Bismillahirrahmanirrahim


Teaser wedding Kamarul & Izawati, Ampang


Akhir tahun ni biasanya dikaitkan dengan musim tengkujuh. Malah saudara-saudara kita di utara tanahair juga sedang mengalami musibah banjir. Pengalaman merasai banjir beberapa kali dalam hidup membolehkan aku faham apa yang mereka rasai sepanjang berada di pusat pemindahan banjir dan susahnya nak bersihkan rumah selepas itu. Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala dalam masa terdekat.

Banyak majlis perkahwinan yang dirancang sepanjang musim cuti sekolah nanti. Aku doakan semoga semuanya berjalan lancar. Kepada bakal pengantin kena memikirkan lokasi alternatif untuk sesi outdoor sekiranya hari hujan. Kebanyakkan sesi outdoor adalah complimentary dari photographer dan tidak boleh ditukar ganti pada hari lain melainkan dengan cas tertentu. Selamat pengantin baru kepada semua yang mendirikan rumah tangga sepanjang cuti sekolah akhir tahun ni ye :)


Nota kaki : Twitter lagi best dari facebook :) betul ke?


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/

13 Comments

  1. idzwan.hj.abdullah Reply

    adakah sy yg 1st komen?? haha..

    dapat jgk jumpe bro acaii kat kenduri ni. eksaited btul, nampak sgt peminat tegar..haha. xsabar nak tggu full entry.

    * time kasih jgk tlg snap gambar ari tu..

  2. faisalhjrahim Reply

    idzwan – salam bro, hahahahhaha, siot je..:) terima kasih byk2 bro. Alaaa apesal tak join shoot sekali? Boleh beramas mesra sekali,kekeke..:)

  3. idzwan.hj.abdullah Reply

    join shoot skali?? hajat di hati mmg begitu..tp siapa diriku ini, haha..nak balik awal mase tu. member ade tugasan..datang pun car pool

  4. awe Reply

    wahhh…dah kuar dah…ada ijau, merah dan biru. Lengkap 3 RGB.

  5. faisalhjrahim Reply

    idzwan – hehe, boleh jelah nak follow kalau ada masa..:) oo patutlah sekali balik aritu. insyaallah ada masa boleh sama2 shoot.

    awe – salam awe, thanks juga follow aku aritu awe dan tolong pegangkan flash :) memang RGB kaler betul ni,hehe

  6. Semarak Api Reply

    En Acaii..kalo outdoor time ujn susah eh?tp lawa kn kalo dpt shoot nmpk bntik2 ujn sgla bagai tuh..

    sy add blog ni dlm blog list.weee..

  7. faisalhjrahim Reply

    Semarah Api – Salam, terima kasih sudi singgah dan tinggalkan komen ye. Kalau outdoor time hujan memang takde masalah kepada manusia2 yang terlibat,hehe. Cuma yang masalah kamera lah. Equipment tu ada yang lebih RM20K dan kalau terdedah kepada hujan memang ada kemungkinan rosaklah :) Selain kamera flash yang aas kamera tu mmg sensitif kepada air dan mudah rosak.

  8. cot Reply

    salam incik acaii…
    bile sy nak tag incik lagi..
    kekekkee…
    xsabar nk tggu full entry…
    psl banjir tu rumah aku penah kena…
    mmg penat nak kemas..
    hehehhee….

  9. faisalhjrahim Reply

    cot – Salam cot, hahaha.insyaallah nanti kalau ada masa boleh follow lagi,hehehe..thanks cot :)

  10. nur'ain Reply

    outdoor malam ke nii. Bestnye. Tp bukan sume OP rela buat mlm..huhu.

  11. din Reply

    Salam acai
    ~ waa.. outdoor malam ke cai?? xpenah tengok lagi gambar outdoor malam ni.
    ~ syukor Alhamdulillah aku xpernah kena banjir. aku simpati tengok kepada mangsa banjir cai. semoga mereka tabah.
    ~ twitter best sebab simple. memang just update apa yang diaorg nak tanpa balas komen. twitter ada gak komen2 tapi xbanyak la. hehee..

  12. faisalhjrahim Reply

    nur’ain – Salam ain, waaaa lamanya tak nampak,hehe :) ain, nanti sy hubungi ye. detail haritu dah terdelete,hehe. Selamat raya korban :)

    din – Salam din, ni memang dh gelap din sebab tu aku gunakan flash,hehe..:) din, ko tak addpun aku twitter? hihi..

  13. idzwan.hj.abdullah Reply

    salam bro acaii. wah, siap ajak shoot same2? menangis bace jemputan mcm tu, hahaha..kalo pakai kamera henset kokak blh ke?? kekekekehh

Leave a reply