak tepon aku,huhu

    enchik peshang – salam bro, alahai takpelah :) game bola tu memang selalu ada tapi test tu menentukan masa depan kita,ceeewaahh..:)

  15. faisalhjrahim Reply

    Xora – hahahahahha, nak kena betul ini budak!! alaa, ni bukan amik gambar sukan ni amik gambar suka2 je :)

    arsaili – Salam bro, Ya Allah lamanya tak dengar khabar..:) moga sihat2 bersama family bro ye..gambar kat atas ni saya tak edit papelah bro, cuma resize je. Efek cembung tu sebab guna lens fish eye,hehe.

  16. arsaili Reply

    Itu la bro..saya pun busy sangat…lama juga off dan ni baru muncul lagi…tapi mungkin hilang lagi ahahaha…owhh itu effect lens fish eye…maaf la saya ni kurang ariff…baru nak belajar dgn masa yg terhad…nanti free bole la minta tips ngan bro..thanks

  17. atong Reply

    aku bukan sengaja dok sane caii.aku masuk lamabat dah penuh aku dok ler belah sane.ajey lar lamabat (nurokke bojone disek huhuhu..jumaat tengk kat tv jer ko nak tiket hari sabtu.selangor lawan sgpore…

  18. faisalhjrahim Reply

    arsaili – salam bro,hehehe. itulah dah lama tak kelihatan kat blog :) insyaallah kalau ada rezeki boleh sama2 belajar..:)

    atong – oooo patutlah. ajey tu memang selalu lambat,kekekkeke..:) alaaa, sabtu tu aku ada shoot lah,huhu..memang tak dapat datang, kalau free memang aku confirm datang,hehe

  19. awe Reply

    Salam semua fan selangor..sekarang dah banyak fan yg nak ikut regam fan kelate tu..aku pun x berapa setuju sejak dari tahun lepas lagi..tu aku ambik keputusan duduk tempat fan selangor walaupun aku anak jati kelantan…aku protes cara diaorang yg tak berfikir waras. Sokong jelah bola..jgn sampai buat benda yg negatif. Aku datang stadium nak tengok bola bukan nak tengok kerusi melayang…entahlah la…

    apapun terima kasih fan selangor yg tak apa-apakan aku dan anak aku w’pun anak aku pakai baju red warrior….moga korang punya team berjaya malam esok kat KB….

  20. faisalhjrahim Reply

    awe – salam awe, hehehe biasalah awe kat malaysia ni tengok bola memang boleh jadi bahaya,hehe. PAdahal masing2 datang nak seronok2 tengok bola. Sebab diaorang memang niat nak bergaduhlah agaknya sejak dari rumah,hehe.

    Rileks je faris pakai baju kelate kat kawasan penyokong selangor,heheh. mintak2 jumaat ni keadaan kat stadium ok je..:)

  21. one Reply

    fanatic ke maniac derang tuh..sape yg menang,iblis jugak..
    nape masa krusi botol melayang cik fesal tak amik gambar2 tu..mesti efek maxima punya cantik.ingat dapat tengok..

  22. mikemurano Reply

    haihhhhh…apo2pun den nk cakap n9 gak yg masuk final..

Leave a reply