Bismillahirrahmanirrahim
Dulu sepanjang sekolah menengah aku duduk asrama. Masa zaman 90an dulu memang raging tu perkara biasa. Walaupun bersekolah di sekolah agama tapi Land Rover polis datang angkut budak-budak asrama ke balai polis adalah perkara biasa. Sama ada kes ganja ataupun bergaduh sampai patah sana sini. Nampak budak menengah rendah patah gigi perkara normal. Kena belasah time tidurpun dah biasa. Bila jadi camtu kitorang satu batch jadi rapat. Terutamanya masa zaman2 awal tingkatan satu sampai tingkatan tiga.
Gambar lama shoot kat ladang getah.
Masa tu tak ada perbezaan antara kitorang. Makan sama-sama, main bola sama-sama, keluar pekan sama-sama. Seawal tingkatan satu biasanya kitorang kena hafal surah2 lazim. Antaranya surah Yasin, Mulk, Sajadah, Jumaah dan lain2. Kekadang aku sengaja tak hafal sebab tengok member2 lain yang tak hafal kena berlari pusing blok sekolah 10x malam-malam buta. Sebenarnya aku jeles sebab diaorang dapat keluar dari surau dan berlari,hehe. Bila akupun kena keluar dan berlari aku senyum sendiri.
Beberapa hari lepas aku jumpa sahabat lama satu sekolah dulu. Bolehlah dikatakan kehidupan beliau agak susah jika dibandingkan sahabat yang lain. Dalam usia sekarang, aku boleh lihat rezeki masing-masing berbeza-beza. Ada yang sangat mewah hingga pendapatan belasan ribu sebulan hingga yang bawah garis kemiskinan. Ada duduk rumah banglo di tanah sendiri dan ada yang masih duduk dengan family walaupun dah ramai anak. Lingkungan kawan-kawanpun dah berbeza.
Tiba-tiba aku teringat dulu semasa kitorang gelak bersama-sama selepas menang lawan bola peringkat sekolah. Tiada perbezaan status dan tak pernah fikir tentang perbezaan antara kitorang. Sekarang kalau berjumpa, seboleh-bolehnya nak tunjukkan perbezaan kejayaan dan kekayaan. Agaknya hidup ni terlalu mendesak hingga kita terlupa semua rezeki tu Allah yang berikan. Allah boleh tarik mana-mana rezeki bila-bila masa. Alhamdulillah, sentiasalah bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.
Nota kaki : Al-fatihah ke atas seniman Ahmad Jais yang meninggal dunia arini. Salah seorang penyanyi kegemaran aku.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
wak4jawa
salam sal, pasni cite la plak bile awk jd senior… trus sy trigt kat sorg junior tue… ngehehee..
apapun ending citer di atas mmg tebaek la sal.. kipitup bro!
Acaii Jawe
wak4jawa – Salam lil,hahahaha :) tang jadi senior tu dalam episod lain plaklah lil,keke. :)
SisHoney
Asssalam ya sahabat,
mcm dah lama giler xsinggah kat sini kan.tapi ttp bersahabat di twetter!hahahaha.yup.Rezeki masing2 kan cai.Kadang2 kita tgk kawan yg sekolah sampai form 3 pun lebih mewah kan,kita ni keja kerani biasa yg masih kena bayar ptptn.hehehe.InsyaAllah rezeki masing2 samaada cepat atau lambat kan cai :-)
Acaii Jawe
Sishoney – Salam sis, sekarang sejak ada BB ada kat twitter je sis ek,hehe :) Betul sis, kekadang rezeki Allah memang kita tak tahu. Mungkin ada ikmah yang kita sendiri tak nampak sekarang ni :)
zool
aku memang tak alami kisah sekolah asrama jadi memang tak rasa raging semua tu..
tapi setuju bila dah dewasa masing2 . ada yang berjaya dan ada yang tidak..
walaupun dari segi kewangan aku masih boleh kira selamat tapi aku masih lagi gagal mencari keluarga… bila tengok kawan2 yg dulu belajar tak kemana letak gambar anak2 kat fb jeles juga perasaan di ati.. takpelah.. belum sampai ……………… :(
Acaii Jawe
Zool – Salam Zool, kalau duduk asrama paling kurang mesti ada sikitlah zool raging2 ni,hehe :) Betul, kalau jumpa dan kumpul ramai2 kita memang akan nampak perbezaan camtu. Tapi jangan pandang yang lebih tinggi dari kita. Kena pandang yang lebih rendah supaya kita lebih bersyukur. Insyaallah aku doakan semoga hidup kita berjalan lancar seperti yang kita semua harapkan,amin.
sil
salam..
lama saya x jenguk blog ni. teringat lak zaman sekolah dulu walaupun saya tak duduk asrama dari tingkatan 1-3. banyak kenangan dgn kwn2. dan betulla acaii, zmn skrg ni kdg2 bile jumpe masing2 nk tunjukkan siapa yg lebih berjaya. walau tak ditunjukkan sgt2, tp nmpk itula yg tersirat cube ditunjukkan. beza dgn zaman skolah dulu. happy tak pon fikirkan pasal harta / kerja…
Acaii Jawe
sil – salam sil, wah kiranya memang pernah ada pengalaman duduk astamalah kan :) betul tu, kekadang benda tu dah macam satu perkara biasa bila berjumpa dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa. Pelik betul dengan orang2 yang camtu,huhu
awe – Betul tu awe, terima kasih :) Awe, tunggulah kekalahan team JDP ye,hehe
awe
Sangat menyentuh. Memang Allah itu Maha Adil dan Bijaksana perancangan Nya.
Leah
aku memang tak alami kisah sekolah asrama jadi memang tak rasa raging semua tu..
tapi setuju bila dah dewasa masing2 . ada yang berjaya dan ada yang tidak..
walaupun dari segi kewangan aku masih boleh kira selamat tapi aku masih lagi gagal mencari keluarga… bila tengok kawan2 yg dulu belajar tak kemana letak gambar anak2 kat fb jeles juga perasaan di ati.. takpelah.. belum sampai ……………… :(
+1
oleoresin
Kenangan lama dah berlalu. Sometimes kita nak undergo balik suatu waktu dulu. Tapi percayalah…. Bila kita lalui balik, kita naik benci dan menyampah sebab rata2 kengkawan tak matang lagi, sgt teruk dalam membuat keputusan. Itulah yg aku nampak bila sambung belajar balik diusia 22thn dengan rata2 classmates berumur 17-18 tahun
Acaii Jawe
Leah – Thanks Leah ye :)
oleoresin – Aah betul tu. Dia memang best kalau sama dengan kawan2 kita yang dulu. Ketika masing2 belum matang buat keputusan :) Masing2 suka berseronok tanpa fikir masa depan sangat.
kasih
hehe..zaman asrama, biasa la..
dulu kasih asrama di Utara Msia..
da la homesick pastu senior2 plak nak tunjuk kuasa.. dan pandang kerek kat junior2 baru KL.. huhu..
tapi.. asrama tu lah yg banyak membentuk diri kasih skrg..
berdikari…dari tak pandai baca Yasin, dari tak penah masuk band, dari tak penah main bola jaring, bola tampar etc..
alhamdulillah seme kasih da boleh buat.. walaupun xlah seterrel org lain.. :P
yeah.. bila ada gathering, seme seolah2 mahu menunjukkan kehebatan masing2, kerjaya masing2,keluarga masing2..
hingga kdg2 kita lupa, semua tu pinjaman..
moga kita semua dilindungi dari sifat2 riak semua tu.. hmm.. =)
Acaii Jawe
Kasih – Salam kasih, waaahh pengalaman yang best kan Kasih? :) diaorang jeles kot dengan junior2 dari KL tu,hehe.Alhamdulillah banyak benda positif yang kita boleh dapat dari pengalaman tersebut kan kasih :)
AlmuizJailan
terigt plak zaman dok asrama.. tp aku xde la pulak pengalaman ragg org sbb msuk asrama time umur dah 19thn… klu tgk budak2 kene kerah basuh baju aku teringin lak wat camtu.. tp memikirkan aku dah dewasa so aku guna pendekatan lebih baik.. suh budak form 1 basuh baju tp bagi upah… hehe… tp x selalu .. mau kopak duit bg upah org basuh selalu..
Acaii Jawe
Muiz – Hahahaha, bagus betul ko muiz nak bagi upah kat orang yang basuh baju. Kalau tak nanti tak macholah muiz,kekek :) Thanks kang mampir.
Hakim
peberet ahmad jais? oh, lupa. abg ni memang da tua..
Acaii Jawe
Hakim – Wakakkaka, hampeh betul kim!!! ko pun dah tua gaklah,hehe