Bismillahirrahmanirrahim



Sebenarnya sejak aku mula amik gambar 2 tahun lepas paling ramai client aku namanya Ain. Sampai kekadang aku keliru Ain mana satu kat phonebook aku,hehe. Bukan sekali juga aku salah call sebab nama yang sama. Ada sekali tu aku call nak tanya dah bersiap belum sebab pengantin lelaki dah tunggu nak berarak. Sekali dia jawab “Abang Acaii, saya dah setahun kahwinlah!!” :)

Kali ni aku nak update majlis pernikahan pasangan Ain & Hanafi yang diadakan di Bandar Tun Hussien Onn, Cheras. Ni merupakan job pertama aku selepas berehat sepanjang bulan Ramadan dan Syawal :)


Alhamdulillah, dengan sekali lafaz Ain jadi milik Hanafi secara sah. Itulah saat yang paling bermakna bagi setiap pasangan yang bercinta,ceewah. Majlis pernikahan Ain ni memang meriah sangat sebab ramai betul sahabat2 beliau yang datang :) Aku doakan semoga ikatan pernikahan ini berkekalan bahagia hingga ke syurga,amin. Tunggu update majlis persandingan diaorang selepas ni.




Nota kaki : Esok hari terakhir syawal. Masih belum terlambat nak ajak aku pi raya umah korang :P



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Wedding Photographer

Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

8 Comments

  1. Masy Reply

    comel je bantal ade nama spouse. nak jugeeeeekkkkkk

    • Acaii Jawe Reply

      kak masy – salam kak. Alaaa nak taruk nama fahrinpun ok jugaklah kak,hehe

  2. mila Reply

    cantik pulak tema pink-purple. ahaaa..tema saya..;)

    • Acaii Jawe Reply

      mila – Salam mila, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen ye :) Waa, nice themelah camtu,hehe

  3. Anton Sugiyono Reply

    Sungguh indah foto dan editing yang dihasilkan, saya banyak belajar dari sini, salam dari jakarta.

    • Acaii Jawe Reply

      Salam kenal juga Anton,saya sangat berbesar hati kita dapat bersilaturahmi:)) moga kita sama-sama dapat manfaat dari persahabatan ini. Saya juga masih belajar, sila beri tunjuk ajar ya :)

  4. din Reply

    Salam cai – hari ni hari last hari raya, selamat hari raya maaf zahir batin cai. musti phonebook ko da penuh ngn nama client kan cai. hehee..

    • Acaii Jawe Reply

      din – Salam din :) mohon maaf zahir batin ye din. Bilalah nak datang rumah aku din. Dah alam tak borak2 ngan ko,hehe.

Leave a reply