Bismillahirrahmanirrahim
Ramadan semakin melabuhkan tirainya. Malam tadi dengar satu tazkirah. “Tolong jangan jadi hamba Ramadan!!” kata ustaz. Maksudnya jangan kita hanya beribadah semata2 kehadiran Ramadan. Allah tu ada sepanjang masa dan bukan hanya pada bulan Ramadan sahaja. Semoga amal ibadah kita sepanjang bulan Ramadan menjadikan kita insan yang lebih baik dan dapat teruskan kebaikan yang dilakukan tersebut pada bulan-bulan lain juga.
Salam lebaran juga kepada semua sahabat, client dan pengunjung blog ni :) Ada beberapa pesanan dan nasihat dari aku kepada sahabat2 semua :
- Kurangkan TV dan Internet : Kadang-kadang aku kasihan tengok orang yang hidupnya asyik dengan internet dan TV sahaja. Semua orang bergembira jalinkan ukhuwah, bergelak tawa, makan-makan dan bersalam-salaman, dia dengan dunianya sendiri. Update status di hp dan bersosial di alam maya. Sepanjang tahun siang malam ada masa untuk itu, apa salahnya berhenti seketika.
- Pandu Berhati-hati : Berapa ramai orang yang meninggal dunia akibat kemalangan sebenarnya telah melihat berita kemalangan maut pada tahun sebelumnya? Faktor sikap bagi aku menyumbang kebanyakkan kemalangan. Cuba belajar bertenang dan istighfar bila perasaan geram dan marah meningkat ketika memandu.
- Ziarah saudara mara : Jangan jadi anti-sosial. Kita dah dewasa bukan budak-budak lagi. Bila nak belajar bergaul dengan orang-orang tua dan saudara mara. Eratkan silaturrahim. Rapatkan yang jauh. Banyak dosa-dosa boleh terhapus hanya dengan bersalaman. Kunjungilah juga jiran tetangga dan sahabat-sahabat lama.
- Jaga Agama : Selepas sebulan beribadah jangan rosakkannya dengan berbuat perkara dilarang agama ketika hari raya. Elakkan bersalaman dengan orang yang bukan muhrim. Kalau jaga perkara ni insyaallah akan dipelihara Allah.
Aku doakan semoga sahabat-sahabat semua selamat pulang ke kampung halaman dan kembali bekerja nanti. Aku akan bercuti selama seminggu. Jemput datang rumah aku kat Banting :)
Nota kaki: Ada lagi 3 hari lagi dari 10 malam terakhir Ramadan. Mari kita kejar supaya raya kita lebih bermakna, insyaallah!!
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe