Bismillahirrahmanirrahim


Tinggal beberapa hari lagi tahun 2011 akan melabuhkan tirainya. Banyak suka duka tawa dan tangis yang berlaku sepanjang tahun ni. Ramai juga sahabat yang berubah status dan ada juga yang telah meninggalkan kita selama-lamanya. Itulah bumbu kehidupan. Sebenarnya tak kisahlah berapa umur biologi kita tapi yang lebih penting sejauh mana amalan kita seiring dengan penambahan umur.

Awal tahun 2011 dulu, berapa orang yang sangka mereka akan meninggal dunia tahun ni? Peringatan seperti itu sahaja sudah cukup supaya kita jadi insan lebih baik dan menambahkan amalan harian kita. Mungkin giliran kita pula tahun ni. Kalau terlalu kejar dunia ni memang takkan pernah cukup. Mari kita perbaiki diri. Jaga hubungan dengan Allah dan juga manusia. Tingkatkan akhlak kita. Aku memang byk berbuat dosa. Akulah orang yang perlu buat begitu dahulu.

Aku update pernikahan Ella & Pea yang diadakan di rumah mereka kat Shah Alam baru-baru ni. Sebenarnya aku pernah shoot akak kepada Ella sebelum ni. Adik beradik diaorang ni semua perempuan. Ni lelaki ketiga dalam keluarga mereka selepas ayah dan menantu pertama aritu,hehe. Rasa macam dah kenal rapat je ngan diaorang semua:)


Pea ni datang dari Mentakab, Pahang. Memang ramai family datang dari sana. Memang cabaran juga kepada aku sebab memang tak dapat bergerak langsung sepanjang berlangsung majlis nikah sebab keadaan rumah yang penuh dengan tetamu. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tahniah untuk kedua mempelai yang diraikan. Nantikan full entry majlis bersanding pasangan ni selepas ni ye.Wallahua’lam.


Nota kaki : Peringatan sekali lagi untuk korang bersihkan pendapatan korang dengan berzakat. Boleh bayar secara online kat sini : BAYAR ZAKAT ONLINE



Wassalam.


Mohd Faisal bin Hj Mohd Rahim aka Acaii
Photographer
Email : faisalhjrahim@yahoo.co.uk
Blog : http://www..faisalrahim.com/blog
Facebook : http://www.facebook.com/acaiijawephotography
Twitter : http://www.twitter.com/acaiijawe

3 Comments

  1. Xora Reply

    semua cantik. makin tajam skill a.acai amik gambar

    • Acaii Jawe Reply

      Xora – Salam ixa, terima kasih ixa :)

      Kak Azieazah – Salam kak zie :) Terima kasih kak. Alhamdulillah dah selesai kewajipan akak. Semoga kita semua lebih baik dari sebelum ni. Semoga akak sekeluarga diluaskan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik,amin.

  2. azieazah Reply

    Salam dindaku Esal.
    Seronok Kak Azie baca, peringatan ikhlas dari ESAL.

    Kak Azie dah dapat kalendar baru (PPZ guna kaler coklat utk tahun depan) dari PPZ. Memang regular client company Kak Azie pun.

    Semoga tahun mendatang akan menjadi lebih baik dari sebelumnya.

    Lawanya pengantin tu, kaler peach tu sungguh memikat!

Leave a reply