Bismillahirrahmanirrahim


Hujung minggu lepas ni aku berkesempatan rewang di kampung sepupu aku sempena majlis perkahwinannya. Sesuatu yang dah lama aku tak lakukan sejak hujung minggu penuh dengan aktiviti mengambil gambar. Rata-rata yang rewang orang kampung yang agak berusia. Mereka masih gagah angkat belanga, pikul tong gas dan buat kerja berat. Semua tu dilakukan secara sukarela tanpa sebarang bayaran.

Makin lama kita ni dah jadi masyarakat pentingkan diri sendiri. Lelagi kalau hidup di bandar. Tak kisah perumahan teres, apartment mahupun kondo. Jiran sebelah rumah tak kenal bukanlah satu perkara yang pelik lagi. Kita boleh lebih rapat dengan orang di laman facebook, twitter dan sebagainya yang tak pernah jumpa berbanding jiran yang bertembung selalu di kawasan rumah kita. Alasan kerja dijadikan sebab utama tidak dapat bersilaturrahim.

Kadangkala ada tengok cerita orang putih yg bagi satu bekas roti/bir kepada jiran sebagai tanda perkenalan sebab baru berpindah ke kawasan tersebut. Malupun ada juga sebab kat Malaysia yang terkenal dengan masyarakat berbudi pekerti dan bersopan santun sangat sukar nak buat benda simple camtu. Anggaplah apa yang aku cakap ni adalah untuk diri aku sendiri.



Sesi outdoor pasangan Sufyian & Feeza dilakukan ketika majlis bertandang di Cheras. Kitorang bertolak ke Putrajaya sebab hujan lebat sangat di Cheras. Kebetulan cuaca masih gerimis lagi. Tapi bolehlah nak bergambar time tu :) Alhamdulillah semuanya dapat diselesaikan dengan baik. Time cuti sekolah ni pastikan korang ada lokasi alternatif kalau nak buat outdoor sebab keberangkalian untuk hujan tu tinggi.

Aku ni manusia biasa. Kadangkala aku ada lakukan kesilapan yang aku tidak sedar. Aku perlukan teguran dari semua untuk perbaiki diri aku. Kalau ada apa yang aku lakukan tidak berkenan bagitaulah ye. Aku mohon maaf kepada semua atas kelemahan tersebut. Kematian seorang member photography secara tiba-tiba haritu membuatkan aku rasa perlu untuk mohon maaf dari semua setiap masa. Wallahua’lam.


Nota kaki : Untuk makluman, tarikh untuk bulan April 2012 aku dah tak available lagi. Bulan Mei dan Jun 2012 tinggal beberapa slot yang tinggal. Terima kasih atas sokongan dan pertanyaan semua ye. Aku hargai sangat.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

10 Comments

  1. SisHoney Reply

    sis pun mintak maaf cai kalau ada salah dan silap.sis doakan cai diberi kesihatan yg baik sepanjang menerima job ini.tambah2 sis ni belum sampai seru nak hirer cai :p

    • Acaii Jawe Reply

      SisHoney – Salam sahabatku sis, aah sis. Acaipun nak mintak maaf bebanyak kalau sepanjang perkenalan kita ada kesilapan kata2 dan perbuatan yang tak berkenan :) Good luck for your job sis,hehe.

  2. taqo @ Nurtaqwa Reply

    salam kang.
    yep. ada betulnya.
    rata rata mereka lebih kenal rapat dgn rakan difesbuk berbanding alam nyata nya. huhu.

    mcm cakap dekat diri sendiri. huhu. outdoor ni semua buat di putrajaya ye kang? chantek pulak. belah mane ni kang?

    gambo semua aummmmm!
    kaler apetah lagi. heeee. :D

    • Acaii Jawe Reply

      Taqo – Salam kang, betul2 :) memang orang zaman sekaranglah kot kan. Mana yang dapat kita perbaiki kita sama2lah perbaiki. Outdoor ni kat area taman botani je bro :)

      Kak Masy – Salam kak,hehehehe. Terasa ye? Alaaa ramai lagi terasa gak termasuklah saya,hahaha. Alaa melaka ngan putrajaya bukan jauh sangat kak,hahaha.

  3. Masy Reply

    Kita boleh lebih rapat dengan orang di laman facebook, twitter dan sebagainya yang tak pernah jumpa berbanding jiran yang bertembung selalu di kawasan rumah kita. Alasan kerja dijadikan sebab utama tidak dapat bersilaturrahim.<– alamak terasa. hahahaha T__T

    best la kawen kt putrajaya, byk port cantek. huhuhuh

  4. taqo @ Nurtaqwa Reply

    yes. betul tu. masih cube betulkan diri ni. proses masih lagi bejalan. nyong pon arek jaluk ngopuro kekalau ade salah ye kang.

    ouh! botani? gambar no.2,9 dan yg last tu kat sane jugak ke kang? hm. blom abis usha lagi rupanya sy ni. hehe

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – Salam kang :) Betul tu. Kita ni manusia memang tak pernah terlepas dari buat kesalahan pada manusia lain.. Semoga Allah lembutkan manusia yang kita berbuat salah untuk memaafkan kita,amin.

      Zoo – Terima kasih abg Aza singgah dan tinggalkan komen :)

  5. zOO Reply

    great moment!

  6. cot Reply

    salam caii..
    bile nak buat kelas ni..
    kekeke

    mak aku datang kolumpo baru ni pun siap belikan buah tangan lagi untuk jiran² sebelah rumah kat kampung sebelum balik…perkara² macam tu masih utuh di kampung².. :)

    • Acaii Jawe Reply

      Salam cot, itulah pasalnya :) kalau orang kampung memang tak pernah lupa dan tinggalkan budaya bermasyarakat ni. Kita ni je cot yang susah. Memang kena beli rumah dekat2lah camni,kekeke.

Leave a reply