Bismillahirrahmanirrahim


Setiap kali aku dengar lagu Awan Nano ni mesti aku teringat abah. Mungkin sebab mula-mula aku dengar lagu ni masa tengok video klip lagu ni :) Dulu aku membesar pada awal tahun 80an dalam keadaan serba kekurangan. Bukan family aku je tetapi semua penduduk kampung rata-rata begitu kehidupannya. Cukuplah bayangkan aku baru merasa tenaga elektrik ketika darjah 4. Jakun gila masa tiang-tiang kayu LLN dipacak kat kampung untuk masukkan letrik kat kampung aku. Yelah, dari kecik aku membesar dengan lampu gasolin dan lampu minyak tanah.

teaser-ju

Teaser wedding Fazly & Dr Juliana


Sebelum kampung aku ada letrik, rumah aku ada sebuah TV hitam putih. TV tu guna bateri kereta untuk dihidupkan. Jadi setiap kali bateri habis abah akan cas balik kat kampung sebelah. Kalau tengah tengok TV tiba2 mati tu maksudnya bateri dah abis :) Tensen je kalau tengah tengok cerita best. Abah jugak yang kena bawak bateri tu naik motor pergi cas balik.

Satu lagi perkara yang masih segar dalam ingatan aku ialah bau arang pada baju sekolah. Aku suka sangat bau tu. Bau tu datang dari seterika arang. Seterika besi yang berat. Mak kena bakar arang dulu baru masukkan ketulan arang yang merah menyala tu dalam seterika. Kadang2 ada gak habuk arang tu kena kat baju sekolah.

Sebenarnya aku beruntung dapat rasa suasana membesar camtu. Ia mengajar aku bersyukur dengan apa yang aku miliki sekarang. Motivasi aku untuk menjadi rajin dan berusaha bersungguh-sungguh sama ada semasa belajar dulu mahupun bekerja sekarang lebih tinggi berbanding kalau aku dah memiliki semuanya semasa membesar. Wallahua’lam.




Nota kaki : Malam tadi masa dinner, tiba2 si hafiz ni makan sebelah meja aku ngan member2 AF yang lain. Tapi aku memang tak kenal langsung diaorang semua kalau wife tak bagitau, haha.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography

12 Comments

  1. saupix Reply

    walaupun aku tak merasa zaman 80an.. tapi bagi aku zaman 90an menarik juga.. hehe

  2. jimi Reply

    salam faisal..

    darjah 4 baru ade elektrik?
    uhhh..pengalaman sama la tu..

    seterika arang pun sama..hehe..

    • faisalhjrahim Reply

      saupix – Hehehe, 90an memang menarik juga sebab zaman membesar aku gak tu,hehe

      jimi – salam jimi, waaaa boleh genglah kita jimi,hehe. bila nak jumpa ni jimi?hehe

  3. Cinta Reply

    Salam Sahabat,

    Tahun 80-an mmg nostalgia dan selalu dekat dihati..

    Moga kita selalu jadi hamba yang bersyukur :)

    • faisalhjrahim Reply

      cinta – salam sahabat :) betul2. Zaman 80an tu zaman nostalgia kan sebab zaman baya2 kita ni membesar,hehe :) Insyaallah semoga kita menjadi manusia yang bersyukur,amin.

      ASarah – Salam sahabat, waaaa masa ni dah lepas eksiden masih boleh tinggalkan komen kat sini :) Terima kasih sarah. Insyaallah satu hari nanti mesti anak2 awkpun mesti jadi orang yang baik, solehah dan cemerlang cam awak ngan thaariq,hehe :) Eleh, tunggulah chelsea balas dendam nanti ngan manutd sarah,hehe

  4. Sarah Reply

    Saya tak boleh baca cerita2 macam ni. Airmata saya senang je nak bergenang. Sebenarnya orang yang pernah hidup susah la yang lagi kuat iltizamnya untuk terus berusaha dan berjaya.

    Saya bangga dengan cara didikan mak abah awak, Acai. Nanti teruskan untuk anak2 awak ye. =)

    p/s: Suruh Fiza panggang arang pagi2 dan gosok baju diorang dan awak pulak cas la bateri kereta untuk pasang kat TV untuk tengok CHELSEA KALAH LAGI. Haha =p

  5. Mr Fathi Reply

    hmm…saya idup2 dah serba lengkap dgn kemudahan asas…teringat dulu abah potong line tepon pasal abang2 saya gayut…apa lagi gi simpang dpn kampung nak call sape2…haha

    p/s:dlm vid klip Awan Nano ada Herman Tino…siap pakai belangkon lagi…haha

    • faisalhjrahim Reply

      Mr Fathi – salam fathi, hehehe. Memang dulu guna telefon awam je nak gayut :) Sekarang ni nak cari public phone punyalah susah kan fathi,hehehe :)

      taqo – salam kang :) hehe. dah lama tak balik banting. mybe this week akan sampai banting,hehe.

  6. taqo Reply

    salam kang..
    fulamak.. baru teaser.. cun abis! :D jop balik banting~ :D

  7. muiz Reply

    Assalamualaikum.. kang tetiba aku baca cerita ko ni teringat zaman membesar kt kg … kenangan yang sentiasa segar dlm igtan… kepingin mainan cotek koyo jaman biyen.. tp boca saiki endi eneng mainan koyo ngunu.. parit pon ngeres pasal orang eneng seng arek nyeser… hihi

    • Acaii Jawe Reply

      muiz – lamanya tak nampak ko kang,hehe. Thanks kang sudi singgah sini lagi,hehe

  8. budak2kg Reply

    Assalamualaikum..Zaman 80-an, awl 90-an mengajar susah payah..menjadikan kita penyabar, beridentiti..menjiwai zaman..
    Zaman 80-an adalah garisan akhir teknologi Analog.. pertemuan antara alaf moden-alam siber yang mengubah segala2nya.. mengubah manusia hidup bergantung pada alat dan teknologi..memecah kesabaran dan nilai kemanusia..

    wallahualam..

Leave a reply