Bismillahirrahmanirrahim


Salah satu perkara yang aku selalu buat bila selesai shoot satu majlis nikah ialah mendoakan kedua pasangan pengantin tersebut. Aku percaya ia beri aku satu semangat dan dapat menjadikan majlis tersebut lebih berkat. Memang ia cuma majlis biasa. Tetapi dalam agama kita, ia memberi makna dan maksud yang sangat mendalam kepada hubungan yang menjadi halal dengan lafaz pernikahan tersebut. Hubungan yang membawa seorang manusia mudah ke syurga sekiranya hak dan tanggungjawab dilaksanakan dengan baik.

Teaser Nashriq & Emy, Bandar Baru Bangi.



Dalam tazkirah yang aku dengar sebentar tadi, ustaz mempersoalkan kalau kita mati hari ini dan ditanya apa sumbangan kita kepada agama Islam, apa jawapan kita? Semua terdiam. Sebenarnya cara termudah kita sebarkan kebaikan kepada orang lain adalah semasa kita bekerja seharian. Tidak perlu menilai dan menghakimi penerimaan orang. Sebagai seorang muslim setiap dakwah yang dilakukan walaupun kecil pasti ada nilai disisi Allah.

Aku tahu ramai jurugambar dipandang serong oleh sesetengah orang. Terutamanya bila beliau memaparkan gambar yang menyalahi tatasusila dan norma kita sebagai seorang muslim. Kalau tanya aku, kita doakanlah yang terbaik untuk mereka. Aku percaya gambar yang menggambarkan detik-detik kebahagiaan yang dirakam tanpa melanggar batasan syariat akan jadi pengerat kasih sayang pasangan tersebut pada masa akan datang.

Ketika hubungan menjadi dingin ia mampu hangatkan kembali kasih sayang. Ia juga dapat merangsang kebahagiaan keluarga bila melihat dan mengenangnya bersama-sama kelak. Kalaulah gambar tersebut jadi penyebab rumahtangga tersebut lebih baik, mungkin ada ‘bahagian’ untuk aku. Aku memang bukan orang yang layak dan baik untuk memberi nasihat kebaikan kepada semua. Jauh sekali nak bercakap dihadapan ramai orang. Mungkin ni sumbangan kecil yang aku boleh bagi melalui sedikit kemahiran yang aku ada. Wallahua’lam.


Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

8 Comments

  1. taqo @ Nurtaqwa Reply

    salam kang. best topik ni.

    setiap org punya sebab tersendiri.mungkin yang sgt kukuh yg membuatkan siapa kita sekarang. :)

    selagi kita sendiri paham hukum dan akibat.

    • Acaii Jawe Reply

      taqo – terima kasih kang atas pendapat yang bagus dan baik tu :) selagi kita faham tentang tu rasanya tak jadi masalah kan.

      NikMazlee – Salam. Terima kasih sudi singgah sini dan tinggalkan komen yang baik :) Itulah, dakwah ni boleh dilakukan dari pelbagai cara. Penting bagi kita betulkan niat supaya usaha tersebut tidak menyimpang dari tujuan asal kita. Wallahua’lam.

  2. Nik Mazlee Reply

    Salam. Benar. Segalanya bertolak dari niat dan bertitik dari cara atau wasilah. Cara yang mubah selagi tidak bercampur dengan syubhah. :)

    p/s: tebal ‘hutan’.

  3. amyn Reply

    betul tu.kalau niat dari mula tu baik,baik lah hasilnya nanti.

    • Acaii Jawe Reply

      amyn – salam amyn, terima kasih :) insyaallah kalau kita niat yang baik Allah akan bagi ganjaran sewajarnya.

      syafirol – Waalaikumussalam sifu, terima kasih ye atas dorongan sifu:) amin, semoga hati kita semua dimudahkan untuk menerima kebaikan. Semoga kita semua dilimpahkan rahmat dan keampunan dari Allah,amin.

  4. syafirol Reply

    Assalamualaikum.. Saya amat menunggu topik dakwah dalam fotografi oleh seorang yang ramai pengikut seperti sifu Acaii. Semoga hati kita dan mereka akan sentiasa mendapat hidayah Allah untuk memberi kekuatan sedikit sebanyak ke arah sesuatu yang lebih baik dan bermakna.

    Selamat berjaya.

  5. azieazah Reply

    Salam dindaku ESAL.

    Ntah kenapa entri kali ini membuatkan Kak Azie sebak pula. Mungkin kerana Kak Azie dok follow blog ESAL ni bertahun lamanya. Sejak ESAL belum pegang kamera lagi.

    Sejak zaman ESAL buat tanam pokok naga dan bela cacing lagi…

    Begitu banyak yang telah Kak Azie baca dan hayati, juga Kak Azie “tengok”.

    Kak Azie yakin, insyaAllah, ada banyak “bahagian” untuk ESAL kelak. Aminnnnnn….

    • Acaii Jawe Reply

      azieazah – Salam kak zie yang dihormati :) Alahai saya rasa terharu sangat kak zie. Memang dah lama kak zie bersama saya dalam dunia blog ni. Dari blog personal sampailah sekarang ni. Mudah2an hubungan persahabatan ni berkekalan selamanya kak ye. Kak zie, minggu ni saya ada joblah kak time perjumpaan blogger tu :( sedih rasanya tak dapat jumpa kak zie. Tapi insyaallah kalau ada rezeki sy cuba datang ye. Wassalam.

Leave a reply