Bismillahirrahmanirrahim


Musim cuti sekolah dah kembali. Dalam alam persekolahan, cuti sekolah akhir tahun memang ditunggu-tunggu semua pelajar. Padahal bukan buat apapun cuti sekolah tu :) Malam tadi aku dengar sebuah rancangan TV yang cadangkan anak2 dihantar tuisyen bagi mereka yg amik peperiksaan besar tahun hadapan. Maaf, aku tidak bersetuju. Dengan tekanan untuk berjaya, ibu bapa kekadang terlalu risau pelajaran anak-anak mereka berbanding didikan agamanya. Sampai tiada ruang untuk berehat dan tenangkan fikiran.

Belah siang kena sekolah, malam kena buat kerja rumah/tuisyen. Cuti sekolahpun nak kena belajar jugak? Kesiannya jadi pelajar zaman sekarang. Janji dapat score, tak solat subuh xpe sebab penat belajar. Hasilnya, dapat straight A’s dalam peperiksaan tapi akhlak dan agamanya terabai seluruh hidupnya. Macam manalah generasi yang jaga negara kita ni akan datang.

Kali ni aku update majlis bersanding pasangan Feeza & Sufyian yang diadakan kat sebuah dewan kolej di Universiti Malaya. Feeza ni merupakan anak tunggal dalam keluarganya. Jadi semua persiapan kahwin memang diuruskan sepenuhnya oleh beliau. Sangat kagum!!


Tetamu majlis ni sangat ramai. Sampai aku boleh jumpa sahabat lama sekolah rendah dulu kat sini. Terkejut aku :) Majlis berjalan lancar sampailah ke akhirnya. Aku suka dewan kat sini sebab ada surau yang selesa kat dalam dewan yang sama. Boleh solat dan hilangkan lelah sebentar.

Sesi outdoor kitorang buat kat dalam UM je. Tapi memandangkan kesuntukan masa sebab maghrib masuk awal memang tak dapat shoot banyak gambar.



Tahniah kepada kedua mempelai. Terima kasih kepada sahabat aku Zakuan Hassan yang follow aku masa sesi outdoor ni. Semoga ikatan yang terjalin berkekalan selamanya,amin. Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang bekerjasama ye:) Tunggu aku update majlis bertandang di Cheras minggu depan ye.


Nota kaki : Tahniah atas kejayaan pasukan Malaysia yang menang ke atas Indonesia malam tadi. Tapi kalau ikut aku, masih terlalu banyak yang perlu diperbaiki. Puluhan juta ringgit dibelanjakan untuk skuad harimau muda ni. At least, tunjukkan mereka berbeza dari typical permainan Malaysia sebelum ni.



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

22 Comments

  1. ejal Reply

    salam kang..x ajak pun..hahaha…

    • Acaii Jawe Reply

      ejal – Salam ejal, ahh ko jal. Dari dulu aku ajak asyik bizi je,kekeke.

  2. Masy Reply

    akak x berani nk tgk bola mlm td. hahaahah dgr jerit2 jiran atas je. apepun tahniah utk pasukan msia. bkn senang nk menang kt tempat org saiko ni hahahaha

    lawa laaaaaaaa pic. suasana pun lawa. sume lawalah. hehehe

    • Acaii Jawe Reply

      Kak Masy – Alaaa apalah kak tak semangat patriotik,hehe. Thanks kak ye :)

  3. ajey Reply

    wohooo… besshhh.. ajar la aku cai..

    • Acaii Jawe Reply

      ajay – Wak, nak ajar apa? ko ddah terer!!hehe.

      ejal – hahahaha, bengong. Yelah jal, taulah aku tak hensem dan gemuk. Ko taknak join aku amik gambar. Sedihnya,huhu.

  4. ejal Reply

    aku bkn bz kang..bt2 bz jer..lg pun bkn ape..segan la nak ikut otai yang ensem nih…hahahaha

  5. ajey Reply

    bkan gemuk cai.. tp ‘Abg Roy’… sama dengan je ngan aku skang.. ooo… tu pasal la ejal x mo join aku shoot.. muahahah…

    • Acaii Jawe Reply

      ajey – Wakakakakaka, tapi ko masih maintain lagi wak. Aku ni dah tak boleh maintain,kekeke :) ejak geng kurus tak boleh joinlah camni,haha

  6. za wife nasri Reply

    gambar anak saya acai takde ambik ke? if ada leh dpt free tak.. hihihi.. cantik sungguh gambar2 itu.. pengantinnnye comey kan.. ;-)

    • Acaii Jawe Reply

      za – Salam za,hehe. Mestilah ada :) bagilah mail za, nanti kalau sempat saya hantar gambar anaknya ye,hehe.

      ejal – Hahahahaha, sampai hati ko cakap aku comel. Ko ingat aku kucing ke ejal!! LOL

  7. ejal Reply

    ajey & acai-tau x per..segan woo aku nk join..hahaha..ko jgn ckp gemok..comel la..kan ke sedap skit bunyinya tuh..hahahha

  8. za wife nasri Reply

    tq… hehehe takpelh acai mesti bz kan.. feeza ckp nnti dia bg cz dia ckp nnti abg acai bg dia satu folder gmbr wedding dia.. gmbr2 yg di ambik mmemang cntik, nnti kiteorang nak booking ambik gmbr family potrait lah… bila free2 balik kg bgthulah kiteorang…

    • Acaii Jawe Reply

      za – oooo dah kautim ngan feeza rupanya,hehe. Orait. Nanti pape bagitaulah ye. Za, bagi nasri makan banyak sikit. Dulu sy sama kurus ngan dia, sekarang dah besar gila,haha.

      abi hurairah – salam sahabat ku sopix :) terima kasih ye. Sila beri tunjuk ajar :)

  9. abi hurairah Reply

    fulamak chai, sangat cantik.. Subahanallah :)

  10. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL.

    Cantik gambar-gambar pengantin tu. Biru tu nampak sangat romantis.

    Setuju, dengan pendapat anak generasi kita harus seimbang agama dan akademiknya. Sebagai parents, kita sering terlalai dan sering juga terpengaruh dgn aliran kehendak duniawi.

    Sama-sama berpesan. Terimakasih.

    Syukur, kerja-kerja juga, tapi bila tiba waktu, tangguhkan kerja demi sesuatu yang lebih wajib.

    • Acaii Jawe Reply

      azieazah – Salam kak zie yang dihormati, lamanya tak dengar khabar akak :) mohon maaf kak tak dapat selalu berhubung sebab bizi sangat dengan kerja ni :) hope akak sekeluarga diberikan kesihatan yang baik2 je ye:) terima kasih kak sudi singgah sini dan tinggalkan komen lagi.

  11. taqo @ Nurtaqwa Reply

    salam kang.
    macam mane buleh xpasan kakang dah hapdate ni. ciss. hehe.
    kaler memang aummmm! hehe.

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – salam kang,hehe. Thanks bebanyak sahabat :)

      Khairul Faizin – Salam kawan, waa lamanya tak dengar khabar :) sabar tuan, kekadang memang sakit hati bila diperlakukan begitu kan. Kebanyakkan kesalahan datang dari ibu bapa mereka,huhu.

  12. Salam kawan…

    Aku setuju dgn statement kau tu… baru2 ni ada sorang budak sekolah rendah buat kurang ajar dgn aku… Sabar jelah aku masa tu…. :(

  13. nasri Reply

    aku maintain jer.hehe
    balik kg bagitau leh kita ngeteh warung zaki…

    • Acaii Jawe Reply

      nasri – Hahaha, nantilah nasri kalau balik ke bukit changgang aku roger. Sekarang ni dah jarang balik,hehe.

Leave a reply