Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah tahun ni ada rezeki untuk aku buat korban sekali lagi. Tapi kali ni aku buat kat kampung wife di Matang Kunda, Bagan Datoh, Perak. Berbeza dengan kampung aku di Banting, kat sini biasanya ibadah korban dibuat secara sendirian di rumah. Macam belah2 Kelantan sana. Jiran-jiran dan kawan terdekat datang rumah untuk tolong buat ibadah korban tersebut.

Kampung ni kampung lama. Orang-orang muda dah tak ramai. Semua berhijrah ke bandar. Setiap tahun ada je rumah yang akan kosong dan tidak berpenghuni sebab orang tuanya dah meninggal dunia. Tetapi semangat mereka untuk sama-sama tolong lapah daging memang sangat dikagumi. Bila lihat muka mereka satu persatu, kekadang aku terfikir berapa tahun lagi kampung ni akan ada penduduknya. Sedih tapi itu realitinya.

Memandangkan hujan yang turun setiap hari, kawasan kampung banyak digenangi air termasuklah rumah ni. Tapi mujur air naik sedikit sahaja. Masih ada ruang untuk bekerja. Malah sepanjang korban dijalankan gerimis turun membasahi kitorang semua. Layan sikit suasana ibadah korban kat sini. Aku pegang parang ngan kamera. Jadi xdapat amik byk gambar.



Selepas selesai melapah dan menimbang daging, kitorang kena kira jumlah rumah untuk diagih-agihkan. Bayangkan seekor lembu ni boleh diberikan kepada lebih dari 3 buah kampung. Penduduk kampung ni pun tak sampai 15 rumah. Jarak antara rumah ‘sepelaung’ jauhnya. Sepelaung tu maksudnya kalau kita menjerit dari rumah kita, jiran terdekat boleh dengar sayup-sayup je suara kita :)

Semoga ibadah korban kita semua diterima Allah, insyaallah. Amalan seharian kita ni bukanlah banyak mana. Itupun belum tentu diterima Allah. Dengan banyakkan sedekah, menolong orang dan berbuat baik sesama manusia mungkin boleh menampung kekurangan ibadah harian kita. Wallahualam.



Nota kaki : Tahniah kepada TV1 dan Tv Al-Hijrah sebab banyak rancangan tentang ibadah haji tahun ni. Mak ngan abah tak pernah miss tengok ‘Salam Baitullah’. Orang-orang tua yang melapah daging ni pun asyik cerita pasal rancangan tersebut. Sudah tentu dalam bahasa Banjar :)



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

10 Comments

  1. ejal Reply

    salam kang…raya umh mertua yer..hahah..sama la kita..jem x balik hr tu?aku raya umh mertua pun semua geng banjar..aku sorg jer jawa..nasib diaorg x ckp banjar..klu x nganga jer la aku..hahaha…

    • Acaii Jawe Reply

      ejal – salam ejal, waras ye jal? salam aidiladha jal:) aritu aku balik jammed gila. Paling tak boleh tahan nak masuk tanjong karanglah tu,huhu. Pastu aku terus lalu depan kampung ko sampai ke Ijok,hehe.

  2. Masy Reply

    mesti pakcik2 tu heran apsal laaa budak ni dok amek2 gambau ni.. mujur tak dikapaknye budak kucaii ini hehehehe

    sape dpt ekor tu? bole buat sup ekor.. mantap!

  3. sil Reply

    sedih pulak saya baca entri kali ni. terbayang suasana kat situ yg kekurangan tenaga muda.

    p/s : nyong orak pernah kerungu wong ngomong banjar. teringin lak nak dengar

    • Acaii Jawe Reply

      kak masy – salam kak, hahaha. Takkanlah dia nak kapak saya kak:) sebab sy amik gambar sat je pastu kena tolong gak,hehe. Ekor tu ada orang tua kat situ amik,hehe.

      sil – Salam sil, aah kekadang sedih gak tengok kampung2 yang semakin dilupakan. Memang kegiatan ekonomi susah nak berkembang kat sini sebab penduduknya dah tak ramai.

  4. Muhammad Hafiz (teh) Reply

    Assalamualaikum w.b.t, meriahnya Aidul Adha abg faisal :) Alhamdulillah, insyaAllah ibadah Qurban d’terima Allah s.w.t. Tahun ni Alhamdulillah saya buat d’Kemboja je, melalui kenalan.

    • Acaii Jawe Reply

      Hafiz – Wslm Hafiz, alhamdulilah dah dapat buat korban tu :) Semoga ibadah tersebut diterima Allah,amin. Thanks ye Hafiz sudi singgah sini. Salam Aidiladha juga :)

      Din – Salam din, lamanya tak dengar khabar din :) Waras din? Aku dengar jelah din. Nak balas tak faham dan tak tahu,hehe. Baru tahu rasanya orang yang tak faham bahasa jawe time kita cakap,keke

  5. din Reply

    Salam aidiladha cai.. rasa seronok bila rewang wat ibadah korban. kalo ada yang miss tu cam getun plak. :)
    da pandai cakap banjar ke cai? musti khusyuk ko dengar diaorg sembang kan? hehe

  6. Sarah Reply

    Salam Acai. Salam Aidiladha untuk awak dan Fiza. Tahun ni saya beraya di Putrajaya. Tak nampak satu pun orang buat rewang korban (of course la kan, hehe) even kat surau. Saya rasa, semuanya lebih selesa buat ibadah ni di kampung masing2 atau disalurkan kepada muslim di negara2 lain. Dalam erti kata lainnya, kurang la sikit feel Aidiladha tu sebab tak nampak orang melapah daging dan tak merasa sikitpun daging korban. Tapi bila saya balik je ke Lipis semula, ada staff hospital yang buat ibadah ni dan hampir semua staff hospital yang free turun padang untuk tolong melapah daging. Ada jugakla rezeki mak buyung ni dapat merasa sikit daging korban tahun ni.

    Insya Allah kalau ada rezeki, tahun depan nak buat juga korban. Tahun ni kena withold dulu niat sebab tak lama lagi nak kena buat aqiqah anak kan. Hehe.

    • Acaii Jawe Reply

      Sarah – Salam sarah :) Salam Aidiladha untuk Sarah ngan Thaariq juga ye. Alahai siannya kat Putrajaya,hehe. Tapi betul gak, semua orang memang balik kampung dan prefer buat korban di kampung :) Senang nak agihkan kat orang lain yang lebih memerlukan. Alhamdulillah dapat juga rasa daging korban. Ingat kalau kempunan boleh sy bagi sikit sebab ada lagi ni daging korban kat rumah,hehe. Insyaallah Sarah, buat pelan2. Nanti kenduri Akiqah jangan lupa jemput ye,hehe. Kalau lagi best buat betul2 7 hari, baru betul2 dapat sunat tu,hehe.

Leave a reply