Kenangan Berkhatan

Bismillahirrahmanirrahim


Antara kenangan cuti sekolah yang aku tak dapat lupa sampai sekarang ialah kenangan masa berkhatan. Biasanya musim cuti sekolah jadi pilihan sebab boleh ‘rehat’ agak lama:) Dulu aku berkhatan dengan budak kampung beramai-ramai. Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, budak2 yang berkhatan ni berlagaklah kat sekolah sebab kitorang dah nak masuk geng orang dewasa. Boleh solat kat saf orang dewasa kat surau dan dapat pakai kain pelikat. Lagipun orang cakap kalau dah berkhatan baru boleh ada makwe. Itulah yang kuatkan semangat nak berkhatan,haha.

Teaser Iwan & Fahida, Kuala Lumpur.


Tapi berlagak tu cuma bertahan sampai abis sekolah je. Bila start cuti sekolah risau gila!! Fikir macam2. Rasa macam boleh mati je bila bersunat tu. Sebab dulu-dulu berkhatan bukan macam sekarang, 10 minit dah selesai. Takde thrill. Dulu ada tok mudim. Tok mudim mesti ada misai pusing yg buat diaorang garang. Pisau tok mudim tu macam parang kecik. Pastu kena duduk kat atas batang pisang. Salah potong boleh hilang ‘semua’. Ngeri bila fikir!!

2-3 hari sebelum sunat abah bagi mandi perigi ngan parit. Katanya boleh lembutkan kulit dan kurangkan pendarahan. Punyalah suka dapat mandi parit. Sebab kalau hari biasa mau kena rotan kalau mandi parit. Sebab tu kalau mandi parit bogel. Takut mak tau baju basah,hehe. Malam tu aku doa macam2. Abah aku plak cerita masa abah kecik2 dulu, ada budak yang nak sunat tu naik atas pokok kelapa sampai sehari taknak turun. Tapi aku takdelah takut camtu. Cuma bila tok mudim datang rumah aku, aku suruh adik aku sunat dulu je,haha.

Akupun tak tengok langsung masa ‘kerja’ sunat dilakukan. Tau tau dah selesai. Pastu selama 2 minggu terpaksa pakai kain sarong. Jalan kengkang je. Dulu2 diaorang ada skill taknak pegang kain sepanjang masa. Gunakan sabut kelapa masuk lipatan kain. Aku tak tau korang boleh bayangkan ke tak. Malam-malam terpaksa tido kat ruang tamu ngan adik aku. Abah akan ikat kain area tempat ‘tu’ kat bahagian alang-alang rumah. Aku nak tido mengiring pun susah.

Banyak lagi perkara menarik masa berkhatan seperti makan macam orang bersalin, dapat duit dan sebagainya. Tapi paling best, bila masuk sekolah balik aku boleh bangga dengan kawan2 lain. Satu sebab utama selain dah bersunat ialah dapat pakai seluar dalam yang tak pernah aku pakai sebelum tu,haha :) Wallahua’lam.



Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi. Banyak kerja di kantor. Tunggu full entry majlis-majlis ni ye.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Tazkirah : Abdurrahman bin Auf

Bismillahirrahmanirrahim


Satu hari Abdurrahman bin Auf tiba lewat di Masjid untuk solat Jemaah. Beliau solat masbu’ di belakang makmum lain. Usai solat, Rasulullah menghampiri beliau dan bertanya sebab beliau tiba lewat. Abdurrahman berkata, “Rasulullah, aku sibuk menguruskan perniagaan yang semakin berkembang”. Kemudian ada riwayat mengatakan Rasulullah berkata bahawa Abdurrahman akan dijamin masuk syurga tetapi dalam keadaan merangkak sebab hartanya yang terlalu banyak.

Teaser Syahrul Asri & Norhafizah, Bukit Changgang, Banting.


Mendengar kata-kata Rasulullah itu beliau berasa perlu memperbaiki amalannya lagi. Beliau telah memberikan sumbangan yang sangat besar dari sudut kewangan terhadap perkembangan agama Islam ketika itu di Madinah. Ketika peperangan Tabuk, Islam sangat memerlukan dana dan Abdurrahman memberikan hampir keseluruhan hartanya ke jalan Allah. Sehinggakan Umar berbisik kepada Rasulullah “Mungkin Abdurrahman berdosa sebab tidak meninggalkan sesuatu pun untuk keluarga beliau”.

Apabila ditanya oleh Rasulullah, beliau berkata “Ya Rasulullah. Mereka saya tinggalkan lebih banyak dan lebih baik dari pada yang saya sumbangkan. Iaitu rezeki kebaikan dan upah yang dijanjikan Allah”. Subhanallah. Ternyata sikap pemurahnya itu tidak menjadikan dia miskin. Malah diriwayatkan selepas itu, perniagaannya bertambah maju dan menjadi orang paling kaya di Madinah.

Ujian Allah terhadap manusia ni berbeza-beza. Ujian yang paling susah dan besar sebenarnya adalah ujian kenikmatan. Contohnya kecantikan, tinggi ilmunya, kekayaan berlimpah ruah dan sebagainya. Sebab sikap manusia memang sentiasa berasa kurang dengan nikmat sedia ada. Cubalah bayangkan apa yg kita akan lakukan bila dapat RM1 juta sekarang. Apa kita nak buat? Tiba-tiba kita rasa ia tidak mencukupi walaupun kita belum dapat lagi duit tersebut. Itulah sikap manusia. Wallahua’lam.



Nota kaki 1 : Selamat tahun baru 1433H. Jangan lupa baca doa awal dan akhir tahun esok ye.

Nota kaki : Ada beberapa IP yg tak dapat buka blog ni kebelakangan ni. Kalau ada bagitau aku ye. Ada masalah sikit kat hosting. Mohon maaf ye.




Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Outdoor Sufyian & Feeza, Putrajaya

Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu lepas ni aku berkesempatan rewang di kampung sepupu aku sempena majlis perkahwinannya. Sesuatu yang dah lama aku tak lakukan sejak hujung minggu penuh dengan aktiviti mengambil gambar. Rata-rata yang rewang orang kampung yang agak berusia. Mereka masih gagah angkat belanga, pikul tong gas dan buat kerja berat. Semua tu dilakukan secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Makin lama kita ni dah jadi masyarakat pentingkan diri sendiri. Lelagi kalau hidup di bandar. Tak kisah perumahan teres, apartment mahupun kondo. Jiran sebelah rumah tak kenal bukanlah satu perkara yang pelik lagi. Kita boleh lebih rapat dengan orang di laman facebook, twitter dan sebagainya yang tak pernah jumpa berbanding jiran yang bertembung selalu di kawasan rumah kita. Alasan kerja dijadikan sebab utama tidak dapat bersilaturrahim.

Kadangkala ada tengok cerita orang putih yg bagi satu bekas roti/bir kepada jiran sebagai tanda perkenalan sebab baru berpindah ke kawasan tersebut. Malupun ada juga sebab kat Malaysia yang terkenal dengan masyarakat berbudi pekerti dan bersopan santun sangat sukar nak buat benda simple camtu. Anggaplah apa yang aku cakap ni adalah untuk diri aku sendiri.



Sesi outdoor pasangan Sufyian & Feeza dilakukan ketika majlis bertandang di Cheras. Kitorang bertolak ke Putrajaya sebab hujan lebat sangat di Cheras. Kebetulan cuaca masih gerimis lagi. Tapi bolehlah nak bergambar time tu :) Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Time cuti sekolah ni pastikan korang ada lokasi alternatif kalau nak buat outdoor sebab keberangkalian untuk hujan tu tinggi.

Aku ni manusia biasa. Kadangkala aku ada lakukan kesilapan yang aku tidak sedar. Aku perlukan teguran dari semua untuk perbaiki diri aku. Kalau ada apa yang aku lakukan tidak berkenan bagitaulah ye. Aku mohon maaf kepada semua atas kelemahan tersebut. Kematian seorang member photography secara tiba-tiba haritu membuatkan aku rasa perlu untuk mohon maaf dari semua setiap masa. Wallahua’lam.


Nota kaki : Untuk makluman, tarikh untuk bulan April 2012 aku dah tak available lagi. Bulan Mei dan Jun 2012 tinggal beberapa slot yang tinggal. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan semua ye. Aku hargai sangat.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Sufyian & Feeza, Petaling Jaya

Bismillahirrahmanirrahim


Musim cuti sekolah dah kembali. Dalam alam persekolahan, cuti sekolah akhir tahun memang ditunggu-tunggu semua pelajar. Padahal bukan buat apapun cuti sekolah tu :) Malam tadi aku dengar sebuah rancangan TV yang cadangkan anak2 dihantar tuisyen bagi mereka yg amik peperiksaan besar tahun hadapan. Maaf, aku tidak bersetuju. Dengan tekanan untuk berjaya, ibu bapa kekadang terlalu risau pelajaran anak-anak mereka berbanding didikan agamanya. Sampai tiada ruang untuk berehat dan tenangkan fikiran.

Belah siang kena sekolah, malam kena buat kerja rumah/tuisyen. Cuti sekolahpun nak kena belajar jugak? Kesiannya jadi pelajar zaman sekarang. Janji dapat score, tak solat subuh xpe sebab penat belajar. Hasilnya, dapat straight A’s dalam peperiksaan tapi akhlak dan agamanya terabai seluruh hidupnya. Macam manalah generasi yang jaga negara kita ni akan datang.

Kali ni aku update majlis bersanding pasangan Feeza & Sufyian yang diadakan kat sebuah dewan kolej di Universiti Malaya. Feeza ni merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Jadi semua persiapan kahwin memang diuruskan sepenuhnya oleh beliau. Sangat kagum!!


Tetamu majlis ni sangat ramai. Sampai aku boleh jumpa sahabat lama sekolah rendah dulu kat sini. Terkejut aku :) Majlis berjalan lancar sampailah ke akhirnya. Aku suka dewan kat sini sebab ada surau yang selesa kat dalam dewan yang sama. Boleh solat dan hilangkan lelah sebentar.

Sesi outdoor kitorang buat kat dalam UM je. Tapi memandangkan kesuntukan masa sebab maghrib masuk awal memang tak dapat shoot banyak gambar.



Tahniah kepada kedua mempelai. Terima kasih kepada sahabat aku Zakuan Hassan yang follow aku masa sesi outdoor ni. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan selamanya,amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang bekerjasama ye:) Tunggu aku update majlis bertandang di Cheras minggu depan ye.


Nota kaki : Tahniah atas kejayaan pasukan Malaysia yang menang ke atas Indonesia malam tadi. Tapi kalau ikut aku, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Puluhan juta ringgit dibelanjakan untuk skuad harimau muda ni. At least, tunjukkan mereka berbeza dari typical permainan Malaysia sebelum ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Majlis Pernikahan Sufyian & Feeza, Petaling Jaya

Bismillahirrahmanirrahim


Minggu lepas ni mungkin antara minggu paling sibuk pagi photographer. Ramai pasangan yang tunggu tarikh 11.11.11 sebagai tarikh untuk mereka diijabqabulkan. Biar apapun tarikh yang dipilih semoga ikatan yang terjalin berkekalan. Aku tak mahu komen tentang pilihan tarih cantik seperti itu. Tetapi yang aku pasti tarikh begitu memudahkan lelaki nak ingat tarikh anniversary yang kebanyakkannya mudah lupa atau err keliru, haha.

Kali ni aku nak update majlis pernikahan pasangan Sufyian & Norhafeeza yang diadakan di Petaling Jaya. Oh ya, feeza ni antara beberapa client aku yang berjumpa dan deal ngan aku bersama-sama mak ngan ayah dia :) Memang sporting betul pakcik dan makcik.



Kedua-dua pasangan pengantin merupakan seorang lecturer. Sampai kekadang aku tak tahu yang datang tu kawan2 ke atau student,hehe. Sebab maklumlah student sekarang kebesaran mereka kekadang lebih besar dari aku. Lelagi dressing macam orang berkerjaya. Kalau diaorang nampak aku masa aku belajar dulu2 mesti diaorang ingat aku fakir miskin. Oklah, aku tak dapat tulis banyak2 arini. Tunggu aku update majlis persandingan diaorang pasni ye.



Nota kaki : Setakat kerja straight seminggu tu apalah sangat kalau dibandingkan dgn kerja buruh kasar kat tempat pembinaan. Badan ni kekadang ngada2 nak lenguh2 dan sakit2 :) Doakan aku sihat kawan2.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Cerita Korban dari Bagan Datoh, Perak

Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah tahun ni ada rezeki untuk aku buat korban sekali lagi. Tapi kali ni aku buat kat kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Berbeza dengan kampung aku di Banting, kat sini biasanya ibadah korban dibuat secara sendirian di rumah. Macam belah2 Kelantan sana. Jiran-jiran dan kawan terdekat datang rumah untuk tolong buat ibadah korban tersebut.

Kampung ni kampung lama. Orang-orang muda dah tak ramai. Semua berhijrah ke bandar. Setiap tahun ada je rumah yang akan kosong dan tidak berpenghuni sebab orang tuanya dah meninggal dunia. Tetapi semangat mereka untuk sama-sama tolong lapah daging memang sangat dikagumi. Bila lihat muka mereka satu persatu, kekadang aku terfikir berapa tahun lagi kampung ni akan ada penduduknya. Sedih tapi itu realitinya.

Memandangkan hujan yang turun setiap hari, kawasan kampung banyak digenangi air termasuklah rumah ni. Tapi mujur air naik sedikit sahaja. Masih ada ruang untuk bekerja. Malah sepanjang korban dijalankan gerimis turun membasahi kitorang semua. Layan sikit suasana ibadah korban kat sini. Aku pegang parang ngan kamera. Jadi xdapat amik byk gambar.



Selepas selesai melapah dan menimbang daging, kitorang kena kira jumlah rumah untuk diagih-agihkan. Bayangkan seekor lembu ni boleh diberikan kepada lebih dari 3 buah kampung. Penduduk kampung ni pun tak sampai 15 rumah. Jarak antara rumah ‘sepelaung’ jauhnya. Sepelaung tu maksudnya kalau kita menjerit dari rumah kita, jiran terdekat boleh dengar sayup-sayup je suara kita :)

Semoga ibadah korban kita semua diterima Allah, insyaallah. Amalan seharian kita ni bukanlah banyak mana. Itupun belum tentu diterima Allah. Dengan banyakkan sedekah, menolong orang dan berbuat baik sesama manusia mungkin boleh menampung kekurangan ibadah harian kita. Wallahualam.



Nota kaki : Tahniah kepada TV1 dan Tv Al-Hijrah sebab banyak rancangan tentang ibadah haji tahun ni. Mak ngan abah tak pernah miss tengok ‘Salam Baitullah’. Orang-orang tua yang melapah daging ni pun asyik cerita pasal rancangan tersebut. Sudah tentu dalam bahasa Banjar :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

Kisah Haji Rasulullah

Bismillahirrahmanirrahim


Aku nak kongsi kisah Haji Rasulullah yang aku dengar semasa kuliah di masjid semalam. Sebenarnya sepanjang hidup Rasululah, baginda hanya pernah melakukan ibadah Haji sekali sahaja. Baginda melakukan ibadah haji ketika baginda berumur 60 tahun. Haji tersebut dikenali sebagai Haji Wida’ atau Haji Wada’ iaitu haji perpisahan. Pada waktu itulah Rasulullah menyampaikan khutbah terakhir baginda sebelum baginda wafat tahun berikutnya ketika berusia 63 tahun.

Teaser Sufyian & Feeza, Petaling Jaya.


Pada hari Sabtu, 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah baginda bertolak dari Madinah ke Mekah bersama 24,000 orang untuk menunaikan Haji. Mereka mengambil masa 9 hari untuk sampai ke kota Mekah. Ia satu perjalanan yang sangat jauh (400km). Berbeza dengan perjalanan sekarang yang hanya makan masa 7-8 jam menaiki bas. Kemudian mereka menuju ke Arafah pada pagi 9 Zulhijjah pada hari Jumaat untuk wukuf.

Ketika masuk waktu zohor sebelum masuk Arafah, baginda berhentikan unta baginda (Al-Qashwa’) di satu tempat yang tinggi di Namirah. Di situlah baginda menyampaikan khutbah terakhir (Wida’). Khutbah tersebut macam satu amanat terakhir Rasulullah sebelum meninggalkan dunia ini selama-lamanya. Rasulullah memulakan khutbah dengan mangatakan “Sesungguhnya aku tidak tahu apakah aku masih akan bertemu dengan kamu di tempat wuquf ini sesudah tahun ini…”. Full khutbah Wida’ di sini.

Khutbah tersebut memang ditujukan kepada semua umat Islam termasuk kita semua. Untuk makluman, esok jemaah haji seramai 3.5 juta orang akan berada di padang Arafah untuk tunaikan rukun Haji kedua. Kita yang berada di sini seharusnya mengambil semangat tersebut. Disamping itu, simpan azam untuk ke sana dan berusaha laksanakan ibadah korban yang sangat dituntut Islam. Mudah-mudahan satu hari nanti kita dapat berjumpa Rasulullah selepas kita mati nanti. Wallahua’lam



Nota kaki : Selamat Hari Raya Aidiladha dan selamat berkorban untuk semua pembaca blog ni. Hati2 di jalan raya ketika pulang ke kampung :) Semoga semuanya sentiasa dilindungi Allah.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe