Bismillahirrahmanirrahim


Tanpa sedar kadangkala kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat itu dan mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama ujian. Masalah yang kita tak pernah terfikir sebelum ni. Masalah yang sebenarnya kita tak mampu hadapi langsung.


Ida

Teaser wedding Ida & Din, Pelabuhan Klang



Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi kadangkala deritanya juga datang sama sekiranya tersilap langkah. Contohnya, ada orang fikir perkahwinan tu sangat membahagiakan bila dapat pasangan yang cantik paras rupa, memiliki kekayaan harta, kerjaya yang stabil dan sebagainya.

Tetapi berapa ramai yang menempah neraka bila melangkah ke alam berumahtangga tanpa sedar. Tanggungjawab yang diabaikan makin lama makin banyak kerana kekurangan ilmu. Siapa pula sangka setiap dosa anak-anak ditanggung mereka lebih-lebih lagi kalau gagal berikan ilmu tentang iman, ibadah dan syariat.

Sebab tu kalau ilmu rumahtangga kurang belajar dulu. Kalau kesabaran didik anak tu tiada, cari dulu kesabaran. Ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik. Akhirnya bahagia yang diimpikan menjadi penyebab dia semakin sengsara di dunia dan akhirat. Wallahua’lam.


Nota kaki: Hari Ahad ni dah bulan Syaa’ban. Sebulan lagi sebelum tiba Ramadhan. Jangan lupa tengok final Imam Muda malam ni :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

7 Comments

  1. Jimi Reply

    Info yang selalu terbaik dari Faisal..hehe.. ;)

    • Acaii Jawe Reply

      jimi – salam jimi, waaa tokey lama tak nampak,hehe. Bilalah nak rasa nasi lemak ko jimi,hehe :) jimi, bilalah dapat jumpa ko lagi ni. Asyik jumpa faris je kat ofis,hahahha

      azieazah – Salam kak zie. Sangat betul kak :) terima kasih atas perkongsian lik tersebut ye :) Sangat hargainya kak

  2. wak4jawa Reply

    Terbaek lagi dri seorg shbt

  3. kasih Reply

    good info.. :)
    yeah…. bukan mudah untuk bahagia…
    setiap ujian Allah itu ada hikmahnya…
    Kasih pun sedang diuji ni.. huhu..

    something to share…
    “Orang yang mempertikaikan kehadiran anak itu umpama orang itu tidak mempunyai agama (tidak faham tentang Islam). Mereka dengan bangganya melihat kehadiran anak itu merupakan tuntutan adat alam. Pada mereka setiap yang berkahwin mesti mempunyai anak dengan segera. Mereka lupa kisah Nabi Zakaria yg diuji dengan kelewatan menimang cahaya mata.”

    • Acaii Jawe Reply

      kasih – salam awak :) lamanya awak tak komen panjang2,hehe. Terima kasih awak atas perkongsian yang sangat baik itu :) Kalau kita percaya kepada Qada’ dan Qadar mesti kita takkan berani nak salahkan sesiapa dalam hal tersebut.

Leave a reply