Bismillahirrahmanirrahim
Ada beberapa sahabat mengadu mereka dah hantar quotation kepada ramai photographer tetapi kebanyakkannya tidak menghantar jawapan. Kali ni aku nak update tentang cara yang betul meminta quotation daripada photographer. Kenapa kadangkala photographer tak reply pertanyaan korang tentang pakej mereka? Ini mungkin menjadi sebabnya.
Teaser wedding Ain & Zaide, Kajang
Ini juga merupakan pendapat peribadi aku hasil perbincangan dengan sahabat-sahabat photographer yang lain tentang perkara ini.
- Kurang Maklumat : Photographer susah memberikan quotation kepada pertanyaan yang kurang maklumat. Contohnya; Berapa awak cas untuk ambil gambar? Boleh minta quotation untuk majlis kahwin? dsb. Kadangkala ada photographer menganggap pertanyaan seperti itu adalah tidak serius dan ada yang tidak menghiraukannya.
- Pertanyaan yang betul : Di mana silapnya pertanyaan tersebut? Sebenarnya harga sesuatu pakej photography adalah berbeza mengikut jumlah event (nikah, sanding, berinai, bertandang), jumlah hari yang terlibat, lokasi majlis, jenis/jumlah album dan beberapa perkara lain. Sekurang-kurangnya photographer mendapat maklumat asas berkaitan tarikh majlis, lokasi majlis dan jumlah event yang terlibat. Barulah beliau dapat membuat tawaran dan quotation berdasarkan maklumat tersebut.
- Kenapa Maklumat Penting? : Kenapa maklumat tersebut penting? Sebab dengan maklumat tersebut photographer akan memberikan quotation yang lengkap. Mesti client tak suka kalau photographer mengenakan cas-cas tersembunyi dan cas lain yang tidak diketahui sebab maklumat tidak lengkap. Mungkin pakej mereka nampak murah, tetapi ada yang bekerja mengikut jam, ada cas outstation dan sebagainya yang tidak dinyatakan dalam quotation tersebut.
- Contoh Lain : Cubalah tanya kepada vendor katering, pelamin dan mak andam soalan2 ringkas seperti itu. Contohnya, “berapa korang cas ye untuk majlis saya di Banting?” Rasanya merekapun tidak dapat berikan harga sebab banyak variable lain yang terlibat. Bila maklumat dah mencukupi barulah mereka keluarkan harga. Kenapa? sebab mereka serius dalam bidang tersebut. Mereka juga bersaing dengan vendor lain untuk mendapatkan customer. Itu adalah salah satu cara mereka bezakan customer yang serius dan tidak untuk mendapatkan khidmat mereka.
- Survey? : Sebenarnya photographer tidak kisah tentang pasangan yang survey pakej kahwin mereka. Sebab mereka pun berniaga. Lagipun memang digalakkan list dan buat perbandingan beberapa photographer yang dirasakan sesuai dengan citarasa dan budget masing-masing. Tetapi sekurang-kurangnya mereka adalah pelanggan yang berpotensi untuk dilayan dan bukan dikalangan mereka yang tidak serius.
- Ada juga photographer yang tidak memberikan quotation melalui email. Mereka lebih selesa berjumpa dan berbincang secara bersemuka dan barulah mereka memberikan harga mereka selepas melihat sample album. Biasanya photographer professional menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan pelanggan.
Kesimpulannya, benda ni berbeza mengikut cara photographer tersebut mendapatkan customer. Tetapi berdasarkan pengalaman aku, photographer yang hebat-hebat yang aku kenal mementingkan perkara ini sebab mereka nak jaga market mereka. Mereka akan layan customer yang benar2 serius mendapatkan khidmat mereka sahaja. Harap maklumat ni membantu serba sedikit ye :) Wallahua’lam.
Nota kaki : Kebelakangan ni aku agak sibuk ngan kerja-kerja ofis. HQ ofis akan berpindah ke tempat baru minggu ni. Macam pindah rumahlah gamaknya:)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Kerul Shukor
good info cai..aku nye inquiry lengkap x cai..kehkehkeh.
SisHoney
Salam Cai,
Sis pun sll dpr request mcm ni.normally sis akan email balik then mintak depa isi form yg sis sediakan.lebih mudah dan user friendly *eceh*.betul2.xkisah kalau pengantin nak suvey harga kan.
faisalhjrahim
Kerul – hahahaha, siot je. Pertanyaan ko lengkap kerul sebab kita chatting,kekeke.
Sishoney – Salam sis :) betul2 tu. ni kira macam nak mendidiklah,hehe. Thanks sis berkongsi pengalaman.
Masy
agaknye klu utk kenduri akak, brape agaknye acaii cas eh? hahahahhah soklan x lengkap, saje nk usik. lariiiiiiiiiiii
faisalhjrahim
Kak Masy – Salam kak, hahahahahaha. Takdelah kak. Saya tergolong dalam orang yang tak kisah,hehe
siti
Salam en faisal..nak like comment sishoney..prefer isi form sbb kami yang sebagai client ni pun tak tau aper maklumat yang photographer perlukan…:)
faisalhjrahim
Salam sil, hahaha. betul tu. Kekadang itulah tujuan form tersebut di isi supaya maklumat yang diperlukan tu senang diperolehi,hehe. thanks sil.
cot
salam caii,
satu lagi entry menarik…
kalau aku nanti nak kena mintak emel quotation gak ke…
kekekkeke
Xora
salam a.acai. terima kasih utk info! nnt saya nak htr emel tanya quotation kat a.acai. nak buat famili photo sikit. nanti2 saya emel. sekarang agak tak nyempat. blog pun dah lama tak update
Halim Wahid
Salam kang..
aku nak mintak quotation harga ko gak la..jap lagi aku email details aku yer..ekekekeke..
*cun gambar tu..bila la dapat dtg menuntut ni..hehe..:)
faisalhjrahim
cot – salam cot, hahaha. Ko tak payah mintak quotation cot tapi memang kena blanje aku dulu,keekke..
faisalhjrahim
Xora – Salam ixa, waaaaa patutlah selalu masuk blog ixa tak update,hehe. bizi eh? insyaallah ada rezeki nanti kita boleh bekerjasama ixa :)
Halim Wahid – Salam kang, hahahaha ko nak minta quotation untuk apa plak lim?hehe. Orait, nanti datang rumah aku. Jangan lupa ayam golek,hahahaha
one
salaam
dulu2,masa berangan2 ,gitu la soklannya,jenerel sgt. kini,mungkin akan datang,soalannya lain dah,tak perlu soal2 dah…..tgk je blog ni ha.
faisalhjrahim
one – hahaa, takpe. Masa tu tak tau lagi. Saya dulupun tak tau gak,hehe.
Halim Wahid
untuk aku la kang..hehehehe..insyaALLAH kang..aku cari ayam yg dah tergolek aku bwk dtg..hahaha..
faisalhjrahim
Halim – wakakaka, siot je. Nanti datang tau lim, khamis,hehe
azree yaacob
acaiii..nak tag along! i will follow u..ehehe
faisalhjrahim
Hahahha, bila free jomlah bro :)
Halim Wahid
sorry kang,aku shoot thaipusam la..
faisalhjrahim
haha, dah agak dah :) takpe2 lim.
esyam
wahh bgus sgt information ni thankss :)
faisalhjrahim
Thanks bro ye singgah sini dan tinggalkan komen :) appreciate that!!
reentartnenas
OP saye baik :)
fathiyyah
bro, lama tk dtg sini. serius, gamba makin cantik!!!
faisalhjrahim
Salam thia,
Waaaa lama tak dengar khabar berita :) Terima kasih thia masih sudi singgah sini ye.