Bismillahirrahmanirrahim



Masyarakat kita jarang sekali diajar bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga selepas berkahwin. Dalam masyarakat melayu yang tebal rasa malunya benda tu merupakan satu perkara yang ‘taboo’ kerana dilihat kurang sopan berbicara secara langsung sesama ahli keluarga. Namun kesannya, ramai anak muda yang mengulangi kesilapan sama dalam hidup berkeluarga untuk setiap generasi.

Teaser wedding Nury & Thaqib, Serdang


Apa yang aku cuba sampaikan ialah ada masanya nasihat dari orang tua diperlukan dalam menempuh alam perkahwinan. Dari segi psikologi ia berikan kekuatan mental kepada pasangan baru tersebut menempuhi hidup bersama. Ia berlaku dua hala, sekiranya ibu bapa tidak berikan nasihat tersebut, kita yang perlu memintanya dari mereka sebagai panduan sebelum buat keputusan penting.

Sebenarnya aku sedih bila dengar sahabat yang baru je berumahtangga telah berpisah atas perkara kecil yang boleh dielakkan. Tak sampai seminggu dah menyesal. Walaupun aku bukanlah orang yang layak berikan pendapat tapi bagi aku kena betulkan niat sebelum perkahwinan tu dilaksanakan. Adakah kahwin semata untuk menunjuk2. Dalam Islam, aspek kekeluargaan tu menyumbang kepada keharmonian diri, keluarga, masyarakat hinggalah negara. Bahagia institusi keluarga sejahtera negara.

Perkahwinan tidak sepatutnya menyebabkan kita jauh dari agama. Tak kisahlah betapa jahat kita semasa bujang, sepatutnya kita menjadi orang yang lebih baik terhadap keluarga, masyarakat dan Allah selepas berumahtangga. Bukan menjadi sebaliknya. Harap semua berlapang dada dengan nasihat ni. Wallahua’lam.



Nota kaki : Ini adalah auto-post entry.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com

34 Comments

  1. SisHoney Reply

    salam cai,

    sis jugak dapat berita sedih dari sahabat sis,sedangkan sis jugak yg shoot majlis mereka.kadang-kadang bertahun tahun berchinta tapi bila dah kawen segalanya menjadi tak kena.sis belum kahwin so sis xpasti mcm mana hidup berumahtangga itu.dan sepatutnya campur tangan keluarga adalah bagi mendamaikan dan bukannya mengeruhkan suasana.semoga semua sahabat-sahabat sis berbahagia hingga ke akhir hayat

  2. herni Reply

    ade yg kawen tak smpi seminggu leh dtg pejabat agama mintak kaunseling rumah tangga..patut ker..wt penin kpala

  3. kak amy Reply

    Salam Acai,

    Zaman sekarang keputusan utk berkahwin dalam usia yg muda bukan suatu jalan yg mudah. Lebih memenuhi kehendak nafsu dari keinginan utk hidup bersama…jadi kena pikir byk kali dan minta pendapat yg lebih arif. Semoga yg dah berumah tangga sentiasa sabar dan tabah menghadapi ujianNYA.

  4. n.s Reply

    Acaii..
    Kadang-kadang kita bersama pasangan kita memang takde masalah. Alhamdulillah. Bahagia sangat2. Tambah pulak yang baru kenal, kawen, kire cinta mula berputiklah kan..

    tapi. bila..

    (nadia dah taip panjang2. tapi tak jadi nak publish. sebab mcm terlalu peribadi la pulak pegi share ramai2 kt sini. hehe. terus nadia delete semua)

    tapi mcm nak pendapat acai..

    humm..

  5. kasih Reply

    yeah.. agree..
    sepatutnya menjadikan kita org yg lebih baik dr semua segi..
    kasih sayang dan cinta itu sendiri seapatutnya memotivasikan kita utk buat begitu..

    both parents kasih n mertua x henti2 memberikan nasihat dr sblm kawin smpi skrg…

    alhamdulilah.. =)

    pstt..best woo kawen.. wakakak! :P

  6. snm Reply

    salam abg faisal,
    hm..falin pun br dgr crte cmni gak..lg bertambah haru kes kwn falin ni, sbb cmpurtangan family mertua..alahai ~~~ falin setuju mcm abg ckp tu, berbalik kpd niat kenapa kita nikah..
    yg mmpu kta sbg kwn lakukan, doa & doa smga xde jadi perkara yg x elok pd ikatan mrka..

  7. awe Reply

    Aku selalu dengar petua yg paling baik untuk kekalkan keharmonian dalam rumahtangga ialah solat berjemaah antara suami isteri. Mula dari hari pertama kawin hinggalah sampai bila2. Bila ini dapat dibuat insyallah rumahtangga akan bahagia. Aku dah merasai bezanyanya setelah 5 tahun mendirikan rumahtangga. Jadi kepada sahabat2 jgn liat nak solat jemaah sesama suami isteri w’pun dah ada anak2…Allah akan pelihara kita jika kita pelihara hubungan kita dengan Nya. Yg pasti korang kena yakin.Amin.

  8. Selamba Reply

    awe kata dia solat jemaah sejak hari pertama hingga sekarang. apa bezanya? klu sblum ni x penah solat brjemaah baru betul ada bezanya…

  9. Selamba Reply

    sebab tu tajuk kena betul. hidup selepas berkahwin bererti hidup berpisah. begitulah keadaannya.
    Kalau hidup semasa berkahwin lain cerita. kena jaga keharmonian rumahtangga.

  10. faisalhjrahim Reply

    sishoney – salam sis, terima kasih atas perkongsian tersebut :) sebenarnya benda camtu biasa berlaku kat mana2. Familypun kekadang memang tak membantu malah ada yang memburukkan lagi keadaan. Semoga sahabat2 kita semuanya baik2 je sis kan, amin.

    herni – Ya Allah itu memang dah teruk tu wak. Untuk apalah mereka sebenarnya berkahwin kan,huhu

  11. faisalhjrahim Reply

    kak amy – salam kak. saya setuju ngan akk. kebanyakkan yang berkahwin terlalu muda ada keberangkalian mereka tidak tahan dengan tekanan selepas mendirikan rumah tangga. Semua masalah nak diselesaikan dengan bercerai,huhu. moga kita semua dijauhkan kak.

    n.s – Salam sahabat, lama sungguh tak bertegur sapa:) Emm itupun sebenarnya salah satu masalah juga. Terutama bila mereka terlalu campur tangan dalam kehidupan pasangan ni. Mudah2an semuanya bertambah baik nanti. Bolehlah email kan kat saya,hehe. Insyaallah boleh jawab nnti.

  12. faisalhjrahim Reply

    kasih – alhamdulillah parent kedua2 supportive :) semoga ia dijadikan panduan dan peringatan kepada kita menjalani kehidupan berumahtangga :) ewah2 awak, kemain lagi ye dia selepas kahwin ni,hahahhaa

    snm – salam falin, betul sangat tu falin..:) kekadang benda tu memang datangkan masalah kepada pasangan. Mungkin ibu bapa belum percaya pasangan tersebut boleh berdiri sendiri tanpa mereka..:) mari kita doakan semoga tiada apa yang buruk berlaku kepada sahabat2 kita yang lain,amin.

  13. faisalhjrahim Reply

    awe – salam awe, aku sangat bersetuju ngan ko awe..:) mesti ko selalu buat, yelah korang berlimapun selalu nampak happy je,hehe.terima kasih atas perkongsian tersebut awe ye.

    selamba – salam awk, emm awk silap faham ni. Ada orang sebelum berkahwin rajin solat berjemaah, pergi masjid, hadir kuliah dsb. Tapi bila berkahwin mereka tak pernah jejak kaki ke masjid solat, dgr kuliah agama sebab kesibukan kerja, sibuk jaga anak2 dan sebagainya.Bukankah itu lebih teruk? itulah juga maksud saya dalam entry kat atas ni :)

  14. faisalhjrahim Reply

    Selamba – Emm, rasanya 9 daripada 10 orang yang baca faham apa maksud saya dalam entry ni :) kalau saya tanya “Bagaimana kehidupan Selamba selepas berkahwin ni?” Adakah saya maksudkan kehidupan awak selepas bercerai,hehe. Kalau awak faham camtu, mungkin silap saya buat ayat :) saya mohon maaf ye.

  15. Xora Reply

    Giler cool dan tenang a.acai response :)

  16. one Reply

    “lepas cerai tu kawen no 2 la kot”

    Salam cik fesal..kes2 yg cik fesal hadapi tu daripada golongan yg ada pelajaran tinggi2 ke? cabaran itu ada,setiap pasangan,macam2…yg bestnya kalau pasangan tu muda2 dan @ kurang pengalamn/bijak penghidupan. dlm hal ni bukan kena atas kepala suami ke sebagai ketua kluarga?

  17. awe Reply

    Selamba…maksud saya keadaan yang beza berlaku bila saya jaga solat berjemaah dan bila saya kadang2 lalai dalam hal ini. Saya pun bukannya alim sangat.tapi ttg solat saya dapat rasakannya.

    Thanx acaii faham apa yg aku tulis..

  18. faisalhjrahim Reply

    Xora – Salam Ixa, dia tak faham agaknya ixa :)

    one – Salam wak, memang kedua2nya berpelajaran tinggi dan duit bukanlah menjadi faktor perpisahan tersebut kerana masing2 dah stabil. Zaman sekarang suami dan isteri mempunyai tanggungjawab yang hampir sama. Kalau isteri dah berani lawan dan tinggi suara dgn suami serta tak peduli kepada suami,apa yang suami boleh lakukan? Sebab tu hanya yang berpegang kepada agama je yg dapat elakkan benda tu dari terjadi.

    Awe – Thanks awe tolong bagi penekanan tersebut :) Sebab tu cakap dalam hal kebaikan ni kena berlapang dada. Jangan tengok sapa yang sampaikan tapi kena tengok apa kebaikan yang disampaikannya. Takut kita membenci kebaikan pula. Ustaz2 kitapun mengajar kita camtu.

  19. Masy Reply

    dorg ni x matang lg.. ingt kawen cerai ni mcm break up zaman bf-gf agaknye. haihhhhhhh sengal~

  20. cot Reply

    penuhkan ilmu didada dulu…
    baru kawen.. :)

  21. faisalhjrahim Reply

    kak masy – salam kak, hehe. itulah masalahnya kak. Mak bapak diaorangpun buat tak kisah je benda tu jadi. macam senang sangat nak buat camtu.

    cot – yaaa, itu dia kata2 dari seorang yang akan berumahtangga tahun hadapan,hahaha..:)

  22. Selamba Reply

    faisalhjrahim said on October 19th, 2010 at 11:26 am

    “Selamba – Emm, rasanya 9 daripada 10 orang yang baca faham apa maksud saya dalam entry ni :) kalau saya tanya “Bagaimana kehidupan Selamba selepas berkahwin ni?” Adakah saya maksudkan kehidupan awak selepas bercerai,hehe. Kalau awak faham camtu, mungkin silap saya buat ayat :) saya mohon maaf ye.”

    kekadang bahasa org melayu macam x cukup bahasa. soalan sudah menjadi kebiasaan x jadi masalah sedangkan soalan tersebut boleh menjadi 2 makna. apa2 pun saya skdar bergurau. Jangan ambik hati. Jgn tafsirkan pula saya nak ambik organ HATI awak. hehe

  23. Selamba Reply

    awe Said:
    October 20th, 2010 at 12:37 am

    “Selamba…maksud saya keadaan yang beza berlaku bila saya jaga solat berjemaah dan bila saya kadang2 lalai dalam hal ini. Saya pun bukannya alim sangat.tapi ttg solat saya dapat rasakannya.”

    saya sengaja cungkil persoalan di atas supaya lebih berhati-hati dlm hal ibadah nie. Tujuan ibadah bukan diukur dengan tenteramnya atau porak peranda. Kalau kita aman damai, belum tentu solat kita diterima. Dan bukan pula porak peranda tanda ibadah kita tidak diterima. Tujuan beribadah bukan diukur lahiriahnya. Tetapi diukur sejauh mana hati kita dapat melahirkan sifat2 mahmudah dan membuang sifat2 mazmumah. Ada juga org kuat sembahyang, tp suka mengumpat. Ini bererti ibadahnya tak sampai matlamat.

  24. Selamba Reply

    bersyukur kita sudah ramai terutama jurugambar2 yang faham Islam dlm kerjayanya. Namun ada beberapa perlu diambil berat supaya dlm mengambil gambar tidak melanggar syariat. Contoh: kalau nak ambil gambar pengantin sedang bermekap, bagaimana nak jaga auratnya? Bagi saya scene bermekap tak perlulah di jadikan satu kemestian untuk dialbumkan. Biarlah keluarga mereka yang merakamkan bukan jurugambar. Kerana selagi aurat itu dipandang oleh org yang bukan mahram, selagi itulah kita mendapat saham yang sama..Kira jariah dosa yang kita dapat.

  25. faisalhjrahim Reply

    Selamba – Salam, terima kasih atas peringatan tersebut :) Saya sangat2 hargainya. Saya pun setuju sangat tentang hal tersebut. Benda ni pun sebenarnya dah banyak dibincangkan sebelum ni oleh ustaz2 yang dikenali. Ada beberapa pandangan yang boleh diambil kira.

    Kalau dapat saya kongsi sedikit untuk renungan bersama tentang beberapa situasi ini.

    – Bagaimana kalau kita berniaga di kedai runcit dan pelanggan kita yang datang membeli barang kebanyakkannya muslim dan membuka aurat. Adakah kita perlu menolak urus niaga tersebut kerana keadaan pelanggan tersebut? atau kita hanya angap ia sebagai urusan perniagaan/bekerja. Adakah rezeki tersebut tidak halal?

    – Adakah kita perlu berhenti kerja sekiranya bos baru di tempat kerja kita membuka aurat setiap hari? kita pula dibayar untuk melakukan tugas bersamanya atas kepakaran yang kita miliki.

    – Bagaimana pula kalau kita belajar dan lecturer tersebut membuka auratnya? Berdosakah kita melihatnya setiap kali hadir ke kelas utk menuntut ilmu?

    – Adakah kita tidak perlu melihat berita di tv kerana hampir semua pembaca berita muslim membuka auratnya? bagaimana pula videographer yang bertugas shoot berita tersebut setiap hari yg menjadi rutin kerjanya.

    Persoalan tersebut sebenarnya ada berkait dengan perkara tersebut. Perbincangan tu luas dan banyak dikalangan photographer muslim kalau awak rajin cari tentang perkara ini,hehe. Kalau awak cakap semua perkara di atas tidak boleh maka saya tetap hormati pendirian awak tersebut. Saya dah terfikir benda ni masa mula2 beli kamera dulu :)

    Alhamdulillah selagi boleh saya memang tidak shoot gambar pengantin bertudung membuka auratnya :) malah kalau perasan saya tak pernah masukkan di sini sesi tersebut sebagai menjaga perkara tersebut:) Wallahua’lam.

  26. siti Reply

    salam,nie yg best masuk blog en acai ni,memang banyak info yg dapat dikongsi dari pembaca lain juge..amat2 berinfo..hehehe

  27. siti Reply

    tapi apesal ek..musykil gak..saye submit comment pukul 7pm tapi kluar time pukul 10.53am..ikut waktu negara manakah itu ataupun mmg time diset sebegitu ghupa..:)

  28. din Reply

    Salam acai – kabare cai?? da tul² sihat ke??
    ~ rase nak like komen² kat atas.
    ~ nauzubillah.. minta² dijauhkan dari perkara tersebut. sebab tu dalam Islam, agama menjadi keutamaan dalam memilih pasangan. masih teringat lg pesan ko ngn wife ko yg berbunyi:

    pilihlah pasangan berdasarkan agama
    bukan kerana rupa pangkat dan harta
    kerana nak hidup bersama selamanya
    dunia akhirat kena sama rata :)

  29. faisalhjrahim Reply

    siti – salam siti, terima kasih ye sudi masuk sini dan tinggalkan komen..:) errr, sy rasa tak setting kot masa. Guna default je,hehe. Ada masa setting nanti,hehe

    din – salam din, alhamdulillah din, hari ni baru betul2 rasa sihat :) hehe, betul tu din. pilihlah kerana agamanya, insyaallah dipermudahkan Allah hidup di dunia ni.

  30. awe Reply

    Selamba Says:
    October 21st, 2010 at 6:52 am

    saya sengaja cungkil persoalan di atas supaya lebih berhati-hati dlm hal ibadah nie. Tujuan ibadah bukan diukur dengan tenteramnya atau porak peranda. Kalau kita aman damai, belum tentu solat kita diterima. Dan bukan pula porak peranda tanda ibadah kita tidak diterima. Tujuan beribadah bukan diukur lahiriahnya. Tetapi diukur sejauh mana hati kita dapat melahirkan sifat2 mahmudah dan membuang sifat2 mazmumah. Ada juga org kuat sembahyang, tp suka mengumpat. Ini bererti ibadahnya tak sampai matlamat.

    Terima kasih selamba atas pandangan anda dan ilmu anda. Di sini saya nak share sikit tentang kenapa kita perlu bersolat. Kawan2 boleh link ke blog ni

    http://abahyasir.com/2009/07/5-sebab-mengapa-kita-perlu-kepada-solat/

    Moga kita-sama-sama menjaga solat kita dan ibadah lain terutama yg wajib. Tentang diterima dan tidak itu ialah hanya Allah yang tahu. Bukan boleh diukur oleh pandangan mata kita secara zahir sahaja.

  31. one Reply

    tgk metro hari ni pasal kadar cerai yg tinggi..
    sy dh agk.. nak tgk gak hasil kajian kadar cerai m’sia,apa yg boleh dibuat di peringkat institusi keluarga,msykat dan kerajaan.
    memang hal ni berbalik pada individu2 ,keimanan etc yg bersifat dalaman. faktor luaran juga mainkan peranan

  32. faisalhjrahim Reply

    awe – terima kasih awe atas perkongsian yang baik..:)

    one – salam awak, sangat setuju. semuanya berbalik kepada penghayatan kita terhadap agama kita ni. semoga kita semua dipelihara oleh Allah,amin.

  33. Reentartnenas Reply

    hermmm rasanyer baca komen je dah tau acaii cerita pasal ape… saye malas membaca, suka tengok gambo jer :p

  34. faisalhjrahim Reply

    Reen – salam reen,hahahaha..:) ni mesti dah tak sabar tunggu hari berbahagia,hihi..

Leave a reply