Bismillahirrahmanirrahim
Aku rasa satu perkara yang perlu dipertimbangkan bakal pengantin ketika berdoa selepas solat ialah kesihatan photographer mereka :) Kenapa benda tu penting? Sebab kalaulah ditakdirkan photographer korang demam atau sakit semasa bertugas mesti ia mengganggu kreativiti dan kerja beliau sepanjang bekerja tersebut. Jadi yang menerima kesan adalah gambar-gambar mereka juga. Betul bukan? :)
Teaser wedding Reem & Reen
Sebab photographer ni hanyalah manusia biasa. Mereka bukan Superman atau Firaun. Demam, sakit, pening tu lumrah. Sekurang-kurangnya dengan doa dari client-client, mereka dapat kekal sihat sepanjang masa. Dengan izin Allah tentunya. Sebab tu aku selalu doa supaya diberikan kesihatan baik sepanjang masa supaya dapat bekerja kepada mereka yang dah hire aku.
Aku juga takkan buat benda-benda mengarut yang boleh membahayakan diri aku seperti bungee jumping, terjun 10,000 kaki dari kapal terbang dan perkara mengarut lain yang boleh bahayakan jantung aku. Aku bercakap dari konteks kerja aku sebagai photographer. Tapi sudah tentu korang juga kena doakan semua yang terlibat dalam majlis korang juga. Kesimpulannya, jangan tinggal solat dan jangan lupa doa selepas solat :)
Nota kaki : Reen juga adalah antara pengantin aku yang ada blog B2B :) Nantikan full entry ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://blog.faisalrahim.com
Old Website : http://faisalrahim.fotopages.com/
ejal
salam kang…sblm ko bt entry ni tak pernah terfikir gak benda ni kan..tp mmg btl gak tu..kena sentiasa doakan segalanya selamat dan dapat berjalan seperti yang dirancang…mmg terbayek la kang entry ni..aku rasa tak semua org fikir benda ni macam yang ko fkr..
faisalhjrahim
ejal – salam ejal, waras kang? itulah, tiba2 aku terfikir sebab rasanya ramai yang tak doakan keselamatan kita,ceewwaahh :) insyaallah perjalanan hidup lebih berkat kalau ramai yang doakan kebaikan untuk kita.
Masy
doakan jgk kesejahteraan pengantin.. kang klu x sihat, susah nk soh posing. heheheh
faisalhjrahim
kak masy – Salam kak :) betul gak kak. Diaorangpun mesti kena fit sebelum boleh di dera,heheh
sil
doa tu kan senjata kita yang paling ampuh. sebagai seorang muslim. dalam ape2 hal doa lah yang paling penting, baru berkat :)
faisalhjrahim
Sil – Salam sil :) betul betul. Insyaallah kalau kita yakin berdoa Allah akan makbulkan. Benda ni apply kat semua perkara :)
Halim Wahid
Salam kang Acaii.. waras? patutnya ko kena tambah “tolong doakan kesihatan 2nd photographer” skali kang..hehe..so pengantin lagi untung sbb lagi byk gamba & moments dapat di capture masa majlis dorang.. kalo 2nd photog xsihat,kesian OP terkejar2 buat keja..bila OP keja dalam keadaan stress, idea utk berkarya & menghasilkan gambar2 cantik maybe boleh terjejas..kan kan kan..ekekeke..
faisalhjrahim
halim – salam lim, waras alhamdulillah :) yaaa betul betul!! 2nd photographerpun memang penting dan kena doakan,hehe :) terima kasih gak kat ko yang banyak tolong dan follow aku lim. Nanti kalau ko dah terkenal jangan lupa kat aku ye kang,hehe
awe
Salam Sensei, lain macam je entry ni?…
Kalu aku pengantin aku doakan tok kadi dulu biar sihat dalam mood yg baik.
Kan tak pasal-pasal aku kena akad nikah sampai 10 kali..hooo..hooo
Aku setuju kesimpulan ko tu…jgn lupa solat…kadang2 ada pengantin sebab tajut make-up cair sanggup tinggal solat..
jadi tanggungjawab photografer gak pastikan pengantin yg hire korang tu solat sebelum keluar outdoor….baru diaorang leh doakan kita..ni
Huu..huuu
Reentartnenas
yeayyyyyyyyyyyyyyy! saye cun!
faisalhjrahim
Awe – Salam awe, hehe terima kasih awe atas peringatan :) itulah macam aku kata kita kena doakan semua orang yang ada disekeliling kita. Lebih2 lagi yang memberi manfaat untuk kita supaya semua berada dalam lindungan Allah.
Reen – Waaaaa pengantin!! terima kasih reen. Insyaallah esok full entry majlis ni :) tungggu eh.
Halim Wahid
Mana boleh lupa kang..byk mender dlm wedding photography aku dpt blaja time follow ko..bukan apa sgt pun yg aku tlg..makan jek lebih..ekekeke..lagi pun nama ko ada dalam Album Kawin aku..sampai tua aku boleh nampak nama ko..Mana leh lupa kang..Kalo rindu jek,aku ngk balik la Album Kawin aku..muakakakaka..
faisalhjrahim
halim – salam lim :) hehe. Alaaa akupun banyak lagi yang kena belajar lim. Sama2 kita belajar. Tu lah pasal, kalau ko rindu aku ke lim, tengok je lah album ko tu ek,kekkeke…:)
Xora
salam a.acai. semoga abg terus menerus sihat, kaum keluarga abang, semua yg terdekat dengan abg, sihat2 sahaja insyaAllah.. teruja nak tengok gambar kawin reen!!
faisalhjrahim
Xora – Salam xora, terima kasih atas doa tersebut. Sayapun doakan semoga xora dan suami dilindungi Allah sepanjang masa,amin!! baru sempat update ni,hehe