Bismillahirrahmanirrahim
Doaku Untukmu Sayang (Wali Band)
Kau mau aku apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang
corus:
Aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kami di surga nanti
Tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia
repeat corus
(Tuhan tolong aku, jaga jaga dia
Tuhan ku pun sayang dia)
Sepanjang 2 minggu ni aku agak bizi kerja di luar. Selain pembinaan sistem baru kat ofis,aku juga terlibat dengan ‘Program Jejak Kemiskinan Bandar‘ yang diadakan di beberapa tempat di kawasan ‘hotspot‘ di Lembah Klang. Biasanya satu hari, seramai 50 orang pegawai zakat turun padang kat kawasan flat, PPRT dan buat bancian kat seluruh penduduk situ. Semua pintu rumah orang Islam akan diketuk dan dibanci.
Setakat hari ni hampir 7,000 buah pintu telah dibanci. Sehari kitorang boleh dapat dekat 1,000 buah rumah. Kemiskinan bandar ni susah nak kesan sebab rumah diaorang sama berbanding kalau kat kampung2. Kalau tak layak kita just ambil maklumat dan kalau layak keluarga tersebut diproses jadi asnaf dalam tempoh 24 tersebut. Ada masa nanti aku ceritakan pengalaman aku membanci diaorang. Kalau korang ada jumpa asnaf ataupun orang susah kat tempat korang boleh call Talian Zakat Selangor di 1-800-88-5353. Nanti pegawai zakat akan datang buat bancian. Wallahua’lam.
Nota kaki : Lately ada beberapa email yang bertanya quotation, masuk spam mail aku. Dalam masa 2 hari kalau aku tak reply sila maklumkan semula ye. Terima kasih.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
eqin
assalam cik faisal :) apa khabar? lama sungguh tak dgr cite awk. sy tried call tp takde jawapan. mmg nmpk kebizian awk :) anyway, kalau blh update sy latest contact no awk.meacih
Acaii Jawe
eqin – salam eqin, alhamdulillah sihat je :) Biasalah bizi banget sekarang,hehe.
ajey
try banci umah aku caii… hihihih..
Acaii Jawe
ajey – Hahaha, aku kalau banci aritu awal2 dah skip ko sebab tau tak layak :)
siti norina omar
Assalamualaikum Acai..saya silent reader blog kamu.
Bangga dengan usaha yg dilakukan oleh LZS.Tapi cerita dari seorg kawan saya tentang anak muridnya betul2 menyayat hati.Keluarganya menerima zakat asnaf selangor RM1000 tetapi duit tu telah disalahgunakan oleh ibubapa yang tak bertanggungjawab. Hasilnya,anak2 tak cukup makan n pakai ke sekolah.Pihak PIBG n sekolah pula malas nak ambil port.
Hanya nak meluahkan saja.TQ
Acaii Jawe
Siti Norina – Waalaikumussalam Norina, terima kasih sudi singgah blog saya dan tinggalkan komen ye :) Salam kenalan. Emm,kes2 camtu biasanya memang berlaku. Sebab tu kalau ada aduan kita akan masukkan terus ke dalam akaun anak2 mereka dan bukan akaun bapa mereka :) Yang penting kena buat aduan kepada zakatlah :)