Bismillahirrahmanirrahim
Hj Laiman Kadiran dalam kenangan
Jumaat lepas aku dapat satu berita mengejutkan. Imam kampung aku kembali kerahmatullah akibat stroke. Berita tu beri kesan agak mendalam dalam hati aku sebab arwah memang agak rapat dengan aku. Malah byk juga entry blog aku yang lepas bercerita tentang beliau. Sebenarnya bukan aku sorang, seluruh penduduk kampung aku merasai kesedihan dan kehilangan tersebut.
Tiada lagi suara lunak beliau mengalunkan azan subuh. Rindu bacaan solat beliau yang tertib dan menyentuh hati para makmum. Sikapnya yang ramah dan disenangi semua orang serta sentiasa tersenyum. Kalau dia bawa lori kelapa sawit tu dia akan angkat tangan kepada hampir semua orang kampung yang berselisih dengan beliau.
Ketika majlis pengkebumian, orang yang datang sanggup berjalan lebih 2km sebab terlalu ramai sahabat, penduduk kampung2 sebelah dan saudara mara yang datang memberikan penghormatan terakhir. Tiba-tiba terfikir, kalaulah kita mati kelak bagaimana pula keadaannya. Apa sumbangan kita kepada masyarakat dan agama yang orang nak bercerita? Apa amalan kita yang beri manfaat berpanjangan kepada orang lain?
Aku juga tertanya-tanya. Kalaulah orang yang popular di dunia maya meninggal dunia, adakah ikatan antara mereka sama dengan hubungan ukhuwah orang kampung, jiran2 dan saudara mara yang biasanya telah diabaikan kebanyakkan orang sekarang. Aku tiada jawapan tapi ia sesuatu yang boleh difikirkan. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang soleh yang terlebih dahulu meninggalkan kita. Kematian sebenarnya cukup sebagai peringatan kepada kita yang masih hidup. Wallahua’lam.
Nota kaki : Takziah kepada keluarga sahabat photog yang kembali kerahmatullah juga kelmarin selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya. Ya Allah berikan beliau kerahmatan dan keampunanMu,amin.
Wassalam.
Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe
ejal
Alfatihah untuk allahyarham mudah-mudahan di tempatkan dikalangan orang yang beriman…
Acaii Jawe
ejal – Salam ejal, terima kasih jal. Amin atas doa ko tersebut.