Bismillahirrahmanirrahim
Antara kenangan cuti sekolah yang aku tak dapat lupa sampai sekarang ialah kenangan masa berkhatan. Biasanya musim cuti sekolah jadi pilihan sebab boleh ‘rehat’ agak lama:) Dulu aku berkhatan dengan budak kampung beramai-ramai. Beberapa minggu sebelum cuti sekolah, budak2 yang berkhatan ni berlagaklah kat sekolah sebab kitorang dah nak masuk geng orang dewasa. Boleh solat kat saf orang dewasa kat surau dan dapat pakai kain pelikat. Lagipun orang cakap kalau dah berkhatan baru boleh ada makwe. Itulah yang kuatkan semangat nak berkhatan,haha.
Teaser Iwan & Fahida, Kuala Lumpur.
Tapi berlagak tu cuma bertahan sampai abis sekolah je. Bila start cuti sekolah risau gila!! Fikir macam2. Rasa macam boleh mati je bila bersunat tu. Sebab dulu-dulu berkhatan bukan macam sekarang, 10 minit dah selesai. Takde thrill. Dulu ada tok mudim. Tok mudim mesti ada misai pusing yg buat diaorang garang. Pisau tok mudim tu macam parang kecik. Pastu kena duduk kat atas batang pisang. Salah potong boleh hilang ‘semua’. Ngeri bila fikir!!
2-3 hari sebelum sunat abah bagi mandi perigi ngan parit. Katanya boleh lembutkan kulit dan kurangkan pendarahan. Punyalah suka dapat mandi parit. Sebab kalau hari biasa mau kena rotan kalau mandi parit. Sebab tu kalau mandi parit bogel. Takut mak tau baju basah,hehe. Malam tu aku doa macam2. Abah aku plak cerita masa abah kecik2 dulu, ada budak yang nak sunat tu naik atas pokok kelapa sampai sehari taknak turun. Tapi aku takdelah takut camtu. Cuma bila tok mudim datang rumah aku, aku suruh adik aku sunat dulu je,haha.
Akupun tak tengok langsung masa ‘kerja’ sunat dilakukan. Tau tau dah selesai. Pastu selama 2 minggu terpaksa pakai kain sarong. Jalan kengkang je. Dulu2 diaorang ada skill taknak pegang kain sepanjang masa. Gunakan sabut kelapa masuk lipatan kain. Aku tak tau korang boleh bayangkan ke tak. Malam-malam terpaksa tido kat ruang tamu ngan adik aku. Abah akan ikat kain area tempat ‘tu’ kat bahagian alang-alang rumah. Aku nak tido mengiring pun susah.
Banyak lagi perkara menarik masa berkhatan seperti makan macam orang bersalin, dapat duit dan sebagainya. Tapi paling best, bila masuk sekolah balik aku boleh bangga dengan kawan2 lain. Satu sebab utama selain dah bersunat ialah dapat pakai seluar dalam yang tak pernah aku pakai sebelum tu,haha :) Wallahua’lam.
Nota kaki : Minggu ni aku agak bizi. Banyak kerja di kantor. Tunggu full entry majlis-majlis ni ye.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
azieazah
Salam dindaku ESAL.
hahahaha bab berkhatan nih, mana leh lawan kenangan berkhatan di kampung berbanding dgn cara sunat di bandar/klinik.
Acara sambutan majlis berkhatan tu sangat grand pada pandangan anak-anak, sebelum masuk dunia dewasa, dunia seorang teruna! cewahhh…
Bangga kan?
Acaii Jawe
Azieazah – Salam kak zie, aah kak betul tu. Dulu siap ada majlis berkhatan dan khatam alquran lagi tu,hehe. Sekarang pergi klinik dan sunat je,hehe. Takde feel cam dulu2 lagi.
ajey
hehehe.. ko nangis yer time sunat.. ke mbrebes je.. ? hehehe…
Acaii Jawe
ajey – salam wak,hehehe. Aku mana ada nangislah masa sunat. Masa jalan2 tiba2 kena kain je nangis,hahaha
Amor mie – Hehehe, ni pengalamanorang lelaki je,hehe
Amor Mie
macam-macam hal ;)
Faiz Faiza
Salam Acai,
baru je niat nk tinggal jejak kat sini. errk, tp undur diri dulu la.
Acaii Jawe
Faiz Faiza – Salam Faiza, terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan jejak ye,hehe :)
cot
ko ni macam² la caii..haha
part sabut tu aku penah tengok tapi xpernah buat…
kekekeke
Acaii Jawe
cot – salam cot :) hehe, kalau pakai sabut tu kena terer bergerak. Kalau tak lagi nahas kena sabut tu,hahaha.
Khairul Faizin aka SulaimanAkhlaken
Salam sahabat seperjuangan,
Artikel kau mengingatkan aku pada peristiwa masa sunat dahulu. Aku pun pada bersunat cara kampung dan perkara yang paling aku xboleh lupakan ialah waktu aku bersunat, ramai orang kampung yang menyaksikan acara tu termasuk awek2 kampung… Perasan masa tu memang tak terkata, ‘angry bird’ aku dilihat oleh awek2 yang aku selalu kacau kat sekolah rendah masa tu… malu seh… hehehe
Acaii Jawe
Salam Sahabat, Betul2. Memang tak boleh tahan malunya ramai yang tengok kita bersunat tu,hehe. Dan betul jugak rasa segan nak nangis sebab ada awek2 kampung tengok sekali time kita sunat,hahahaha. Tak macho je nak nangis :)
awe
Salam Caii, best entry….
Sekarang semua mandi pili bomba je…
Jom ikut majlis berkhatan anjuran Lembaga Zakat Selangor
sepanjang cuti sekolah ni
Acaii Jawe
awe – Salam awe, terima kasih awe. Aku memang nak shoot majlis berkhatan tu nanti awe,hehe. Jom join.