Bismillahirrahmanirrahim
Antara kelebihan menjadi photographer yang aku suka ialah dapat mendengar banyak khutbah nikah setiap minggu :) Tanpa disedari, intipati dalam khutbah nikah sebenarnya sangat bermakna kepada pasangan yang baru mengikat janji bersama maupun kepada pasangan yang telah lama berkahwin:) Sebab tu dari kaca mata Islam, akad nikah sebenarnya jauh lebih penting daripada kenduri itu sendiri.
Ini kerana tatkala lafaz ijab dan qabul sempurna, dalam berapa saat, status bujang tadi telah berubah dari segi syarak. Bermulalah layar bahtera rumahtangga yang dipacu oleh sang suami dan dibantu oleh isteri. Mereka lebih mudah mendapat redha Allah dan mudah memasuki syurga sekiranya keduanya mempunyai ilmu agama serta matlamat yang sama. Menjadi tanggungjawab bersama memastikan rumahtangga sentiasa disemai dan dibajai supaya mekar dan mencapai matlamat perkahwinan iaitu mawaddah wa rahmah (berkasih sayang).
Aku upload dulu majlis pernikahan Raihan & Akmal yang dilangsungkan di Shah Alam :
Pada hari tersebut sepanjang hari hujan turun dari pagi sampai malam. Jadi aku tak dapat buat sesi outdoor selepas majlis walimah tersebut. Insyaallah aku akan upload selepas post-wedding mereka nanti :)
Tahniah kepada Raihan & Akmal atas ikatan yang terbina. Mari kita doakan semoga pasangan ini berada dalam keberkatan Allah sepanjang masa. Kena banyak bersabar ye An sebab berjauhan buat masa ni, hehe :) Terima kasih juga kepada sahabat baik aku yang hensem Halim Wahid, Saipi dan Kenit Lee sebab follow aku sepanjang majlis berlangsung :)
Nota kaki : Untuk makluman bulan Jun dan Julai 2011 ni aku dah tak available lagi. Terima kasih kepada yang sudi bertanya. Aku hargainya :)
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Masy
gambau 1st sgt….. speechless! me likeyy
adik acaii, adekah mejlis ini di sek 7? surau tu mcm kenal je hehe
Halim Wahid
Salam kang..
Merah muka aku jap sbb ko puji aku hensem..
patut la aku tgk kat bursa saham aku punya saham melambung tinggi pagi ni..muakakaka..
* bila nak buat post wedding diaorg ni nnt jgn lupa roger aku kang..hehehe..
faisalhjrahim
kak masy – salam kak, thanks kak :) ni kat seksyen 17 kak,hehehe :) akk rajin pi surau ye,hehe. bagus2!!
Halim Wahid – Salam kang, terima kasih sbb masih sudi follow aku kang walaupun ko dah terer,hehehe :) insyaallah nanti aku roger ko untuk post wedding ni,hehe. area shah alam je rasanya :)
ejal
Salam kang..mcm biasa..terbaek..lg2 yg no 1 tuh..peh…berdarah hidung tgk weh..ha,lg 1 gmbr yg tgh sujud tu..jarang weh aku tgk yg pompuan bt skali dgn laki..mmg terbaek dr ladang…
faisalhjrahim
ejal – salam jal :) aah, ni kali kedua aku nampak pengantin sujud bersama. jal, bila nak follow aku ni,keke
kasih
agree… majlis akad nikah tu sendiri lebih penting dan bermakna… =)
hanya yg da melaluinya jer tau..
hmm.. tetiba teringat saat2 sah menjadi isteri..
syahdunya xle cakap…
dlm ati ada mcm2 rasa..
lega, tanggungjawab, harapan.. hmm.. mcm2 lah!
tapi… mmg best lah kawen! muahaha… :P
awakkk!! gambar 1st cantik sgt..
suke.. suke.. =)
faisalhjrahim
kasih – salam awak, aah benda tu kalau dikenang lagi memang syahdu je :) satu yang mungkin dilalui sekali seumur hidup. Thanks ye wak.
cot
ni aku benci bile bukak blog ko ni..
mesti jeles…
kekekkekee…
gambar 1st tu mmg betul² holiaw….
faisalhjrahim
cot – hahahah, siot je cot :) thanks cot.
jimi – salam jimi, hope sihat2 je weh :) kalau dia buat aku post kat national geography,hehe
jimi
perghhh..cantik sgt picture 1st..
ikan tu nak buat lompatan dalam gelung ke..haha..
Tho
Akmal nie mcm ku kenal..muka mcm kwn aku..tak tau laa pulak die dah berkahwin…
Selamat Pengantin Baru
cot
hahahaha…
sifoo minggu ni kat mane pulak..
faisalhjrahim
Tho – Waaaa ni bakal client gak ni,hehe :) dia orang johor thaariq. Kenai ke?
Cot – Minggu ni kita pergi ke Banting pula cot. Jenjarom,hehe. Kalau free jomlah join.
cot
hahahaa…
ayat mcm jalan² cari makn je..
sape lg yg folo..
hari ape?
faisalhjrahim
Hahaha, aku sorang je buat masa ni. Tapi ni budak zakat mybe ada awe sekali :) hari ahad cot.
din
Salam cai – gambar 1st memang terbaiklah cai.. sesi outdoor ko buat hari lain la ye cai?? ko xtengok game best ke cai pagi tadi? hehehee…
syzrul
perghh brader acai gambar pertama yang terbaik..two thumbs up…;)..
faisalhjrahim
din – salam din, terima kasih :) aku buat outdoor hari lain din tapi belum buat lagi,hehe. aku sokong arsenal maa,hehee.
syzrul – salam bro, terima kasih bro :)
zam
salam di pagi jumaat acai.
~tiap kali jurunikah akan nyatakan khutbah ni bukan utk yg nak kahwin, tp yg dah kahwin pun kena dgr nanti sy nak tanya soalan. Sambil2 ambik gambar ambil juga intipati khutbahnya..:)
faisalhjrahim
Salam bro zam, ni reply dah hari isnin,hehe :) betul tu, memang selalu juga dengar intipati khutbah ni. Boleh memberi keinsafan :)
riz photography
aku pon jeles..uwa….ko mmg the best la acai..byk pict ko aku buat rujukan aku..terima kasih acai kerna berkongsi ilmu dari Allah ini…hihihi
faisalhjrahim
riz – thanks bro :) kalau ada salah silap tolong betulkan tau,hehe