Bismillahirrahmanirrahim



Aku masih ingat semasa kecil dulu, pengalaman menghantar arwah atuk yang mendapat panggilan haji. Ketika itu zaman 80an. Jarang benar orang kampung dapat pergi menunaikan ibadah haji. Sebelum berangkat naik kenderaan ke Kelana Jaya, bilal surau berdekatan mengalukan azan. Mendayu-dayu suaranya. Ramai saudara mara termasuk orang kampung menangis kerana mungkin ia pertemuan terakhir dengan atuk. Ketika itu atuk memang dah agak tua dan uzur. Berjalanpun menggunakan tongkat. Aku memandang tanpa mengerti apa-apa.

Teaser wedding Ain & Hanafi, Cheras


Alhamdulillah tahun ni hampir 10 orang yang aku kenal berangkat menunaikan haji. Rukun Islam kelima. Dalam gembira memang ada timbul perasaan iri hati sebenarnya. Iri hati sebab masih kurang kemampuan ke sana sekarang. Kekadang aku terfikir, orang yang berkata “Belum dapat seru..”,”Duit tak cukup lagi..” dan lain-lain tu benar-benar maksudkan ataupun sekadar melepaskan diri atau bertangguh untuk ke sana. Wallahua’lam.

Baru-baru ni dalam satu kuliah, ustaz tu cerita tentang ibadah haji. Katanya “Jangan cari alasan terutamanya alasan tiada duit. Berapa kamu bayar bil astro, bayar bil telefon+broadband, bayar kereta, bayar rumah dalam sebulan?“. Semua terdiam. “Apa tujuan hidup kamu? Adakah rumah besar dan kereta mewah itu satu keperluan hingga ia menjadi penghalang kewangan untuk menunaikan haji?!“. Ramai tunduk ke bawah. “Apa nak bagi alasan kat Allah bila kita mati tiba-tiba, harta kita banyak, rumah kita besar, kereta kita selesa dan mewah, tapi pergi HAJI pun tak mampuu?!!“. Ada air mata menitik.

Balik tu aku buat kira-kira ringkas. Sebenarnya, kalau kita simpan RM200 sebulan. Dalam masa 4 tahun 2 bulan kita dah boleh pergi menunaikan kawajipan haji tersebut. Insyaallah kalau kita sama-sama tanam azam kita mampu ke sana. Aku terfikir istilah ‘cukup’ tu yang tentukan diri kita atau Allah. Tak perlu jawab atau bagi alasan kepada orang lain, cubalah bagi alasan kepada Allah. Wallahua’lam.




Nota kaki : Kos menunaikan haji tahun ni masih kekal sama untuk Muassasah (Tabung Haji) iaitu RM9,980 seorang untuk kali pertama. Pendaftaran Haji boleh dibuat kalau minimum simpanan tabung haji ada RM1,300. Kalau lebih jumlah minima boleh tulis surat kat TH, insyaallah boleh pergi tahun depannya. Kalau guna pakej start dari RM18,500 dan ke atas. Cukup duit boleh terus pergi tahun tu juga, insyaallah.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

15 Comments

  1. cot Reply

    salam…

    lama tak komen kat sini..
    hehehe..
    semalam baru je aku bincang² dgn member aku pasal nak aktifkan balik akaun tabung haji…
    hari ni terbaca pulak entry ko..
    mungkin petanda untuk aku..
    ceewaahhh.. :)
    tq caii..

    *gambar superb…ni ke racun baru yang ko cakap tu…hehehhe

    • Acaii Jawe Reply

      cot – hehe, alhamdulillah. mungkin nanti boleh sama2 gi haji cot. Selagi tak gi rasa ada benda kurang je. Haaa, ni lah racunnya,kekek.

  2. ejal Reply

    salam kang, sblm tu aku nk komen cot punya setetmen..cot, ko dah wajib pg haji dah weh..duit manyak..hehehe…aktifkan jer..pastu ptg gaji direct tbg haji..x yah usik2..hahaha…
    Gambar ko x cun pun cai (jeles gile nih…)tahap gaban..hahaha…semoga 1 hari nnt kita pun berpeluang menjejakkan kaki di tanah suci yer kang..insyaallah…(komen pjg beno)muahahahaha

    • Acaii Jawe Reply

      ejal – salam sahabat, amin jal. Mudah2an sebelum kita meninggalkan dunia kita ada kesempatan untuk menunaikan haji tersebut,amin.

      jimi – Salam jimi, haaaaa tu skill tu jimi. Kena datang jumpa aku baru aku ajar,kekeke :) Amin jimi, semoga mak ngan ayah ko dapat haji yang mabrur,amin.

  3. jimi Reply

    salam faisal,

    cantik gambar. cahaya tgh2 pengantin cun.camne buat tu?

    16hb Oktober nih mak n ayah aku pegi haji..hope semua2 selamat pegi n balik.

  4. Masy Reply

    insyaallah doa2lah dimurahkan rejeki kita sume utk menunaikan haji yeee… Haji Kucaii.. heheheheh

    • Acaii Jawe Reply

      Kak Masy – hahahaha, siot je akak. Hajjah MAsy, ceewaahh :)

      Namida – Salam ka, lama tak bertegur sapa dan nampak akak,hehe :) Semoga akak sekeluarga sihat2 hendaknya ye. Insyaallah kak, dalam perancangan juga ni. Entah2 terus target haji terus,hehe :) Mudah2an dipermudahkan oleh Allah,amin. Kak, nanti gi umrah nak kirim,hehe.

  5. namida Reply

    salam acaii
    terkedu juga baca tulisan awak,dan apa jua kata ustaz tu mmg betul..tapi tulah,haji ni memerlukan satu kekuatan dan kesedaran yg tinggi,bkn mcm pergi umrah,persediaan harus jitu terutama dari segi iman dan taqwa,berusaha utk meninggalkan apa jua kebiasaan kita ke arah yg lebih baik..bytheway,insya’allah akak akan buat umrah lg,bawa orangtua…awak plan bila ye?

  6. wak4jawa Reply

    cukup xcukup janji kita utk g sesama jgn dilupa sal…

    • Acaii Jawe Reply

      wak4jawa – ya betul :) dapat pergi sama2 best lil. Ko tau tak aritu ada ustaz tu cadang suh pinjam bank RM10K terus dapat pergi. Dia buat camtu. Bulan2 bayar jelah RM200,hehe.

      mila – Salam mila, betul2. Kena aktifkan balik untuk menabung ni. Insyaallah kalau niat kita betul Allah boleh jemput kita jadi tetamunya, amin.

  7. mila Reply

    salam acaii

    -sebenarnya senang je kan nak menabung untuk haji. cuma nak atau tak nak je. hehe. lepas ni kene aktif balik menabung. hihi

  8. zOO Reply

    Salam.
    Great touch by anak jawa…
    tersinggah dlm pencarian blog2 pengantin. acai nama yg agak sinonim dlm cerita persekolah saya. most 2-4 mths mnelaah faisalrahim.com dlm diam. masih tidak mampu dihabiskan…
    gambar menerangkan pnceritaan!
    serasanya kenal kanak2 kecil yg dahulunye agak takut ketika doktor gigi siggah di sekolah SKBC..awak kah itu?…

    • Acaii Jawe Reply

      Zoo – Ya Allah ni orang sekampung ni :) Terima kasih abg aza sudi mampir sini :) Ingat lagi rupanya,haha. Dah lama tak singgah kat SKBC tu,hehe. Insyaallah bang, semoga terus dapat berhubung. Sy dah add facebook,hehe.

  9. zOO Reply

    huh bkn sekampung dah sedulur niii.. :)

    • Acaii Jawe Reply

      Zoo – Aahlah kang. Dah kita sedolur ni,hehe. Insyaallah ada masa boleh kita jumpa :)

Leave a reply